Quantcast
Channel: atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 962

BETUL KE MINUM JUS BEETROOT BOLEH CANTIK ? YE KE NI ?

$
0
0
asalnya kakak memang tak minum minuman pelik pelik nih.. hee~ pelik la kan sebab tak pernah tau kalau tak follow instagram Neelofa.. haa.. ye.. betul.. penangan #loffatah - Suri Hati Mr. Pilot.. sweet kan dorang dalam cerita tu, padan sungguh haa..

bila Neelofa share pasal minuman ajaib dia tu, rupanya Master Lyna ( upline Shaklee kakak ) pun amalkan beetroot nih.. waa.. pusing pusing rupanya kat situ jugak.. jadi, memang kakak pun teruja la nak try rasa ape cerita kan.. hee~ cuma kakak olah sikit la bahan dia mengikut keselesaan anak tekak kakak.. korang pun boleh olah jugak kalau anak tekak cerewet macam anak tekak kakak.. hee~


yaa.. bahan kakak sangat simple dan tak mahal.. hee~


lepas dah potong dadu sebelum blander.. epal hijau tu dah tinggal 3 / 4 sebab sambil potong sambil mengunyah.. hee~ lemon tu kakak buat perah jek.. sebab dulu konon nak buat lemon smoothies, buh la kulit lemon skali.. makaih !! dia punya rasa memang tobat la nak buat lagik..



firstime beli beetroot..
firstime potong beetroot..
firstime tengok dalam beetroot..

teruja !! hahaha~


disebabkan blander nih cenonet jek, memang kena blander dua kali la.. hee~ mula mula kakak siapkan encik suami kakak punya dulu.. nak tau gak rasa dia cemana kan.. tapi beliau memang main telan jek.. jenis tak kisah dengan ape yang kakak sediakan.. 


final !!!

nih rupanya lepas blander.. walaupun pada awalnya kaler hijau lagi banyak, tapi ini la kaler dia.. original dari beetroot tu.. hee~ teruja nak minum..

KHASIAT BEETROOT / UBI BIT

beetroot mengandungi betacyanin dan antioksidan yang kuat sebab tu warna dia kemerahan ( ingat tak warna VIVIX Shaklee ? hee~ kan sama gitu warnanya.. ) yang membantu memperbaiki sel darah dan mempunyai sifat anti karsinogen.. ada kajian yang dah dilakukan menunjukkan beetroot dapat meningkatkan sistem pertahanan semulajadi tubuh dalam hati dan memperbaiki sel-sel pertahanan tubuh.. beetroot pun ade silika yang penting untuk kesihatan kulit, kuku, ligamen, tendon dan tulang..

wah !! kakak sangat teruja noks !!! tak tau nak cakap cemana.. mana tau lepas konsisten minum jus nih, kakak bertukar jadik Neelofa.. hee~ berangan terok nih..

lain-lain manfaat / kelebihan / khasiat beetroot :

1 : BAIK UNTUK JANTUNG
  • erat dalam ubi bit membantu mengurangkan kolesterol dan trigliserida dengan meningkatkan tahap HDL.. kehadiran betaine dalam ubi bit menurunkan kadar homosistein dalam tubuh yang boleh merosakkan pembuluh darah.. pengambilan bit membantu mencegah penyakit kardiovaskular.. BEST !!!

2 : MENGHINDARI KECACATAN PADA BAYI DALAM KANDUNGAN

  • beetroot sangat baik untuk wanita hamil kerana ia merupakan sumber folat vitamin B yang membantu dalam pembangunan tulang belakang bayi yang sihat.. kekurangan folat boleh menyebabkan keadaan yang disebut neural tube defect..

3 : MENCEGAH KANSER

  • kajian menunjukkan bahawa bit yang baik dalam mencegah kanser usus besar, kerana ia mengandungi pigmen betacyaninis, yang dapat melawan kanser.. nitrat digunakan dalam daging sebagai pengawet, menyebabkan pengeluaran sebatian nitrosamin di dalam tubuh yang menyebabkan kanser.. kajian menunjukkan bahawa jus beetroot menghalang mutasi sel yang disebabkan oleh sebatian ini.. para penyelidik di Hungary juga mendapati bahawa jus bit dan serbuk bit juga boleh melambatkan perkembangan tumor..

4 : BAIK UNTUK HATI

  • Betaines terkandung dalam jus bit membantu merangsang fungsi hati..

5 : MENCEGAH MASALAH PERNAFASAN

  • beetroot merupakan sumber vitamin C yang membantu untuk mencegah gejala asma.. beta karoten semulajadi dalam beetroot juga membantu untuk mencegah kanser paru-paru..

6 : MENINGKATKAN TENAGA

  • beetroot mengandungi sejumlah besar karbohidrat yang menyediakan bahan bakar untuk tenaga dan kegiatan sukan yang berpanjangan..

7 : MENCEGAH KATARAK

  • Kehadiran beta-karoten ( vitamin A ) membantu mencegah masalah buta berkaitan usia disebut..

8 : MASALAH KAPILARI

  • flavonoid dan vitamin C dalam beetroot membantu untuk menyokong struktur kapilari..

9 : DEGENERASI MAKULA

  • beta-karoten dalam beetroot mengelakkan degenerasi makula ( penyakit kerosakan retina mata )

10 : STROKE

  • tahap rendah kandungan kalium dalam tubuh meningkatkan risiko strok.. beetroot kaya dengan kalium, jadi ia dianjurkan untuk membantu mengelakkan strok..

BONUS !!!

  • mineral boron dalam beetroot membantu dalam pengeluaran hormon seks manusia..

rasa dia cemana ? hee~ ade kengkawan kakak cakap rasa dia macam rumput.. em.. tak de rasa rumput lansung pon !! tapi tak tau nak explain cemana rasa dia.. kalau ikut campuran bahan yang kakak guna tu, rasa dia ade macam ko makan salad bersama jus timun tapi masam masam sikit sebab ade perahan lemon tu.. haa.. gitu la rasanya.. best !! 



harini sarapan jus beetroot.. hee~ sambil layan ulangan Maharaja Lawak Mega.. menyambil nak carik idea next entri..



korang try nanti tau !!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 962