Quantcast
Channel: atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger
Viewing all 962 articles
Browse latest View live

SAMBUT RAMADHAN DAN SYAWAL DENGAN KEJUTAN MANIS WOW

$
0
0
CJ WOW SHOP menggandakan rangkaian Aidilfitri dengan pelbagai jenama baharu kegemaran rakyat Malaysia serta menawarkan ganjaran percutian ke Turki kepada pelanggan dengan pembelian tertinggi..

sambutan_ramadhan_dan_syawal_bersama_kemeriahan_cjwow_shop

persediaan Ramadhan dan Aidilfitri anda akan menjadi lebih mengujakan dengan CJ WOW SHOP.. rangkaian beli-belah di rumah yang paling terkemuka Malaysia, akan menggandakan rangkaian produk yang ditawarkan sempena Syawal ini !! lebih 70 produk baharu akan ditawarkan melalui program siaran harian CJ WOW SHOP bermula dari 11 Mei hingga 24 Jun 2018. program ini yang disiarkan di TV9 pada pukul 10.00 pagi dan 11.00 pagi akan memaparkan satu rangkaian produk unik yang menyasarkan kepada keperluan para pengguna sempena Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi..

cjwow_Shop_malaysia

pusat beli-belah sehenti ini  menawarkan para pelanggan dengan satu rangkaian koleksi produk dari pelbagai segmen yang merangkumi peralatan dapur, fesyen dan kecantikan,kelengkapan rumah dan hiasan dalaman serta rangkaian khas gaya hidup dan hiburan bagi perjalanan ‘balik kampung’ mereka.. rangkaian koleksi ini terdiri daripada koleksi-koleksi kegemaran rakyat Malaysia yang sedia ada dan baharu, termasuklah Al-Mukarramah oleh Haqqi Muslim Wear, Ariani X WOW Muslimah Fashion, Mugen Tornado Hybrid Gas Cooker, Classe Raya Carpet dan sebagainya demi menceriakan lagi Aidilfitri anda..


CUTI RAYA WOW !!


bagi menjadikan Aidilfitri ini lebih bermakna buat pelanggan dan orang tersayang mereka, CJ WOW SHOP juga akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang membuat pembelian tertinggi dengan satu percutian hebat bernilai lebih RM 28,000.00 bagi setiap keluarga dan hanya 2 pemenang akan dipilih untuk pakej percutian ‘9 Hari 7 Malam’ ini..

bagi menyertai ‘Cuti Raya WOW’, pelanggan hanya perlu mengikuti peraturan mudah berikut :

  • mengumpul satu entri bagi setiap pembelian bernilai RM 100.00 dan ke atas dari 11 Mei hingga 24 Jun 2018
  • mengumpul jumlah entri tertinggi dengan membuat pembelian sehingga tempoh promosi tamat

cuti_raya_wow_cjwow_shop_2018

para pelanggan boleh membeli produk-produk yang terpapar di kaca televisyen dengan membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808 atau melayari laman sesawang beli-belah dalam talian, http://www.cjwowshop.com.my atau melalui pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS..


SIARAN LANSUNG CJ WOW SHOP


TARIKH
PROGRAM
11 – 13 MeiMinggu Masak-Masak ( Cooking & Kitchenware )
14 – 20 MeiMinggu Va-Va-Vaoom ( Fashion & Beauty )
21 – 27 MeiMinggu Rumah Tip Top ( Household & Interior )
28 Mei – 3 JunMinggu Jalan Jalan ( Lifestyle & Leisure )
4 – 10 JunMinggu Rembat Cepat ( Last Chance Deal )
18 – 24 JunMinggu Melaram Sakan ( Fashion Clearance )

jadi !!


apalagi ? kata nak berjimat kan ? hee~ Raya pun Raya juga tapi penjimatan dengan pelbagai produk menarik di CJ WOW SHOP memang tak boleh nak elak !!


blogger_malaysia

TERBANG TINGGI LEBIH JAUH DENGAN PROMOSI HARGA RENDAH AIRASIA 2019

$
0
0
tahun sebelum-sebelumnya memang tak terasa sangat nak fly sebab Nur Aiman dengan Nur Aina dalam kategori belum faham bahasa, jadi percutian kami hanya dalam Malaysia dan dekat-dekat jek.. tapi !! bila anak dah besar sikit ni dan baru masuk kategori FAHAM bahasa, mula la kami suami – isteri teruskan minat kami !!

airasia

bila notification harga rendah AirAsia masuk jek kat email kakak, memang laju la kakak bukak dan dari situ lah bermula segala konflik ke – tidak – sefahaman antara kami suami isteri.. hahahaha~ ya !! kitorang tak pernah gaduh ; cuma kalau selisih pendapat tu pernah la.. cuma tak sangka isu “nak bercuti kat mana dan buat apa kat sana..” adalah topik utama..

sakit hati pun adeeee.. hahahaha~

kalau boleh kakak memang nak start dengan Hatyai untuk permulaan trip kami teroka dunia.. wah !! nampak tak impian tu cemana.. hee~ tak salah berimpian kan ?

low_fare_madness

tambah menyakitkan rasa bila kami berdua tak de sefahaman dengan lokasi.. kakak nak bercuti sambil makan-makan tapi encik suami nak bercuti atas tiket memang bercuti, tak buat pape.. duduk dan berehat jekkkkkk.. taknak la menyusup lorong-lorong kecik semata-mata nak cari makan.. jahat kan idea tu.. hee~

nah !!

