salam bulan Kemerdekaan netizen !! hee~ alhamdulillah.. hasil dari perjuangan yang terdahulu akhirnya Malaysia membangun dengan jayanya sehingga ke hari ini.. nah !! sempena tahun ‘ajaib’ 2018, sekali lagi Malaysia akan membawa gerbang yang lebih meluas dengan seruan Sayangi Malaysia..
dah kibarkan Jalur Gemilang ? tak pe.. sempat lagi sebab kakak tengok dah banyak kedai jual dan tak salah rasanya kita sama-sama memeriahkan sambutan bersejarah – setahun sekali jek ponnnn.. ha’ah.. tak kisah la kat kereta ke, rumah ke, sekolah ke, depan pagar ke.. gantung jek..
BACA SINI –> SINAR BAHARU UNTUK MALAYSIA ? MUNGKINNNNNN..
menjadi aktiviti tahunan sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia, sudah tentunya ada logo yang simbolik dengan keadaan semasa di negara kita dan untuk tahun 2018 ni logo nya simple tapi padat dan kakak suka..
hasil ciptaan Encik Nik Zulkifli Nik Hitam yang membawa maksud warganegara Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu hati dan kasih sayang kepada negara.. cukup padat bagi melambangkan situasi negara kita sekarang ni kan lagi-lagi bila simbol gerak riang mengangkat tangan dan bentuk hati pada hadapan logo menguatkan lagi peranan utama rakyat dalam membangunkan Malaysia..
nah !!
barulah rasa disayangi kan ? hee~
dah ada logo, mesti lah ada lagu kan ? turut menarik perhatian kakak, lagu dan nyanyian penuh oleh kumpulan Bunkface yang bertajuk KITA PUNYA MALAYSIA menyuntik sedikit semangat orang muda bagi memperingati erti KEMERDEKAAN sebenar..
KLIK SINI –> INI KE LAGU TEMA MERDEKA 2018 ? BOLEH LAA--
MALAYSIA MERDEKA
terlampau info dan tak tau mana satu yang betul ? okeh !! mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang mengenali MERDEKA MALAYSIA dari perspektif berbeza termasuklah pelbagai info berkaitan dengan sejarah Malaysia, tokoh-tokoh berjasa di Malaysia, pencapaian negara dalam pelbagai bidang yang boleh dibanggakan dan pelbagai aktiviti sempena sambutan kemerdekaan.. eh !! banyak lagi la.. cuma korang boleh klik :
LAMAN WEB : http://malaysiamerdeka.my/web
FACEBOOK : https://www.facebook.com/harikebangsaan2018
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/merdeka360
jom sama-sama menjadi ANAK MALAYSIA MERDEKA !!