Quantcast
Channel: atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger
Viewing all 962 articles
Browse latest View live

GABUNGAN KERJASAMA SHOPEE DAN HONOR SEMPENA PELANCARAN EKSKLUSIF HONOR 9 LITE

$
0
0
Platforn e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan sekali lagi tampil dengan usahasama rasmi bersama Honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite yang akan dijual secara eksklusif di platform Shopee.

honor_9_lite_eksclusive_launch_on_shopee_malaysia
telefon pintar honor 9 Lite akan dijual secara eksklusif di Kedai Rasmi honor di platform Shopee pada 9 Mac pada harga istimewa sebanyak RM 699.00 sahaja
honor merupakan jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall, portal membeli-belah dalam talian khas yang membariskan lebih daripada 400 jenama terkemuka dan pengedar sah telah menandatangani usahasama yang membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia membel telefon pintar 4 - kamera tersebut dengan harga RM 699.00 sahaja ( harga pasaran : RM 749.00 ) pada 09 Mac 2018 ini..


“kami berbangga dapat bekerjasama dengan Honor untuk pelancaran 
eksklusif honor 9 Lite ini.. sejak beberapa tahun lalu, kami 
menyaksikan pertumbuhan bilangan pengguna yang membeli produk 
elektronik secara dalam talian, khususnya telefon pintar.. kami gembira 
dapat bekerjasama dengan Honor untuk menawarkan pelbagai 
lagi pilihan kepada pengguna kami.. sejajar dengan rancangan 2018 kami, 
kami berazam untuk mengukuhkan lagi usahasama strategik dengan 
pelbagai jenama terkemuka dengan menjual produk mereka 
di platform kami.. sebagai pemain e-dagang utama di rantau ini, 
kami mahu membantu lebih banyak jenama meluaskan rangkaian 
dalam talian mereka dan mengembangkan lagi perniagaan mereka 
dengan pengkalan pengguna yang lebih besar..”

- Ian Ho ; Pengarah Urusan Serantau Shopee


honor_9_lite_launch_shopee


“honor menjanjikan kejutan yang mengujakan untuk peminat dan pengguna kami.. 
Malaysia merupakan pasaran global pertama kami semasa pelancaran 
honor View10 Crush Red dan kini kami berbangga untuk memperkenalkan siri 
honor Lite buat pertama kali untuk pasaran tempatan - lazimnya kami melancarkan 
produk baharu di pasaran Eropah dan India.. dengan memperkenalkan 
honor 9 Lite di pasaran tempatan, kami percaya keputusan ini dapat mengukuhkan 
kedudukan dan komitmen kami di Malaysia.. honor 9 Lite akan menjadi 
teman setia peminat tegar swafoto dengan dua kamera hadapan..”

- Zhao Zhiwei ; Ketua honor Malaysia


HONOR MALAYSIA


merupakan peranti mobil terkemuka yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI.. seiring dengan slogan “FOR THE BRAVE”, jenama ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan warga milenia menerusi produk yang dikuasakan oleh interneti yang menawarkan pengalaman pengguna yang hebat, memberi inspirasi, mencetuskan kreativiti dan mengilhamkangolongan muda untuk mengejar impian mereka..

honor_9_lite_shopee

dengan ini, honor telah meletakkan dirinya selangkah ke hadapan dengan pendekatan yang berani dan berbeza serta mengambil langkah perlu untuk menawarkan teknologi dan inovasi terbaharu kepada pelanggannya..


HONOR 9 LITE


menampilkan kamera dua lensa 13MP ( depan ) + 2MP ( belakang ) yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dan cantik tanpa mengira masa, tempat dan teknik.. dengan ciri-ciri kecantikan yang telah dinaiktaraf dan boleh diubahsuai serta kesan ‘bokeh’ setaraf dengan perisian komputer, telefon pintar ini pasti menjadi peranti pilihan bagi penggemar swafoto..

honor_lite_9_huawei
boleh didapati dalam variasi Sapphire Blue dan Glacier Gray
telefon ini mempunyai skrin paparan tanpa ‘bezel’ FullView HD ( definisi tinggi ) dan kemasan seakan-akan cermin dengan nisbah skrin yang tinggi menjanjikan rekaan yang mewah.. honor 9 Lite turut dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan dilengkapi dengan 3GB RAM dan ruangan storan 32GB ( boleh ditambah sehingga 256GB ) yang turut dibina dengan bateri berkuasa 3,000mAh yang boleh menampung penggunaan harian.. jadinya apa ? hee~ tak payah la korang nak pikul powerbank yang besar gedabak tu..

bagi meraikan pelancaran ini, Shopee turut menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram dari 12 hingga 31 Mac 2018 yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi telefon pintar honor 9 Lite baharu ni.. korang cuma perlu memuatnaik satu swafoto dengan kawan baik korang kat Instagram, letakkan caption yang menyatakan sebab korang rasa kawan baik korang adalah orang yang paling cantik atau handsome..

jangan lupa !!

tag @shopee_my dengan hashtag ( #ShopeeXhonor )..

dua orang pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi sebuah honor 9 Lite manakala sepuluh pemenang akan menerima hadiah berbentuk 10,000 Shopee Coin setiap seorang.. dari 07 hingga 09 Mac 2018 ni, pengguna Shopee boleh bermain permainan Facebook Live untuk membuka kunci ‘Code of Honor’ yang menawarkan hadiah berupa sebuah honor 9 Lite setiap hari !!

150 pembeli pertama honor 9 Lite melalui aplikasi Shopee ataupun laman web Shopee Malaysia akan menerima set solekan khas untuk swafoto dari Maybelline New York, peneraju industri kosmetik global yang bernilai RM 50.00.. dan !! nantikan kejutan daripada jenama alat solekan No. 1 Malaysia ini pada sambutan HARI HONOR !!

untuk maklumat lanjut :

LAMAN WEB :

FACEBOOK :

INSTAGRAM :

jangan lupa install aplikasi Shopee bagi memudahkan urusan pembelian korang !! hee~

atiehilmi.com

PENCARIAN BAKAT ‘BE A STAR’ DI KIDZANIA KUALA LUMPUR

$
0
0
zaman kanak-kanak adalah zaman paling menyeronokkan dan penuh dengan warna-warni memori dan setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan tersendiri dan harus diberi peluang untuk menonjolkan bakat masing-masing.. sepanjang bulan Mac 2018 ini, Kidzania Kuala Lumpur melancarkan Pencarian Bakat – Be A Star Kidzania Kuala Lumpur yang turut meraikan hak kanak-kanak menerusi muzik, lakonan, peragaan dan juga penggunaan teknologi..

2018-Be-A-Star-Web-Banner

hak kanak-kanak yang disokong sepenuhnya oleh RightZKeepers dari Kidzania Kuala Lumpur iaitu Urbano ( Hak Untuk Belajar ), Beebop ( Hak Untuk Mencipta ), Chika ( Hak Untuk Berkongsi ), Vita ( Hak Untuk Beramal ) dan Bache ( Hak Untuk Bermain ).


BE A STAR KIDZANIA KUALA LUMPUR


  • HAK UNTUK BELAJAR DAN MENCIPTA
    • sesi pengajaran The YouTuber akan mengajar kanak-kanak cara untuk menghasilkan video YouTube, penggunaan media sosial, pengendalian kamera, pencahayaan yang betul dan penghasilan isi kandungan menarik..

  • HAK UNTUK BERAMAL DAN BERKONGSI
    • akan diadakan bengkel lakonan dan ujibakat yang akan memberi peluang kepada kanak-kanak merasai pengalaman sebenar Beramal dan Berkongsi melalui kerja-kerja kebajikan seperti melindungi alam sekitar, haiwan atau kerja-kerja amal lain..

  • HAK UNTUK BERMAIN DAN MENCIPTA
    • aktiviti yang mempromosikan aktiviti seperti Kelas Alat Instrumen, Peragaan dan Sesi Pengambaran Jenama dan Kelas DJ..

kidazania_kuala_lumpur
‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’ dengan bangganya disokong oleh Canon, Fly FM, Hot FM, Petit Moi, U Mobile, Zana Entertainment, dan MYBeat Drum Circles

“seni pentas adalah cara terbaik untuk mengetengahkan hak kanak-kanak.. 
menerusi program ‘Be A Star At Kidzania Kuala Lumpur’, kami berharap dapat 
meningkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak melalui pendekatan-pendekatan 
menarik yang membolehkan mereka mencipta, bermain, menambah pengetahuan, 
membuat kebajikan dan berkongsi.. selain itu, seni juga adalah cara terbaik 
untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi kanak-kanak.. 
kami percaya kemahiran-kemahiran ini akan banyak membantu mereka dewasa kelak.. 
ini bertepatan dengan falsafah kami untuk ‘Learn Life Today’..”

- Shahrul Nizar Ahmad ; Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur


LIGHTS – CAMERA – ACTION !!


setelah mempelajari pelbagai kemahiran baharu, mereka boleh menyertai Pertandingan Pencarian Bakat ‘Be A Star’ dengan cara :


atau !!
sertai ujibakat terbuka di ruang acara KidZania Kuala Lumpur pada :

  • 17hb Mac 2018 – 31hb Mac 2018

jadual_be_a_star_programme_kidzania_kuala_lumpur_malaysia

seramai 20 peserta akhir akan bertandinga dalam Pusingan Akhir pada 07hb April 2018 di hadapan juri dan berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai, tiket dan banyak lagi !!

untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, boleh layari :

TALIAN KHIDMAT PENGGUNA : 1 – 300 – 88 – KIDZ ( 5439 )

atiehilmi.com

PELANCARAN PRODUK BAHARU UMAIRAH UZMA KHUSUS UNTUK WANITA ASIA

$
0
0
bila sebut soal kecantikan, golongan wanita paling teruja dan sangat menitik beratkan frasa CANTIK walaupun frasa itu sangat subjektif.. hee~ tampil dengan pelbagai rangkaian, sekali lagi Umairah Uzma menyediakan keperluan terkini wanita yang sinonim dengan kecantikan..

minyak_wangi_umairah_uzma


UMAIRAH UZMA

2014

  • inai
  • pewarna kuku boleh tanggal ( mesra wudhuk )

2015

  • Makeup Fiz Spray berasaskan air dan aloe vera
  • Eyeliner
  • mula mendapat idea untuk mengeluarkan Set Lengkap Glowing Foundation untuk merawat kulit muka kusam dan berjerawat
  • mula menyertai Mood Republik untuk tujuan promosi

2017

  • produk glowing foundation mendapat tempat di hati pengguna dan telah membantu merawat masalah kulit muka kusam, merawat masalah kulit sensitif dan berjerawat, memudarkan parut dan menyerikan wajah
  • memperkenalkan tiga produk baharu iaitu :
    • Arab Coffee Scrub
    • Kunyit Scrub
    • Charcoal Detox Mask

arabic_cofee_scrub_umairah_uzma

2018

  • telah melahirkan ramai agen yang kebanyakannya terdiri daripada surirumah dan wanita
  • pelancaran lima produk terbaharu dengan packaging lebih elegan

PRODUK UMAIRAH UZMA


pilihan bahan mekap yang bersesuaian sangat diutamakan, Umairah Uzma berjaya melangkah setapak ke hadapan bersaing secara sihat bersama jenama besar luar negara dengan menampilkan :

  • Umairah Uzma Glowing Foundation
  • Umairah Uzma Eyeliner
  • Umairah Uzma Make Up Fix Mist
  • Umairah Uzma Mega Volume Fiber Mascara
  • Umairah Uzma Embrace Eau De Perfum

produk_umairah_uzma

yang mana kesemuanya bersesuaian dengan semua jenis kulit dan tidak mengandungi bahan kimia merbahaya mahupun terlarang yang boleh menjejaskan kesihatan kulit pengguna.. turut menekankan kebaikan seperti anti-penuaan, tahan lama, mudah dicuci dan menepati syariah ( menggunakan bahan yang disahkan HALAL ) ; Umairah Uzma yang telah diasaskan pada awal tahun 2014 oleh Puan Nurul Nur Ariani bermula dengan produk pertama iaitu inai dan diikuti pula dengan pewarna kuku yang mudah ditanggal untuk wudhuk..

pengasasa_umairah_uzma
penghasilan kesemua produk yang dikeluarkan diinspirasi melalui pengalaman sendiri..
kemudian diikuti dengan celak Mekah yang mudah dibawa, kalis air, tahan lama dan tidak melekit Puan Nurul melabur hasil keuntungan dari jualan sebelumnya dengan mengeluarkan Makeup Fix Spray berasaskan air dan aloe vera yang membantu merawat penyakit Ekzema yang dihidapi anak beliau..

disamping memperkenalkan produk HALAL dimata dunia, Umairah Uzma turut memberi bentuan dari segi pendidikan dan tunjuk ajar kepada wanita khususnya surirumah tangga bagi menjana pendapatan bersama dengan teknik mentoring bersama agen yang sudah berjaya..

pelancaran_umairah_uzma
solekan menggunakan produk Umairah Uzma menjadikan kulit bertambah lembut dan gebu

kebanyakan produk Umairah Uzma dibuat dengan menggunakan pelekat mudah tanggal kerana penagasas mahu memberi peluang kerjasama kepada peniaga yang berhasrat menjadi usahawan dengan menjadikan produk Umairah Uzma sebagai jenama mereka sendiri..

kalau korang memang ada plan untuk mengeluarkan JENAMA produk kecantikan korang sendiri dengan produk yang berkualiti dan dijamin HELOK, pastikan kerjasama bersama Umairah Uzma adalah pilihan pertama korang.. hee~

nah !!