kakak share harga murah celah mana yang AirAsia tawarkan.. mana la tau korang memang tunggu masa jek ; macam kakak..

promosi_air_asia_2019
promosi_air_asia
air_asia_promotion_2018
promosi_airasia_2019
airasia_promotion_2019
air_asia_2019_promosi
premium_flatbed_promotion_2018
airasia_connecting_flights_promotion_2019

tapi tu la tu !!!

kena booking sampai 15hb Julai nih jek.. haa.. korang sempat tak ? dan tarikh penerbangan adalah dari 01hb Februari 2019 sampaiiiiiiiiiiiii la 13hb Ogos 2019.. okeh.. kakak nak sambung bincang dengan encik suami ni, nak terbang mana.. kalau tak kitorang bercuti kat Melaka lagi la jawabnye.. hahahaha~


blogger_malaysia

PENDAFTARAN COWAY RUN 2018 – BEAT THE HEAT TELAH DIBUKA !!

$
0
0
dua tahun dan belum gagalnya, Coway Malaysia sekali lagi akan menganjurkan Coway Run 2018 dengan tema BEAT THE HEAT.. wah !! ni kalau kaki lari dari rumah ni memang suka sangat ni.. hee~

coway_run_2018

pada sidang akhbar yang berlangsung baru-baru ni Coway Malaysia telah mengumumkan ; RM 10.00 akan disumbangkan kepada The Happy Water Project bagi membantu masyarakat Orang Asli di Pahang dengan setiap pembelian tiket untuk acara Coway Run 2018.. maknanya, sambil korang join larian ni secara tak lansungnya korang turut ‘menyimpan saham’ sebagai penyumbang kepada mereka yang memerlukan..


coway_malaysia
dari kiri : pengacara majlis, Ms. Choo Mei Sze, Mr. Kyle Choi Ki Ryong ( Managing Director of Coway Malaysia ), Mr. James Park ( Guest of Honour & Director of Global Business Division, Coway Korea HQ ), dan Mr. Ryan Jung Tae Seung ( Marketing Director of Coway Malaysia )

dengan inisiatif tanggungjawab bersama menggalakkan komuniti memiliki air yang bersih untuk kegunaan sehari-hari, Coway Malaysia menyasarkan penyertaan dua kali ganda dari tahun sebelumnya iaitu sebanyak 2000 penyertaan dari keseluruhan kategori yang telah disediakan..


HARGA TIKET COWAY RUN 2018


masih mengekalkan kategori yang sama seperti tahun sebelumnya, Coway Run 2018 mempertaruhkan 5km dan 10km bagi setiap kategori lelaki dan wanita.. tak de la jauh mana kan kalau dah biasa masuk larian.. hee~ dan sempena hari pelancaran yang lepas, Coway Malaysia mengumumkan harga baekkkk punya :

cowayrun_2018_beat_the_heat

KLIK UNTUK PENDAFTARAN


menawarkan dua jarak iaitu 5km dan 10km mengikut kategori lelaki dan wanita seperti :

  • terbuka
    • 16 tahun dan ke atas
  • internasional
    • 16 tahun ke atas
  • vateran
    • 40 tahun dan ke atas

kit_larian_coway_run_2018

dan menariknya !! setiap peserta yang mendaftar akan dapat t-shirt Coway Run 2018, tuala, drawstring bag dan finisher medal.. yang menarik untuk tahun 2018 ni, jaminan pada t-shirt yang berkualiti dan selesa dipakai walaupun korang tengah lencun basah sebab berlari 5km atau 10km.. hee~ kaler pun sangat menggambarkan air.. sejukkkkkk jek rasa..

bagi memberi kelainan pada tahun ini, Coway Malaysia cuba sebaik mungkin untuk membawa suasana larian yang lebih segar dan nyaman kerana Coway Run 2018 akan berlansung di MAEPS, Serdang yang terkenal dengan kehijauan dan atmosfera yang mendamaikan.. nah !! setakat 5km dan 10km beserta persekitarang yang berpokok hijau, pastinya pengalaman larian yang menarik.. lapar ? haus ? tak de hal.. akan ada Food Truck yang bertema Korean Delight bakal menyediakan variasi makanan sudah pastinya menepati selera korang nanti..

blogger_malaysia_2019
kakak dan team dah bersedia !! oh !! kami dah daftar pun.. hee~
sementara harga tengah murah ni, baik korang daftar cepat.. ingat !! set kalendar korang sesiap.. 

Coway-Beat-The-Heat-Run-2018-1280-960x540

sebagai 'jenama' kesihatan terkenal, Jordan Yeoh yang juga merupakan model kesihatan turut menyertai Coway Run 2018 turut memberi gambaran terbaik terhadap kepentingan melakukan aktiviti kesihatan untuk kekal cerdas sepanjang hari.. haa.. korang ingat main gym jek la boleh sihat ? pengambilan air yang bersih dan bertapis sempurna juga dapat membantu memberi keseimbangan terhadap kesihatan..

untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link kat bawah ni untuk dapatkan pelbagai tips sebelum dan selepas larian :


blogger_malaysia

BONDAHAVEN ; BUTIK PAKAR PENYUSUAN BAYI PERTAMA DI MALAYSIA

$
0
0
ehemmm.. tak lah.. kakak tak pregnant dan seumpanaya pun.. hee~ tapi kakak sempat explore satu butik rare yang terletak di Bandar Baru Bangi yang menawarkan servis rare jugakkkk.. ha.. mana nak dapat Butik Penyusuan Bayi kat Malaysia ni.. belum ada kan ?

