Quantcast
Channel: atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger
Viewing all 962 articles
Browse latest View live

WD-40® MEMUDAHKAN KERJA SURIRUMAH TANPA BANTUAN SUAMI

$
0
0
nah !! bukan la nak kata "suami jangan bantu isteri lansung sebeb isteri ko kuat macam badang.." hee~ TAK.. tapi.. untuk hal hal kecemasan, surirumah perlu bersedia dan bertindak dua tiga langkah lebih kehadapan.. haa.. nak pembantu ? ini kakak perkenalkan !! WD-40® MULTI-USE PRODUCT yang dijamin akan membuatkan surirumah tersenyum.. a.. gittew--



setakat ini, lebih 2000 jenis penggunaan yang korang boleh aplikasikan untuk rutin sehari-hari.. tapi kakak tak de le nak cerita sampai 2000 point tu.. kakak amik yang penting penting jek dan yang biasa surirumah alami.. ala.. kakak pun 24 / 7 kat rumah kot.. kakak faham.. hee~

KEGUNAAN WD-40®

1 : KESAN DEGIL PADA LANTAI ?

  • puas la mengemop bagai sampai sakit pinggang ? haa.. tak payah dah nak kusut kepala.. semburkan  WD-40®, biarkan seketika.. lepas tu berus dengan berus lantai dan mop macam biasa..
2 : BAJU TERKENA DARAH

  • anak makin membesar.. kan ? kadang-kadang jatuh waktu bermain dan ada pula kesan darah kat baju / seluar dorang.. em.. jangan dibuang !! semburkan dengan WD-40®, biarkan seketika.. lepas tu basuh macam biasa samada basuh menggunakan tangan ataupun mesin basuh..
3 : KILATKAN MANGKUK TANDAS

  • berapa korang berhabis untuk kilatkan mangkuk tandas ? hee~ tapi mesti sekejap jek kan ? haa.. sila jangan membazir lagi sebab WD-40® akan pikul kerja tu seme.. cumanya tak wangi la.. hee~ tak kisah la kan janji WD-40® tak de kandungan asid yang merbahaya..
4 : LENGUH-LENGUH SENDI

  • alamak !! seharian keluar membeli belah.. al maklum la nak dekat raya kan.. balik tu mesti sakit sakit badan dibuatnya.. tapi !! minyak angin tak de.. huu~ sakitnya tu di sini kan ? hee~ nah !! semburkan sedikit WD-40® lepas tu urut perlahan lahan.. tak payah nak bergaduh suami isteri mintak urut ape bagai.. boleh je buat sendiri.. kan ?
5 : TINGKAP KETAT

  • adoi.. time cuaca tak menentu ni kadang kadang mood nak bukak tingkap, kadang tu nak tutup tingkap sebab angin kuat sangat.. tapi besi tingkap dah berkarat.. em.. nak buat cemana ? spray kan saje WD-40® ni.. biarkan sekejap.. lepas tu dah boleh tutup / bukak tingkap dengan laju.. 
6 : LEGO ANAK MELEKAT


  • lepas tu anak-anak mula la bising sebab tak boleh nak buat kapal terbang menggunakan lego.. kan ? mak mak tak payah pening.. semburkan aje dengan WD-40® nih.. biarkan sekejap.. nanti tanggalkan pelan pelan.. 
7 : CINCIN TERSEKAT KAT JARI

  • nah !! tak perasan jari dah gemok.. hahahaha~ tak boleh dah nak bukak cincin.. cemana nak blei yang baru kalau yang lama tak bleh bukak.. kan ? haa.. sembur jek WD-40® sikit kat jari yang ade cincin tu.. lepas tu tolak ke atas ke bawah pelan pelan..
8 : ZIP TERSANGKUT

  • kadang kadang nak zip seluar jeans, tapi zip nya tersangkut sangkut.. potensi rosak ade tu.. adoi.. takkan pasal zip sangkut, nak kena beli jeans baru plak kan ? haa.. semburkan sikit WD-40® kat zip tu.. lepas tu gerakkan perlahan lahan.. tada-- magic !! bukan zip seluar jeans jek yang boleh.. tapi semua jenis zip..
9 : KESAN KOTOR PADA PERMAIDANI

  • seksa nya nak pikul permaidani nak bawak ke dobi semata-mata nak cuci kesan kotoran sebesar limaplosen.. em.. tak payah nak sental dengan sabun bukan bukan.. ambil dan semburkan WD-40® je.. gosok dengan kain bersih.. lepas tu ambil air + sabun sikit dan gosok lagi.. untung untung wangi permaidani tu bau sabun..
10 : MASALAH SERANGGA

  • ini paling tak suka ni.. tapi ada anak kecik yang alah pada bau racun serangga.. cemana eh ? takkan nak biarkan semua serangga tu beranak pinak berkampung kat rumah.. hee~ amik jek WD-40® lepas tu sembur kat 'rumah' dia.. tengok ape jadi..

eh !! kakak tak kata semua tips kegunaan WD-40® kat atas nun berjaya tau.. hee~ tengok gak cara korang menyental / menyembur / menggunakan kat mana dan atas tujuan ape.. buat masa ni kakak dah try dan ada yang berhasil.. tak payah dah nak tunggu suami balik keje baru nak perbetulkan mana yang korang sendiri nampak tak betul.. 

buat jek sendiri..

tak percaya ? nah !! korang boleh dapatkan segala info pasal WD-40® kat sini --> www.wd40.asia


jangan lupa simpan sebotol dua kat rumah untuk tujuan kecemasan.. hee~ kakak ade dua.. mana la tau nak guna time time terdesak ke.. 




CAWANGAN KE-200 DOMINO'S PIZZA KINI DI GALLERIA CYBERJAYA !!

$
0
0
siapa kaki pizza ? hee~ kasik ombak sikit.. wuu~~~~ eh !! tak.. kakak bukan peminat pizza pon tapi kalau takat makan sepotong dua dengan topping kegemaran kakak, okay jek sebenarnya.. tapi kalau ada dessert yang sesuai, kakak la orang pertama angkat tangan dan melebarkan senyuman - puas - hati - giler.. haa.. korang biasa lepak Domino's Pizza ? selalu ? okay.. kakak dah jumpa sasaran..

DOMINO'S PIZZA MALAYSIA

baru-baru ni kakak dapat jemputan atas label media untuk makan makan kat Domino's Pizza !! wah !! memang meriah dan masa tu tak terfikir lansung yang kakak tengah diet.. hee~ lantak diet di situ yang penting makan dulu..

kedai baru yang terletak di Cyberjaya, Selangor yang juga merupakan Hub Teknpologi Global di Malaysia ni melambangkan pendekatan teknologi yang memberi fokus untuk Domino's berkembang ke fasa yang lebih baik.. dalam masa kurang dari satu tahun Domino's Pizza Malaysia telah menambah 50 buah kedai dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah 200 kedai !! wah !! banyak tu !! 


ya !! istimewanya kedai di Cyberjaya ni sebab ianya merupakan kedai yang ke-200 di Malaysia dan yang ke-14 000 di dunia !! wah !! memang special la kan berbanding kedai lain.. hee~ yang menariknya, Malaysia berada dikedudukan ke-4 di Asia Pasifik dari segi pertumbuhan kedai dan merupakan pasaran terbesar ke-5 selepas India - Australia - Jepun - Korea Selatan..

Malaysia adalah pasaran terbesar di Asia tenggara dengan kedudukan yang PERTAMA dari segi bilangan kedai.. ini memberi peluang pekerjaan dalam sektor khidmat pelanggan untuk rakyat Malaysia.. waa.. untung kan ? makan pizza dapat, gaji pun dapat.. hee~ kerja pun kat dalam persekitaran yang selesa dan segala kursus kendalian makanan akan diberikan secara PERCUMA !!

DOMINO'S PIZZA CYBERJAYA


kedai dua tingkat di Galleria Cyberjaya merupakan kedai yang pertama dikenali sebagai Domino's Concept Store yang berkonsepkan kontemporari.. wah !! kemahen kan lepak makan pizza kat kedai yang dalam nya macam coffee house.. hee~ 

kat cawangan ini juga menempatkan satu-satunya menampilkan menu papan LED interaktif.. ada 3 panel yang setiap satunya bersaiz 43 inci menyediakan menu pilihan untuk pelanggan.. sila pening untuk buat pilihan pizza kegemaran korang.. sebab kakak tengok semuanya pun sedap sedap weyh..


korang pernah tengok macamana pizza yang korang pesan diuli - dicampak - ditenyeh -diletak topping ? haa.. kalau tak pernah, kat sini korang boleh tengok Teater Pizza..

dakaina cakap "kan bagus ibu keje sini.. adik boleh makan pizza hari hari.."

PILIHAN TOPPING DOMINOS PIZZA

kalau korang, ape yang best ? hee~ jangan la tanya kakak sebab kakak tak tau mana yang best melainkan CLASSIFIED CHICKEN.. ke korang pun sama macam kakak ?


LOKASI DOMINO'S PIZZA GALLERIA, CYBERJAYA


nah !! alamat.. senang korang nak waze nanti..

Domino's Pizza Malaysia
Galleria Cyberjaya
Jalan Teknokrat 6, Cyber 5
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan

PESANAN ONLINE

eh !! memang boleh lah sangat kan.. kalau korang tengah buat keje kat office lepas tu malas nak keluar, buat jek pesanan online.. senang -cepat -mudah..

LAMAN WEB : WWW.DOMINOS.COM.MY
HOTLINE : 1 - 300 - 888 - 333

nak menang voucher Domino's Pizza ? hee~ ye la.. kakak serius ni.. nak bagi 3 voucher secara PERCUMA.. jangan lupa follow instagram kakak ( kakak cantik !! hee~ ) dan nantikan !! senang je caranya.. kakak malas nak susah susah kan orang ni..


SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JUN 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

$
0
0
a.. gittew-- marilah meriahkan dunia blogger.. hahahah~


nak join jugak dan jadi salah satu lapisan pelangi ? hee~ metafora kakak semakin melampau hebat kan ? ala.. kasik can a..

SYARAT PENYERTAAN

1 : buat entri bertajuk "SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JUN 2017 BLOG KASIHJUJU.COM"

2 : letak gambar banner segmen dekat atas ni dan backlink kan ke page kasihjuju.com

3 : follow blog kasihjuju.com

4 : like page Kasih Juju kat facebook

5 : follow instagram Kasih Juju

6 : tadaaa !! siap !! jangan lupa tinggalkan link blog kat ruang komen sini tau !!

segmen ni berlansung dari 25 Mei 2017 hingga 31 Mei 2017..
join tau !!

banyak masa lagi nih.. hee~ support kengkawan blogger lantaksitu..

