Bila anak-anak dah lama cuti sekolah, sampai lah masa ibu dan ayah memainkan peranan menjalankan tanggungjawab menyediakan keperluan sekolah yang terbaik. Salah satunya adalah kasut sekolah yang selesa dan sesuai mengikut jenis tapak kaki anak-anak supaya tidak menjejaskan kesihatan tulang belakang disamping memberi keselesaan kepada kaki sepanjang hari.
Kalau ikut jadual harian sekolah anak-anak dari Isnin sampai Jumaat, tidak termasuk Sabtu kalau ada aktiviti kokurikulum - Lebih kurang enam jam anak-anak akan berada di sekolah pada satu satu sesi. Kalau anak sekolah pagi dan petang, memang 24 jam mereka habis kat sekolah sajalah.
SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE
Mempunyai pengalaman lebih 30 tahun turun temurun menerusi tiga generasi berturut, Sunfeet mengambil inisiatif untuk mendidik ibu ayah betapa pentingnya menjaga kesihatan kaki anak-anak sementara mereka masih kecil dengan memberi khidmat semakan kesihatan kaki secara percuma.
Terdapat banyak pilihan kasut sekolah yang mungkin sesuai untuk anak-anak dengan pelbagai fesyen trendy bagi memenuhi kehendak mereka. Al-maklumlah, anak-anak semakin bijak membuat pilihan apa yang mereka suka. Perlu untuk ibu dan ayah tahu, memilih kasut yang betul dan bersesuaian dengan bentuk kaki anak-anak dapat membantu pertumbuhan tulang yang sihat serta mengurangkan risiko pelbagai penyakit berkaitan tulang belakang.
Sunfeet yang diterajui oleh Dr. Edmund merupakan pakar dalam merawat masalah sakit lutut, scoliosis, plantar fasciitis, flat foot, sakit pada bahagian tumit, urat kaki tegang, sakit kaki akibat diabetes, arthritis, down syndrome, celebral palsy dan banyak lagi yang mana rata-ratanya melibatkan kaki.
FAKTA :
Skoliosis merupakan kondisi tulang belakang membengkok sama ada ke kiri atau ke kanan. Ia bukan sahaja membengkok malah ia boleh berputar pada paksi vertikal. Perubahan 3 dimensi ini akan membawa kepada kesan kosmetik yang negatif serta berkemungkinan terdapat komplikasi pada kesihatan seseorang. Skoliosis pada amnya tidak menjejaskan fungsi kecuali kebengkokkan yang sangat ketara sehingga jantung dan patu-paru tertekan oleh tulang rusuk. Ini akan menyebabkan kemerosotan fungsi kardiovaskular.
- Foot Bio Mechanical Assessment
- Allignment Checking
- Foot Checking
- 3D Foot Scanning
- 3D Plaster Casting
- GAIT Analysis
- Orthotics Fitting
Lamanweb : https://www.dredmundlee.com/
Facebook : https://www.facebook.com/FootAlignmentExpert/
Instagram : https://www.instagram.com/sunfeetinternational/