bondahaven

menjadi yang PERTAMA sudah tentunya membuatkan pengguna meletakkan satu expectation yang sangat tinggi terhadap perkhidmatan dari BONDAHAVEN tapi tu la tu.. kalau kakak kata kakak puas hati, mesti korang tak percaya jugak kan ? hee~ jom !! kita explore apa yang ada di Bondahaven – Breatfeeding Specialist And Spa yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor ni..

menjadi yang antara yang pertama menerima jemputan eksklusif dari pihak Bondahaven, kakak sangat skeptikal dengan frasa ‘breastfeeding’ nih.. ye la.. anak-anak kakak kan dah besar dan tak de sape pun yang mahu disusukan kat rumah ni.. hahaha~ tapi tak pe la.. kakak try jugak la kan.. ya !! tanpa buat sebarang rujukan, ternyata kakak salah besarrrrrrrrrrr..


BONDAHAVEN ; BREASTFEEDING SPECIALIST AND SPA


penyusuan adalah saat yang indah dan memberi 1001 kelebihan untuk ibu dan bayi.. tapi !! kalau emosi ibu tak best bermaksud proses penyusuan BAKAL terganggu dan i boleh menjadi semakin sukar apabila ibu tidak mendapat sokongan dari suami mahupun ahli keluarga.. emm.. dan itu adalah alasan kukuh Bondahaven menabur khidmat untuk para ibu yang memerlukan..

malaysian_parenting_blogger_2018

menggabungkan teknik Sains moden dan tradisional Melayu, penjagaan ibu sebelum dan selepas bersalin sangat penting bagi membolehkan emosi ibu tidak terganggu dan di Bondahaven hanya pakar bertauliah sahaja akan mengambil tanggungjawab memberi perkhidmatan terbaik mereka.. turut menawarkan pelbagai pakej seperti :

  • pakej urutan
  • rawatan kecantikan
  • manicure dan pedicure
  • terapi pembentukan badan

menjadikan Bondahaven pusat sehenti kecantikan untuk wanita umumnya dan muslimah khususnya mana tidaknya kalau dalam satu tempat ada semuanya.. hee~ tak payah la pergi tempat lain kan..

bondahaven_bandar_baru_bangi

sebagai ibu yang juga merupakan tulang belakang setiap keluarga dan tempoh berpantang seharusnya menjadi tempoh berehat untuk merawat dan memulihkan tenaga yang hilang sebab tu lah kesihatan mental dan fizikal sangat penting.. selaras dengan Tahun Memperkasakan Wanita 2018, Bondahaven berbangga menjadi salah satu institusi yang dapat bersama-sama dengan wanita yang mahukan kehidupan dan kesihatan yang jauh lebih baik.. nah !! lepak di Bondahaven juga merupakan kenangan terbaik yang kakak pernah ada..

bondahaven_breastfeeding_specialist_bangi

jangan lupa tanyakan Bondahaven tentang pakej untuk ibu berpantang tau !!

BONDAHAVEN ; BANTU ANDA BERPANTANG DENGAN AWESOME !!


SPA MUSLIMAH


kakak kan tak de kaitan lansung dengan penyusuan dan melahirkan.. hee~ jadi !! kakak manfaatkan masa anak-anak di sekolah dengan metime dan kegemaran setiap wanita adalah berurut untuk melegakan setiap lelah sepanjang hari menguruskan rumahtangga dan keluarga.. ya !! kakak buat temujanji untuk sesi urutan tradisional selama 90 minit.. fuff—mula-mula tu berdebar jugak la sebab dah lama tak berurut kan..

sekali kena, memang selesa sangat urutannya, al-maklumlah di Bondahaven hanya pakar yang bertauliah sahaja akan diambil bekerja bagi memastikan kepuasan pelanggan.. dan !! kakak dilayan bagai Ratu yang memiliki takhta selayaknya.. hahahaha~ untuk sesi 90 minit tersebut, kakak juga diajar bagaimana menjaga peranakan supaya kekal sihat dan apa yang perlu kakak lakukan sekiranya kaki kakak sakit lagi..


ha’ah.. kakak kan biasa pakai kasut tumit tinggi dan sesekali kaki kakak akan menerima tekanan sakit yakmatttttt, memang sampai menitik airmata jugak la dok menahan sakit.. hee~

28576667_176981759693003_8030148148596996796_n

SELEPAS DUA HARI..

ya !! pada malam kakak balik dari Bondahaven, terasa jugak la badan sakit-sakit akibat ditekan sepenuh rasa oleh Physioterapist yang melayan kakak.. hahaha~ memang best tapi terasa sakit.. tapi pada keesokkan harinya badan kakak lebih ringan dan sakit-sakit semalam tu tak terasa dah..

selepas dua hari rasa bedan lebih ringan dan sakit pada tumit kaki kakak tak terasa dah.. wah !! mungkin sebab perjalanan darah pada kaki dah lancar.. kot la kan.. kakak tak sempat nak tanya dorang.. Physioterapist tersebut juga berpesan kat kakak supaya menjaga makan dan jangan biarkan perut kosong selalu sebab angin yang berkumpul dalam perut boleh mengakibatkan sakit kepala..

okay !!

