wah !! lama betul kakak tak share resepi dari ceruk #dapurkalerpink kan ? hee~ sibuk menguruskan kehidupan, masak pun simple simple jek.. takkan itu pun nak share resepi kan.. haa.. nih kakak try BAHAN baharu dari jenama Fonterra.. memang tak sah lah kalau tak share kat korang !!
kakak memang bukan orang yang suka renyah-renyah nak masak itu la, nak sediakan bahan ini la sebab tak berapa rajin nak mengemas dapur balik nanti.. hahahah~ dari berpenat penat, baik kakak masak sesuatu yang ringkas – berkhasiat – confirm sedap.. nah !! puji makanan sendiri gaiss.. korang hadeeeeee ?
kakak dan keluarga bukanlah pencinta susu dan bila minum susu pun tak tau la kuantiti yang kami ambil cukup ataupun tidak untuk membantu menambah khasiat yang diperlukan badan.. puas jugak kakak cari jalan untuk mengekalkan pengambilan susu dalam menu seharian kami.. al maklum lah.. anak-anak tengah nak membesar memerlukan sumber kalsium yang cukup untuk membentuk densiti tulang yang kuat dan padat..
dan !!
terhasillah resepi ini !! hee~
FETTUCCINE BERKRIM BERSAMA AYAM BAKAR
masa penyediaan : 20 – 30 minit
hidangan : 2 – 3 orang
bahan-bahan A :
- 300 gram dada ayam tanpa kulit
- 30 gram Anchor Unsalted Pure New Zealand Butter ( bagi menggantikan minyak masak )
- secubit garam
bahan-bahan B :
- 200 gram fettuccine
- sedikit minyak masak
( nih dah lama kakak praktikkan.. sebab tak suka fettuccine ni melekat lekat bila dah sudah masak, kakak try jek letak minyak masak.. dan berhasil wakkkkk.. hee~ dorang tidak lagi melekat antara satu sama lain.. dan kakak bahagia !! oh !! untuk resepi ni, boleh jek kalau korang nak guna macaroni ataupun spaghetti angle hair ape segala.. tak de masalah.. )
bahan-bahan C ( kuah carbonara ) :
- 50 gram cendawan butang
- 1 batang lobak merah
- 2 biji bawang Holland
- 4 ulas bawang putih ( dipotong dadu )
- sedikit herba campuran
- sedikit bahan perasa
- daun rosmerry
- 50 gram Anchor Unsalted Pure New Zealand Butter ( untuk menumis bagi menggantikan minyak masak )
- 200 ml Anchor Culinary Cream
- 200 ml susu Fernleaf Rendah Lemak
cara-caranya :
1. gaulkan ayam bersama garam dan bakar di atas pemanggang ajaib ( kalau tak de, grill jek dalam oven pun okay ) gantikan minyak masak dengan Anchor Unsalted Pure New Zealand Butter.. ayam rasa lebih berlemak dan wangi..
- grill sehingga ayam masak
2. rebuskan fettuccine sehingga masak dalam seperiuk air dan titiskan sedikit minyak masak ( tips tak bagi fettuccine melekat antara satu sama lain )
- angkat dan toskan menggunakan bekas jarang / tapis
3. tumiskan bawang holland dan bawang putih dengan Anchor Unsalted Pure New Zealand Butter sehingga naik bau
4. masukkan lobak merah dan cendawan butang yang telah dipotong dadu
5. biarkan sehingga masak dan naik bau
6. masukkan bahan perasa + herba campuran + daun rosmerry dan biarkan sehingga naik bau ( kebiasaannya akan bau herba dan daun rosmerry – wangi )
7. masukkan susu Fernleaf Rendah Lemak dan gaul rata
8. akhir sekali, masukkan Anchor Culinary Cream
9. biarkan sehingga mendidih dan gaul perlahan supaya rasanya sebati
10. boleh angkat dan dihidangkan bersama fettuccine dan ayam bakar tadi
haa.. nampak tak permainan dia kat sini ? hee~ habis semua susu – cream semua kakak masukkan sebab nak kekalkan pengambilan kalsium tu.. alhamdulillah.. semua suka sebab sedap.. cemana nak explain sedap dia eh.. lemak lemak berkrim gittew--
![resepi_fettuccine_carbonara resepi_mee]()
nampak ada apa dalam satu pinggan tu ? ya !! ada protein + kalsium + lemak + karbohidrat + vitamin E.. walaupun masakan ringkas tapi ianya lengkap dengan pelbagai vitamin untuk kesihatan yang lebih baik !!
kalau korang nak tau tentang produk yang kakak gunakan ni, boleh singgah di :
LAMAN WEB : https://www.fonterra.com
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/fonterra.my
selamat mencuba !!