Quantcast
Channel: atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 962

CAJ RAWATAN HOSPITAL KERAJAAN NAIK MULAI 2017

$
0
0
haa.. haritu semua kecoh pasal harga minyak masak naik.. kan ? hee~ nih dengar ceritanya ESOK naik lagik nih.. ye ke ? dek sibukkan pasal harga turun naik minyak masak, dengarnya Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) pulak nak naikkan caj rawatan dan wad hospital sebanyak 50% secara menyeluruh.. 

hah ? biar betul ? huish.. dah tu cemana ? sama ke kos rawatan hospital kerajaan dengan hospital swasta lepas nih ?

menurut sumber dari KKM, antara alasan utama kenaikan tersebut adalah kerana caj rawatan hospital kerajaan TIDAK PERNAH dinaikkan sejak tahun 1982 dan dikatakan ianya antara caj rawatan terendah kalau nak dibandingkan dengan negara ASEAN yang lain.. boleh plak nak buat perbandingan gitu ? hee~


kenaikan caj rawatan hospital kerajaan tersebut hanya akan melibatkan pesakit-pesakit yang dirawat di KELAS 1 dan KELAS 2 termasuk semua jenis rawatan bagi warganegara seperti bayaran wad am, wad bersalin, fisioterapi dan beberapa rawatan lain manakala KELAS 3 caj wad dan rawatan kekal pada kadar lama..

nah !!
kat bawah nih kakak sediakan senarai harga baru caj wad dan rawatan hospital kerajaan mulai 2017..

1. WAD KELAS 1 ( sehari )

  • harga sekarang : RM 80.00
  • harga baru : RM 120.00


2. WAD KELAS 2 ( sehari )

  • harga sekarang : RM 20.00
  • harga baru : RM 30.00


3. WAD KELAS 3 ( sehari )

  • harga sekarang : RM 3.00
  • harga baru : RM 3.00 ( kekal )


4. BERSALIN BEDAH KELAS 1

  • harga sekarang : RM 800.00
  • harga baru : RM 1200.00


5. BERSALIN BEDAH KELAS 2

  • harga sekarang : RM 400.00
  • harga baru : RM 600.00


6. BERSALIN BEDAH KELAS 3

  • harga sekarang : RM 100.00
  • harga baru : RM 100.00 ( kekal )


7. BERSALIN BIASA KELAS 1

  • harga sekarang : RM 300.00
  • harga baru : RM 450.00


8. BERSALIN BIASA KELAS 2

  • harga sekarang : RM 150.00
  • harga baru : RM 225.00


9. BERSALIN BIASA KELAS 3

  • harga sekarang : RM 10.00
  • harga baru : RM 10.00 ( kekal )


10. PSIKIATRI KELAS 1

  • harga sekarang : RM 750.00
  • harga baru : RM 1125.00


11. PSIKIATRI KELAS 2

  • harga sekarang : RM 300.00
  • harga baru : RM 50.00


12. PSIKIATRI KELAS 3

  • harga sekarang : PERCUMA
  • harga baru : PERCUMA


13. RAWATAN KIMOTERAPI KELAS 1

  • harga sekarang : RM 200.00
  • harga baru : RM 300.00


14. RAWATAN KIMOTERAPI KELAS 2

  • harga sekarang : RM 100.00
  • harga baru : RM 150.00


15. RAWATAN KIMOTERAPI KELAS 3

  • harga sekarang : RM 50.00
  • harga baru : RM 50.00 ( kekal )
sumber : Kosmo
klik SINI untuk segala info pasal caj semasa kat hospital kerajaan..

tapi jangan la happy sangat ye.. hee~ cemana pun harga naik ke turun ke cas hospital, korang tetap kena jaga kesihatan.. sebab yang kekal tu cuma wad wad biasa kelas 3.. kot la korang suka dilayan bak puteri putera kan.. nak la masuk paling koman kelas 2.. haa.. time tu jangan tak cukup duit plak.. sebab.. haa.. sebab nye kat bawah nih..



kalau korang la kan.. korang pilih hospital kerajaan ke hospital swasta ? hee~ saja jek kakak tanya..


siapa jual insurans ??? meh share meh nombor telefon korang ke.. kot ade yang mencarik ke.. tengok senarai rawatan penyakit kronik pon kakak dah nak pengsan.. hee~ semoga kita lebih berhati hati dalam menjaga kesihatan.. ye..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 962