Sekali lagi mencipta sejarah dalam industri, Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. telah menjalinkan kerjasama baharu dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk merealisasikan koleksi ATMA yang dijangka akan berada dipasaran pada awal tahun 2023 nanti.
Nama yang tidak asing sebagai pengeluar busana Muslimah dan telekung sejak tahun 2009 dan kini mempunyai lebih 40 buah butik di seluruh Malaysia serta Indonesia, Siti Khadijah melangkah setapak lagi kehadapan dengan satu kolaborasi baharu melalui Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) yang bertujuan untuk mengetengahkan koleksi corak tradisional Melayu.
MANUSKRIP TAMADUN MELAYU KOLEKSI ATMA 2023
"Dalam usaha ini, UKM wajar dipuji kerana mengangkat kepentingan sains sosial dalam industri ini dan nilai-nilai kebudayaan dapat dihidupkan melalui corak Alam Melayu. Melalui Institut Alam dan Tamadun Melayu atau ATMA, Siti Khadijah bekerjasama dalam mengetengahkan koleksi corak tradisional Melayu selain meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat untuk memelihara khazanah negara yang kian dilupakan,"
Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah
Majlis penyerahan dokumen perjanjian telah berlangsung di Anjung Digital Smart Selangor, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, UKM antara Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM) telah dijayakan oleh Pengerusi UKM Technology Sdn. Bhd. selaku wakil INOVASI@UKM, Prof. Dato' Ir. Dr. Abdul Wahab bin Mohammad dan Yang Berusaha Encik Mohammad Munzir bin Aminuddin selaku CEO Siti Khadijah bersaksikan Prof. Dato' Dr. Wan Kamal bin Mujani, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UKM.
"Manuskrip kita ialah penanda kembara bangsa kita pada tahap jasmaniah dan akliah. Inilah kumpulan khazanah yang harus segera alihaksarakan sebanyak mungkin supaya kita dapat memahami pemikiran dan perasaan leluhur kita dan mengutip manfaat daripada kebijaksanaan mereka"
Termasuk koleksi ATMA yang akan berada dipasaran pada awal tahun 2023 nanti, Siti Khadijah turut menampilkan tiga jenis label iaitu White Label, Maroon Label dan Black Label yang sedia ada dipasaran, Siti Khadijah sentiasa memastikan setiap koleksi yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan pengguna semasa dimana harga yang ditawarkan sangat mampu milik bersesuaian dengan kehendak pasaran semasa.
Tahniah Siti Khadijah !!
Terima kasih UKM !!
Untuk maklumat lanjut tentang perjalanan dan senarai koleksi Siti Khadijah, boleh terus ke :
LAMAN WEB | INSTAGRAM | FACEBOOK | SHOPEE