HOTLINE : +6017 294 6162 ( Sanah Anna )


VARIASI LAKSA SEDAP BERBALOI DI LAKSAAMANA DAMANSARA UPTOWN

$
0
0

menjadi ibu dan surisuami sepenuh masa yang menjalani rutin harian sangat sibuk mengemas dan memasak membuatkan kakak sendiri rasa jemu makan makanan masakan sendiri.. hee~ ye la.. sesekali nak juga rasa air tangan orang lain kan ? haa.. kali ni MAKAN APE TU ? akan membawa korang jauuuuuuuuhhhhhhh ke Damansara Uptown untuk merasai masakan tradisi Malaysia – Singapura yang kalau salah masak, confirm tak sedap..

makanan_tradisi_singapura_malaysia

agittew--

kakak kalau bab makan makan memang happy sampai tertinggal masalah kat belakang.. hee~ bawak perut kosong dan nikmati semahunya.. memang kakak tak sangka gak la ada jugak makanan yang sedap, sesuai dengan anak tekak orang Melayu kakak kat area Damansara Uptown tu..


LAKSAAMANA DAMANSARA UTAMA


terletak di tengah-tengah kawasan padat peniaga mencari rezeki di Damansara Uptown, Laksaamana bangkit dengan mengekalkan tradisi nenek moyang dan menggabungkan budaya kedua-dua buah negara iaitu Malaysia dan Singapura.. mengadun herba dan rempah dengan baik untuk mencipta kelainan disamping memperkembangkan rasa asli, Laksaamana menawarkan lebih dari 15 menu berlainan untuk para pengunjung..

laksaamana_damansara_utama


MENU LAKSAAMANA DAMANSARA UPTOWN

haritu kakak sempat la try signature dish dorang :

laksa_sedap_damansara_uptown
Nasi Legend The Big Deal – RM 14.90
Dry Spicy Laksa – RM 9.90

asam_laksa_sedap_damansara_uptown
Royal Laksa – RM 9.90

cukup rasa – perfect !! dan kakak suka kesemuanya !! hee~ lagi-lagi part laksa tu.. kalau ikutkan tak cukup jek semangkuk puas gak la kakak menahan haa.. memang kalau takat RM 9.90 tu, dah masuk dalam kategori puas hati habis.. dan kalau korang memang hantu laksa dan mencari kelainan variasi laksa kat Laksaamana ni memang antara yang terbaik..




kalau korang memang tak dan nak singgah kedai, jangan risau.. sebab Laksaamana turut menyediakan perkhidmatan foodtruck dan katering untuk korang sama-sama menikmati makanan dorang.. cuma korang track jek lokasi dorang kat Instagram / Facebook Laksaamana untuk tahu lokasi terkini.. dan jangan risau.. kesemua makanan mereka confirm HALAL dan bersih..

asam_laksa_sedap_damansara_uptown
mudah gerak dan menyebarkan rasa sedap sekitar Damansara.. hee~ kejar dorang tau !!

kalau korang dah terliur tu, memang kena bertindak cepat la.. haa.. nak singgah mana ?

LAKSAAMANA DAMANSARA UPTOWN
No. 83, Jalan SS 21 / 37,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

LAMAN WEB : www.laksaamana.com

atiehilmi.com

APA SAYA NAK BUAT KALAU ANAK SAYA KENA BULI DI SEKOLAH ?

$
0
0
Allahu.. remuk redam hati seorang ibu bila dapat tahu anak kena buli kat sekolah.. kan ? anak yang kita besarkan ibarat menatang minyak yang penuh, takut tertumpah akhirnya ditumpahkan oleh anak orang lain.. haa.. apa nak buat kalau anak kena buli kat sekolah ?

anak_Saya_dibuli

ya !! baru-baru ni Nur Aiman balik dengan keadaan baju yang sangat kotor.. hee~ mula tu kakak tak de la rasa apa pun sebab budak lelaki dan dalam fasa nak membesar kan.. biar kan jek la.. memang rutin encik suami untuk asingkan semua baju kotor kat dalam bakul-bakul khas..
dan semua bermula kat situ la..


“roslan ( bukan nama sebenar ) tiba-tiba tendang abang dari belakang, abang jatuh..”


ada kesan tapak kasut pada bahagian belakang baju Nur Aiman.. jeng !! walaupun tak de riak sedih ataupun simptom murung pada Nur Aiman, ibu bapa mana yang tak risau kalau ada kesan macam tu kat baju sekolah anak kan ( masa tu la rasa nak marah siapa yang cipta baju sekolah kaler putih.. hahaha~ sakit tangan mak menyental tau.. ) sesi soal siasat pun bermula dan memang itu bukan tugas kakak.. dalam kes soal – jawab, encik suami akan ambil alih sepenuhnya..

ala.. semua tau kot kakak memang baran kang belum sempat budak tu menjawab, dah kena.. hee~ jadi.. kita ambil langkah paling selamat untuk semua pihak, kakak masuk bilik kerja dan tutup pintu sampai sesi soal siasat tamat..


BETUL KE ANAK SAYA KENA BULI ?


kami, bukan sejenis ibu ayah yang akan percaya kata-kata anak 100% dan menidakkan pada kenyataan pada sebelah pihak lagi.. Nur Aiman kata dia ditendang dari belakang dan terjatuh kemudian disepak beberapa kali.. em.. kalau korang kat tempat kakak dan suami, apa yang korang buat ? hee~ selain tenteramkan anak, apa lagi ?

ya !!
siasat !!

pertama-tama.. kakak mainkan peranan sebagai ibu untuk hubungi guru kelas Nur Aiman dan bertanyakan situasi tersebut.. dan.. memang tak de jawapan selain “saya akan siasat perkara ini..” sebab masa tu bukan waktu cikgu tersebut.. dan kakak ambil keputusan untuk hubungi ibu anak tersebeut.. haa.. borak pun cara mak mak la.. tak de la nak marah-marah ke apa cuma yang kakak tekan kan..


“saya takut anak saya yang mulakan dulu, sebab tu saya nak tau keadaan yang
sebenar dari pihak Roslan ( bukan nama sebenar ) pula..
betul ke Roslan ada tendang Nur Aiman tadi ?”


selalunya dalam keadaan macam tu, pihak yang satu lagi akan memberi respon.. ya !! bergantung pada ibu ayah juga sebab ada jek ibu ayah yang terlampau percaya pada kata-kata si anak.. hee~ tapi kalau ada keadaan macam tu, kita kena pandai tanya soalan yang tidak mengguris hati mana-mana pihak samada pihak anak kita ( mangsa ) atau pihak yang melakukan ( pemangsa )..

anak_Saya_dibuli


“biasa la tu puan, anak lelaki nak membesar memang lasak sikit..”


oh !! tak BIASA pada saya sebab ada kesan lebam dan melecet pada beberapa bahagian tubuh badan Nur Aiman.. hee~ usai solat Maghrib kami bersiap-siap ke klinik untuk membuat pengesahan dari pihak yang lebih pakar..


1. BAWA ANAK KE KLINIK


jika ada sebarang kesan seperti lebam dan luka, sebaiknya terus ke klinik untuk buat rawatan dan minta surat dari pihak doktor.. macam kes Nur Aiman, memang ada beberapa kesan lebam dibelakang badan dan merah di leher seperti dicekik.. hee~ ibu senyum jek.. serius ibu tak marah marah sebab Nur Aiman ambil langkah yang betul dengan tidak membalas semula tindakan Roslan tadi.. kalau tak, confirm teruk ibu kena amuk dengan ibu ayah Roslan..

tak kisah la kalau dibuli atau membuli selagi ada sebarang kesan yang NAMPAK, pergi untuk checkup.. doktor klinik yang kami pergi ni pun ada bagitau memang banyak kes buli yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan keadaan tu semakin teruk.. em..

tujuan kami minta surat ? untuk pantauan pihak sekolah dan menjaga keselamatan Nur Aiman nanti nanti..

anak_Saya_dibuli
bawa anak ke klinik untuk rawatan susulan takut ada inside injury.. kalau luar kita nampak la tapi kalau kat dalam, tak nampak weyh..

untuk kakak dan suami, kenyataan konsisten dari Nur Aiman sangat penting.. umum kena tau.. anak yang pandai menipu adalah anak yang bijak tapi tindakan dari ibu ayah yang ‘mengizinkan’ anak teruskan penipuan..


2. REKOD PERBUALAN ANAK


kakak tak percayakan Nur Aiman ? ya !! Nur Aiman pun budak lelaki yang baru nak membesar.. lasak dan panjang akal memang YA.. hee~ kakak tak nafikan.. tapi untuk kakak percaya sepenuhnya pada Nur Aiman memang tak.. ada juga rasa ragu-ragu.. itu kalau betul Nur Aiman adalah mangsa buatnya kalau dia adalah pemangsa ? dia yang mulakan dulu.. haa.. sebab tu kakak ambil langkah selamat untuk rekod setiap perbualan dengan Nur Aiman tentang kes yang berlaku supaya dapat kesan mana yang silap..

orang kata.. naluri ibu tu betul dan tepat.. kan ? ya.. Nur Aiman dibuli dan sampai ke harini, kenyataan dari Nur Aiman masih konsisten cuma ada beberapa part yang dia tak ceritakan tapi disampaikan oleh cikgu kelas dia.. em.. ape lagi.. makan rotan gak la..


3 : AJAR ANAK MINTA MAAF


apa pun keadaan, ajar anak untuk minta maaf..


“kenapa abang kena minta maaf ? bukan salah abang.. 
Roslan yang mulakan dulu.. abang tak salah pun..”



ya !! memang Nur Aiman tak salah..



“the first to apologize is the bravest, the first to forgive is the strongest..”


ianya bukan satu permintaan tapi ARAHAN yang Nur Aiman kena buat dan alhamdulillah.. dia dapat lakukan dengan jayanya bila cikgu kelas Nur Aiman bagitau tindakan yang Nur Aiman ambil.. sejuk hati makk.. hee~ tak salah pun ajar anak untuk minta maaf walaupun bukan salah dia ( kalau ikut baran kakak, memang salah dia sebab buka ruang untuk kawan membuli.. )


4 : JANGAN UNGKIT


kalau kita yang dah dewasa ni pun tak suka bila kesilapan kita diungkit, sama juga dengan anak kecik.. memang dorang belum besar mana untuk faham semua ni tapi kita yang dah dewasa ni seeloknya main peranan dalam menyelesaikan masalah sebaik mungkin.. walaupun nak masuk seminggu, kami ; suami + isteri tak pernah ungkit dan bertanya lagi apa yang berlaku minggu lepas dan lepaskan macam angin.. hee~ Nur Aiman okay dan Roslan pun okay.. jadi.. buat pe kami nak sibuk sibuk untuk TAK OKAY.. kan ?

jangan ungkit bukan bermaksud lupakan.. sesekali kakak pesan pada Nur Aiman untuk tidak memanjangkan cerita dan berkawan dengan mereka yang baik-baik jek.. sebab anak bukan depan mata kita, maka.. tawakkal jek dan berserah 200% kepada Dia untuk terus menjaga anak-anak kita..