MARATHON ANIMASI MINI ZOOMOO SEPANJANG BULAN JUN

$
0
0
yeay !! cuti sekolah datang lagi.. dan anak-anak pun bergembira tanpa aktiviti yang mencuit minda mereka.. hee~ nampak ? sinonim dengan cuti sekolah ; 'rehatkan' buku sekolah dan minda.. konon sangat kan ? tapi !! jom !! lepak santai sambil menonton ZooMoo marathon - The Hive, Origanimals dan Dinosour Train di siaran 619 Astro setiap hari dari 3.00 pagi hingga 6.00 petang !! bila ? haa.. bermula 3 Jun ni !!



APA YANG MENARIK ?

semua pun menarik sebab kakak memang TER-paksa join #duanur tengok rancangan ZooMoo ni.. hee~ ape tak nya.. ZooMoo salah satu channel yang mendidik #duanur berkomunikasi dan belajar Bahasa Inggeris secara tak lansung.. ya.. walaupun ada pilihan untuk alih suara, dorang lagi suka dengan bahasa 'asli'..

THE HIVE

sertai BuzzBee dan rakan-rakan dalam pengembaraan penuh keseronokan mereka dalam the Hive !! di setiap pengembaraan memberikan pengalaman baru untuk BuzzBee, Barnbee, Jasper, Debee dan Rubee meneroka dunia dan sekeliling mereka.. sama ada mereka keluar memburu harta, berkhemah di bawah sinaran bintang, menjaga haiwan peliharaan Nenek Bee atau melakukan pelbagai helah, semua itu memberikan pengalaman dan pengajaran untuk dikongsikan..

animasi yang berwarna-warni ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak untuk memperkenalkan kehidupan Keluarga Bee.. haa.. jangan tak tau yang sini menarik ini menceritakan perkara sehari-hari yang melibatkan anak-anak kita seperti bermain, friendly, menghabiskan masa dengan keluarga, belajar tentang kehidupan dan meneroka dunia yang penuh dengan pelangi.. hee~ best kan ?

ORIGANIMALS

wah !! serius !! Origanimals ni memang super BEST.. hee~ ryan Rhino, Fiona Fox, Zoe Zebra dan Khye Koala merupakan sepasukan penyelamat hidupan liar dalam dunia origami yang juga dikenali sebagai "Awesome Four - A4" yang membantu menyelesaikan masalah dan memberi penyelesaian kreatif untuk membantu Origanimals yang memerlukan bantuan mereka.. dalam misi menyelamat, mereka akan meluncur, menumpang condor dan terbang terus ke lokasi.. 

A4 mendidik dan mengajar betapa pentingnya kerjasama dalam pasukan dan sekaligus akan menyentuh perasaan secara tak lansung.. ya.. ini pun termasuk dalam list WAJIB tonton..

DINOSAUR TRAIN

jom !! sertai tyra Tyrannosaurus, Rex Buddy, keluarga Pterandon dan ramai lagi kawan dinosaur dalam Dinosaur Train.. pergi menerok ke Dinosaur Land dan belajar mengembara dispeanjang jalan.. setiap episod anak-anak akan diajar tentang haiwan dan yang paling BEST, anak-anak akan dikenalkan dengan haiwan yang telah hidup ( kini pupus ) berjuta-juta tahun yang lalu..

'keretapi dinosaur' akan mengajar tentang sains semulajadi, sejarah dan paleologi disetiap 30 minit rancangan ini.. ada anak-anak yang suka dengan dinosaur ? haa.. jangan lepaskan peluang buka minda anak-anak korang dengan ilmu sepanjang pengembaraan.. 

WAKTU RANCANGAN

HARI : setiap hari sepanajng bulan Jun 2017
MASA : 3.00 pagi - 6.00 petang
SIARAN : 619 ASTRO

dan ada contest juga !!


PROMOSI BARANGAN IBU AYAH DAN BAYI TANPA HENTI DI MOTHERHOOD

$
0
0
ingat tak kakak pernah cerita pasal MOTHERHOOD.COM.MY - pusat sehenti untuk membeli barang kelengkapan bayi.. ingat tak ? ingat tak ? hee~ sebenarnya, sekarang ni dorang tengah buat promosi bergegar beg duit LAGI !! ya.. promosi barangan ibu ayah dan bayi tanpa henti hanyi di motherhood.com.my tau !!


MOTHERHOOD.COM.MY

salah satu platform yang sangat mudah untuk kegunaan ibu ayah membeli produk bayi, kelengkapan ibu hamil dan berpantang serta keperluan anak-anak dengan penjimatan terbaik.. disamping itu, laman web ini juga menyediakan pelbagai maklumat dan tips yang berguna sepeti tips keibubapaan, panduan penyusuan, ulasan jenama, penyediaan sample percuma dan banyak testimoni yang sangat berguna untuk semakan dan rujukan ibu ayah.. pssttttt-- laman web lain hanya menjual produk tapi tak de kelebihan tips / petua ape bagai tu tau.. hee~

korang boleh beli pelbagai produk bayi secara dalam talian ( online ) yang meliputi :

  • lampin
  • makanan bayi
  • aksesori mandian
  • tempat duduk kereta
  • stroller ( kereta sorong )
  • peralatan tempat tidur dan nurseri
  • fesyen terkini bayi
  • bahan pendidikan dan permainan

IMBAS KENANGAN

kakak ingat lagi 5 tahun lepas ( sebelum wujudnya motherhood.com.my ), masa dakaina baby dan bangman kecik.. memang susah sangat kakak nak bergerak untuk membeli belah.. ye la.. suami pun sibuk dengan kerja sampai ke malam, bila balik je shopping mall dah tutup.. bila masa plak nak topup barang anak-anak.. kan ? nak tak nak kena la buat stok kelengkapan anak..

budak kan cepat membesar.. ini satu masalah jugak ni.. hee~ habis la mana stok yang beli banyak banyak tu sendat dan tak boleh nak pakai.. mujur ada saudara mara dan boleh sedekah kan kat jiran tetangga.. em..

nampak ?

ini baru satu masalah.. belum lagi kalau ibu ibu hamil yang mengalami morning sicknes teruk sampai nak keluar beli kelengkapan bayi yang bakal lahir pun tak boleh.. acane tu ?

dah !! tak payah pening pening lagi dah sekarang.. motherhood.com.my dengan inisiatif menjadi 'lubuk' kelengkapan yang ulung dalam membantu menjimatkan masa dan tenaga disamping membantu ibu ayah moden untuk berjimat lebih.. hee~ duit yang dah jimat tu boleh la bawak anak-anak pergi bercuti.. tak gitu ?

JENAMA SOKONGAN

haa.. anak korang pakai brand ape ? name it.. name it.. semua ade dik non.. jangan la pening pening kepala.. head to toe, lengkap dalam satu website..



untung orang zaman IT ni, semua hujung jari je.. tak payah nak lecak ketiak bersesak dengan orang ramai kat shopping complex setiap kali ada jualan murah.. hari ini.. semua hujung jari je.. sambil kat office, buat kerja pun masih boleh buat pesanan untuk kelengkapan anak.. sama juga kalau dalam pantang.. 

MUDAH DIKENDALIKAN

tujuan adanya website motherhood.com.my ni adalah untuk memudahkan urusan beli belah disamping menjimatkan masa, wang dan tenaga.. dah tentulah laman webnya pun mudah untuk diuruskan.. hee~ klik sana klik sini, buat pembayaran.. siap !! 


ada juga ringkasan dan maklumat produk..


dan !! jangan lupa untuk baca segala maklumat :

( klik gambar untuk NAMPAK BESAR.. hee~ )

JIMAT LEBIH LAGI ?

dah la diskaun sepanjang tahun dengan penjimatan berganda.. ni siap dapat FREE shipping dengan pembelian RM 99.00 dan ke atas lepas tu siap ada diskaun RM 15.00 tu.. banyak sangat korang boleh jimat kalau dikira-kirakan balik..



TESTIMONI

orang Malaysia memang suka kan testimoni.. hee~ tak !! serius tak salah.. sebab motherhood.com.my menyediakan ratusan testimoni dari pelanggan lama untuk rujukan pelanggan baru.. kalau kakak cakap service dorang memang tip top terbaik, korang mesti tak percaya.. kan ? haa.. baik baca sendiri kat bawah ni :


tak cukup ? hee~ ce jerit "we want more !! we want more !!"

dah ? cukup tak ? hee~ ke tak cukup lagi ? haa.. kalau nak CUKUP tu, apa kata korang pergi register ( sign up ) dan mula kan pembelian.. nak voucher best tak ? mestilah nak kan..

buat sebarang pembelian mulai harini sehingga 31 MEI 2017 nanti, tanpa pembelian minimum, korang akan dapat FREE delivery dari pihak motherhood.com.my..

ya !! FREE !!

tapi kena masukkan voucher code ( FREESHIPPINGMM ) ni selepas buat pembelian untuk menikmati PROMOSI pertama korang.. best ke menarik ? dah.. dah.. pegi shopping sana..

iBAWAL PENGELUAR TUDUNG BAWAL WANGI PERTAMA DI MALAYSIA

$
0
0
siapa setuju kalau kakak cakap, pakai tudung bawal, nampak lebih muda ? hee~ kan ? kan ? kan ? perasan tak mulai tahun lepas, zaman kegemilangan tudung bawal.. dengan pelbagai corak dan warna yang memang memikat hati membuatkan fesyen tudung bawal menguasai pasaran.. tapi !! tau tak ada satu jenama pengeluar tudung bawal yang tengah TOP dengan design terkini.. haa.. ye la.. iBawal pengeluar tudung bawal wangi pertama di Malaysia.. serius ni..


pendekatan yang berbeza dari pihak pengeluar sekaligus menjimatkan penggunaan minyak wangi korang tau.. hee~ ye la.. sinonim dengan cuaca kat Malaysia yang sedikit panas dan berangin membuatkan bau minyak wangi cepat hilang.. 

tapi kakak bukan nak cerita pasal minyak wangi atau cuaca kat Malaysia nih.. hee~

CITARASA WANITA ASIA

lambakan jenis tudung kat pasaran memang belum setanding dengan iBawal yang masih mengekalkan kualiti dari segi material dan hanya boleh didapati secara original melalui stokis dan ejen-ejennya dari seluruh Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura.. masih kekal teguh dari tahun 2015, iBawal boleh disarung manis walau dalam apa jua majlis ( formal atau pun tak formal ).. uniknya.. hee~ iBawal dibungkus rapi dalam kotak macam powerbank !! kan !! kakak dah kata dah dorang nih lain..

BACA SINI --> EJEN iBAWAL

setakat entri ini ditaip dan disiarkan, iBawal dah ada 7 jenis koleksi iaitu :

  • soliha 2016
  • serena 2016
  • sofeya 2015 / 2016
  • soraya 2016
  • sofeya 2016 / 2017
  • salma
  • soraya 2017 parfume
yang dijual dengan harga serendah RM 35.00 sehelai.. murah kan kalau nak dibandingkan dengan harga tudung bawal yang lain.. pemilihan corak printed yang menarik dan tak jemu memandang membuatkan pasaran iBawal semakin diterima ramai..