spa_muslimah_bandar_baru_bangi

sekarang barulah kakak tau cara penjagaan diri kakak tak betul.. hahaha~ bukan jek mengurut tapi kakak juga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang bakal membantu kakak menjadi SUPERMOM !! cayalah !! mana la Bondahaven jumpa staff dorang ni seme ntah.. baik baik dan manis belaka termasuklah cara mereka bercakap, sangat lembut dan berhemah..

in shaa Allah..

kakak akan kembali untuk treatment seterusnya dan kalau korang nak juga metime macam kakak, korang boleh explore link kat bawah ni..


dan !!

korang akan dapat diskaun 10% kalau korang singgah mendapatkan perkhidmatan di Bondahaven pada jam 3.00 petang – 6.00 petang pada setiap hari !!

blogger_malaysia

MAJLIS PERKAHWINAN BERSEJARAH MENJADI SEMAKIN MUDAH DENGAN WEDDING HOMESTAY BY RNN CEM SDN. BHD.

$
0
0
menjadi antara yang terawal menikmati segala kemudahan baharu sudah pastinya menggembirakan apatah lagi majlis yang berlansung adalah majlis yang bersejarah dan hanya berlaku sekali seumur hidup.. nah !! dah biasa berpenat-penat sampai tak sempat nak melayan tetamu kan ? kini !! Wedding Homestay by RNN CEM Sdn. Bhd. bakal memudahkan kerja majlis kalian..

HOT_catering_shah_alam

zaman semakin maju dan hampir kesemuanya mahu dipermudahkan termasuklah urusan majlis raja sehari.. siapa nak berpenat-penat kan ? hee~ kalau kakak sendiri pun tak mo berlengas basah ketiak sampai tak terlayan tetamu yang datang.. haa.. bagi mengelakkan pelbagai adegan yang tak diingini semasa majlis, inisiatif yang diambil oleh pihak RNN CEM Sdn. Bhd. dengan membuka ruang bagi pengantin baharu mencuba perkhidmatan terkini mereka iaitu ; WEDDING HOMESTAY..


WEDDING HOMESTAY BY RNN CEM SDN. BHD.


RNN Catering & Event MAnagement yang dimiliki penuh oleh RNN CEM Sdn. Bhd. telah berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang penyediaan makanan dan pengurusan majlis sekali lagi mengorak satu langkah ke hadapan dengan perasmian Wedding Homestay by RNN CEM Sdn. Bhd. dan salah satunya terletak di Temasya Glenmarie, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.. korang ada lokasi lain ? tak pe.. tak jadi masalah sebab RNN CEM bersedia untuk berkhidmat.. wah !! gittew--

temasya_glenmarie_shah_alam_selangor
rumah teres dua tingkat di Temasya Glenmarie, Shah Alam
menawarkan harga serendah RM 12.50 / pax untuk sebarang majlis yang ingin dianjurkan termasuklah majlis akikah, cukur jambul, seminar, majlis harijadi, majlis pertunangan, penikahan dan resepsi dengan pelbagai menu yang pastinya menarik perhatian pengunjung.. haa.. jangan main-main dengan menu dorang tau sebab sangat jarang nak jumpa majlis perkahwinan di bandar yang menawarkan pakej makanan kampung.. hee~ terliur bila kakak tengok barisan daging salai masak lemak cili api, daging masak palembang, ayam masak merah, ikan keli goreng bercili dan pelbagai ulam-ulaman untuk dijadikan pilihan..

pakej_perkahwinan_eksklusif_shah_alam
boleh memuatkan 500 orang dalam satu-satu masa
wedding_planner_glenmarie_shah_alam
dekorasi eksklusif dari yang pakar

menjadi pengguna yang bijak adalah wajib ya kengkawan.. hee~ tak de la.. alang-alang dah buat pelaburan WAJIB pastikan ianya berbaloi.. nak tau apa itu berbaloi ? berbaloi bila :

  • pakej yang disediakan menepati ciri-ciri eksklusif yang menepati citarasa semasa
  • kawasan berpengawal dan dijamin selamat
  • homestay yang sangat luas dan lengkap mempunyai 4 bilik tidur dan 5 bilik air sangat selesa untuk keluarga yang besar
  • setiap bilik dilengkapi penghawa dingin dan set bilik tidur yang lengkap serta bersih
  • boleh buat tiga majlis terus
    • nikah
    • berinai
    • bersanding
  • lokasi yang strategik dan mudah akses – nak parking pun senang ; depan rumah jek
  • boleh memuatkan kira-kira 500 orang dalam satu-satu masa
  • dekorasi oleh interior designer terkemuka iaitu Pak Abu
  • pemilihan menu yang CONFIRM sedap – al maklumlah, dah 15 tahun pengalaman kot

pelamin_pengantin_murah_shah_alam
pelamin berhias indah !! serius cantik !!
apa lagi yang korang nak ?

salah satu bilik yang telah dihias cantik
boleh bincang terus dengan pihak RNN CEM Sdn. Bhd. kerana jaminan dorang adalah kepuasan pelanggan.. nah itu !!