5 : BIAR PIHAK SEKOLAH AMBIL TINDAKAN


yeeeeeee.. itu anak kite tapi bila kejadian berlaku kat sekolah, sebaiknya lepaskan 100% tindakan dari pihak sekolah.. bukan bermakna korang jangan masuk campur, boleh jek amik tau tapi jangan melebih-lebih.. dah banyak kes kakak tengok ; anak, bila depan mata pijak semut pun tak mati tapi bila jauh dari pantauan ibu ayah.. mula buat perangai ( biasanya anak yang selalu dikongkong dan diberi kepercayaan 200% oleh ibubapa ) dan kalau anak diheret masuk ke bilik disiplin, ibu ayah tak boleh terima sebaliknya marah-marah dan menegaskan anak mereka bahekkkkkkkkk sangat dan takkan buat salah..

BIG NO !!

bila depan mata, anak itu adalah anak kita.. tapi bila di sekolah.. anak itu adalah tanggungjawab cikgu di sekolah dan ibu ayah hanya memantau ( kena faham ya.. bukan bermakna tidak perlu ambil tahu LANSUNG sebaliknya wujudkan hubungan baik dengan pihak sekolah untuk memantau perkembangan sehari-hari anak.. )

jangan sesekali melepaskan sepenuhnya tanggungjawab kepada cikgu.. kalau kesalahan anak di sekolah memang sepatutnya lah tindakan diambil oleh pihak sekolah supaya menjadi pengajaran untuk pelajar lain..


KESIMPULAN


dari kes Nur Aiman, kakak dan suami simpulkan.. dorang nak bergurau tapi gurauan terlampau kasar dan Nur Aiman memang tak biasa bergurau kasar.. hee~ dan dia la jadi mangsa.. tak de rasa sakit hati atau nak marah-marah kat mana-mana pihak.. itu tak penting.. yang penting Nur Aiman tau macamana nak handle masalah dia ( sebaik mungkin dia sorokkan nama Roslan sebab taknak ibu marahkan Roslan.. hee~ ) dan jadi lelaki yang budiman yang pandai minta maaf dan memberi maaf..



“seorang muslim ( yang baik ) adalah yang tangan dan lisannya tidak menyakiti orang lain..
- HR. Bukhari no. 10 dan Muslim no. 40


Nur Aiman ada cakap haritu..


"abang akan jadi doktor.. abang akan rawat semua budak yang kena buli..
free je.."


hee~ aamiin-- doakan Nur Aiman ya !!

BAGAIMANA MENGAJAR ANAK UNTUK MENGHINDARI MASALAH BULI DARI PEMBULI ?

$
0
0
buli ? dah sangat biasa untuk kita dengar dan hadapi tapi sekuat mana mental anak-anak kita yang menjadi mangsa buli rakan-rakan yang mereka anggap sebagai kawan ? apa punca anak pandai membuli dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah buli ? isu yang sangat tidak boleh dipandang ringan oleh ibu ayah..

mengatasi_masalah_buli_di_sekolah

kalau anak depan mata kita boleh la pantau tapi kalau kat sekolah ? jauh dari pandangan kita.. nak buat cemana ? em.. sebab tu sebagai orang dewasa, kita mainkan peranan besar dalam membentuk keperibadian anak-anak..


JENIS-JENIS BULI


1 : FIZIKAL

  • pukul
  • peras ugut
  • tampar
  • tendang
  • tarik rambut
  • sepak terjang
  • apa-apa kelakuan yang menyentuh mana-mana anggota tubuh badan

2 : MENTAL

  • ejek mengejek

APA PUNCA ANAK PANDAI MEMBULI ?


sebenarnya punca awal anak pandai membuli bermula dari rumah.. setuju tak ? hee~ kalau tak setuju sila bidas kemudian diruangan komen.. walaupun tiada pengesahan dari mana-mana pihak secara rasminya, kakak percaya didikan awal dari rumah memberi impak paling kuat terhadap kehidupan anak-anak yang masih kecil.. sebab tu kalau kat rumah, ibu ayah yang lazimnya sibuk perlu membahagikan masa sebaiknya untuk memberi anak-anak kecil ruang menerima kasih dan sayang selayaknya..

peranan rakan sebaya ?

ikut sama penting dengan peranan ibu ayah.. jadikan kawan-kawan anak sebagai kawan kita juga dan kalau boleh cuba kenali mereka sebaik kita mengenali anak kita.. hee~ ya !! tak sama.. anak orang dengan anak sendiri tapi cuba ubah mind setting.. kawan-kawan anak adalah anak kita juga.. anak akan lebih happy bila kita menerima kawan-kawan mereka dengan baik..


APA NAK BUAT KALAU ANAK KENA BULI ?


kalau korang syak anak korang kena buli, jangan diamkan !! tolong !! ambil masa untuk berbual dari hati ke hati dengan anak untuk mengesan mana silap dan apa yang perlu dibetulkan.. dah tersebar dengan meluas, kes buli bukan kes terpencil sebaliknya ramai pelajar sekolah bertindak membunuh diri kerana terbeban dengan masalah buli yang dilakukan oleh rakan sebaya..

mengatasi_masalah_buli_di_sekolah

perbincangan seterusnya boleh dipanjangkan ke pihak sekolah dan pastikan masa korang berbincang dengan wakil sekolah anak tak kira la guru kelas ke, penolong kanan ke, guru besar ke, guru kaunseling ke ; emosi korang stabil dan berniat untuk menyelesaikan masalah dan bukannya menambah masalah.. jangan letakkan kesalahan pada pihak guru / sekolah.. kenapa ? mungkin masa kejadian, cikgu pun tak tau kes buli telah berlaku..

bincang leklok apa yang perlu lakukan untuk menangani masalah tersebut..

TIPS MENANGANI BULI DI SEKOLAH


tak payah nak ajar yang susah-susah nak balas balik ke bertumbuk berguling ke hape segala.. ambil langkah selamat :

  • ajar anak untuk maklumkan pada guru yang berdekatan
  • ajar anak untuk menggunakan perkataan STOP dengan tegas
  • abaikan pembuli ( ignore and walk away )
  • jauhkan diai dari pembuli ( jangan main / makan sama.. lantakkan dia.. )
  • pembuli biasanya tidak akan membuli mereka yang duduk dalam kumpulan
  • jangan membalas semula apa yang dilakukan, ia akan memburukkan lagi keadaan
  • jadi kawan / pendengar kepada anak tak kira apa jua keadaan sekalipun

STOP BULLYING !!



sama-sama kita membantu menginsankan insan sebaik perlunya kita sebagai orang dewasa.. mungkin pada mereka ia HANYA GURAUAN.. tapi ia akan berlanjutan serius apabila ia semakin menjadi-jadi.. 

hee~


KLEENEX® FACIAL TISSUE SKINCARE MENJAGA KULIT DAN MENGURANGKAN PENYEBARAN BAKTERIA

$
0
0
menjadi ibu yang sibuk dengan urusan sehari-hari membuatkan kakak kurang sempat mengambil tahu soal kebersihan kulit.. lagi-lagi kulit muka.. erk.. kadang-kadang tak sempat nak cuci muka dan tak sedar pun kulit muka kakak mula rosak perlahan-lahan..

Kleenex-Skincare-Facial-Tissue

dalam sehari, ntah berapa kali agaknya kakak mengutil permukaan kulit muka sebab tak selesa tapi terleka.. hee~ best kot kan.. dalam kakak tak sedar rupanya itu adalah cara bakteria membiak melalui kuku / tangan yang tidak bersih dan menggangu kebersihan kulit.. dah la pakai mekap tak reti nak basuh bersih..

berapa kali korang sentuh kulit muka korang dalam sehari ? haa.. mesti tak kira kan ? kan ? kalau kakak cakap, dalam sehari tak kurang dari 350 kali kita akan menyentuh kulit muka kita bermaksud, setiap minit korang akan menyentuh kulit muka korang.. erk..

kleenex_skincare_facial_tissue

masa korang tengah membaca ni pun korang dok membelek muka korang kan.. ada yang pegang dagu la, pipi la.. hee~ jom kita siasat !!

HANDS UP !!

pegang handphone, bukak pintu, pakai kasut, basuh pinggan, lap tangan kat kain buruk, buka pintu kereta dan secara automatic sebenarnya kelakuan tersebut adalah tindakan auto refleks yang kita tak sedar.. dan setiap kali kita menyentuh kulit wajah kita, penyebaran bakteria akan berlaku dan menyebabkan masalah jerawat.. larat ke korang setiap minit nak pergi cuci muka dengan pencuci muka ? hee~


kakak tak larat dekkkkk.. sebab tu kakak akan cuba cari jalan untuk memudahkan urusan sehari-hari kakak disamping menjaga kesihatan kulit untuk mengelakkan masalah bakteria semakin berleluasa.. kakak bijak kan ?

rezeki kakak..

26001327_1719910304727467_2790234515481780226_n

baru-baru ni kakak diperkenalkan dengan Kleenex ® Facial Tissue Skin Care ( 3 ply ) yang mengandungi ekstrak Shea Butter dan Vitamin E yang mampu memberikan rasa lembut pada kulit.. katanya la.. kakak tak de nak percaya sangat.. benda-benda baik ni bukan selalunya betul..

kan ?

tapi bila kakak explore dan mencari maklumat tentang Kleenex ® terkejut gak la.. tisu pun siap buat ujian klinikal untuk mendapatkan pengesahan dermatologist.. kentang a.. tisu jek pun— tisu yang datang dengan 3 lapis pada setiap keping yang turut mengandungi Shea Butter dan Vitamin E ini bertindak melembabkan serta melembutkan kulit disamping membantu mengurangkan masalah keradangan dan sebab itulah kakak cakap tisu ni istimewa !!

untuk maklumat lanjut, korang boleh explore link kat bawah ni.. 

 

LAMAN WEB : www.kleenex.com.my

atiehilmi.com

ADAKAH G6PD MERBAHAYA DAN APA SIMPTOM PESAKIT G6PD ?

$
0
0
pada awal kelahiran Siti Nur Aina hampir 6 tahun yang lepas, kakak sedikir bingung dan tertanya-tanya “kenapa doktor kata anak aku ada G6PD ? amende la G6PD tu ?” em.. selepas membaca lebih banyak sumber tentang penyakit G6PD dan bertanyakan doktor, baru la kakak faham sikit tentang G6PD samada merbahaya ataupun tidak dan apa simptom pesakit G6PD supaya orang sekeliling lebih peka..

kenapa_g6pd_merbahaya


APA ITU G6PD ?


G6PD ( glukosa 6 fosfat dehidrogenase ) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat dalam sel darah merah dan kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila ia terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan ataupun makanan tertentu.. apabila sel darah merah tak mampu mengangkut oksigen dengan baik ke seluruh badan, keadaan yang dikenali sebagai anemia hemolytik akan muncul.. hampir ke semua kes G6PD dapat dikesan semasa bayi baru lahir dengan simptom demam kuning terlampau tinggi..

kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit sebaliknya ia merupakan fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua ibu dan ayah.. tapi !! kebiasaannya G6PD dialami oleh bayi lelaki..

risau ? hee~ kalau anak demam selesema pun kita risaukan apatah lagi sepanjang hidup dia akan ‘membawa’ G6PD bersama-sama.. cuma tu la tu.. tak payah risau sebab G6PD pada dasarnya TAK MERBAHAYA.. komplikasi hanya akan terjadi bila mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis dalam darah..


BAGAIMANA G6PD DIWARISI ?


G6PD berlaku akibati perubahan terhadap gen yang terdapat pada kromosom X iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina individu.. kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma.. sebab tu la kebanyakan penghidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX..