FAKTA : untuk menjaga kualiti dan permintaan secara efektif, 
iBawal hanya boleh didapati dari stokis dan ejen yang sah SAHAJA..


cantik ke design iBawal nih ? haa.. kan kakak dah ajar.. cantik itu subjektif tapi kualiti itu yang kita nak carik.. korang pernah jumpa tudung bawal yang #gosokgosokwangi ? okay.. tak pernah kan ? hee~ sila scroll entri ni sampai habis dan baca..

#GOSOKGOSOKWANGI WEYH !!

buat masa ni kakak ada 5 tudung iBawal ni sebab kakak pun baru je terjebak dalam kancah iBawal-nators nih.. dan yang terkini !!


nama dia CATTLEYA BLUE.. kakak pakai masa pergi event Aiman Tino hari tu.. hee~ biasa nampak kakak pakai tudung yang ada sedikit warna PINK.. kan ? jarang sangat kakak pakai warna biru sebegini rupa.. dan.. memang tak menghampakan la.. 


hasilnya !! tidak menghampakan.. kan ? hee~ kadang-kadang kakak pakai tudung bawal yang tak de jenama, tudung dia 'bergerak-gerak' tau.. maksudnya kalau ko tengah makan, tudung tu jadi senget benget.. lepas tu kalau korang tunduk ( makan ke, menaip kat handphone ke, baca buku ke ) tudung tu mesti turun sikit kedepan.. kan ?

tapi !! dengan iBawal.. TAK !! 


ini akan jadi kegemaran kakak.. hee~ sebab ? obviously kot !! ade warna PINK !! inspired by Sara Ali nih.. yang kakak pakai masa Majlis Makan Malam Sepetang Bersama Blogger 2017.. membuatkan penampilan serba hitam kakak, menyerlah..

kakak suka kaler dia !! yang penting material senang jaga dia.. hee~
diberi nama SOFIYA KEPANG TANGERINE, memang berjaya menonjol kan kakak pada malam tu.. hee~ tak sia sia tau..


ini terbaru !!!! SORAYA PARFUM 2017 - FLORA DAN FAUNA.. sangat cantik dengan warna pastel dan corak yang tak 'berat'.. boleh dipadankan dengan apa-apa jenis pakaian dan majlis.. em.. yang nih kakak tak pakai lagik.. hee~ tapi model dah pakai dah..



cantikkan ? hee~ selalunya kalau kakak borak dengan kawan-kawan yang memang minat tudung bawal, dorang akan cari tudung yang mudah bentuk.. ya.. iBawal sangat mudah bentuk dan tak payah nak hembus berkali kali.. lilin ? em.. oldschool sangat kan siap berlilin kat hujung tudung.. hee~ dengan iBawal, tak payah.. bila korang pakai, dia akan terbentuk cantik dan korang adjust jek lilitan macamana yang korang nak..

siap !!


jangan lupa dapatkan iBawal dan jimatkan minyak wangi korang.. hahahaha~ nak raya nih.. berjalan sehari suntuk, biar la wangi je.. confident level pun tinggi dan tak segan nak laga laga pipi dengan kengkawan..

jom singgah tengok ape design iBawal yang menarik kat sini :

LAMAN WEB : iBAWAL.my
INSTAGRAM : #gosokgosokwangi
FACEBOOK : iBAWAL Malaysia

kakak dah iBawal.. korang bila lagi ?

APA YANG MENARIK SAMPAI CIKGU NI UP KAN STATUS MACAM TU ?

$
0
0
alhamdulillah.. hari ketujuh dan masih menghitung sehingga ke Aidilfitri.. hee~ kan ? mesti dah ramai yang mula buat persiapan lebaran.. cemana ? penat menguruskan kehendak dan permintaan anak-anak dan keluarga yang mahukan aidilfitri disambut meriah ? ala.. bukan selalu pun kan.. cuma.. bezanya, korang g shopping time puasa dan perut bergendang.. eh !! ye ke ? apa yang menarik sepanjang bulan puasa ni untuk korang ?



persediaan menjelang aidilfitri ?


atau..

berpuasa dengan tubuh badan yang lebih sihat dan cergas ?

hee~ memang la kalau boleh nak dua dua kan ? tapi !! kalau tak sihat jugak cemana ? takkan nak redah jugak walaupun badan lemah dan tekak serba perit.. jalan penyelesaian ? pilih untuk melepek dan biarkan aktiviti seharian tergendala atau berbukap uasa dan makan ubat ? em..

nak baca al-kisah cikgu kakak yang demam pada hari pertama puasa ? mungkin kerja berlebihan dan banyak fikir.. hee~ sebab katanya "ada banyak perut yang perlu diisi.. sentiasa memikirkan jalan yang terbaik.." -- overthinking.. kan ?

jom !! 

baca kisah beliau yang sudah kakak Shaklee-kan..



"permulaan ramadan diduga dengan badan panas dalam dan menyebabkan
tak dapat nak meneruskan aktiviti seperti biasa..

memang hari pertama puasa tu pengalaman yang tak pernah dialami..

kemudian hari kedua beransur kurang, alhamdulillah..

disebabkan memang minggu ni akan melalui hari yang sibuk, teringat mengenai
minuman Performance Drink yang seringkali rakan-rakan pengedat shaklee promo suatu
ketika dahulu..

terus hubungi rakan yang sedang lapang untuk dapatkan serbuk minuman ini..

berbuka terus bancuh..

malam tu tiada kesan ketara, sebab aktiviti sekadar pergi ke masjid untuk
solat terawih..
semasa sahur bancuh lagi segelas untuk bekalan semasa puasa..
syukur kepada tuhan, badan lebih segar pada hari berikutnya, suhu badan pun tidak
meningkat dan kembali kepada suhu normal..

berkesan juga minuman berperisa oren ni..

andai ada yang ingin cuba, bolehlah tinggalkan komen, biar rakan-rakan pengedar Shaklee
hubungi anda..

rakan-rakan pengedar bolehlah tinggalkan jejak juga agar mudah untuk sesiapa hubungi..

sekadar berkongsi pengalaman puasa dengan tambahan minum segar ini.."

Eizil,
Blogger tua berkongsi pengalaman..


haa.. ini bukan cobaan tapi betul betul punya kejadian.. hee~ bukan kakak nak pancing atau bodek sebab beliau adalah cikgu kakak, cuma kakak bagi tau yang minuman berperisa oren ni dah berjaya membantu beliau kekal bertenaga dan kembali berpuasa tanpa demam lagi..


kalau dah orang berumur / dewasa pun suka dengan minuman ni.. apatah lagi dengan anak-anak kita yang baru belajar nak berpuasa.. kan ? mesti dorang tak melepek dah lepas nih.. hee~ - kakak bukan overclaimed tapi pengalaman #duanur juga nih.. pukul 1 petang pun dorang boleh main kejar kejar dalam rumah..

APA KELEBIHAN PERFORMANCE DRINK ?

dah borak panjang-panjang, mesti la kelebihan dia pon melampau panjang gak kan ? hee~ kalau nak ikutkan memang banyak la berbanding minuman isotonik biasa dan antaranya :


  • kurang kandungan gula
  • tidak mengandungi lemak
  • tidak mengandungi kolesterol
  • tidak mengandungi pewarna tiruan / pengawet dan perasa tambahan
  • tidak berkarbonat
  • dirumus khas dengan kandungan sodium + potasium dan karbohidrat yang lengkap
  • membantu mengatasi masalah dahaga ( ini kalau dapat minum time berbuka puasa nih, berdesup tenaga nak g tarawikh.. hee~ )
  • mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair ( elektrolit ) sekaligus
  • jumlah kepekatan karbohidrat yang ada dalam Performance Drink adalah sama dengan darah kita !! ini memudahkan penyerapan dan sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah.. dah tentulah lepas tu badan kita akan jadi lebih cergas dan bertenaga !!
kakak open 30 tong sepanjang bulan JUN 2017 ni !! taknak ? hee~ rugi la.. sebab minuman angkasawan ni dapat bantu korang tambah tenaga untuk melengkapkan persiapan aidilfitri nanti.. tak nak jugak ? mungkin korang lagi suka update kat FB betapa korang kepenatan dalam menjalankan aktivit seharian sepanjang bulan puasa.. kan ?

ubah..
ubah..

jangan lupa contact kakak untuk konsultasi..




TANGGUNGJAWAB PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN DIKALANGAN KANAK-KANAK ANJURAN WHISKAS

$
0
0
peminat haiwan ? okay.. korang boleh geng dengan #duanur.. hee~ sebab dorang tak habis-habis bising kat telinga kakak memujuk nak bela barang seekor dua anak kucing untuk dibuat main.. bukan kakak tak bagi, tapi faham-faham la kan.. siapa nak menguruskan kucing tu nanti, nak jaga kebersihan persekitaran rumah lagi.. benda tu semua pada kakak sangat leceh dan mungkin akan terkejar-kejar.. ye ke ? ntah.. sebab tu Whiskas® Malaysia dengan kerjasama Mars Petcare talah menjalankan usahasama untuk sesi jelajah ke 65 buah sekolah rendah pada tahun 2017 ini untuk menggalakkan Tangungjawab Pemilikan Haiwan Peliharaan ( RPO )..


kempen yang bermula pada tahun 2015 yang diterajui oleh Whiskas® Malaysia ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai betapa pentingnya menjaga haiwan peliharaan terutamanya kucing yang memang sinonim dengan kanak-kanak.. dengan pembabitan 15 buah sekolah di sekitar Lembah Klang yang kini telah menjangkau sehingga negeri Pualau Pinang, Perak dan Johor dengan penglibatan pelajar sekolah berumur antara 10 hingga 12 tahun ; usaha ini berjaya mencapai lebih daripada 66 000 penglibatan kanak-kanak sekolah dalam tempoh 3 tahun !!

jurulatih program Jom Sayangi Haiwan Kita - Nurul Najwa Adzme menjelaskan tentang karekter kucing kepada pelajar..
program yang dikendalikan oleh jurulatih yang berpengalaman, sesi interaktif selama satu jam memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari lebih lanjut tentang ciri-ciri kucing serta pelbagai fakta yang menarik tentangnya.. disamping info-info tentang cara memberi makanan yang sesuai dengan pemilihan jenis makanan yang tepat untuk memastikan kucing peliharaan mereka berada dalam keadaan yang sihat..


FAKTA KUCING : misai kucing boleh mengesan haba serta halangan dalam gelap


pelajar SK Seafield 3 sedang membaca risalah tentang penjagaan haiwan peliharaan..
jika perkembangan sehari-hari haiwan peliharaan positif, 'mereka' mampu menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat berbanding haiwan yang tidak dijaga dan terbiar.. malah dengan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan bertanggungjawab terhadap pemilikan haiwan peliharaan, sekaligus mewujudkan dunia yang lebih penyayang dan adanya sifat belas kasihan terhadap orang lain ataupun haiwan lain apabila mereka dewasa kelak..