RUMAH TERBUKA TERLAJAK RAYA


pada majlis perasmian Wedding Homestay, pihak penganjur juga menjemput kakak dan rakan blogger yang lain untuk sama-sama memeriahkan majlis rumah terbuka.. ya !! semuanya bersempena pengenalan kepada Wedding Homestay di Temasya Glenmarie, Shah Alam ni bagi merealisasikan tarikan terbaharu mengikut trend perkahwinan terkini.. tu yang jadi sempat kakak merayau satu rumah riki-riki idea baharu usahawan Bumiputera yang setanding dengan idea antarabangsa.. wah !! gitu !!

kira kami ni datang serampang dua mata la.. hee~ dapat menghadiri majlis perasmian Wedding Homestay dan makan-makan..

catering_pengantin_murah_shah_alam
buah-buahan tempatan yang menjadi tarikan
antara yang turut hadir memenuhi jemputan adalah YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah - Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Puan Seri Hajah Normala -nisteri Allahyarham Tan Seri Elyas Omar dan Datuk Jalaluddin Hassan..

demo pengantin.. one happy family stop !!
maklis_rumah_terbuka_RNN_CEM_hot_catering
sesi bergambar yang wajib.. hee~
rakan artis Malaysia yang turut hadir

bagi menambah seri majlis, pihak RNN CEM juga telah menjemput Rumah Amal Kebajikan Persatuan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan, Kajang dan anak-anak dari Akademi Tahfiz Al-Abrar..

open_house_terlajak_raya_rnn_catering_sdn_bhd_shah_alam
bacaan doa

serius memang ramai jemputan yang hadir, hampir tak terkejar kakak nak mengingat satu-satu nama.. hee~ yang penting, makanan yang dihidangkan sangat in dengan selera kakak disediakan oleh Hot Catering & Event yang diketuai oleh tukang masak yang berpengalaman iaiitu chef Yang Jamil.. serius.. masa kakak tengah menaip ni pun terbayang daging salai masak lemak cili api beliau.. huu~

menu_rnn_catering_hot_catering_shah_alam

kalau korang memang berhajat melansungkan majlis-majlis tapi taknak bersusah payah mengemas rumah, idea WEDDING HOMESTAY ni memang sangat sesuai dan berbaloi.. bukan jek dorang sediakan A – Z tapi korang datang – pergi berelnggang jek.. hee~ memang heaven la.. tak terasa penat lansung.. kalau penat nanti tak dapat la nak layan tetamu dengan baik kan.. em.. kena timbang tolak jugak tu.. dan kalau korang jumpa entri kakak ni, korang memang bertuah la..

sebab !!

RNN CEM Sdn. Bhd. tengah cari 10 pelanggan bertuah untuk menerima REBAT sehingga RM 8,000.00 !! banyak tu weyhhhhh.. hahahaha~ apa tunggu lagi ? boleh hubungi nombor kat bawah ni untuk pertanyaan ataupun tempahan terus..

HOTLINE : 016 873 4032 / 012 325 2383

lifestyle_blogger_malaysia

eh !!

eh !!

ampun !! maaf !! kakak dah rasmi pelamin.. geram betul kakak ha.. hee~ tenggelam kakak bila ada kat pelamin yang chans begini.. terasa macam cekodok pisang.. serius pelamin dorang vasss sangat.. ‘dorang’ tunggu korang !! cepat tau !!

blogger_malaysia

MERDEKA 2018 ; SAYANGI MALAYSIAKU

$
0
0
salam bulan Kemerdekaan netizen !! hee~ alhamdulillah.. hasil dari perjuangan yang terdahulu akhirnya Malaysia membangun dengan jayanya sehingga ke hari ini.. nah !! sempena tahun ‘ajaib’ 2018, sekali lagi Malaysia akan membawa gerbang yang lebih meluas dengan seruan Sayangi Malaysia..

merdeka_malaysia_2018

dah kibarkan Jalur Gemilang ? tak pe.. sempat lagi sebab kakak tengok dah banyak kedai jual dan tak salah rasanya kita sama-sama memeriahkan sambutan bersejarah – setahun sekali jek ponnnn.. ha’ah.. tak kisah la kat kereta ke, rumah ke, sekolah ke, depan pagar ke.. gantung jek..




menjadi aktiviti tahunan sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia, sudah tentunya ada logo yang simbolik dengan keadaan semasa di negara kita dan untuk tahun 2018 ni logo nya simple tapi padat dan kakak suka..

logo_hari_merdeka_malaysia_2018

hasil ciptaan Encik Nik Zulkifli Nik Hitam yang membawa maksud warganegara Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu hati dan kasih sayang kepada negara.. cukup padat bagi melambangkan situasi negara kita sekarang ni kan lagi-lagi bila simbol gerak riang mengangkat tangan dan bentuk hati pada hadapan logo menguatkan lagi peranan utama rakyat dalam membangunkan Malaysia..

nah !!

barulah rasa disayangi kan ? hee~

pembangunan_kuala_lumpur

dah ada logo, mesti lah ada lagu kan ? turut menarik perhatian kakak, lagu dan nyanyian penuh oleh kumpulan Bunkface yang bertajuk KITA PUNYA MALAYSIA menyuntik sedikit semangat orang muda bagi memperingati erti KEMERDEKAAN sebenar..




MALAYSIA MERDEKA


terlampau info dan tak tau mana satu yang betul ? okeh !! mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang mengenali MERDEKA MALAYSIA dari perspektif berbeza termasuklah pelbagai info berkaitan dengan sejarah Malaysia, tokoh-tokoh berjasa di Malaysia, pencapaian negara dalam pelbagai bidang yang boleh dibanggakan dan pelbagai aktiviti sempena sambutan kemerdekaan.. eh !! banyak lagi la.. cuma korang boleh klik :


jom sama-sama menjadi ANAK MALAYSIA MERDEKA !!

blogger_malaysia

SHOPPING MR DIY SECARA ONLINE LEBIH MUDAH DAN JIMAT !!