G6PD Deficiency

kebanyakan penghidap G6PD jarang mengalami komplikasi melainkan mereka terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti-malaria yang mengakibatkan sel darah merah mudah pecah lebih awal dari tempoh matang dan mengakibatkan anemia, sesak nafas dan lemah..

kalau sebut pasal demam kuning, sangat biasa untuk bayi yang baru lahir.. kan ? tapi bila terlampau lama ( prolong ) bayi tersebut boleh dikelaskan sebagai pesakit G6PD.. demam kuning merupakan kekuningan pada putih mata, kulit dan selaput hingus yang disebabkan oleh mendapan garam hempedu pada tisu.. secara tidak lansung, ia mengakibatkan kekurangan aktiviti enzim G6PD pada hati.. ada juga kes demam kuning pada bayi baru lahir boleh menyebabkan kematian atau kecacatan neurologi kekal ( beutler ; 1994 )


RAWATAN UNTUK PESAKIT G6PD


pesakit G6PD biasanya perlu mengelakkan sebarang makanan / perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti :

  • memakan kacang parang
  • terdedah kepada ubat gegat
  • minum air masak dalam kuantiti yang terlampau banyak dalam satu masa
  • herba
  • ubat nyamuk / semburan untuk matikan nyamuk

rawatan bagi demam kuning untuk bayi yang baru lahir dan anemia hemolytik ADA dan rawatan ini memastikan bahawa tisu badan dibekalkan dengan oksigen yang cukup oleh sel darah merah.. untuk bayi yang mengalami prolong jaundice akan diletakkan di bawah cahaya khas yang dikenali sebagai cahaya bili ; berfungsi mengurangkan demam kuning.. dan apabila serangan anemia berlaku, individu akan dirawat dengan oksigen dan direhatkan..

rawatan_g6pd

dalam kes Nur Aina ; selepas lahir memang kami berdua kena tahan lebih 8 ( lapan ) hari kat hospital sebab demam kuning Nur Aina tinggi.. hee~ stress jugak la kakak dok lama-lama kat hospital tapi untuk anak, tak pe la kan.. sebab nak tengok dia sihat jek.. sepanjang 8 ( lapan ) hari kat hospital, tak de sebarang perubahan negatif terhadap pembesaran Nur Aina cuma tu la.. kuning dia tanak turun walaupun dah banyak menyusu badan dan duduk dalam pemantauan doktor / nurse.. mandi cahaya lampu ? sudah jugak.. memang nurse dan doktor akan bantu memberikan info tentang G6PD ni tapi dalam masa yang sama kakak sebagai ibu kena cari maklumat dari sumber yang lain jugak..

macamana kakak handle masalah G6PD Nur Aina ? hee~ kekok, serius kekok.. tapi nanti kakak cerita sikit-sikit ya..

korang ada anak G6PD ?

jangan risau sangat tau.. cuma pantau pemakanan dan aktiviti seharian dorang jek.. jangan disekat perkembangan dorang.. apa pun.. sokongan dari ibu ayah sangat penting supaya anak-anak yang menghidap kekurangan G6PD tahu yang mereka SPECIAL..

atiehilmi.com

PENUHKAN AKTIVITI CUTI SEKOLAH DENGAN KIDZANIA GO ! DI QUILL CITY MALL

$
0
0
selamat bercuti anak-anak bijak !! hee~ alhamdulillah.. tamat sudah ujian sumatif bulan Mac untuk anak-anak yang bersekolah dan bermulalah adegan drama cuti sekolah.. apa perancangan ibu ayah untuk anak-anak ? haa.. takkan nak duduk rumah dan habiskan masa tengok tv je ? so yesterday !!

school_holiday_2018_kidzania_go

dah terlampau biasa kalau setakat bawak anak-anak g mandi sungai, balik kampung dan camping.. apa kata sesekali bawa anak-anak bermain dekat dalam mall tapi dengan aktiviti yang menarik dan menduga kekuatan minda mereka.. haa.. bestkan kalau anak-anak dapat timba pengalaman baharu..


KIDZANIA GO ! DI QUILL CITY MALL


semepena cuti sekolah ni, Quill City Mall dengan kerjasama Kidzania Kuala Lumpur memberi peluang untuk anak-anak bergembira sambil belajar dengan pelbagai aktiviti menarik.. wah !! dah kalau sebut menarik tu confirm la ibu ayah pun teruja kan ?

kidzania_go_quill_city_mall

ada 8 ( lapan ) aktiviti menarik untuk anak-anak, seperti :

  • Sharp Air Quality Control
  • Scott's Research Lab
  • Mc Donald's Fitness Centre
  • Magic Studio 
  • TV Studio
  • Volvo - Stop, look and wave
  • Court House
  • Recyling Centre

quill_city_mall_kidzania_go

dan paling menarik bila korang boleh tebus tiket KidZania Go ! secara PERCUMA bila korang membelanjakan RM 38.00 dalam satu resit di mana-mana outlet di Quill City Mall, Kuala Lumpur.. murah kan ? haa.. disamping dapat menimba pengalaman baharu dapat juga anak-anak mengisi masa lapang pada cuti sekolah ni..

oh !! sudah tentu kakak akan bawa Nur Aiman dan Nur Aina nanti.. dorang pun dah tak sabar sangat tu.. hee~

KidZania Go ! @ Quill City Mall, Kuala Lumpur akan mula beroperasi dari jam 10.00 pagi – 9.30 malam bermula 19hb Mac – 25hb Mac 2018..

untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :

atiehilmi.com

SURYA CHLOROPHYLL KAYA DENGAN KHASIAT TUMBUHAN SEMULAJADI TANPA BAHAN PENGAWET

$
0
0
bila usia makin meningkat dengan jadual sehari-hari yang sangat sibuk membuatkan kesihatan kakak menjadi taruhan dan paling ketara apabila kulit kakak menjadi kusam dan nampak letih.. emph.. memang tak best sebab kena tepek bedak tebal-tebal untuk menghilangkan cela pada wajah..

surya_chlorophyll_lychee

tak makan sayur ? takut dengan makanan berwarna hijau ? sangat memilih dan hanya makan sayur-sayur tertentu ? hee~ biasa la tu kan.. kakak pun sama dan ianya adalah punca kesihatan terganggu sebab diet tidak seimbang.. haa.. kenapa kena makan sayur berwarna hijau ?

menurut kajian dari pakar kulit sedunia :

  • 50% daripada kerosakan kulit adalah disebabkan oleh keturunan
  • 25% disebabkan oleh makanan dan minuman
  • 15% berpunca dari alam sekitar ( pencemaran )
  • 10% melalui aktiviti seharian

dan !! 35% daripadanya boleh dikawal dan diubah oleh diri kita sendiri dengan mengamalkan makanan dan minuman yang dihat disamping menggunakan produk penjagaan kulit yang sesuai..


KHASIAT KLOROFIL


klorofil adalah sebahagian daripada tumbuhan yang mengandungi anti-oksidan yang tinggi, anti-radang yang berkhasiat untuk membantu penyembuhan kecederaan termasuk luka dalaman.. selain itu, klorofil juga mempunyai vitamin dan nutrien yang sangat diperlukan oleh sistem kardiovaskular, otot dan kesihatan saraf..

surya_chlorophyll

ia juga membantu :

  • melancarkan proses detoks ( badan dan hati )
  • meningkatkan hemoglobin dan sel darah merah
  • melindungi kulit dan menjadikan kulit lebih sihat ( rehydration )
  • mengatasi masalah badan berbau

KEISTIMEWAAN SURYA CHLOROPHYLL


penerimaan rakyat Malaysia tentang pengambilan makanan tambahan berunsur klorofil sangat rendah dan ada yang tak tau pun kepentingan klorofil dan membuatkan Surya Chlorophyll hanya dikonsumsi oleh mereka yang sangat mementingkan kesihatan.. menyedari keperluan itu, sebotol gemuk yang kaya dengan khasiat klorofil ini juga diperbaharui mengikut selera orang kita.. ya !! kakak pilih perisa Laici..

surya_chlorophyll_lychee_khasiat_klorofil

cara pengambilan pun sangat senang, korang cuma perlu campurkan 25ml Surya Chlorophyll dengan 125ml air suam dan kacau rata sebelum minum.. kakak amalkan pada waktu pagi untuk menambahkan kecergasan.. ye la.. nak berhempas pulas dengan pelbagai aktiviti kan.. hee~

siapa yang kena jadikan Surya Chlorophyll sebagai rutin ?

  • mereka yang menitik beratkan soal kecantikan kulit
  • mereka yang tak makan sayur
  • mereka yang mempunyai masalah jerawat
  • mereka yang mempunyai bau badan yang tidak menyenangkan
  • mereka yang berusia 4 ( empat ) tahun dan ke atas

kakak, suami dan anak-anak memang sangat memilih dalam soal pemakanan.. bukan memilih makanan yang seimbang sebaliknya lebih kepada makan makanan rapu yang tah pape dan kadang kala, sayur pun tak ada dalam menu.. risau dengan tumbesaran anak-anak, kakak memilih untuk mencuba Surya Chlorophyll dalam perisa Laici.. emph.. sedap dan memang rasa macam laici.. hee~ manis buah dan tak terasa macam minum minuman kesihatan pun..

semua tahu kan, kalau nak dapatkan khasiat terus dari sayur-sayuran hendaklah makan sayuran tersebut secara mentah.. tapi !! berapa ramai pulak boleh kunyah dan telan sayur mentah-mentah ? haa.. sebab tu bila ada inisiatif untuk kakak membantu menambah zat pemakanan dalam menu harian anak-anak, kakak akan buat.. tak salah mencuba kan.. lagi-lagi bekalan makanan yang diperakui kualitinya..

2017122117582103198


SURYA CHLOROPHYLL


  • didatangkan dengan perisa Peach dan Laici
  • TIDAK mengandungi bahan pengawet
  • telah diperakui HALAL / GMP / HACCP
  • mendapat pengesahan dari BioNexus Key Message Certified
  • mengandungi klorofil yang telah diekstrak dari daun Mulberry
  • sumber alkali semulajadi yang sangat sesuai untuk pembersihan dalaman

bestkan ?

mestilah !! kalau tak best, kakak tak tulis tau.. hee~ kalau korang nak rasa BEST tu jugak, boleh layari :



mekap tu mekap jugak, cantik luaran.. tapi dalaman kena jaga jugak tau.. jangan sampai berkarat teruk.. hee~

atiehilmi.com

KERJASAMA MOGUJIE DAN JD.COM BERSAMA EZBUY BAGI MEMASTIKAN PELANGGAN MENERIMA TAWARAN HARGA PALING MURAH

$
0
0
korang memang kaki shopping ? kalau sehari tak bukak laman web e-commerce memang tak sah ? ya !! kita geng !! hee~ lagi-lagi bila dapat tahu ada laman web yang menawarkan barangan dengan harga serius berbaloi dengan koleksi barangan terus dari China.. cayalah.. memang sanggup bersengkang mata la kan..

ezbuy_malaysia

dalam usaha berterusan, EZ Buy telah memasukkan 2 ( dua ) laman e-dagang rasaksa iaitu Mogujie ( Mogu Street ) dan JD.Com ke dalam senarai vendor mereka.. kebiasaan laman web e-commerce yang menawarkan produk dari China ditulis dalam Bahasa Cina dan akan menjadi masalah sekiranya peranti yang kita gunakan tidak menyokong penggunaan Bahasa tersebut.. 

nah !! dan kakak rasa peluang kerjasama ni bukan saja memudahkan pengguna sebaliknya memberi lebih banyak peluang untuk pengguna berjimat dengan membeli barangan yang lebih murah dengan kualiti standing nama..

kali ini, gabungan Mojugie dan JD.Com Bersama EZ Buy bakal memberikan pengalaman baharu untuk para pengguna meneroka pelbagai produk pilihan seperti kelengkapan rumah, fesyen, peralatan teknologi, alatan kecantikan, produk kesihatan, barangan sukan, permainan dan banyak lagi !!

ezbuy.com.sg


6 BARANGAN PILIHAN KAKAK !!


untuk mempromosikan gabungan ketiga-tiga kuasa e-dagang ini, kakak dah menyelam jauh ke dalam menerusi ketiga-tiga laman web untuk kenali lebih rapat.. hee~ dan kakak tertarik dengan 6 barang ni dan mengikut pemerhatian kakak ( read : kakak buat perbandingan harga weyh.. ) ini adalah harga terbaik yang kakak dapat..

jd.com_1
jd.com_2
mogujie_1
mogujie_2
mogujie_3


KENAPA EZBUY MENJADI PILIHAN ?


1 : variasi

  • nah !! memang terlampau banyak barang yang tersenarai di laman web EZ Buy.. ni pulak ada Mogujie dan JD.Com, bertambah lagi la.. hee~ rambang biji mata nak buat pilihan..