“adalah penting untuk kita menanam rasa tanggungjawab dan pemikiran yang 
tepat kepada kanak-kanak ketika mereka masih muda kerana pada usia ini 
mereka cenderung untuk bertanya kepada ibu bapa dan mahu memelihara haiwan 
peliharaan mereka sendiri.. inisiatif Jom Sayangi Haiwan Kita membantu memberi 
maklumat yang tepat tentang cara penjagaan kucing peliharaan.. 
memiliki haiwan peliharaan boleh menjadi sangat bermanfaat untuk kedua-dua ibu
bapa dan kanak-kanak apabila pemilik memahami tanggungjawab dan tahu 
bagaimana mahu menjaga haiwan peliharaan mereka dengan betul.. 
pemahaman yang disampaikan ketika masih muda ini akan kekal sehingga dewasa untuk memupuk tabiat yang baik apabila bercakap tentang pemilikan haiwan peliharaan..” 

ujar Ong Chiek Ming, Mars Petcare Country Director –
Malaysia, Singapura dan Filipina.


MARS INCORPORATED

merupakan sebuah perniagaan yang sudah menjangkau lebih daripada satu abad dan masih konsisten dalam penjualan pelbagai jenama seperti :

  • penjagaan haiwan peliharaan :
    • PEDIGREE®
    • ROYAL CANIN®
    • IAMS®
    • BANFIELD® 
    • CESAR®
  • coklat :
    • M&M’S®,
    • SNICKERS®
    • DOVE®
    • GALAXY®
    • MARS®
    • MILKY WAY®
    • TWIX® 
  • wrigley :
    • DOUBLEMINT®,
    • EXTRA®,
    • ORBIT® 
    • 5™
    • SKITTLES®
dan beberapa rangkaian makanan lain.. beribu pejabat di McLean, VA, Mars telah beroperasi diseluruh 78 buah negara dengan teguh berprinsip - KUALITI - KECEKAPAN - TANGGUNGJAWAB - PERMUAFAKATAN - KEBEBASAN dalam mewujudkan hubungan bersama pelbagai pihak berkepentingan bagi mencapai pertumbuhan yang positif..

guru-guru dan pelajar SK Seafield yang mengambil bahagian dalam kempen Jom Sayangi Haiwan Kita.. semua nampak happy jek !!
untuk maklumat lanjut tentang RPO di sekolah anjuran Mars Petcare, jom layari :

LAMAN SESAWANG : MARS PETCARE - COMMUNITY
FACEBOOK : MARS INCORPORATED
TWITTER : MARS GLOBAL
YOUTUBE : MARS GLOBAL

nampaknya, kakak kena pertimbangkan proposal dari #duanur untuk bela dua ekor kucing.. hahahaha~


HYPER-REALITY EXA OUTPOST TARIKAN BARU DI SETIAWALK, PUCHONG

$
0
0
wuhuu-- ape best kat Puchong ? ntah.. tak de.. hahaha~ itu dulu la sebab kawasan sekitar Puchong ni orang kenal dengan kawasan perumahan.. tak terfikir pun kan ade tempat menarik disebalik bangunan-bangunan tinggi kat Puchong ni.. haa.. ape tu ? permainan dunia hyper-reality di EXA Outpost di Setiawalk.. tak jauh dah nih dengan kakak..


korang boleh bina kumpulan sendiri dengan kawan-kawan korang untuk jadi askar ( dalam game la tapi.. hee~ ) dan setiap dari korang akan mengalami sendiri permainan dan bekerjasama antara satu dengan yang lain untuk menentang pihak lawan..


permainan hyper-reality yang memang punyai tarikan tersendiri akan membuatkan korang rasa masa berlalu pantas.. kaki game faham la kan.. sebab ? dah korang main game, pempaham jek a.. lagi lagi game yang memang REAL depan bijik mata korang dengan jalan cerita yang padan dan bersesuaian mengikut level korang.. maksudnya, kalau korang menang part 1, korang akan naik part 2.. gile tak leka ? hahaha~ tantah lupa nak balik pon..

dengan formula dan modul yang sentiasa dipantau serta dipertingkatkan untuk kepuasan pengguna, korang akan mengalami sendiri penerokaan dimensi 12 dan situasi di luar atmosfera.. pihak lawan akan disediakan untuk korang mula dan habiskan misi dalam pasukan.. macam biasa la.. kalau dah ada pasukan, korang mesti la ada komander.. kan ? Komander Rick akan memberi arahan untuk korang lengkapkan misi..


nah !! firstime kakak angkat senapang.. hahaaha~ kalau korang nak tau, senapang ni satu-satunya yang menggunakan konsep 'reloaded'.. ape tu ? kalau korang dah asyik menembak aje kan, senapang tu akan panas ( berasap ) / kehabisan peluru, korang kena rehat sekejap ( 5 saat jek pon !! ) untuk reloaded senapang.. tak de nye nak kena tukar-tukar senapang ke pistol ke ape bagai.. pakai itu saje sampai kesudah.. jimat masa..

hari tu kawan kakak ade tanya kat instructor tu..


"kalau ade musuh datang tembah kita dalam tempoh reloaded tu ? nak buat ape ?"


sila la lari.. menyorok.. jangan la tunggu nyawa ditarik.. hee~

sut yang akan korang pakai.. nampak macam berat kan ? hee~ tapi tak !!
cuma !! masa korang tengah bermain, korang dilarang sama sekali berguling, melompat dan berlari sebab ada pillar disekeliling bilik ni yang menjadi 'gap' antara korang dan dunia yang telah diciptakan untuk korang explore.. ha.. dah kalau berguling-guling sekali terlanggar pillar tu, mau tumbang segala.. tak jadik dah nak teruskan misi.. itu satu hal.. hal lain yang melibatkan keselamatan korang sendiri..

tu nampak tiang tiang tu ? haa.. jangan ade yang gatal pergi gegar tiang tiang tu.. cubit kang.. dan korang hanya dibernarkan berdiri / berpusing / bergerak dalam kotak yang telah ditandakan untuk korang.. sempit ? jangan risau.. muat..
sebab tu, sebelum bermula korang akan diberi taklimat ringkas.. ingat.. jangan memandai langgar arahan officer bertugas..

sempena perasmian hari tu, EXA Group membuat tawaran menarik untuk korang yang minat dengan game berunsurkan realiti ni.. dengan harga serendah RM 65.00, korang akan dapat 1 round secara percuma.. kiranya BUY 1 FREE 1.. memang puas hati la kan.. kalau tak korang kena bayar RM 81.00 untuk 1 game..


kalau korang nak buat tempahan atau ada sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi :

FACEBOOK : EXA GLOBAL
INSTAGRAM : @exaglobal
LAMAN SESAWANG : www.exa-global.com

atau terus jek walk in :

B-11-1, Block B Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor Darul Ehsan ( waze : SETIAWALK, PUCHONG )

sebenarnya EXA Outpost nih tempat baru dengan teknologi yang baru jugak.. jadi.. jangan pelik kalau korang pegi nanti, ada bahagian yang belum siap diubahsuai.. sebab nanti akan ada beberapa bahagian untuk family bersantai termasuk PS4, cafe dan permainan VR.. nampak ? semua bawah satu bumbung..

disamping lepak lepak dengan family, boleh juga tambah kenalan untuk networking.. kan ?



SUCIKAN DIRI DAN HATI, RAMADAN INI DENGAN LIFEBUOY DAN RANGKAIAN MEDIA PRIMA

$
0
0
bila bercakap tentang kebersihan, mesti ramai yang ambil ringan dan sambil lewa.. kan ? konon, mudah jek nak atasi masalah bakteria dan virus ni.. konon jek laa-- hee~ tapi, korang tau tak yang aktiviti sehari-hari kita membuatkan kita terdedah dengan pelbagai kemungkinan untuk kita dan ahli keluarga kita jatuh sakit dan tidak selesa menjalani aktiviti harian ? haa.. sebab tu la, Lifebuoy ; jenama sabun mandian nombor 1 di Malaysia dengan kerjasama rangkaian televisyen Media Prima telah melancarkan kempen Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini..


Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia ; Vincent Chong berkata :


sebagai jenama No. 1 di Malaysia bagi sabun mandian yang memberi perlindungan
daripada kuman, Lifebuoy mahu membawa perubahan dengan meneruskan komitmen
kami untuk meningkatkan amalan kebersihan di kalangan rakyat Malaysia..


selain iklan di televisyen, Lifebuoy juga akan mengunjungi bandar-bandar terpilih di seluruh Malaysia bagi mengukuhkan lagi usaha pendidikan amalan kesihatan.. bagi memanfaatkan sepenuhnya kempen tahunan sempena bulan Ramadan dan hari Raya anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima, Lifebuoy turut menggabungkan inisiatifnya dalam acara 'Skuad Terima Kasih', 'Bazar Terima Kasih' dan 'Jom Masjid' yang akan diadakan di johor, Terengganu, Pahang dan Kedah..

ada pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan termasuk demonstrasi membasuh tangan dengan cara yang betul dan pengagihan lebih 3000 pek sabun Lifebuoy.. jadi !! jangan lupa semak kalendar korang !! hee~ 

siapa pernah tengok iklan ni ? hee~


kempen yang dijalankan serentak di seluruh negara ini bukan sekadar memperkenalkan produk malah turut membawa misi menerusi mesej kebersihan dalam format yang menarik disamping menerapkan amalan penjagaan kebersihan diri dan keluarga.. 


penampilan aktor hebat Malaysia, Farid Kamil bersama anaknya Che Mad sebenarnya menjadi tanda tanya kat kakak.. hee~ ye la.. biasanya kita tengok iklan sabun sabun ni sangat cliche antara ibu dan anak.. kan ? tapi kali ni Lifebuoy membuat kelainan dengan melantik Farid Kamil dan Che Mad sebagai duta untuk kempen Sucikan Diri dan Hati, Ramadan ini..


hal hal kebersihan dan kesihatan bukan sahaja dipikul oleh ibu sebaliknya kerjasama si ayah juga memainkan peranan penting.. lagi lagi bulan baik yang memerlukan kita, umat Islam memberi sepenuh tumpuan untuk beribadat.. kalau tak selesa, cemana ?


