Quantcast
Channel: atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 962

LITTLE FINGERS MEMPERKASA BONDING ANTARA IBU, AYAH DAN ANAK-ANAK PADA FASA 7 TAHUN PERTAMA

$
0
0
Zaman berubah namun gaya pendidikan masih sama sekiranya ibu dan ayah bijak mengatur masa yang berkualiti untuk sana-sama mendidik anak-anak sedari awal usia lima bulan ; dengan bantuan Little Fingers sudah tentunya lebih banyak idea untuk mengisi masa bersama. Siapa Little Fingers ?

Parenting Online Class Malaysia

Bila menyebut tentang perkembangan anak-anak sudah pasti ibu dan ayah mahukan yang terbaik dari segi akhlak, sahsiah dan juga akademik bak kata pepatah – melentur buluh biarlah dari rebung.


LITTLE FINGERS


Little Fingers ditubuhkan untuk melatih ibu dan ayah mencungkil bakat serta potensi anak-anak dengan mempelajari behavior dan emosi si manja sedari usia lima tahun. Mencipta pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak, Little Fingers menerapkan aktiviti dua hala antara ibu atau ayah bersama anak. Menjadi pelopor untuk kelas keibubapaan secara online dengan menggunakan Bzee Bag keluaran Little Fingers sendiri.

Aktiviti Bersama Anak Kecil

Bzee Bag yang direka khusus mengikut kesesuaian usia mengandungi aktiviti-aktiviti yang telah disusun mengikut usia anak dan mempunyai tiga kategori iaitu :

  • Kategori 1 : Umur 1 – 2 tahun
  • Kategori 2 : Umur 2 – 3 tahun
  • Kategori 3 : Umur 3 – 4 tahun




Yang dapat membantu anak-anak menjadi lebih fokus disamping meningkatkan kemahiran motor halus dan mengurangkan ketagihan bermain gadget. Sinonim dengan parenting method zaman serba canggih, memang tak pelik lansung bila melihat anak-anak mengkelek gadget sorang satu. Hee~ Bukan mengetepikan teknologi sebaliknya mencari inisiatif lain untuk meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti sepanjang proses pembesaran.

BONUS !! 
 
Bila dah main dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam Bzee Bag tu secara tak langsung bonding yang berlaku sepanjang proses pengajaran menjadi lebih berkualiti dan bermakna. Kan ? Sedangkan tengok anak bertatih selepas merangkak pun kita dah gembira apatah lagi bila melihat anak-anak dapat menyelesaikan aktiviti yang disediakan.


LITTLE JOURNEY


Baru-baru ini Little Fingers telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang yang telah menyertai Little Journey dengan membawa pulang baucar Happikoddo bernilai RM 100.00 setiap satu iaitu adik Nur Aisyah Hanis binti Mohammad Afiq ( 2 tahun ), adik Muhammad Yusuf Arrayyan ( 2 tahun ), adik Syarafwa binti Mohd Saif ( 1 tahun ), adik Abdul Hakim bin Mohd Farizul Ariff ( 1 tahun ) dan adik Dhiya Iyad Iskandar bin Idrus ( 3 tahun ).

Hadis Tentang Mendidik Anak-Anak Seawal Usia 1 Tahun

Cara Mudah Hindari Gadget Dari Anak-Anak

Manakala pemenang hadiah utama iaitu adik Sophean Adam Mikaeyl ( 2 tahun ) telah membawa pulang Premium Convertible Car Seat.

Keburukan Gadget Kepada Anak Kecil

Inisiatif ini diambil oleh pihak Little Fingers untuk melihat maklum balas orang awam terhadap perilaku dan perkembangan anak-anak selain memperkenalkan teknik bonding yang betul bagi membantu memberi kesedaran betapa pentingnya untuk meluangkan masa bersama anak-anak bagi tumbesaran anak-anak yang positif. Pelbagai kerenah dan perilaku yang mencuit hati sepanjang majlis berlansung. Hee~ Memang terserlah keyakinan dan cerdiknya masing-masing.


Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Seorang ayah yang mendidik anak-anaknya adalah lebih baik daripada bersedekah 
sebesar 1 sa’ di jalah Allah SWT..”


Usia 0 – 7 tahun adalah fasa pertama pekembangan sahsiah anak-anak dengan cara melihat bagaimana kita sendiri mendidik mereka dan bagaiman kita memanfaatkan masa yang ada untuk ADA bersama mereka. Walau sesibuk mana pun bekerja, cubalah sebaik mungkin mencari masa dan berikan HAK setiap anak dari segi perhatian, didikan, kasih sayang dan masa yang berkualiti.




Kakak suka dengan satu frasa yang digunakan pihak Little Fingers iaitu :


INGAT !!
Dalam dunia anak-anak hanya ada kita sahaja..


Untuk maklumat lanjut tentang Bzee Bag ataupun kelas-kelas online yang dianjurkan oleh pihak Little Fingers, mungkin link kat bawah ni dapat membantu.



Jom sama-sama kita manfaatkan TUJUH tahun pertama anak-anak dengan moment yang paling indah.


LOVE ;
ATIE ADNAN

Viewing all articles
Browse latest Browse all 962