2 : kemas dan mudah

  • kadang-kadang bila masuk sesetengah e-dagang, kakak sakit kepala.. hahahaha~ produk berterabur dan tak tau mana satu nak tengok dulu.. berbeza dengan EZ Buy, interface yang menarik dan penyusunan barangan yang sistematik memudahkan urusan pengguna..

3 : murah

  • kebanyakan barangan yang ada dipasaran adalah barangan dari China dan ramai jek kawan-kawan kakak suka shopping barang terus dari China sebab harga yang lebih murah dan kualiti yang lebih baik.. nah !! EZ Buy turut menawarkan pelbagai promosi untuk pengguna..

best kan ?

apa tunggu lagi ? jom !! kakak jamin korang akan jumpa sesuatu yang korang suka.. kakak yang baru install aplikasi EZ Buy pun dah buat pilihan beberapa barang dan masukkan ke troli.. hee~

untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :

LAMAN WEB :


FACEBOOK :


INSTAGRAM :


atiehilmi.com

HABISKAN CUTI SEKOLAH DENGAN KIDZANIA GO ! DI QUILL CITY MALL, KUALA LUMPUR

$
0
0
adoi !! cuti sekolah kali ni memang anak-anak kakak tak duduk diam, ada jek aktiviti untuk dorang yang memang kakak dah tapis awal-awal.. hee~ mana yang BEST, dorang memang kena join dan kalau boleh hold, kita RSVP dulu la kan.. nampaknya dorang seronok habiskan masa kat Kidzania Go ! @ Quill City Mall..

kidzania_go

mana tak nya, dengan harga tiket pun berbaloi menggeletis la kakak nak bawak budak dua orang ni pergi main.. hee~ ye la.. belanja RM 38.00 dalam satu resit dah boleh redeem satu tiket.. kalau untuk dua orang, belanja la RM 76.00.. beli la pape pun tapi setiap RM 38.00 tu dalam satu resit.. tak payah nak keluarkan duit lagi..

tiket_kidzania_kuala_lumpur

memang serba tahu, semua aktiviti yang dikendalikan oleh team Kidzania mesti aktiviti yang membantu meningkatkan daya kreativiti dan berdikari anak-anak sebab tu juga la kakak tak lepaskan peluang keemasan untuk anak-anak merasai pengalaman meneroka Kidzania Go ! yang berskala kecil berbanding Kidzania Kuala Lumpur yang sedia ada..

fitness_fun_centre_kidzania_go

ada 8 ( lapan ) aktiviti yang disediakan dan anak-anak perlu melengkapkan kesemua aktiviti tersebut.. haa.. habis jugak la 2 ( dua ) jam dorang kat sana.. hee~ dapat la kakak duduk berehat sekejap sambil balas email dan menaip entri baharu..

nampak ?

dalam masa yang sama, aktiviti bermanfaat macam ni juga memberi peluang untuk kakak BEREHAT gais.. dorang main la, sambil kakak usha keselamatan dorang dapat la kakak buat pape aktiviti yang kakak nak.. kira cuti sekolah ni memang win-win situation la.. anak-anak happy dan ada aktiviti, kakak pun dapat rehat pada hari dorang cuti sekolah.. heaven kan ?

quill_city_mall_event
kat setiap platform aktiviti, anak-anak akan dibekalkan dengan passport.. ala.. untuk kenangan.. hee~
kidzania_go_quill_city_mall
haa.. nampak ? siap belajar main silap mata lagik..

8 ( lapan ) aktiviti yang dilakukan adalah :
  • Sharp Air Quality Control
  • Scott's Research Lab
  • Mc Donald's Fitness Centre
  • Magic Studio 
  • TV Studio
  • Volvo - Stop, look and wave
  • Court House
  • Recyling Centre

kidzania_kl_malaysia

dan disetiap lokasi aktiviti, anak-anak perlu mendapatkan cop pengesahan yang mereka telah lakukan aktiviti tersebut supaya mereka tak perlua main mainan yang sama berulang kali.. ye la.. anak-anak ni kalau dah syok main yang tu, yang tu saje la dia hadap.. hee~

kidzaniago

kalau minta pendapat kakak dengan aktiviti macam ni, memang rasa berbaloi sebab murah berbanding harga Kidzania Kuala Lumpur ( RM 89.00 ; kanak-kanak – walk in ) dan cuma ada 8 ( lapan ) aktiviti sahaja.. mana anak yang jenis cepat bosan dan rimas bersesak-sesak tu memang sesuai la.. tak pun boleh jadikan platform ni sebagai LATIHAN sebelum ke lokasi Kidzania yang sebenar.. kan ?

kidzania_kualalumpur
muka sorang tak sabar nak balik, sorang lagi tak puas main.. hahahaha~ adoi !! serba salah tau !!

dengan keluasan yang disediakan oleh pihak Quill City Mall memang selesa untuk anak-anak bergerak bebas.. ye la.. dah kalau ramai-ramai tu mana mau la nak diam kan, semua pun berpakat nak berlari la, melompat la apa segala..

walaupun cuti sekolah bulan Mac dah habis dan anak-anak perlu kembali ke sekolah, pengalaman semasa cuti tu yang penting dan bagaimana mereka manfaatkan waktu cuti dengan aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga dan kawan-kawan..


memang kakak berharap sangat Quill City Mall buat aktiviti bermanafaat macam ni lagi untuk sesi cuti sekolah akan datang.. hee~

atiehilmi.com

SERIKAN RAMADHAN DENGAN PAKEJ BERBUKA PUASA DI ROYAL CHULAN BUKIT BINTANG

$
0
0
bila tak lama jek lagi nak masuk bulan Ramadhan, berpusu-pusu lah hotel buat promosi tak masuk akal dengan menawarkan harga jauh lebih murah berbanding hari-hari biasa.. hee~ kakak memang tak lepaskan peluang kalau dapat jemputan untuk preview pakej yang menarik, macam kat Royale Chulan Bukit Bintang ni..

promosi_buffet_ramadhan_royal_chulan_bukit_bintang_1


"saya akan mengesyorkan keistimewaan kami untuk Ramadhan yang akan datang iaitu 
Rendang Itik, Nasi Arab, Kambing Golek, Gulai Kawah dan semua orang tidak 
boleh ketinggalan Bubur Lambuk yang terkenal dan lazat.."

- Chef Raja Kamaroszaman


kambing_golek_buffet_ramadhan_royal_chulan_bukit_bintang
apalah makna buffet Ramadhan tanpa kambing golek.. kan ? kan ? hee~

dengan penyediaan lebih dari 30 jenis menu makanan dan pencuci mulut, kakak rasa korang akan tersandar lepas makan.. hee~ dan memang kakak rekomen untuk korang rasa Kambing Golek + Nasi Arab.. dengan gabungan daging kambing yang lembut dan tak hamis, tambah pulak Nasi Arab.. memang ngam..


BUFFET ANEKA SELERA ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG


antara menu utama yang bakal menjadi tumpuan sepanjang bulan Ramadhan ini adalah :

  • Nasi Hujan Panas
  • Ayam Percik
  • Daging Dendeng
  • Ikan Patin Masak Tempoyak
  • Pajeri Nanas
  • Udang Masak Lemak Cili Api
  • Labu Masak Lemak Putih Udang Kering

buffet_ramadhan_royal_chulan_bukit_bintang

ini baru main course nih gaissssss.. korang belum tengok dorang punya dessert lagi !!

buffet_ramadhan_royal_chulan

tersusun cantik aneka biskut raya, dodol, buah kurma, rempeyek, bahulu, tat buah, cream puff, cheese tart, cream caramel, sago gula melaka, pelbagai puding dan banyak lagi !! variasi pencuci mulut tradisional tempatan dan antarabangsa bakal memaniskan mulut korang nanti.. adoi.. memang kalau kakak pergi mana-mana buffet, bahagian INI yang akan kakak tuju dulu.. tak tunggu lama.. hee~


"kami memilih Buffet Aneka Selera sebagai tema kami tahun ini yang bermaksud semua 
orang boleh merasakan pelbagai hidangan utama dan hidangan pencuci mulut yang lazat 
dari barisan buatan kami.."

- Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang ; Mashor Din


jangan risau sebab kat Royale Chulan Bukit Bintang menyediakan tempat parkir yang selamat dengan kadar rata hanya RM 8.00, tapi kalau korang menginap kat sana lagi best.. kan ? turun jek dari bilik, boleh ke Sunflower Bresseries.. jangan risau !! ada kemudahan lif dan juga tangga untuk mereka yang nak bawa ibu / ayah berbuka puasa sama.. surau ? eh !! dah tentulah ADA..

buffet_ramadhan_royal_chulan_kerabu


"Royale Chulan Bukit Bintang juga menganjurkan Kempen Amal Ramadan yang dipanggil 
Kad Ketupat untuk anak-anak yang kurang bernasib baik di rumah amal yang dipilih 
Rumah Anak Yatim Shifa.. oleh itu, mari kita semua berikan kembali pada bulan Ramadhan 
tahun ini dengan membantu golongan miskin dan kurang mampu dengan menaja Kad Ketupat sebanyak RM 10.00 dan semua hasil akan diperpanjang ke Rumah Anak Yatim Shifa.."

- Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang ; Mashor Din



untuk korang yang memang nak merasa makan kat tempat mewah dengan harga yang berbaloi, inilah masanya !! sebab dorang akan buat PROMOSI !!

dari 16hb Mei 2018 – 20hb Mei 2018

  • RM 78.00 ( dewasa )
  • RM 60.00 ( warga emas / kanak-kanak )

image

kalau korang nak walk-in lepas tarikh promosi pun okay jek.. tapi kakak memang galakkan 'booking' seat korang waktu promosi ni la.. banyak jugak boleh jimat tu..

kan ?

kan ?
atiehilmi.com

KEKAL MENJAGA KULIT HALUS BAYI SELAMA 125 TAHUN, JOHNSON’S KEKAL UTUH

$
0
0
enama penjagaan kulit bayi No. 1 Malaysia, Johnson's® kini menyambut ulangtahun yang ke-125 !! dan untuk meraikan hari bermakna ini, Johnson's® menyeru para pengguna Malaysia berkongsi kegembiraan mereka dengan menyertai peraduan Johnson's®125 Years untuk berpeluang memenangi kotak tin vintaj edisi terhad dengan produk bersama cetakan khas nama pengguna di atasnya..

125_yeasr_of_johnson's


“kami menyediakan 1,000 unit kotak tin vintaj edisi terhad dan kami 
berharap dapat menghadiahkannya kepada pengguna yang paling setia.."

- Christy Yong, Pengurus Pemasaran Kanan Johnson & Johnson Malaysia


untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu mengambil foto kenangan kegemaran anda dengan produk Johnson’s®, tuliskan kapsyen ringkas yang menggambarkan kenangan tersebut dengan hashtag #Johnsons125Years, dan muat naiknya di halaman Facebook anda.. setiap minggu selama 8 minggu berturut-turut, 125 pemenang dengan penyertaan yang terbaik akan dipilih untuk menerima hadiah..

KLIK SINI –> KAKAK DAH ADA SATU !!

mengulas mengenai kejayaan Johnson's® sejak 125 tahun yang lalu dalam mendapatkan kepercayaan para ibu dan pengamal kesihatan di seluruh dunia, Christy berkata bahawa jenama ini sangat memahami tentang kulit bayi melalui penyelidikan dan inovasi produk secara berterusan yang bukan sahaja membantu ibu menjaga anak-anak mereka, tetapi juga mengeratkan lagi hubungan mereka melalui ikatan kasih sayang ibu-bayi..

johnson's_125_years_anniversary

untuk ibu selebriti Scha Alyahya, masa kegemarannya dengan Johnson's® adalah ketika menikmati mandian buih bersama anaknya, Lara Alana.. hos TV, model dan pelakon ini mengakui bahawa jadualnya yang ketat, menghadkan interaksinya dengan Lara, sebab itulah dia suka mandi bersama anaknya..


"memandangkan masa mandi adalah waktu yang sangat berharga untuk saya, 
saya cerewet dengan pilihan produk mandi untuk melindungi kulit Lara.. produk 
mandian Johnson's® adalah pilihan saya.. ia menyediakan pelembab dan nutrisi yang 
tahan lama untuk saya dan Lara, menjadikan kulit kami lembut dan sihat. Lara 
juga merupakan peminat produk Johnson's®, dan saya harap dia juga akan menjadi 
ibu Johnson's® untuk anaknya suatu hari nanti..”

