Quantcast
Channel: atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 962

TIPS MENGHADAPI MUSIM HUJAN DAN SEMAKAN STATUS BANJIR SECARA ONLINE

$
0
0
dah masuk hujung hujung tahun ni memang standby jek la nak hadap musim hujan.. hee~ ada yang suka, ada yang sedikit risau bila taburan hujan pada hujung tahun makin meningkat.. kan ? memang la boleh dikesan dengan tanda-tanda tapi bila sekali 'dia' datang memang tak sempat nak elak dah..

jadi !! ape perancangan atau persediaan korang sempena musim tengkujuh nih ? haa.. kena FAHAM sebab kalau musim hujan, pembiakan nyamuk pun makin aktif.. terfikir tak ? ** orait.. kalau belum terfikir ; dah boleh fikir la mulai sekarang nih.. **


dalam keadaan yang memang kita sendiri tak terduga, seharusnya kita tahu serba sedikit tentang keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir ke, tanah runtuh ke, demam selesema ke, denggi ke.. pape jek la yang ade kaitan bila musim hujan.. sekurang-kurangnya kita dapat menyelamatkan nyawa orang yang tersayang.. kan ?

"dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah.." 
- QS. An Naba’ [ 78 ] : 14 


nah !! kakak share sikit ape nak buat SEMASA dan SELEPAS banjir.. mana la tau kawasan korang memang kawasan 'potensi banjir' ke kan, paling tak dapat la standby ape yang patut..

TIPS SEMASA BANJIR

  • peka dengan pengumuman melalui televisyen atau dari pihak-pihak berwajib - jika diarahkan untuk berpindah, segera lakukan..
  • pergi ke tempat yang tinggi dan selamat sementara menunggu bantuan sampai..
  • AWASI anak-anak korang ; jangan bagi dorang main kat longkang / sungai / lombong bagi mengelakkan mereka dihanyutkan arus deras..
  • jangan minum air banjir..
  • jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh..

TIPS SELEPAS BANJIR

  • peka dengan pengumuman dan arahan dari pihak berkuasa ; jangan balik ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan betul-betul selamat..
  • periksa rumah dan lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan dan jika ada, ianya tidak selamat untuk diduduki..
  • jangan terus masuk rumah, buat pemeriksaan teliti sekiranya terdapat binatang / haiwan merbahaya atau mungkin paku / kaca bertaburan.. gunakan kayu untuk mengalihkan barang yang bertaburan..
  • pakai kasut sepanjang masa..
  • periksa paip saluran gas / wayar elektrik / peralatan elektrik / bahan mudah terbakar..
  • buang makanan yang terkena banji ( terendam ) termasuklah makanan dalam tin..
  • laporkan sebarang kerosakan kepada pihak berkuasa..
ingat !! musim banjir bukan musim cuti sekolah yang menyeronokkan sebaliknya kita kena lebih berhati-hati supaya tiada kemalangan jiwa yang belaku.. haa.. kalau korang ada anak kecik, lagi kena LEBIH berhati-hati sebab mungkin akan ada yang demam / selesema / sakit perut / cirit birit / muntah-muntah dan macam macam lagi..


pastikan setiap dari korang ada first aid kit ( walaupun pihak berkuasa ada sediakan ; korang tetap kena ada SATU untuk tujuan kecemasan.. ) - boleh beli kat mana-mana farmasi..

SEMAKAN STATUS BANJIR

korang tau tak yang korang boleh semak status banjir secara online ? hee~ tadaa-- kakak mudahkan kerja korang.. nanti boleh la cek eh..

4 : MOSTI


TERKINI !!

jangan lupa buat semakan dari masa ke semasa untuk info terkini tentang hujan lebat dan lain-lain bencana alam ya.. semoaga kita semua sentiasa di bawah lindungan Dia.. aamiin-- in shaa Allah..

"dan Dia-lah yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya.. dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.." 
- QS. Asy-Syuura [ 41 ] : 28


Viewing all articles
Browse latest Browse all 962