"kebersihan diri merupakan asas kepada penjagaan kesihatan dan pencegahan pelbagai
jenis penyakit yang disebabkan oleh kuman.. mandian sempurna adalah rutin
kebersihan yang penting agar badan kekal selesa.."


dan yang paling best, Lifebuoy turut menjalinkan kerjasama eksklusif bersama Watsons untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil tindakan dan melakukan amal kebajikan sepanjang bulan Ramadan ini dengan cara, setiap pembelian bernilai RM 15.00 di mana-mana cawangan Watsons, sejumlah nilai RM 1.00 akan didermakan kepada Tabung TV3 Bersamamu iaitu sebuah tabung amal yang giat dijalankan oleh pihak TV3 untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik..

tak cukup BEST ?


nak menang baucer tunai berjumlah RM 100, 000.00 dari Lifebouy ? haa.. ape lagik ? sambil korang membeli dan beramal, korang juga berpeluang untuk menang hadiah yang menarik !! kakak tanak cakap banyak sebab kakak sendiri geram bila tengok jumlah nilai yang dipertaruhkan.. hee~

dengan 3 cara mudah :

  • beli produk Lifebuoy bernilai RM 20.00 dan keatas dalam satu resit..
  • ambil gambar resit yang telah dicetak..
  • hantar melalui aplikasi whatsapp / MMS ke 014 933 8131
mana tau nasib korang baik dan dapat pakai emas baru tajaan Habib tak pun dapat Gift Card dari Petronas.. wuhuu-- tu pun dah cukup heaven tu..


untuk maklumat lanjut tentang Lifebuoy dan kempen yang sedang berlansung, boleh lawati :

LAMAN SESAWANG : WWW.LIFEBUOY.COM
LAMAN SESAWANG : UNILIVER - LIFEBUOY
LAMAN BELI BELAH : WATSONS - LIFEBUOY

jom !! sambil membeli, sambil menderma, sambil berpeluang untuk menang hadiah !! hee~ 3 dalam 1.. dah macam kopi instant.. 

selamat menunaikan Rukun Islam ketiga !!
semoga semuanya sihat dan cergas sepanjang hari..

CASING TAHAN LASAK DARI OTTERBOX UNTUK PENGGUNA SAMSUNG GALAXY S8 DAN S8+

$
0
0
wah !! memang dah jadi trend kan upgrade telefon baru kan ? kan ? kan ? sama la macam kakak.. bukan nak membazir tapi keperluan sehari-hari yang membuatkan kakak terpaksa bergelut dengan perkembangan teknologi terkini.. haa.. tapi kakak bukan nak cerita pasal gadget sebaliknya nak cerita pasal casing terbaru dengan warna-warna menarik dari OtterBox untuk pengguna Samsung Galaxy S8 dan S8+..


sekali lagi OtterBox menawarkan barisan casing lasak tapi sangat elegan dan bergaya.. serius cantik dan warna yang sangat memukau.. antaranya :

dan semuanya menarik seyh !! 

kalau korang biasa tengok kat pasaran, korang akan jumpa macam-macam jenis casing untuk peranti bimbit korang.. kan ? tapi !! kelainan yang diberikan oleh OtterBox yang korang takkan dapat dari jenama lain :
  • warna casing tidak luntur
  • setiap reka bentuk mempunyai Certified Drop
    • untuk mendapatkan jaminan, setiap reka bentuk telah melalui lebih daripada 238 jam ujian atau lebih untuk memastikan ianya tahan lama, berperstij dan tahan lasak..


“we work hard so that you can play hard..”
- CEO OtterBox ; Jim Parke


menjadi pelopor dengan penghasilan casing telefon bimbit dan tablet tahan lasak, OtterBox berani membuat pelbagai pembaharuan untuk menepati kehendak pengguna disamping terus-terusan menjaga kualiti dan kredibiliti syarikat sehingga menjadi pengeluar nombor 1 di Amerika !!


"casing dari OtterBox membiarkan peminat Samsung mengembara jauh dan
terus berhubung.. sebagai Samsung Mobile Accessory Partnership Program, kami
'mencipta untuk Samsung' perlindungan yang canggih untuk melindungi Galaxy S8
dan Galaxy S8+ sejak hari pertama ia dilancarkan.."


selain warna menarik, OtterBox juga menitik beratkan soal kemasan dan pelindungan menyeluruh terhadap telefon bimbit pengguna.. cemana tu ? setiap casing yang dikeluarkan untuk Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ dilindungi dengan dua lapisan perlindungan nipis.. senang nak simpan dalam poket..

kalau korang suka travel dan berjalan jauh, lindungi Galaxy S8 atau Galaxy S8+ korang dengan Strada Series Folio Case.. perlindungan keseluruhan dengan kulit asli sekaligu melindungi skrin telefon bimbit dan mengelak calar atau retak.. dengan reka bentuk elegan dalam klasik memang sangat berbaloi..

siap boleh selitkan duit ataupun kad.. senang kan ? hee~
casing keras dan tahan lasak dari Defender Series memang menarik perhatian kakak sebab ianya direka semula dengan skrin terbuka yang luas dengan paparan melengkung dengan menggunakan Alpha Glass.. kemasan menarik ni sangat fleksible untuk perlindungan dari gelincir dan mampu melindungi dari kotoran.. lap saja kalau kotor.. hee~ tak de masalah pun..

dengan perlindungan alpha Glass, skrin Galaxy s* dan Galaxy S8+ korang akan terselamat.. hee~ ianya akan mempertahankan paparan jelas dan mengekalkan kepekaan skrin.. haa.. itu kelebihan OtterBox tau.. 

benteng untuk telefon bimbit korang !! hee~ sayangilah sebelum berkecai teruk..
ada dua jenis Alpha Glass keluaran OtterBox iaitu :

dan yang pentingnya, kedua-dua skrin Alpha Glass ni berfungsi melindungi skrin telefon bimbit korang.. best kan ? tahan lama yang pastinya..


BERAPA HARGA ?

KAT MANA NAK BELI ?

haa.. nih kakak nak bagitau la ni.. untuk kesemua rangkaian produk OtterBox - Samsung, korang boleh usha - singgah - beli di :

  • Samsung Experience Store @ KLCC ( Thunder Match Technology Sdn Bhd )
  • Samsung Experience Store @ Mid Valley Megamall ( SBS Sales ( Malaysia ) Sdn Bhd )
  • Samsung Experience Store @ Plaza Low Yat ( MTCS Group Sdn Bhd )
  • Samsung Experience Store @ The Gardens Mall ( Welfon Telecommunication Sdn Bhd )
  • Samsung Experience Store @ The Spring Shopping Mall ( CG Computers Sdn Bhd )
  • Digi @ Sunway Pyramid & etc. ( Digi Telecommunications Sdn Bhd )
atau..
boleh hubungi pengedar OtterBox iaitu :

www.kws.my


untuk maklumat lanjut mengenai porduk OtterBox, jom layari :

LAMAN SESAWANG : OTTERBOX ASIA
FACEBOOK : OTTERBOX ASIA
YOUTUBE : OTTERBOX ASIA
INSTAGRAM : @otterboxasia

pssttt-- beli telefon bimbit mahal mahal, tapi pakai casing biasa biasa.. TER-jatuh sekali dua.. terbarai.. nak tukar casing kena keluarkan RM 600.00 - RM 1000.00.. frust.. hee~ jom !! selamatkan telefon bimbit korang dengan OtterBox !!

JOM KAYA RAYA SEPANJANG BULAN RAMADAN DAN AIDILFITRI DENGAN LAZADA MALAYSIA

$
0
0
wuhuu-- seronok kan kalau shopping tapi KAYA lepas tu.. hee~ macam tak brape nak luak plak duit nye walaupun dah shopping macam-macam.. syok kan ? syok kan ? * sape cakap TAK, TIPU !! Tuhan marah.. * hahaha~ nih ha.. sempena nak dekat Raya ni, sekali lagi Lazada Malaysia buat promosi pecah tabung tapi korang tetap berjimat dengan kempen jom kaya Raya dengan Lazada Malaysia !! 


LAZADA MALAYSIA

tak payah kakak nak kenal kan lagi.. kan ? kalau korang ade facebook, korang memang kenal rapat la dengan Lazada ni.. hee~ pelopor e-commerse yang mesra pengguna ini mempunyai lebih 100 000 produk termasuk peralatan rumah, produk kesihatan dan kecantikan, fesyen hari raya, gadget, peranti bimbit dan banyak lagi yang dijual pada harga yang sangat berbaloi.. apa tak nya.. kalau oven yang biasa kita tengok kat luar RM 6++.++ tapi kat Lazada hanya RM 2++.++ jek kot.. dah la tak payah nak keluar dan beli belah sebaliknya boleh jek nak tergolek depan tv dan shopping.. lepas tu nanti tunggu la barang sampai.. jimat masa dah.. hee~


ingat tak pasal entri kakak yang korang kalau shopping kat Lazada, korang boleh pelbagaikan cara pembayaran ? haa.. lupa ? nah !!


orang kita ni banyak keraguan dalam hati.. gittew-- sebab tu Lazada mengambil langkah untuk memudahkan kedua-dua belah pihak yang akan membantu para pembeli.. selalunya kita guna online banking kan ? tapi !! korang ada pilihan lain sebenarnya.. 
  • kredit kad / debit kad
    • Lazada menerima semua jenis Visa dan MasterCard
  • online banking
  • PayPal
  • cash on delivery
    • bayar semasa barang dihantar ke lokasi
  • ansuran
    • bermula pada 01 Ogos 2015, Lazada dengan kerjasama Maybank Ansuran telah mencapai kata sepakat untuk menjual barangan terpilih secara ansuran
  • MolPay Cash
    • boleh bayar disemua cawangan 7 Eleven


PROMOSI TERKINI

malas la kakak nak membebel banyak banyak dan membuang masa korang jek.. hee~ apa kata korang klik gambar kat bawah ni dan pergi shopping.. buat perbandingan harga dan kualiti yang menjadi pertaruhan Lazada.. confirm.. korang pun akan mengangguk setuju * betul cakap kakak.. murah.. hee~ *

PROMOSI SEHINGGA 80%


TAOBAO FASHION

fesyen terkini dari harga serendah RM 3.50 !! siapa taknak kan ? lagi-lagi nak raya ni.. sangat jimat sebab kos penghantaran hanya RM 7.99 !! 


KELENGKAPAN ELEKTRONIK

kakak tertarik dengan Acer Aspire ES 14 ES 1 - 432 - C8AR warna merah ni sebab ada FREE backpack dan yang paling penting ada warranty 1 tahun tau.. berapa harganya ? hee~

harga pasaran : RM 1639.00
harga Lazada : RM 1079.00 !!

jimat RM 560.00 !! dah boleh buat beli baju raya 3 pasang tu.. hee~ nak lagi best ? boleh buat bayaran secara ansuran dengan bayaran serendah RM 89.92 sebulan !! menarik kan ?


BEG BALIK KAMPUNG

beg dah koyak rabak ? eyyeewww-- malu kan nak balik kampung.. hee~ nanti ape cakap sedara mara.. gaji besar tapi beg balik kampung pun tak mampu beli.. lagi lagi kalau korang balik raya naik kapal terbang.. haa.. takkan nak pikul beg koyak rabak kan ?

nah !! tengah murah ni.. ada travel bag 2 in 1 baru RM 149.00 !! murah kan ?


PERKAKASAN RUMAH

siapa taknak rumah kemas dan bersih.. kan ? kalau dapat harga berbaloi, dah kira bonus besar tu.. hee~ lengkap dalam satu laman sesawang !! 