$
0
0
menjadi pengurus rumah tangga sepenuh masa membuatkan kakak cuba sehabis baik untuk berjimat cermat.. hee~ sebab tu kakak menyambut baik portal dalam talian Mr. Diy yang menawarkan lebih 20,000 jenis produk pada harga lebih murah dan sudah pastinya berbaloi..

mr_diy_online_shopping

terdiri daripada sembilan kategori termasuklah perkakas, barangan rumah, elektrik, aksesori kereta, alat tulis, mainan, hadiah, sukan dan perhiasan dan kosmetik yang turut menjadi pilihan lebih 128 juta pelanggan saban tahun dengan mengunjungi lebih 550 buah kedai di seluruh Malaysia, Thailand, Brunei dan Indonesia.. nah !! kini.. semuanya dihujung jari jek bila Mr. Diy telah melancarkan portal e-dagang dengan tawaran yang lebih menarik..


MR. DIY ONLINE


dengan slogan “Always Low Price”, Mr. Diy juga menawarkan :

mr.diy_online

  • penghantaran PERCUMA terus ke alamat di Semenanjung Malaysia untuk barangan di bawah 5 kilogram
  • self collect di 25 buah kedai Mr. Diy terpilih di Lembah Klang
  • nak barang sampai cepat ? dalam tempoh 24 jam ? haa.. guna jek perkhidmatan Mr. Diy Ekspress
  • jaminan pemulangan semula wang dan barang sekiranya terdapat kesilapan dari pihak Mr. Diy


“kami sangat teruja dengan perkembangan terkini kami.. Mr. Diy telah berkembang 
pesat untuk menjadi jenama serantau dengan bilangan kedai yang dibuka di seluruh 
Malaysia dan negara-negara lain.. platfom e-dagang ini menunjukkan satu lagi 
perkembangan – yang menjimatkan masa dan juga menjadi perintis dalam cara 
perniagaan dilakukan di rantau ini..” 

- Encik Andy Chin ; Ketua Pemasaran & E-dagang Mr. Diy



dan kalau korang belum mula sebarang pembelian kat Mr. Diy online ni, baik korang save baucar diskaun RM 5.00 nih.. haa.. kan dah jimat sambil membeli-belah tu..

promosi_mr.diy_online

dan jangan terkejut kalau korang juga menang pelbagai hadiah sebab Mr. Diy memang selalu sangat buat contest untuk pembeli online ni.. haritu jek ada yang menang iPad dan pelbagai nilai baucar membeli-belah.. fufff—seronok kakak tengok.. ye la.. shopping pun boleh menang hadiah.. hahahaha~

contest_mr.diy_online


PROMOSI MR. DIY


sehingga 31 Ogos 2018, pembeli yang membuat pembelian serendah RM 10.00 berhak melayakkan diri untuk Promosi Poket Selamat dengan P&G dengan memenangi pelbagai hadiah menarik sehingga RM 128,000.00 termasuklah Honda City dan sepuluh unit iPhone X !! best kan ? senang jek nak menang pun..




cuma perlu buat pembelian produk P&G di laman portal e-dagang Mr. Diy, tangkap gambar resit sebagai pengesahan pembelian dan upload gambar di Facebook bersama slogan yang menarik.. hee~ semua pun layak menang tau..

nah !!

kakak dah shopping nih.. seronok betul sebab dengan RM 50.00 pun kakak boleh beli pelbagai barang.. mana nak dapat kat tempat lain.. kan ?




teruja ? nah !! korang boleh explore tentang Mr. Diy kat link bawah ni..


blogger_malaysia

CARA MASUKKAN RELATED POST PADA BLOG

$
0
0
nah !! benda paling menggelabah untuk kakak beberapa bulan yang lepas sebab bounce rate naik mendadak dan tak mo turun.. huu~ nanges weyyyyy.. tapi bila semak semak mana kelemahan blog ni, baru kakak perasan salah satu kelemahannya adalah TIADA RELATED POST !!!!!! memang terasa bingai bertingkat-tingkat la masa tu.. dan !! kini blog www.atiehilmi.com dah ada related post !!

tutorial_masukkan_linkwithin_di_blog

better late than never khennnn.. dan terhasillah entri cuak pada tahun ini.. hee~


CARA MEMASANG RELATED POST PADA ENTRI


tujuan memasang related post ni supaya senang pengunjung nak tengok entri post yang sama kategori / label.. contohnya, bila pengunjung tengah baca pasal Event yang kakak cover, sekali gus dapat juga membuat semakan pada entri yang telah kakak tulis sebelum-sebelumnya.. haa.. bila pengunjung klik sana, klik sini dapat membantu mengurangkan bounce rate kakak.. wah !! amik kesempatan dalam kesempitan gittew-- hee~

tutorial_masukkan_related_post_di_blog

ada pelbagai istilah seperti you must like this / you may also like / related post / related article dan korang namakan saja apa yang terkait dapat juga mencantikkan blog dan nampak la professional sikit.. tak de la suram dan sendu jek macam blog kakak sebelum nihhhhhhhh.. haish...
masa kakak selongkar Google, kakak jumpa satu cara paling mudah yakmaaattttttt..