- Scha


johnson's_baby_lotion

apa detik kegemaran korang dengan Johnson's® ? hee~ mesti ada kan ? jadi !! jangan lupa untuk muat naik foto dan kapsyen dengan hashtag #Johnsons125years hari ini ! untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini, layari :

atiehilmi.com

ALTHEA BARE ESSENTIALS ; PRODUK TERBAHARU UNTUK MENJAGA KECANTIKAN KULIT WANITA ASIA

$
0
0
korang !! nak tau tak kakak baru unboxing pek baharu dari Althea dan kakak teruja sangat ngat ngat ngat weyh.. hee~ serius tak sangka, wanita Malaysia kini boleh mendapatkan kulit yang cantik persis wanita Korea.. korang tak tau ? jom kita gosip !!

althea_bare_essentials

biasa kita main dengan pelbagai step siap morning routine la membawak ke night routine la semata-mata untuk dapatkan kulit yang cantik tanpa cela.. kan ? sekarang ni dah tak payah.. cuma dengan 3 ( tiga ) langkah jek korang boleh dapatkan kulit secantik bintang K – Pop.. pergh !! best kan ?

nah !!

tak percaya ?


ALTHEA BARE ESSENTIALS


yasssss.. kakak dah guna la ni baru nak cerita kat korang ha.. hee~ serius best.. lagi-lagi nak dekat raya nih kan, kena prepare awal la supaya tak ketara sangat usia dah menginjak ke alam 30-an.. haa.. nampak tak permainan dia kat mana, sebab dah penat nak tepek tepek mekap nih lepas tu nak touch up lagik.. adoi.. malas kan ?

jadi !!

kita TRY ubah mana tau berkesan ke.. haa..


STEP 1 : CONTOUR CLEANSER ( RM 23.00 )


ibarat cinta berputik pada kali pertama guna.. ewahhh.. hee~ penggunaan Contour Cleanser untuk rutin mencuci muka pastinya memberikan pengalaman baharu.. disamping membersihkan kulit dan menyingkirkan kulit mati, pencuci muka ini juga mengandungi manik mikro yang bertindak menyegarkan kulit untuk memberikan kesan glowing.. ye la.. bila sel kulit mati dapat disingkirkan, kulit akan menjadi lebih segar dan bertenaga..

althea_bare_essentials_contour_cleanser
korang tau tak yang manik mikro tadi juga dapat membantu menggalakkan peredaran darah pada wajah kita ?

kakak suka sebab bau lembut lemon sangat menyegarkan dan manik mikro mencuci kulit muka kakak jauh ke dalam dan menyingkirkan kotoran dari kulit kakak.. al maklum la.. kadang-kadang rutin mekap juga mengganggu kesihatan kulit.. kan ?


STEP 2 : PRIMER WATER ( RM 43.00 )


next !! hee~ toner dan primer digabungkan dalam satu botol.. wah !! sempoikan ? dia bukan macam toner biasa yang cair ( kakak selalu bazirkan toner sebab dia selalu meleleh dan cepat kering kat tangan.. huu~ ) menggunakan teknologi Macro Fluidic Dispersion yang telah dipatenkan menjadikan Primer Water mampu menyerap menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk mengekalkan kelembapan pada kulit..

althea_bare_essentials_primer_water

disebabkan Primer Water ni bukan macam toner biasa yang cair ( sebaliknya teksture nya lebih likat ) memang kakak ingat kulit kakak akan melekit.. phewww—rupanya tak !! helok jek lepas sapu rata, Primer Water akan meresap terus dan kering.. kakak memang happy la kiranya.. hee~




STEP 3 : FIXER CREAM ( RM 50.00 )


ini memang tak boleh tak de ni.. hee~ untuk menyokong penggunaan pencuci muka dan toner + primer tadi, Fixer Cream yang tidak berminyak ini membantu mengekalkan kelembapan berterusan disamping memberi khasiat anti-oksidan yang diperolehi dari teh hijau.. nak kulit lembut dan menghapuskan kesan-kesan awal penuaan, kakak memang dah buat pilihan yang kakak takkan tinggalkan rutin yang ketiga ni..

althea_bare_essentials_fixer_cream

walaupun sedikit melekit tapi perlahan-lahan ia akan hilang dan memberikan kakak hasil yang sangat BEST.. hee~ serius.. kulit kakak lebih lembut dan segar.. bau ? ya.. sesetengah krim muka ada bau yang tak selesa dan menyengit tapi bukan dengan SET BARE ESSENTIALS dari ALTHEA ni.. dengan gabungan tepat antara bahan-bahan yang digunakan membuatkan baunya lembut dan tenang.. 

dah siap 3 ( tiga ) langkah ni mesti korang akan rasa lain pada kulit muka korang lagi-lagi yang mempunyai kulit jenis kering.. dengan penggunaan yang konsisten pasti hasilnya juga menarik.. kan ?
dengan harga RM 116.00 bersama kos penghantaran PERCUMA, korang akan dapat juga diskaun 10% dan cermin ajaib !!


bare_essentials_althea

sesuailah untuk korang yang memang jet jet Cinderella suka menghadap muka sendiri.. hahahaha~ tak de la.. kalau masih ada stok, dapat la korang FREE GIFT nih, sebab tu lepas jek baca entri kakak ni korang kena singgah lamaweb ALTHEA dan terus buat pembelian.. tau !!

kat sini haa..

LAMAN WEB : www.althea.kr

atiehilmi.com

PERTUNJUKAN FESYEN BUTIK TATEH ; BUTIK KHUSUS UNTUK IBU DAN BAYI

$
0
0
menjadi pelopor dalam bidang penyediaan kelengkapan sehenti untuk ibu dan bayi sudah semestinya memerlukan segala tumpuan dan tenaga bagi memastikan perniagaan yang dilakukan kuat dan kukuh untuk meneruskan legasi.. kan ? sama seperti Butik Tateh yang merupakan rangkaian butik yang sangat popular dikalangan ibu – ayah.. kan ?

tateh_fashion_show_2

hampir 6 ( enam ) tahun bertapak dalam industri, Butik Tateh yang mempunyai 13 cawangan seluruh Malaysia telah menjemput kakak untuk sama-sama memeriahkan Butik Tateh Fashion Show 2018 yang bertempat di Maga Glory Hall, Bandar Baru Bangi yang bertujuan untuk meraikan pelanggan setia dan rakan media.. bukan ada fashion show jek, tapi ukhwah yang terjalin sangat awesome !!

majlis yang berlansung selama 3 ( tiga ) jam itu mempersembahkan pertunjukan fesyen yang rata-rata modelnya adalah anak-anak kecil.. memang comel bila mereka menggayakan busana Hari Raya yang turut dijual di Butik Tateh.. al maklum la.. dah nak puasa ni kan.. sambil-sambil nak beli kelengkapan harian anak-anak, boleh la shopping baju raya sekali.. kan ? senang, semuanya bawah satu bumbung jek..

butik_ibu_dan_bayi_bandar_baru_bangi

Fashion Show Butik Tateh 2018 turut memperkenalkan busana Hari Raya jenama TATEH sendiri yang merupakan Tateh Raya Collection yang memperlihatkan barisan fesyen terkini, sopan dan selesa untuk anak-anak.. eh !! bukan untuk raya jek, tapi boleh juga disarung bila perlu.. turut menarik perhatian kakak, jenama beg Storksak Babymel dan Zip Zoe Kids yang sangat trendy dan sesuai untuk dibawa kemana-mana..

tateh_fashion_show
trendy dan elegan.. bukan sahaja boleh simpan botol susu anak tapi boleh dijadikan handbag harian juga.. kan ?
tateh_fashion_show_1
bukan jek fesyen princess, ada juga koleksi terkini pakaian untuk prince !!
butik_ibu_dan_bayi_bangi
dah boleh ready nak jadikan tema warna apa untuk raya tahun ni..
mengekalkan kerjasama utuh dengan barisan penaja, tanpa mereka mungkin Fashion Show Butik Tateh 2018 tidak berjalan lancar dan semeriah majlis impian.. agittew—jutaan terima kasih buat Baby Mel, Storksak Malaysia, Zip Zoe Bag Malaysia, 40 Weeks Pregnant, Eiman, Fathiyah Dreams, Kidia, Mak Yang, Cik Gebu, Voo Voo, Kolok Baby, Ibu Sue, Pump It, Fizah Shower Baby Headband, Lazuli, Sunnybeam, Mimosa, GA Bag, Tropika, Ning Salmah, Babylicious, Ajwa Bakery, Sofi Sofia N Gift, El Zahra Kids by Dyan dan Olemera yang turut sama bertungkus lumus memerah keringat..

tateh_fashion_show_3
okay !! dah boleh raya.. hee~
bukan mudah menjadikan ianya satu matlamat untuk menjayakan pertunjukan fesyen di mana modelnya adalah kanak-kanak.. tidak dinafikan pelbagai ragam yang mencuit hati sedikit sebanyak membuatkan para tetamu mensisakan gelak melihat gelagat mereka..

apa pun..

JUTAAN TAHNIAH buat warga kerja Butik Tateh yang bertungkus lumus menjayakan pertunjukan fesyen seperti ini dan didoakan semoga teguh dengan nama dan prinsip perniagaan mesra ibu – anak.. mana tau ada ura-ura nak buka cawangan baharu ke lepas ni kan.. mungkin dekat dengan tempat korang.. nah !! untunglah.. asal lalu jek confirm kena singgah..

nah !!

kot la korang nak shopping online ke kan, pun boleh juga sebab ada banyak produk yang berada bawah satu bumbung dan harga memang berbaloi..

LAMAN WEB : www.tateh.com.my
atiehilmi.com

BENGKEL PENULISAN KBBA9 MENJAWAB PERSOALAN TENTANG PENULISAN BERKUALITI

$
0
0
nah !! gamble tak gamble.. hee~ bila kakak dah lama tak masuk kelas dan topup ilmu, kelab mana yang anjurkan pun habis semua kakak redah.. memang tak de excuse dah asalkan kakak ‘masuk’ dengan hikmah dan budi bahasa dari pihak penganjur..

bengkel_penulisan

ya Allah.. memang kata segan sangat lah nih ha.. dengan slumber-nya kakak tegur sorang rakan Instagram yang merupakan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari ( KBBA9 ) nih.. tak de nak fikir ape dah, yang kakak tau kakak dah lama tak masuk kelas dan fokusnya cuma tahun ni paling kurang kakak akan join 3 ( tiga ) kelas penulisan untuk memantapkan hasil penulisan kakak..

nah !!

bagai menatang dulang semasa kenduri.. hee~ begitulah rasanya apabila diterima dengan jalinan ukhwah oleh ahli KBBA9..

bengkel_penulisan_KBBA9

gadis KBBA9 yang tak lekang dek senyum, manis jek.. ya !! ini yang membuatkan kakak yang baru pertama kali duduk dikalangan mereka berasa sangat selesa dan tidak sedikit pun janggal.. al-maklum lah.. mereka adalah penulis yang terlatih dan dibekalkan dengan pelbagai ilmu sebelum menapak menjadi SESEORANG.. kakak ? alahai.. amatur jek dekkk.. memang ada segan tapi dengan kemesraan dorang menghulurkan tangan, kakak sambut dengan ikhlas juga..

bengkel_penulisan_kelab_blogger_ben_ashaari
pelajar cemerlang gittew--
ada beberapa orang yang kakak kenal melalui program / event yang kami hadiri bersama, dan ada yang baharu menghulurkan persahabatan.. yang kakak nampak, dorang memang mesra dengan attitude yang cool.. apakata omputih tu.. AWESOME-NESS !! agittew--


BENGKEL PENULISAN UMUM


bukan mudah mengekalkan prestasi sebagai seorang penulis hatta bertahun lamanya korang menghadap pen, tak bermakna korang masih konsisten dengan arus penulisan.. betul tak ? adakalanya kekangan idea membuatkan penulisan kakak sangkut dan pernah jek terhenti dalam petak DRAFT.. ya !! sampai ke sudah dan kemudian kakak delete.. menyampah..

bukan sesuatu yang luar biasa sebenarnya.. hee~ dan kebanyakan penulis yang ada diluar sana sudah digilap dan disembur dengan ratusan idea yang ditolak.. nak buat cemana.. idea tak best, reject la..

bengkel_penulisan_skrip
‘sebagai penulis, awak ada tanggungjawab untuk memartabatkan bahasa..’  - Tuan Zulkifli Ahmad Idrus
sebagai panel pertama yang membentangkan idea, Tuan Zulkifli Ahmad Idrus yang juga merupakan penulis novel Mata Ketiga ( novel seram ) mengetengahkan langkah penulisan yang betul.. ya !! bagaimana menulis dengan betul tak kiralah ko nak tulis novel ke, skrip ke mahupun mengekalkan penulisan di blog sahaja.. semuanya dengan langkah dan flow yang betul..

kalau dah tulis ikut rangka yang tepat, barulah jalan cerita lebih menarik dah mudah untuk pembaca faham.. kan ?