PRODUK KESIHATAN

bukan sekadar vitamin aje tau tapi segala jenis mesin yang kecik-kecik yang ada kat hospital tu dah boleh ada kat rumah korang untuk pantau tahap kesihatan sepanjang bulan puasa ni.. nak raya kan.. mesti lah nak sihat dan cargas !! klik gambar ni nanti korang tengok tengok la ape yang boleh dibeli dan yang paling penting harganya jauh lebih murah berbanding harga kat luar.. hee~ 



eh !! banyak lagi tau produk yang ada dijual kat Lazada ni dengan promosi tanpa henti ; sepanjang tahun, memang sangat menjimatkan.. zaman serba nak pakai duit ni, kalau boleh jimat.. jimat lah kan..

LAMAN WEB : LAZADA MALAYSIA

haa.. mana yang tak sempat nak mengemas rumah, nak deko deko tu.. boleh singgah Lazada samada di laman web atau pun install jek aplikasi Lazada.. jimat masa, tak payah nak berebut cari parking kat shopping mall.. hee~

BELI QURTA HIPSTER SWEET AIMAN DAN BERPELUANG MENANG VIOS MERAH

$
0
0
nah !! dah beli baju raya ke belum ? hee~ dah nak separuh bulan Ramadan ni.. mana la tau kan kot belum beli.. haa.. ke tak tau nak beli baju fesyen cemana ? nih kakak nak cerita la ni.. cemana kalau korang beli kurta hipster tapi korang ada peluang nak menang Toyota Vios ? best kan ? best kan ? 


QURTA UNIVERCITY

mesti korang tertanyakan ape yang BEST sangat kurta dak Aiman Tino nih kan.. haa.. mesti la ade yang BEST kalau tak, kakak tak tulis..

  • limited edition
    • nah !! dah habis, habis le.. tak de nak topup lagik.. jadi.. kena beli sementara stok masih ada ni..
  •  potongan slim fit
    • confirm selesa yakmat sebab terletak jek kat badan dan tak menggelebeh..
  •  material premium
    • kalau cakap soal kualiti, ini sangat penting !! dengan cuaca tak menentu kat Malaysia nih material premium yang digunakan di import dengan kualiti terbaik.. antara material yang digunakan seperti Mix Cotton, Cotton Polyster dan limited print..
  • label
    • ehem.. ini bukan beli borong lepas tu letak label ya.. hee~ ini memang siap jahit kemas dengan penuh kasih sayang.. gittew--
elemen hipster yang dipilih Aiman Tino menampilkan keselesaan dan kasual untuk semua peringkat umur dan jantina.. ha ? jantina ? maksudnya perempuan pun boleh pakai kurta ni ? hee~ 

YA !! cutting unisex dengan 10 warna yang sangat meriah, boleh dipakai oleh lelaki dan wanita.. tak percaya ? 


diisnpirasikan oleh Aiman Tino sendiri dengan kerjasama dato' Ryzal Jamaludin iaitu pengasas produk Wonder Glow, kurta ni boleh didapati dengan harga RM 79.90 jek.. murah kan ? 

KAT MANA NAK BELI ?

korang boleh beli kat sini :

  • Pasar Raya Besar Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor
  • Pasar Raya Besar Mydin MiTC, Ayer Keroh, Melaka
  • Pasar Raya Besar Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Pasar Raya Besar Mydin Kubang Kerian, Kelantan
  • Pasar Raya Besar Mydin Pelangi Indah, Ulu Tiram, Johor
  • Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya, Ipoh, Perak
  • Pasar Raya Besar Mydin Gong Badak, Terengganu
  • Emporium Mydin Sinar Kota
  • Busana @ Menara Mara , Kuala Lumpur

NAK MENANG TOYOTA VIOS !!

mestilah nak.. kan ? hee~ bagi memeriahkan pelancaran Qurta by Sweet Aiman dan sebagai tanda terima kasih, Sweet Aiman telah melancarkan peraduan "Soul to Seoul contest Sweet Aiman" dan semua peminat berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah kereta Toyota Vios, percutian ke Korea dan wang tunai sebanyak RM 10 000.00 !!


cara penyertaan ni mudah jek.. untuk setiap pembelian produk kosmetik keluaran Sweet Aiman atau Qurta, korang layak jek nak sertai peraduan "Soul to Seoul Contest Sweet Aiman".. korang cuma perlu scan QR Code yang ada kat belakang korak produk kosmetik dan tag pakaian.. nanti korang akan 'dibawa' masuk ke laman web Peraduan Sweet Aiman.. nanti korang kena la isi maklumat korang seme..

tapi !!

resit pembelian dan nombor ID Sweet Aiman tu kena simpan sebagai bukti pembelian.. tau..

versi dak Aiman Tino..
versi dakaina.. hee~
untuk maklumat lanjut tentang warna yang masih available / saiz / lokasi jualan :

TELEFON : 016 7094042
EMAIL : sweetaiman360@gmail.com
LAMAN WEB : www.sweetaiman360.com
FACEBOOK : AIMAN TINO CLUB
INSTAGRAM : SWEET AIMAN 360

kalau korang nak hensem - sweet -sweet baby face macam dak Aiman Tino, boleh la start dengan beli baju dia.. hee~ mana la tau.. kot kakak kompius nanti..

PENING TIAP KALI NAK RAYA SEBAB SELERA TEMA BERLAINAN ?

$
0
0
hee~ selalu mak mak la yang berhadapan dengan dilema 1001 rasa nih.. punya plan nak tema warna hijau dari 3 bulan lepas, tpai sampai masa, warna hijau dah tukar jadi warna hitam.. sebab ? pempaham la.. ada anak sepasang ( lelaki dan perempuan ) dan masing-masing ada selera warna yang 'agak boleh tahan'.. gittew--

WARNA TEMA RAYA 2017

nih la kaler yang kakak nak.. tapi tiga Nur membangkang sebangkang bangkang nye.. hahahah~
dan.. mula dari awal puas kakak mula explore satu persatu tema lain yang mungkin kena dengna selera dorang.. ye la.. sesekali kakak mengalah la kan.. dalam konteks terpaksa nih.. hee~

macam biasa la.. rujukan muktabar kakak adalah LAZADA Malaysia.. a.. gittew-- sebab senang kan.. sambil kakak melayan bangman dengan dakaina tengok Upin Ipin pun kakak masih boleh scroll dan shopping.. 

KONSEP RAYA 2017

ringkas dan menarik.. haa.. jangan main main.. pada umur kakak 31 tahun, nak la ada glamer sikit, simple sikit yang penting masih mengekalkan ke - muslimah - an.. barulah encik suami pun tersenyum manis jekk.. hee~ sebab dah ada suami, banyak benda kakak kena jaga dan salah satunya penampilan kakak..

jadi..

kakak pun ada sedikit rasa 'mengidam' la.. memang jenama Malaysia tapi dia punya design menepati citarasa kakak.. eh !! bukan kakak jek.. untuk encik suami dan anak-anak jugak tau.. harga ? dah tentulah berpatutan..

untuk encik suami..

untuk kakak yang agak rendang.. hee~ memang ngidam pakai kebaya pendek untuk efek tinggi..
kurta untuk bangman.. boleh pakai dengan jeans atau slack..

jubah princess untuk dakaina..
hee~ sempat lagi ke nak oder nih ? haa.. dah tentulah sempat.. untuk korang yang memang tak sempat nak shopping tu, oder jek online kat Lazada nih.. cepat dan senang.. haa.. sebab bukan sekali kakak shopping kat Lazada.. 

harga keseluruhan untuk family kakak :

1 pasang baju melayu = RM 143.06
1 pasang baju kebaya = RM 169.79
1 helai kurta budak lelaki = RM 78.20
1 helai jubah budak perempuan = RM 64.30

= RM 455.35

haa.. tu harga selepas diskaun tu.. kalau tak de diskaun atau kalau korang beli kat tempat lain.. harga keseluruhan = RM 614.00..

jimat RM 158.65 tau !! haa.. dah boleh buat belanja beli handbag kan.. hee~

bestkan ? mana plak tak best sebab korang boleh pilih cara pembayaran yang mudah untuk korang.. haa..


kalau korang belum shopping tu, ce try tengok laman web Lazada Malaysia.. lepas tu, jangan kelabu mata plak.. sebab harga kat Lazada lagi murah berbanding harga kat shopping mall tu.. eh !! lagi murah kat Jalan TAR jugak tau.. yang penting, ada jenama - berkualiti - trendy..


BACA SINI --> DIRECT KE PAGE 80 % DISCOUNT RIANG RIA RAYA BY LAZADA

untuk pengetahuan kotang, Marhaban Ya Ramadan dan Riang Raya Sale ni berlansung daripada 19 Mei hingga 30 Jun 2017 dan korang boleh menikmati diskaun sehingga 90 % !! haa.. bestkan !!

jom !!
sempat lagi ni.. hee~

TANGKAP GAMBAR RAYA SAMBIL MENDERMA DENGAN CVS PRODUCTION

$
0
0
wah !! bila baca tajuk pun dah macam nak tersengih kan.. hee~ biasa la.. bukan senang nak berkumpul satu keluarga dan tangkap gambar sesama.. dah tu siap dengan tema bagai.. haa.. cantiklah hasilnya nanti kan.. tapi !! kakak nak share satu tawaran terbaik untuk jimatkan poket korang yang dah hampir nak terputus nyawa tu.. hahaha~ al-maklum la.. raya sakan kan..

pihak CVS Production dengan anak syarikatnya iaitu Creative Visual Studio & White Studio Malaysia yang telah lebih 5 tahun berpengalaman dalam bidang fotografi serta videografi komersial dan tidak komersial membuat tawaran fotografi sempena Aidilfitri dengan harga serendah RM 49.00 !!

adeh.. serius ke ? hee~ 

ye !! serendah RM 49.00 jek weyh.. kalau tahun tahun lepas, harga paling murah pun kakak dapat RM 150.00.. ini 3 kali lebih murah.. haa.. memang tak la untuk kakak lepas kan.. hee~

dan !! 15 % dari hasil sesi Photoshoot Amal Raya sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri ni akan terus disalurkan ke Pusat Pengajian Al-Quran An-Nur Ar-Raudah..


dalam korang happy happy sebab dapat berkumpul satu family, tak salahkan membantu setakat yang korang mampu.. eh !! tawaran pun menarik siap pakej 'tanam saham' tu.. tak payah fikir panjang la.. 

korang boleh booking slot untuk family atau kengkawan korang di :

WHATSAPP : 016 666 4034
FACEBOOK : FIRDAUS FEEQ

dan !! nak tau ape lagi perkhidmatan yang dorang BOLEH sedia kan ?