tutorial_menurunkan_bounce_rate_blog

kenapa kakak kata senang ? hee~ ye la.. sebab kalau mudah pada kakak, maksudnya mudah la pada korang.. kan ? lagipun tak payah nak register / subscribe bagai weyyyy.. korang isi jek email – blog link – platform tu.. siap !! tak sempat ketibas pun..

siap isi form tu ?

klik jek INSTALL WIDGET dia lepas tu ikut lah arahan dan jangan berani nak membantah ye.. karang blog ngko murka kang, lansung tak jadi hape.. hahahaha~

linkwithin_blogger_malaysia_2018

dah siap kan ?

korang happy tak ?

tak ?

lantak korang.. hahahaha~ yang penting kakak happy dan berharap bounce rate kakak cantik semula.. dan kalau korang suka, ce senyum.. haa.. kan manis tu.. terima kasih sebab sudi baca tutorial cuak kakak nih..

blogger_malaysia

TUTORIAL MASUKKAN BUTANG HIGHLIGHT DI INSTAGRAM

$
0
0
dah beberapa bulan ni kakak terima soalan yang sama.. hee~ bukan tak nak jawab secara peribadi tapi nanti akan ada yang tanya lagi dan lagi dan lagi ( bajettttttttttttttttttt !! ) .. nah !! kakak siap buatkan tutorial untuk masukkan butang / icon highlight pada instagram..

tutorial_masukkan_button_highlight_di_instagram


tau kan kat mana letak butang highlight kat instagram korang ? haa.. kat sini..


instagram_highlight


ni gambaran kat laptop / skrin komputer korang..  dan kat bawah ni kalau korang tengok kat aplikasi instagram / profile korang..

kan cantik kan kalau ada highlight tu.. kalau korang suka masak, boleh la buh resepi kat situ.. kalau suka buat review kecantikan, pun boleh share kat situ.. haa.. banyak jek kegunaannya..


instagram_tutorial


senanggggggg sangat gais.. hee~ jom !!


CARA MASUKKAN BUTANG HIGHLIGHT DI INSTAGRAM


kakak pun baru jek buat sebenarnya dan dah kalau sejenis yang suka me – ne – rai nih memang selalu la buat hasil yang bukan-bukan.. hahaha~ dan tersiaplah sejenis yang bulat bulat kaler pink.. kalau sebelum ni icon lain, nih yang baru kakak masukkan.. simple yet pink.. gittew--

STEP SATU : masukkan gambar macam biasa macam korang buat instastory tuhhhhh..


cara_masukkan_highlight_instagram


STEP DUA : gambar tu kalau boleh biar la format jpeg ya anak-anak dan kalau main jpeg, biasanya kakak edit menggunakan Canva atau Photoscape.. hee~ tapi Canva lagi best lah sebab dah ada tamplet.. dah masukkan gambar ? mohon lah klik ikon love kat bawah nun..


instagram_highlight_tutorial


sudahhhhhhhhhhhhh ?

STEP TIGA : boleh tengok gambar bawah nih ha.. hee~ senang faham kan ? klik kat NEW + tu dan jangan lupa klik juga VIEW ON PROFILE untuk korang dapatkan hasil macam kakak kat atas nun..


tutorial_instagram


dah ke tuuuuuuuu ?

STEP EMPAT : nah !! siap sudah.. hee~


tutorial_instagram_highlight_2018


kenapa kena buat HIGHLIGHT ni ? hee~ tak de sebab yang kukuh, selain mencantikkan profile untuk rujukan client dan customer jek ponnnn.. cuma pada kakak, benda mudah dan disediakan secara percuma kenapa pulak tak try kan ?

dan !!

kalau korang sekadar post kat instastory, post korang tu cuma bertahan 24 jam jek dan sekejap sangat orang lain nak tengok ( kalau ada yang tengok lah !! hee! ) untuk profile sebagai influencer ( wah !!! ) tapi !! kalau ada HIGHLIGHT nih, akan kekal kat situ selagi pihak instagram tak ngengade nak tuakr itu ini lah..

korang try lah..

mana tau lepas ni ada lonjakan permintaan dari client atau customer.. ye la.. bila bekerja dalam bidang media massa nih, kena kukuhkan platform.. jadiiiiii.. marilah !!

ada nak tutorial lain ? hee~ nanti kakak buat kan..



blogger_malaysia

8 LAMANWEB WAJIB SINGGAH BAGI PEMINAT DRAMA KOREA

$
0
0
kaki drama Korea ? hee~ yeay !! #sepsket !! kita geng lah kalau begitu.. biasanya korang tengok drama Korea kat platform mana ? haa.. nih yang kakak recommend lah..

korean_drama_website

sebab dah tak rajin nak download + beli CD membuatkan kakak menjadi pengguna setia bagi setiap platform tersebut.. hahahaha~ nampak ? dah mudah lagi nak mudah..