“kajian mengatakan 90% pembaca adalah wanita dan hanya 10% adalah lelaki..”


dan bagaimana menarik perhatian 90% tu tadi ? ya !! wanita sukakan cerita cinta.. hee~ bermain dengan emosi, kejap ketawa kejap menangis dan melayan perasaan juga adalah wanita.. lelaki ? mereka bukan tak membaca tapi mungkin bukan bahan yang mengandungi unsur cinta sepanjang bab..

jadi.. kalau nak menulis, korang ( dan kakak sudah tentu !! ) perlu mengkaji tabiat sasaran pembaca.. tak boleh la nak hentam keromo jek nanti orang ingat kakak syok sendiri plak.. wah !! beliau turut menjelaskan apa itu idea, watak dan perwatakan, latar masa dan latar tempat menjelaskan lagi bagaimana sesebuah karya itu terhasil dengan jalan cerita yang menarik tanpa plot yang cliche..

bengkel_penulisan_KBBA
‘jaga audit diri.. dimana kita meletakkan diri kita sendiri..’ – Tuan Zamri Mohamad
ya !! lepas habis kelas baru kakak rasa ‘gile la senang weyh nak susun ayat tanpa melencong tah sampai ke Mongolia..’ hee~ ianya bukan sekadar menulis tapi menjentik hati pembaca perlulah dengan TEKNIK.. nah !! memang kakak puas hati dengan penjelasan yang diberikan dengan soalan keluhan harian kakak tentang idea dan tak tau nak letak tajuk apa untuk setiap entri..

memperkenalkan PETA BUKU sebelum menulis membuatkan kakak lebih mudah faham bagaimana proses penulisan itu menjadi sangat padu dan terus sampai ke tujuannya.. kalau tak, selama ni asyik la melalut ntah pape.. adoi.. puas kakak gelakkan diri sendiri benonye..


          TIPS PENULISAN :
  • menggunakan imbuhan aktif
    • ber – , ter – , me – dan lain-lain mengikut kesesuaian ayat
  • elakkan penggunaan imbuhan apitan
    • ke … an, per … an, mem … an dan lain-lain mengikut kesesuaian ayat



kira memang sepanjang 3 ( tiga ) jam kelas berlansung, kakak memang tak rasa mengantuk ( ya !! kakak ditemani Mentos ) walaupun bilik kuliah sejuk sangat.. hee~ berbekalkan minda yang lapang, kakak cuba menyerap sebanyak mungkin ilmu untuk kakak praktikkan pada masa akan datang..

JUTAAN TERIMA KASIH dan tahniah buat penganjur iaitu KBBA9 yang diasaskan oleh Tuan Ben Ashaari membuka ruang dan peluang untuk kakak sama-sama menimba ilmu.. oh !! makanan yang dorang sediakan pun serius sedap tapi nak tambah untuk kali kedua jadi segan pula ( kakak penyegan hoccay.. sila percaya !! ) hee~

kalau korang tak kenal lagi KBBA9 ni group apa, mungkin boleh rujuk link bawah ni..

LAMAN WEB : https://kbba9.com
atiehilmi.com

7 CARA YANG MUNGKIN KITA TAK SEDAR KITA TELAH ‘MEMBUNUH’BLOG SENDIRI

$
0
0
“ala.. bukan susah pun jadi blogger.. tulis je apa yang ko rasa..”

“macam la ko tak tau, dia jadi blogger sebab nak femes je.. kan dah ramai blogger femes..”

“kenapa la aku bukak blog dia.. murung aku setahun tau tak ? semua yang dia tulis, dia syok sendiri.. phuuuiii..”

haa.. lemah semangat ke ? hee~ ni antara bisik-bisik nakal yang kakak dengar selama kakak memilih untuk menulis sepenuh masa di blog ni.. mungkin ianya bukan ditujukan untuk kakak tapi sekiranya ditujukan buat rakan seperjuangan, kakak pun terasa lukanya – disitu.. korang ‘membunuh’ hasil kerja korang ke ?

tips_blogspot

blog korang tulis tentang apa ? kecantikan ? keibubapaan ? diari harian ? atau apa pun niche pilihan korang, korang berhak untuk pertahankan dan jangan biarkan ianya MATI macam tu jek.. bukan semua orang mampu menulis dan menyambung ayat tau--

sepanjang kakak menulis, INI yang kakak perasan dan adakalanya kakak sendiri TER – cuai untuk mengekalkan momentum.. sebab tu kakak menulis dan berkongsi ni.. moga-moga tak lupa lagi lah.. hee~


1 : TIADA IMEJ DALAM ENTRI


korang memang tak sedar eh bila ada gambar, orang lagi selesa dan suka membaca ? haa.. kakak selalu jadikan gambar sebagai ‘jamuan’mata pembaca ( dah tentulah kakak juga suka !! ) susun gambar dengan barisan ayat yang sesuai untuk menarik perhatian pembaca.. tak kisah la dari mana sumber gambar yang korang dapat ( mohon cek COPYRIGHT sebelum post elakkan dari disaman ), pastikan gambar sharp dan tak blur.. kalau gambar berkabus jek nanti orang ingat blog korang ( kita !! ) blog cerita seram plak.. kan dah tak kena kan.. memasukkan 3 – 5 gambar untuk satu entri pun dah cukup cun..



2 : SIMPAN / PERAM


lepas tu ? siapa nak baca ? haa.. jawabnya bacalah sensorang ye adik-adik.. ini tak bagus.. pelbagai platform sebaran dah ada untuk korang PING entri blog korang.. kan kat hujung-hujung entri ada butang SHARE, korang share jek la.. kalau tanya kakak, kakak suka share kat G+, group Facebook, Twitter, Instagram ( asal tetiba macam kakak share kat semua socmed kakak jek ni ? hee~ ) jangan terhadkan sebaran entri korang hanya di – BLOG.. okay ?

kat_mana_nak_ping_entri_blog

cari inisiatif untuk orang kenal blog korang.. dah ada orang kenal, barulah ada pembaca dan bila ada pembaca barulah timbulnya PEMBACA SETIA.. wah !! gittew--


3 : TAK EDIT GAMBAR


fuffff—awal-awal dulu kakak tak reti gak nak masukkan saiz gambar yang sesuai kat blog, tapi banyak jek tutorial lain yang dorang share pasal saiz gambar yang sesuai.. nah !! kalau korang masukkan bulat bulat gambar tanpa edit, BOLEH JADI gambar terlampau besar pixel – nya ( lambat loading ) ataupun gambar terlampau kecil pixel – nya ( menjadikan gambar pecah-pecah.. memang kacau reputasi blog korang la nanti.. gambar tak cantik..

saiz_gambar_untuk_blog
korang boleh pakai CANVA.com untuk dapatkan saiz gambar yang sesuai..
kakak ada sedikit masalah OCD yang membuatkan kakak menggunakan terlampau banyak aplikasi untuk edit gambar.. ya !! terlampau banyak masa dibazirkan juga.. hee~ tapi kakak puas hati walaupun ada sesetengahnya menyakitkan hati..


4 : MESEJ TAK SAMPAI


ini perit weyh.. serius.. ko dah tulis panjang-panjang lepas tu ko baca balik, tajuk dengan isi tak selari.. dia punya pedih tak reti nak cakap.. hahahah~ boleh jek edit balik dengan menyampaikan tujuan mesej yang sebenar.. kalau lari sikit-sikit tak pe la jangan la lari jauh sangat.. nanti pembaca boring.. ambil masa GODAM CARA KERJA kita dan baca – ubah balik entri-entri lama.. jangan buang tapi EDIT !!


5 : TAK DE PIN IT BUTTON


ha ? ape tu ? tak pernah dengar pun.. hee~ tapi pernah dengar PINTEREST tak ? haa.. kalau korang ada akaun Pinterest, setiap gambar yang ada kat blog entri korang akan ada button tu.. apa kelebihan PIN IT tu ? duh.. mestilah ada kelebihan sebab tu dia ada.. untuk memasarkan bakat korang ke – luar, platform Pinterest adalah salah satu inisiatif yang korang perlu ambil.. tak nak ? tak paksa.. tapi saja la kakak nak bagitau yang pengguna aktif Pinterest kira-kira 150 juta orang setiap bulan..

tips_menulis_blog_dengan_mudah

kalau korang memang ada TARGET jangka masa panjang, Pinterest merupakan platform global yang sangat KUKUH..


6 : BERAT MACAM GAJAH !!


dah kalau nak bukak satu entri sampai sepuluh – doploh minit, senak gak weyh.. sebab tu korang ( kita !! ) kena kurangkan iklan dan ikut saiz gambar yang sesuai.. tau !! kalau ikut pengalaman kakak yang tak seberapa nih, blog berat sebab gambar korang kat HEADER – POST – BACKGROUND.. haa.. baik korang cek balik berapa total KB yang korang guna untuk setiap gambar..



7 : IKLAN !! IKLAN !! IKLAN !!


ye.. faham.. memang ada jek income kalau kita letak iklan dari penaja.. kan ? tapi kalau sarat sangat membuatkan blog korang ( kita !! ) kucar kacir sampai nak scroll pun tak boleh, jenuh kuasa dua tu.. tapis la mana yang baik sebab kita adakan blog untuk friendly user bukan menimbulkan marah pengguna..

kakak pernah jumpa satu blog yang iklan dia berserabut sana sini.. nak baca entri dorang kena pangkah satu satu.. salah pangkah termasuk la ke website penaja.. adoi.. memang sakit hati tau.. hahahah~ tak !! kakak tak kata TAK BOLEH.. boleh jek.. tapi biar berpada dan memudahkan pembaca..

okeh !!

cukup la kot 7 ( tujuh ) cara ‘membunuh’yang paling popular dan kakak sendiri pernah buat.. serius menyesal dan kakak dah mula risau bila trafik blog kakak jatuh menjunam ke laut dalam.. selagi sempat untuk repair, kakak try jek repair..

kalau korang ada cara lain yang boleh tahan membunuh, share la kat ruang komen untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.. hee~ terima kasih sudi membaca ran rasa TERBUNUH.. jom HIDUP balik..

atiehilmi.com
-

8 SEBAB IBUAYAH PERLU BERTUKAR KEPADA PRODUK BAYI JENAMA BELLA BOOO !

$
0
0
bila dah jadi ibuayah, perkara yang paling memeningkan adalah produk yang digunakan sehari-hari untuk si manja.. tsk—bukan tak percaya dengan produk yang sudah ada dipasaran tetapi bila ada sesetengah pengeluar produk menyembunyikan FAKTA tentang produk mereka dan hanya melambung tinggi KEBAIKAN tetapi indah khabar dari rupa.. tak best la kan..

bella_booo_tanpa_bahan_kimia_merbahaya

menjadi antara yang pertama dan barisan media yang berpeluang untuk menemubual pengasas Bella Booo ! membuatkan kakak tertanya dan menghitung jari mencari kelebihan dan kekurangan produk ni.. hee~ jangan salah faham.. kakak juga seorang ibu kepada dua orang cahaya mata yang mempunyai masalah kulit ( ekzema ) dari kecil..

jadi !!

bila kakak tau ada produk Bumiputera yang dapat membantu merawat dan menjaga kulit anak-anak, sudah tentu kakak teruja untuk tahu ‘apa la yang menarik sangat tuuuuuu..’


