Quantcast
Channel: atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 962

WAJAH BAHARU RANGKAIAN NATURALS BY WATSONS TAMPIL CANTIK DAN MENAWAN

$
0
0
wah !! semakin membesar rangkaian produk Naturals by Watsons ni kan.. kalau sebelum ni ada juga beberapa rangkaian produk Watsons yang menarik tapi yang ini jauh lebih menarik sebab dari awal proses sehingga ke penghujungnya, Watsons menekankan bahan-bahan alami SAHAJA..


NATURALS BY WATSONS

baru-baru ini, bertempat di Sunway Piramid, Watsons sekali lagi melancarkan produk terbaharu di bawah rangkaian Naturals yang meliputi syampu, losyen, sabun mandian ; antaranya :

  • Olive
  • Argan Oil
  • Marula
  • Aloe Vera
  • Prestige Rose
  • Paw Paw
  • Blood Orange
yang telah diformulasikan dari tumbuh-tumbuhan segar.. em.. bukan sekadar segar je tapi wangi juga tau.. hee~ apa yang menarik perhatian kakak, pembungkusan yang cantik dengan harga mampu milik yang kakak rasa akan mendapat sambutan hangat dari para pengguna..


sejak diperkenalkan pada tahun 2011, rangkaian Naturals masih mengekalkan reputasi yang baik dengan sambutan yang sangat menggalakkan dari pengguna dan terus mempergiatkan usaha untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna..


"saya sudah menggunakan produk Natural selama 3 minggu.. saya sangat sukakan
losyen badan dan perapi rambut.. ia membuatkan kulit saya lembap..
tentang perapi pula, ia membuatkan rambut saya mudah diurus dan tiada
masalah rambut mengerbang.."

- model terkenal ; Thanuja


turut hadir sama, jurumekap terkenal iaitu adik kepada pelakon Syatilla Melvin ; Syifa Melvin yang juga merupakan pengguna Marula by Naturals, sangat berpuas hati selama menggunakan produk ini..

antara selebriti yang juga pengguna rangkaian produk Naturals ; Thanuja, Arja Lee, Syifa Melvin dan Miko Wong.
kalau kita nak nilai semula usaha Watsons mengekalkan rangkaian produk semulajadi ini merupakan inisiatif lain supaya kita sebagai pengguna menjadi lebih bijak dan menolak keras penggunaan produk yang berunsurkan kima merbahaya.. jadi.. tak salah rasanya kalau korang mengambil tindakan awal untuk memilih yang semulajadi..

mini reunion dengan kakak-kakak hebat..
bak kata Watsons..

LOOK GOOD, FEEL GOOD sangat sesuai dengan perkembangan produk Naturals yang semakin mendapat permintaan di pasaran..

untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi ;

FACEBOOK       : WATSONS MALAYSIA
WEBSITE          : NATURALS BY WATSONS


Viewing all articles
Browse latest Browse all 962