FANPAGE : CVS MALAYSIA
INSTAGRAM : CVS MALAYSIA
LAMAN WEB : CVS PRODUCTION

sebab, dorang pun ada menyediakan khidmat sewa studio 24 jam yang terletak di Cheras dan Petaling Jaya.. haa.. tak lama lagi orang Johor pun boleh dapat kan perkhidmatan profesional dorang.. sebab cawangan seterusnya adalah di Johor Baharu !! * pastikan korang follow fanpage dan instagram dorang untuk update terkini ye.. *




haa.. g cuci mata sikit.. hee~ nanti booking slot korang sebab dengarnya slot adalah terhad.. kalau korang memang nak palit sejarah dengan family sempena Aidilfitri ni, boleh la bertindak sekarang sebab raya pun tak lama lagik jek ni.. jangan terlepas sudah..


kakak dah !!
korang jangan putih mata.. hee~




BUDAYA GADGET-KAN ANAK UNTUK MEREKA 'DIAM' ; SELAMAT KE ?

$
0
0
hai !! assalamualaikum.. hee~ SELAMAT HARI RAYA dari kakak dan keluarga.. sempat lagikan ? ala.. rayakan sebulan.. gittew-- seminggu kakak kat kampung belah suami di Bentong, Pahang.. alhamdulillah.. seronok tu memang seronok sangat sebab perbezaan suasana beraya dan aktiviti kunjung mengunjung berbanding beraya di hutan batu, Kuala Lumpur.. beberapa kali, mata kakak juga tertancap tepat pada beberapa orang kanak-kanak yang leka menatap gadget.. wuhuu-- ini lansung tak de beza dengan anak-anak orang hutan batu..hee~

isu ni dah lama bermain-main disekeliling kakak, tapi tak berapa teruk sangat la sebab bangman dan dakaina memang tak diberi gadget melainkan PERLU..

PERLU KE ?

sebenarnya tak perlu pun kalau kita boleh control sikap anak-anak kita ataupun melekakan dorang dengan benda lain selain dari gadget.. walaupun terlampau mainstream.. hee~ kakak masih menggunakan buku untuk sesi bertenang anak-anak kakak.. haa.. cemana kakak handle ? tak kelam kabut ke ?

untuk masa masa tertentu, anak-anak kakak tetap dapat pegang gadget tapi dengan sekatan masa yang sesuai.. tak de la sehari suntuk dorang akan menghadap handphone jek.. TAK--

RISIKO LAIN ?

ada sesetengah orang macam tak berapa kisah kalau anak menghadap gadget sehari suntuk.. tapi !! korang tau tak ?

1 : ANAK BOLEH HILANG FOKUS

  • kajian menunjukkan apabila kita melakukan aktiviti luar, ia dapat meningkatkan tahap fokus, mengurangkan tekanan dan sifat agresif dalam diri manusia.. nah !! bayang kan la kalau anak kita dok menghadap gadget saja.. dah tentulah kurang berkawan dan susah nak ditegur.. mana taknya.. asyik 'berkawan' dengan gadget jek..

2 : TIDUR TERGANGGU

  • dah salin baju tido ape bagai ni, tutup la lampu.. eh ! eh ! dalam diam dia menghadap gadget.. wah !! main gadget dalam gelap nak ? tak sakit mata ke ? hee~ disebabkan asyik melihat skrin gadget yang terang dalam suasana gelap boleh menyebabkan manusia gagal mengeluarkan isyarat yang dipanggil melatonin selama beberapa jam hingga menyebabkan kiraan tubuh badan anak anak terganggu..
  • bila dah mula terganggu, macam-macam la reaksi tubuh badan yang tak sihat seperti ketidakseimbangan hormon dan radang otak.. ibu ayah kena main peranan besar la dalam situasi macam ni.. mungkin LEBIH TEGAS.. kan ?
oh !! ini kat Britain.. kita kat Malaysia.. ape nak risau.. kan ? hahaha~ sesekali kakak sarkastik..

3 : STRESS

  • ada dua jenis stress iaitu :
    • stress akut
    • stress kronik
  • persamaannya adalah kedua duanya menghasilkan perubahan pada keserasian otak dan hormon yang boleh meningkatkan rasa marah.. nah !! tak percaya ? time anak korang main gadget, time dorang tengah leka cuba ambil gadget tadi serta merta.. bukan rampas tapi ambil secara gurau gurau gitu.. hee~ tengok la reaksi dorang.. bukti yang menunjukkan ransangan hiper sedang berlaku yang boleh menyebabkan rasa murung dan perubahan mood secara mendadak..

4 : POTENSI RASA MURUNG

  • ada satu kajian yang telah dilakukan, pengguna telefon bimbit dan cahaya skrin yang ditenung lama dalam persekitaran yang gelap dikaitkan dengan masalah kemurungan malah ada sesetengah kes sehingga ke tahap bunuh diri.. 
  • kajian ini telah dilakukan oleh CDC Youth Risk Behavior Survey 2007
sumber artikel : Victoria, L. Dunckley M.D ; Pakar Psikiatri dan penulis buku 'Reset Your Child's Brain' 


5 : PENGELUARAN RADIASI

  • pada Mei 2011, Persatuan Kesihatan Seduni ( WHO ) mengklasifikasikan telefon bimbit sebagai risiko kategori 2B ( agen kanser berkemungkinan ) disebabkan pleh pengeluaran radiasi..
  • pada Disember 2013 pula, Dr. anthony Miller dari Sekolah Kesihatan Orang Ramai Toronto mengesyorkan ; berdasarkan kajian terbaru, pendedahan frekuensi radio patut di klasifikasikan semula sebagai 2A ( agen kanser yang berkemungkinan besar ), bukan 2B..

6 : OBESITI

  • permainan video dan leka menghadap televisyen sehari suntuk jugak menyumbang kepada kadar obesiti.. haa.. main game lagi.. menghadap gadget lagi.. kan dah gemok.. hee~ tak sihat okay.. 
ini baru kakak kupas pasal bahaya penggunaan gadget tanpa dibendung.. belum lagi content pada gadget yang tak bertapis tu lagik.. haa.. menyeramkan weyh kalau korang dapat pantau..

memang ada baiknya, penguasaan Bahasa Inggeris bangman dengan dak aina pun semakin baik tau.. hee~ sebab menghadap Surprise Egg.. wah !! gittew-- cuma.. kalau dah bagi anak gadget sorang satu, ibu ayah patut pantau lebih.. bukan lepas tangan asalkan anak diam dan tak mengacau..

pada kakak, selamat tapi bukan dalam kategori perlu.. hee~ tetapkan masa penggunaan.. jaga kesihatan anak-anak kita sebelum terlambat..

FENOMENA TUDUNG WANGI TANPA SEMBUR MINYAK WANGI

$
0
0
wah !1 sebelum ni kalau nak keluar dari rumah, mesti bersiap sejam awal.. part paling lama terok nak bersiap - tudung.. hahahah~ kengkadang dah gosok kemain teruk tapi tak shape jugak.. bila dah pakai ade jek bahagian yang keromot keromot.. memang tak boleh terima kenyataan betul.. tu kakak la.. sampai la kakak terjebak dengan FENOMENA TUDUNG WANGI TANPA PERLU SEMBUR MINYAK WANGI.. haru jugak sebenarnya..


iBAWAL MALAYSIA

pelopor tudung bawal wangi pertama di Malaysia dengan trademark #gosokgosokwangi menawarkan Soraya 2017 Flora & Fauna yang memang serius ada bau wangi tu.. hee~ kakak teruja weyh..


dah la dorang main dengan kaler pastel dengan corak yang memang belum ada kat pasaran.. wuhuu-- bila pakai kan, rasa macam habis princess dah ni.. dengan menggunakan material satin crepe yang agak tebal dan mudah sangat nak bentuk memang terbaik dalam kelas dia * jangan sekadar baca apa yang kakak carita tapi korang try beli satu dan korang akan mula bercinta.. hee~ *

TIPIKAL TUDUNG BAWAL

  • nipis
  • tak de bau
  • kain kapas
  • kosong tak bermaya
  • kain kesat
  • kena tiup tiup baru terbentuk
  • letak merata lepas gosok, bila orang terduduk / alihkan mula komot seribu juta
  • dijual longgok
kan ? hahahah~ eh !! kakak pakai tudung bawal dari form 1 kot.. tau la perubahan material.. adoi.. bila mengenang balik memang kelakar tau.. dan banyak juga masa berhabis depan cermin semata mata untuk bentukkan tudung.. aduh !! jangan cerita la punya marah orang sekeliling kakak sebab menunggu kakak bersiap..

nah !! kakak SOGOK dengan ini.. hee~
sebab tu kakak confident.. hee~ bersiap pun sekejap jek.. tak macam dulu dah sebab tudung bawal ni memang BEST.. tu gambar Garam Di Laut tu pun kakak pakai iBawal.. tak de mengembung beriya tudung tu kalau pakai spek mata pun.. suami kakak cakap "just nice.."

warna - warna lembut buat kekakak / kekadik jatuh hati.. kan ? kan ? kan ?

EJEN iBAWAL ?

haa.. kalau korang nak tau, belum ramai yang jadi ejen iBawal tau.. maksudnya peluang untuk korang jana pendapatan memang ADA.. kalau belum nak jadi ejen, jadi dropshipper pun tak pe dan kelebihan dropshipper ni, korang tak payah pegang stok dan hanya buat iklan + amik oder dari customer jek.. lenlain, ejen korang yang akan uruskan..

ala.. macam #kakpinkjualtudungbawal tu-- * sambil moncong kan bibir.. * dia tengah cari dropshipper la tu.. hee~ nak luaskan empayar katanya.. lepas tu nak tolong surirumah tambah pendapatan.. nanti kak pink tu ajar korang cara buat online business dengan cara yang betul.. a.. cumanya kak pink tu pesan kat kakak, dia perlukan mereka yang SETIA jek.. yang kuat mainkan perasaan orang, jangan join kak pink.. kesian dia.. dah la PINK, takut bertukau hijau plak nanti.. hahahah~

g follow IG kak pink tu @ibawal_
korang boleh la layan katalog iBawal nih kat IG beliau.. kalau rambang mata, kakak mintak mahap la ye.. hee~ sebab kakak pun begitu jua..

SIAPA KAK PINK TU ?

hahahaha~ kakak la.. yang sebelah tu #kaksheghapunkakiibawal.. gittew lah sekarang ni.. main hashtag saje..


mulanya kitorang beli sebab suka pakai lepas tu terjebak beli banyak sebab lagi murah kan.. haa.. maka.. koleksi kitorg pun dah boleh bukak butik sebenarnya.. 