BELLA BOO !


walaupun telah setahun berada dipasaran, Bella Booo Sdn. Bhd. yang diasaskan oleh sekumpulan ibuayah yang bersemangat untuk mengubah tabiat penggunaan kelengkapan harian khususnya untuk bayi dan kanak-kanak dengan mengeluarkan rangkaian produk menggukana 100% bahan semulajadi disamping memberi penjimatan berganda kepada pengguna..

bellabooo_set_penjagaan_diri_untuk_bayi_dan_kanak-kanak

mengetengahkan 5 ( lima ) karekter comel dan berwarna-warni, Bella Booo menonjolkan kehidupan yang harmoni di Tanah Bella Booo yang didiami oleh :

  • Ruby The Bunny
  • Rafi The Giraffe
  • Eddy The Elephant
  • Vivi The Duck
  • Buzz The Bee
dengan pengembaraan yang menyeronokkan.. boleh bercakap, menari dan menyanyi membuatkan mereka hidup dengan gembira sebagai sahabat..


8 FAKTA MENARIK TENTANG BELLA BOOO !


kalau produk baharu kat pasaran, mesti korang nak tau apa yang menarik.. kan ? jom !!


1 : TANPA BAHAN KIMIA YANG MERBAHAYA

  • yassssss—produk keluaran Bella Booo ! tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya sebaliknya menggunakan bahan semulajadi sebagai bahan utama seperti susu kambing, minyak buah planifolia vanila, minyak kelapa dara, minyak elaeis guineensis, minyak daun eukaliptus globulus, myristica fragrans, peppermint ( dan banyak lagi !! ) bagi membantu menjaga / merawat / memulihara kesihatan kulit bayi dan kanak-kanak..

kelebihan_produk_bellabooo


2 : PACKAGING YANG MENARIK

  • disamping mengetengahkan 5 ( lima ) karekter haiwan yang comel yang diberi warna-warni untuk menarik perhatian, saiz botol juga memainkan peranan penting.. biasa la.. ada anak kecik ni banyak bergerak ke sana ke sini, nak hangkut banyak barang keperluan bayi lagi.. emphh.. seksa kan ? didatangkan dengan saiz yang comel tapi mampu bertahan sebulan – ni satu keluarga guna ni !!

Bellabooo-ProductImage-HeadToToe-v3

3 : BEDAK BUKAN DARI SERBUK BEDAK

  • ha ?? serius la.. dah tu bedak dari ape plak kan ? hee~ chill !! ini la yang kakak panggil istimewa nih sebab Baby Powder bukan dari serbuk bedak yang biasa kat pasaran tu sebaliknya Bella Booo ! menggunakan KAOLIN CLAY ( sama macam tepung ubi ) yang berfungsi untuk menjaga kulit bayi dan kanak-kanak yang sensitif dan merawat masalah kulit seperti ekzema..

  • mula-mula tu kakak pelik jugak la sebab tak pernah dengar pasal kaolin clay tu tapi bila kakak minta bantuan Google, barulah kakak tau manfaat dan kelebihan kaoilin clay ni.. antaranya :
    • kaolin clay mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalsium, zinc, silica dan magnesium
    • kaolin clay mampu membasmi kuman dan membantu menyembuhkan masalah radang pada kulit
    • kaolin clay sangat sesuai untuk kulit yang sensitif ( kebiasaannya pengusaha produk menjadikan kaolin clay sebagai mask )

4 : KEKUATAN TESTIMONI

  • walaupun baru menginjak ke – tahun pertama, Bella Booo ! telah mempunyai barisan pengguna yang berpuas hati dengan produk, mana tak nya dah kalau berterabur testimoni dorang sebarkan kat Instagram nun.. tak sungguh, orang tak kata kan ? kan ?



5 : RAHSIA MINYAK BAYI TURUN TEMURUN

  • biasa kita tahu, kalau ramuan herba turun temurun PASTI yang terbaik.. kan ? sama macam dengan Baby Oil keluaran Bella Booo ! ni.. gandingan pangasas bersama, Puan Aliyah Barakbah yang juga pengasas Ning Salmah ini turut terkenal dengan produk penjagaan ibu dan bayi.. dengan menggunakan formulasi yang ditambahbaik, terhasillah Baby Oil Bella Booo ! ni..

  • panas ? eh !! tak lah.. Baby Oil ni ada sedikit bau heba dan mint yang membuatkan kulit bayi lebih selesa ** teringat masa dua ketul NUR masa baby, kakak takut nak sapukan minyak angin baby masa dorang kembung.. hee~ sebab kulit dorang memang sensitif.. **

pengasas_bellabooo
pengasas Bella Booo ! - Puan Aliyah Barakbah dan Puan Belle Alyahya
6 : DIDATANGKAN DENGAN 5 LENGKAP

  • lima ? tapi dalam gambar ada tiga jekkkkkk.. hee~ chill !!

“kami ada lima produk.. yang dua, losyen dan juga perfume akan datang kemudian..
yang kita dah ada dan ready stock tiga produk ni sahaja..”

- Belle Alyahya ; Pengasas Bella Booo !



7 : BUKAN UNTUK BABY JE !!

  • ha’ah.. bukan untuk baby je tau.. Bella Booo ! ni boleh digunakan oleh seisi keluarga termasuk ibu dan ayah.. tak payah nak beli banyak-banyak siap asing ni untuk ibu, ni untuk ayah bagai dah.. dapatkan satu set ( buat masa ni dijual berasingan !! ) dan satu keluarga pun boleh pakai.. jimat banyakkan ?


“saya pakai, isteri saya pakai, anak saya pakai - sebulan.."

- Muhammad Hussein ; COO Bella Booo !



8 : BELI KAT AGENT YANG SAH

  • menjual untuk membantu.. nah !! kakak memang suka konsep ni.. dalam pada Bella Booo ! mengeluarkan produk yang berkualiti untuk membantu merawat masalah kulit, Bella Booo ! juga mempunyai barisan agent dan stokis yang sah.. nak beli kat mana ?



amacam ?

hee~ teruja nak try dan bantu anak-anak korang merawat masalah kulit ? ataupun memang korang dah lama mencari produk Bumiputera yang dihasilkan tanpa menggunakan bahan kimia yang merbahaya ? nah !! dah jumpa kan ?

LAMAN WEB : www.bellabooo.com
atiehilmi.com

M SUITES HOTEL ; KEMAS, BERSIH, TERSUSUN DAN BERBALOI

$
0
0
kalau pergi bercuti, penginapan antara aspek utama yang kakak akan titik beratkan.. ye la.. dah pergi bercuti jauh-jauh mestilah nak tempat rehat yang selesa dengan harga yang berbaloi supaya rancangan percutian berjalan lancar dan semua pun happy..

m_suites_hotel_johor_baharu

ingat tak trip kami satu family ke Legoland, Johor Baharu tahun lepas ? hee~ YA !! ini adalah entri kepam sampai terlupa nak update.. time nak update, ada jek entri yang lain perlu diutamakan.. dan !! nah !! buah tangan dari Johor Baharu selepas penat berkubang di Legoland..


kami ni, kalau dah penat memang malas nak berjalan jauh semata-mata nak cari tempat rehat yang kena dengan bajet.. kalau nak cakap pasal bajet, nafsu tu memang membuak-buak saje.. kan ? jadi.. kami ambil langkah paling selamat dengan memilih M SUITES HOTEL, JOHOR BAHARU untuk bermalam.. gamble jek, tak de hal..


M SUITES HOTEL, JOHOR BAHARU


perjalanan cuma 10 – 15 minit dari Legoland membuatkan penat kami tak terasa lansung sebaliknya tak sabar nak check in hotel, mandi, makan dan berehat.. hee~ dah kalau dari pagi berkubang kat Legoland, memang tak larat dah nak keluar berjalan-jalan.. ambil langkah mudah, buat tempahan secara online untuk booking bilik..

hotel_murah_dekat_legoland

bilik kami paling atas dan paling hujung.. aha.. kakak tak sempat nak tangkap gambar sebab kejarkan masa untuk kerah anak-anak mandi, nak hidangkan nasi ( nasib kami bawa bekal dari KL.. hee~ tak payah la nak keluar lagi cari makan.. ) dan bersiap untuk solat Maghrib.. memang kelam kabut dan sangat penat.. jadi.. habuan mata korang sangat terhad ya..

m_suites_hotel_jb
lebih dari muat untuk kami berempat..
masuk jek bilik, kami ‘dihidangkan’ dengan bau colok orang Cina sembahyang.. meremang jugak la segala bulu yang ada.. adoi.. nak kata cuak tu tak jugak tapi berbaik sangka jek la kan.. hee~ encik suami kakak cakap, memang biasanya kalau hotel yang mana pemiliknya berbangsa Cina, bau colok sembahyang mereka ibarat kita ambil wudhuk untuk solat lima waktu tu jugak la.. tak de apa yang perlu dirisaukan..

okay..

lepas mandi dan makan, kakak mula geledah bilik hotel untuk cari sejadah.. hampa ? tak lah.. kami okay jek solat tanpa sejadah..

hotel_di_johor_baharu
kakak ambil empat helai baju untuk digantikan menjadi sejadah.. tadaaaa.. fleksible kan ? hee~
sebenarnya bilik kami ni menghadap swimming pool, memang nampak la budak-budak berkubang tapi Nur Aiman dan Nur Aina tak terniat lansung untuk singgah dan minta berendam.. penat letteww--

kalau pada kakak la kan, menurut Penyambut Tetamu M Suites Hotel, Johor Baharu ni, harga yang mereka tawarkan sangat berbaloi dan mampu inap bagi mereka yang mempunyai bajet terhad.. mana tak nya.. tawaran dari Traveloka bermula dari RM 150.98 jek kotttttt.. berbaloi sangat lah kalau nak dibandingkan hotel bertaraf EMPAT BINTANG yang gah kat Johor Baharu ni..


menawarkan 133 bilik yang selesa, M Suites Hotel merupakan satu-satunya hotel yang menyediakan penginapan suite terbesar di Johor Baharu.. haa.. bilik yang kami duduk ni memang luas sangat siap boleh berlari semua la..

lengkap dengan pantry, bilik mandi, ruang menggosok baju, ruang menonton dan balkoni yang mempunyai pemandangan menarik, kakak rasa puas hati sangat lah dengan tawaran harga yang dorang bagi..

hotel_dekat_legoland
hampir ke semua channel adalah channel dari Singapura.. hee~ merasa jugak la tengok drama Melayu dorang.. boleh tahan best gak..

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN


mesti korang congak-congak sendiri kan ape la yang best nau kat hotel ni ? ini adalah hotel yang HAMPIR lengkap pada kakak sebab dorang ada :

hotel_murah_di_johor_baharu

  • bilik yang selesa dilengkapi pantry + tandas + tv
  • ada perkhidmatan penghantaran makanan ke bilik
  • surau
  • swimming pool yang besar
  • cafe yang boleh memuatkan lebih 80 orang dalam satu-satu masa
  • bilik mesyuarat yang fleksible untuk acara-acara mengikut keperluan tetamu
  • pautan internet yang pantas
    • kakak sempat update satu entri blog dan balas banyak email.. hee~ laju berdesup perginya !!
  • gymnasium
  • kids club
    • ruang aktiviti anak-anak yang berusia empat tahun dan keatas mampu memuatkan 20 orang kanak-kanak dalam satu masa
  • aktiviti team building

hotel_near_singapore
bestkan ? sebab semua ada kot.. dah tak payah nak cari kat tempat lain dah..

TARIKAN DI JOHOR BAHARU


kalau nak diikutkan, kat Johor Baharu ni pusat bandar yang sedang membangun pesat.. kalau salah time korang bersiar-siar, korang akan menghadap jem kemahen lama.. sama macam KL jugak la kiranya.. cuma, kalau korang singgah dekat taman tema terkemuka Legoland ataupun yang sama bestnya ; Senrio Hello Kitty Town tu, hotel ni memang sesuai la untuk korang lepaskan lelah.. sebab keywordnya : SELESA..

kenapa nak belanja lebih sedangkan boleh berjimat tapi dapat perkhidmatan jauh lebih baik.. hee~ kakak memang suka bab jimat jimat nih.. dan ada rezeki singgah semula ke Johor Baharu, sudah tentu M Suites Hotel akan jadi pilihan kakak LAGI !!

atiehilmi.com
Viewing all 962 articles
Browse latest View live