penghantaran sepantas kilat ? kurang dari satu jam ? hee~ bunyi macam M – E – R – E – P – E – K jek kan .. tapi tu yang Lalamove boleh lakukan untuk menambah kualiti hasil kerja korang untuk pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan kurier dalam tempoh kurang satu jam..
ya !! tak sampai satu jam pun bolehhh..
beroperasi tanpa henti selama 24 jam dan tujuh hari seminggu dengan pemantauan penuh GPS, Lalamove menyediakan barisan pemandu yang dipilih melalui sistem penilaian pemandu bagi memastikan para pengguna sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan secara eksklusif..
bertujuan khusus untuk membantu para Peniaga Kecil dan Sederhana ( PKS ) untuk penghantaran lebih cekap dan sis tem logistik rantaian dan bekalan yang efisyen, Lalamove menyediakan perkhidmatan bermula dari RM 5.00 untuk penghantaran segera dan setiap penghantaran akan dikenakan caj mengikut jarak.. haa.. kalau sebelum ni ada yang siap timbang ape segala kan ? hee~ sistem ini sekaligus dapat mengurangkan kos overhead dan membantu peniaga berjimat serta memaksimumkan keuntungan..

korang nak hantar apa ? dokumen ? hadiah ? makanan ? pakaian ? perabot ? nyatakan saja dan korang bayar pada Lalamove dengan harga yang sangat berbaloi !!
APLIKASI LALAMOVE
zaman serba canggih dan pihak Lalamove juga tidak melepaskan peluang memanfaatkan teknologi terkini dengan melancarkan aplikasi Lalamove bagi memudahkan pengguna dan pemandu menetapkan perkhidmatan mereka.. harga ? ya !! macam kakak cakap tadi la.. tidak mengikut berat sebaliknya mengikut jarak penghantaran..
cool kan ?

Lalamove berpengalaman mengendalikan lebih 15 juta pelanggan yang dihubungkan dengan lebih 2 juta pemandu di Kuala Lumpur, Hong Kong, Singapura, Thailand, Taiwan, Filipina, Vietnam, Indonesia dan lebih 100 bandari di China kini mula mengintai peluang untuk meluaskan jajahan ke Johor dan Pulau Pinang dengan memperhebatkan keupayaan penghantaran last – mile – delivery untuk ke semua pengguna terutamanya peniaga..
“kami yakin bahawa Lalamove akan membantu rakyat Malaysia,
terutamanya golongan usahawan, dengan menyediakan kecekapan yang
mereka perlukan di era perhubungan yang pantas dan meluas ini.. tambahan pula,
permintaan untuk khidmat penghantaran barangan belian juga kian berkembang
seiring dengan pertumbuhan sektor e-dagang ( e-commerce )..
kami berhasrat untuk mentransformasikan landskap sector logistik tempatan dengan
melancarkan apikasi penghantaran Lalamove yang bersifat intuitif.. aplikasi ini bakal
meningkatkan bukan sahaja keupayaan perusahaan kecil dan sederhana ( PKS )
Malaysia malah juga seluruh ekosistem penghantaran di Kuala Lumpur dan seluruh negara..”
- Yong Sik Hoe ; Pengarah Lalamove Malaysia
pihak Lalamove juga telah merancang untuk meluaskan lagi perkhidmatan dengan menggunakan van dan trak bagi memenuhi keperluan pengguna.. nah !! bagi mengkaji permintaan dari pengguna, Lalamove telah menjalankan ‘ujian’ dengan beroperasi dua bulan awal untuk membuat penghantaran di sekitar Kuala Lumpur dan hasilnya sangat menarik dan ramai pelanggan berpuas hati menjadikan Lalamove melangkah lagi satu tapak dengan penghasilan aplikasi Lalamove yang akan membuat penghantaran di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.. mana tak nya, rekod terbaik dari Lalamove adalah :
- kurang dari 36 minit untuk jarak 5 kilometer
- lebih kurang 50 minit untuk jarak 10 kilometer
- 300 penghantaran setiap hari
- menyokong operasi 200 Pengusaha Kecil dan Sederhana ( PKS )
- lebih 1,800 pemandu berdaftar
berjaya mencipta lebih peluang ekonomi untuk pemandu dan penuggang motosikal mencari rezeki, Lalamove mengalu-alukan mereka yang layak dan mampu memberi komitmen untuk sama-sama mengembangkan bakat dan berdaya saing bagi mencapai matlamat.. dan kalau korang memang mencari kerja kosong, INI lah masa yang sesuai dan mendaftarlah segera untuk menjadi salah seorang ‘runner’ terbaik Lalamove..
apa lagi alasan nak bagi kat pelanggan korang ? hee~ TAK DE !! sebab penghantaran dari Lalamove dapat meningkatkan kredibiliti kerja korang dan menjadi peniaga yang hebat..
untuk maklumat lanjut tentang Lalamove, korang boleh explore semua link kat bawah ni..
LAMAN WEB : https://www.lalamove.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/lalamovemalaysia
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/lalamovemy
DOWNLOAD APLIKASI : https://lalamove.app.link/Dbk7wyDu8K