SIDEINCOME

kakak mempelawa seberapa ramai surirumah / pelajar yang memang nak buat sideincome.. meh !! whatsapp kakak atau partner kakak..

atie - 017 309 1865

shira - 019 658 2589


SHELLOUT BERBALOI MURAH TAPI SEDAP DI PUCHONG, SELANGOR

$
0
0
gittew-- lepas raya nih banyak nak kena catu.. hee~ jadi.. kita cari port makan kat luar dengan kadar mampu bayar tapi masih mengekalkan kualiti kesedapan makanan dia.. haa.. nak dijadikan cerita.. semalam la.. kakak nak sangat makan shellout dan tak boleh tidak.. hahaha~ encik suami kakak memang rajin melayan bab makan makan ni.. dan kami jumpa !! SHELLOUT BERBALOI MURAH DI PUCHONG jek.. dekat dengan rumah.. okay la kan..


kalau dari rumah kakak, cuma 14 minit jek kata Waze.. disebabkan kami pergi pun dah pukul 9 malam, kena la call kedai dulu tanya bukak ke tak.. bila dia cakap bukak jek, ape lagi.. pecut la.. hee~


kedai memang nampak biasa biasa jek.. hee~ dengan kerusi pelestiknya, dengan meja yang memang kat warung makan lain.. tapi !! kelainan dorang ni dari segi masakan yang dihidangkan..

jeng !! jeng !! jeng !! hee~ bau dia memang syok !!
kakak amik set untuk 2 orang makan sebab bangman dengan dakaina nak makan mee goreng.. okay la kan tak de orang kacau kitorang makan.. hee~ dalam set tu ade :

  • 2 gelas air ( sirap / teh o ais )
  • 2 nasi
  • separuh ikan siakap
  • kupang
  • sotong
  • udang
  • mentarang
  • sekor ketam
  • kerabu mangga
tak de la sedap mana tapi okay la.. sebab bukan nak makan dia sangat pon.. hee~

dan !! korang boleh pilih nak dimasak rasa ape..

  • padprik
  • kari
  • - kakak lupa - hee~
nih gambar mula mula nih..
lepas bangman tengok kitorang makan syok syok gile kan.. dia pun mintak nasi putih, nak makan sama.. haa.. nampak ? tekak melayu nau nau nau mamat ni.. dakaina ? dia kena kuarantin dari makan makanan bercengkerang..

saiz ketam.. hee~
okay la kan untuk encik suami kakak sorang.. kakak tak makan ketam sangat pon.. tak reti.. jadi kakak makan selain dari ketam.. kuah kari ni macam tak bersantan tau.. tak terlampau pekat dan tak cair.. just nice dan sedap kat tekak.. kalau nak tanya pasal kesegaran seafoods dorang, kakak cuma boleh bagi 3 dari 5 markah jek.. tapi okay la sebab dah berkuahkan..


lepas jek makan ketam tu, encik suami kakak tersandar dan cakap..


boleh datang lagi..


maksudnya, memang ada peluang untuk repeat makan kat situ lagi la.. dan !! tekak beliau lagi pelik berbanding kakak sebab tu kakak lebih yakin dengan testimoni beliau.. kalau beliau kata sedap, maksudnya sedap.. jarang tekak beliau silap.. hee~

okay !! kakak suka.. hee~ 
jumlah keseluruhan kami berempat makan malam semalam = RM 48.60.. hee~ murah la tu kan kalau nak dibandingkan dengan tempat lain.. sebab.. kami amik..

  • 1 set shellout untuk 2 orang makan
  • 3 telur dadar
  • 2 mee goreng
  • 4 air kosong
kakak bagi berapa LOVE ? 


makanan / minuman - ♥ / 5 ( sebab ikan siakap dia sejuk ntah bila digoreng ntah.. hee~ )
harga -  / 5
persekitaran - / 5♥ ♥ ♥ 
layanan pekerja - ♥  / 5

kemudahan lain lain - / 5 ( parking susah yakmat + banyak motosikal dan kereta.. hati hati jek la takut tersagat kereta orang.. hee~ toilet ? haa.. korang kena g surau berdekatan.. tapi !!! encik suami kakak cakap, 'macam tersumbat jek--' maknanya, sebelum pegi makan kat situ, korang kena settle kan urusan toilet di rumah puas puas ya.. )

nah !! untuk rujukan korang..
facebook : Wanis Shellout Puchong
nombor telefon : 019-365 3465

E-OPERASI MEMUDAHKAN GURU MENYIMPAN DATA DAN MAKLUMAT PENDIDIKAN

$
0
0
hai !! pakhabaq ? hee~ harini kakak nak cerita sikit pasa E-Operasi ; iaitu Modul Pengurusan Guru yang merupakan salah satu modul pengurusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan seperti mengemaskini data dalam perkhidmatan perguruan.. wah !! dah canggih dah sistem kementerian kita sekarang..


APA ITU E-OPERASI ?

zaman serba canggih dan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mewujudkan aplikasi E-Operasi untuk memudahkan para guru mengemaskini data yang telah / akan digunakan sepanjang perkhidmatan perguruan.. siapa cikgu ? haa.. dah tak payah nak selak buku tebal tebal, install jek aplikasi ni dan mula kan tanggungjawab korang sebagai pendidik sebaik mungkin..

sebenarnya, dah banyak sistem yang dibangunkan oleh kerajaan untuk memudahkan pelbagai pihak tapi masih ramai yang belum tahu.. kenapa ? em.. mungkin belum ada penyebaran secara meluas ataupun kita sendiri tak nak ambil tahu.. hee~ cane ?

siapa ingat entri kakak pasal Cara Mendaftar Anak Darjah Satu Melalui Online ? haa.. 


ini pun inisiatif utama kerajaan bagi memudahkan semakan para pendidik.. bestkan jadi cikgu.. hee~ selain itu, ada juga sistem lain seperti :



KELEBIHAN E-OPERASI

dah bikin sistem cecantik, mesti la ada kelebihan.. kan ?

  • E-Operasi digunakan untuk menyemak status guru yang nak tukar tempat mengajar melalui Borang Status Kedudukan Guru ( BSKG )
  • memudahkan guru menguruskan data-data penting dari hujung jari jek--
  • penyimpanan data menjadi lebih efisyen disamping tersimpan kemas dalam proses membantu kerajaan untuk meningkatkan kualiti dan menyediakan perkhidmatan yang jauh lebih baik dari sebelumnya

CAKNA

kakak rasa tak ramai golongan pendidik yang tau pasal sistem E-Operasi ni kan ? macamana dia berfungsi ? nak log in kat mana ? haa.. nah !!

CARA LOG IN SISTEM E-OPERASI

senang je-- klik sini --> E-Operasi

guru-guru digalakkan untuk log in sistem E-Operasi melalui laman web ni.. kenapa ? sebab !! takkan terjadinya masalah website down atau tidak dapat diakses.. klik jek link yang kakak share tadi dan ikut arahan untuk mengemaskini data.. senang kan ?

modul E-Operasi ini melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu :

  • pengguna 
    • guru
    • bukan guru
  • pentadbir sistem
    • pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah
sumber : Pendidik

senangkan bila semua data dapat disimpan dalam satu sistem yang memudahkan semua pihak.. hee~ tak de la alasan cikgu lupa letak mana kertas pendaftaran murid, subjek ape nak ajar lepas waktu rehat dan apa yang nak diajar untuk hari Rabu.. 

bantu kakak boleh ? sebarkan artikel ini semoga dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk lebih cakna tentang E-Operasi 2017, yang telah disediakan bagi memudahkan semua pihak.. pssttt-- zaman IT.. semua dihujung jadi.. 

RESEPI SPAGHETTI GORENG ; BUAT MEREKA YANG TAK MAKAN MEE KUNING

$
0
0
sape tak makan mee kuning ? hee~ sep !! geng kakak !! ntah.. memang tak boleh nak telan sebab ada rasa kapur kat mee tu.. kan ? sebab tu kakak olah balik resepi mee goreng tapi kakak tukar ke mee spaghetti.. sedap ke ? korang kena try sendiri..

hee~ selepas siap berdondang sayang kat dapo menyiapkan menu potluck untuk Jamuan Hari Raya untuk opis encik suami..

RESEPI SPAGHETTI GORENG

serius senang sebab kakak memang bukan jenis manusia yang suka renyah renyah dan resepi yang sama tiap kali kakak buat menu yang sama.. takkan bertukar punya la.. hee~


  • mee spaghetti 
    • kakak pakai brand San Remo sebab encik suami kakak yang beli.. hee~ kalau kakak beli, kakak suka pakai brand Kimball.. mana mana pun boleh..
  • isi ayam cincang
  • carrot
  • cendawan shitake
  • telo 3 biji
  • cili kering kisar
  • minyak untuk menumis
  • bawang besar + bawang putih dikisar kering
  • sedikit serbuk Cukup Rasa Maggi
nih jek bahannya pon.. senangkan ? tak de la renyah nak buh udang - sotong - terung - peria ape bagai.. tapi, kalau korang nak buh pape bahan lain pun tak pe.. pelbagai kan la ikut selera korang..

CARA-CARANYA

1 : panaskan minyak kat dalam kuali ** duh !! ** dah panas tumis bawang berdua yang dah dikisar tu.. kalau korang ade lesung batu, ape lagi.. tumbuk la.. hee~ dah sudah tu masukkan cili kering kisar tu sampai masak / pecah minyak..

2 : masukkan isi ayam cincang.. kasik masak..

3 : dah masak jek isi ayam tu tadi, masukkan carrot dengan cendawan.. hee~ tak yah lama sangat.. boleh la masukkan telo tadi.. 

masak sampai masak.. hee~ tau tak ?
4 : bolehlah masukkan carrot dengan cendawan shitake tu.. kenapa cendawan shitake ? em.. ntah.. sebab sedap kot.. ade rasa macam makan aglio olio.. gittew--

KHASIAT CENDAWAN SHITAKE

  • sumber protein
  • mengandungi vitamin A, B, B1, B2 dan niasin
  • mengandungi bahan aktif lentinan iaitu polysaccharide atau bahan anti kanser
  • terapi imun untuk kanser usus, paru-paru dan payudara
  • ada kajian bersetuju melaporkan ;
    • pengambilan cendawan shitake secara berterusan dapat merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40 % - 50 %
eh !! siap buat selingan plak.. hee~

5 : dah nampak ngam masak seme bahan tadi, masukkan 1serbuk perasa.. kakak pilih serbuk Cukup Rasa Maggi.. kenapa ? sebab tak terlampau manis.. dah pakai serbuk ni, tak payah pakai garam dah nanti masin sangat.. ** kakak dah try banyak brand, tapi ini paling serasi dengan tekak kakak.. oh !! kakak gunakan serbuk Cukup Rasa ni time tak #detoxdenganatie jek.. kalau tengah detox kakak tak guna.. hee~ **

6 : boleh la masukkan mee spaghetti tadi.. gan kacau rata sampai kering sikit.. jangan basah sangat, kurang sedap.. kering sangat pun tak sedap..

siap !!
sedap ke ? hee~ korang jangan la tanya kakak.. sedap tu subjektif, sama macam cantik.. jadi, korang masak la ikut selera korang.. mana perlu tambah, tambah.. mana perlu kurang.. kurangkan.. tapi.. ni antara menu yang akan kakak masak kalau ade keraian ** potluck ** sebab senang dan kakak sendiri makan..

nanti try tau !!


Viewing all 962 articles
Browse latest View live