  • ada sinopsis
  • laju jek dorang update
  • gambar jelas – puas hati !!
  • ada subtitle English yang senang nak faham


laman_web_drama_korea

kalau korang memang tertunggu drama Korea yang baharu, platform ni memang laju dan best.. hee~ yang kakak suka sebab dorang ada aplikasi jugak yang korang boleh install terus kat telefon / tablet korang..



bukan setakat payung online drama jek tapi korang juga boleh baca sinopsis penuh untuk drama tersebut.. tak puas ? hee~ download atau SAVE AS jek gambar-gambar dari drama yang korang minat tu.. best !! sinopsis panjang dan padat bersesuaian dengan kehendak penonton – macam kakak la.. cerewet !!



drama_korea_online

bukan jek ada Korean drama tapi ada jugak :

  • Japanese Drama / Movie
  • Taiwanese Drama / Movie
  • Hong Kong Drama / Movies
  • Chinese Drama / Movies

cerita Melayu tak de la ye.. hee~



kakak sangat jarang nak guna website nih tapi tak kisah la.. kakak share jek ya mana tau korang suka plak.. hee~ kenapa kakak jarang guna ? sebab interface dia tak cantik.. hahahaha~ lenlain sama jek macam website yang kakak dah senaraikan.. lengkap dengan sinopsis dan ada jek drama yang dorang masukkan tak de subtitle.. kena selektif la ye..



korang minat reality show dari Korea ? ala.. Running Man, We Got Married, The Return Of Superman, 1 Night 2 Days tu seme.. haa.. platform nih best.. serius.. tengok la dari episod satu sampai berratus-ratus pun tak peeeee.. tak de sangkut-sangkut melainkan data internet korang yang tak kuat.. hee~


7. VIKI

banyak drama Korea yang terkumpul kat sini ada tu memang officially dari Viki Team dan ada jugak dari fans.. wah !! bergabung terokkssssss.. hee~


rakuten_viki_online_korean_drama


sesekali kakak masuk jugak Viki ni sebab nak tengok variasi drama dari negara lain.. al maklum la.. tengok drama pun ikut mood semasa.. jadi.. tak semestinya kakak tengok drama Korea jekkkk.. kualiti gambar pun cantik dan puas hati..

yang menjadi kegemaran kakak.. paling tersuka !!



walaupun !!

banyak iklan tapi kakak suka jugak guna.. hahaha~ dan banyak drama dah kakak tengok kat platform KissAsian nih sebab dorang bagi pilihan server.. kalau INI lambat, boleh la try server lain.. mungkin kena sabar sikit la.. kualiti memang tiptop.. serius talk..


kissasian_online_korean_drama_website

nak tengok movie boleh, drama pun boleh.. dari negara lain pun hadeeeeee.. memang tak membazir masa sangat la bila korang ditadahkan dengan ratusan senarai.. rambang mata tak tau nak pilih mana satu.. yang penting korang boleh baca sinopsis dulu sebelum tengok.. sempoi habis aihhhh..

nanti kakak share rating drama Korea yang kakak dah tengok.. tapi tu la.. genre kakak tak macam orang lain sebab kakak lagi suka cerita kerah otak.. hee~

kalau korang ada platform lain, mungkin boleh share kat ruang komen.. kongsi-kongsi kan, mana tau ada readers boleh try platform yang korang suka tapi tak de dalam senarai kakak.. nah !! sharing is caring gitteww--

blogger_malaysia

LOLA BABA ; KARNIVAL KANAK-KANAK TERBESAR DI MALAYSIA 2018

$
0
0
bila sebut zaman kanak-kanak mesti terbayang pelbagai permainan dan keletah comel si manja mencipta kenangan dengan pelbagai aktiviti menarik.. tapi !! tu dulu la.. sebelum pelbagai gadget dan permainan online mula menjadi pilihan utama ibu bapa untuk anak-anak.. jom la !! keluar dan bermain sambil belajar dan mencungkil bakat terpendam anak-anak kita pada Lola Baba Festival 2018 nanti..

lolababa_largest_kids_festival_in_malaysia

bukan aktiviti untuk kanak-kanak jek tapi pelbagai slot ilmu keibubapaan juga ada sepanjang tiga hari berlansungnya festival tersebut.. awesome kan ? ye la.. asyik main jek, kena la juga ada input positif bagi meningkatkan ilmu.. agitteeww--


LOLA BABA FESTIVAL


pertama dan seumpamanya, Lola Baba Kids Festival yang dianjurkan oleh Entious Global Sdn. Bhd. dengan kerjasama Binsabi Event Solution menyasarkan kehadiran lebih 500,000 pengunjung termasuk ibubapa bersama anak-anak yang berusia 18 tahun ke bawah untuk sama-sama memeriahkan karnival kanak-kanak terbesar di Malaysia ni.. pelbagai aktiviti telah disusun rapi oleh pihak penganjur bagi mencipta kegembiraan antaranya :

  • persembahan kebudayaan
  • pencarian bakat cilik
  • forum keibubapaan
  • persembahan seni mempertahankan diri
  • pertandingan catur
  • pertunjukan fesyen bayi
  • perjumpaan pasangan kembar Malaysia
  • buih gergasi
  • belon udara panas
  • sand art
  • permainan virtual
  • bouncing castle
  • petting zoo
  • pony ride
  • memanah
  • paintball

dan banyakkkkkk lagi..

paling kakak teruja bila Pak Nil yang juga akan turun padang untuk menyampaikan slot motivasi untuk anak-anak.. nah !! kakak terbayang aura yang beliau miliki masa dengar beliau berucap.. lain gaissss.. lain.. beliau memang dilahirkan untuk ‘memukau’ pendengar.. lagi-lagi nama Pak Nil memang famous dikalangan anak-anak kita.. kan ?

Lola Baba Team

bakal menampilkan beberapa figura terkenal di Malaysia seperti karekter animasi Omar Hana dan Didi & Friends sebagai penyeri, Lola Baba Kids Festival juga telah menyediakan pelbagai aktiviti bersama selebriti seperti Khai dan Rosma, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan juga Amir Raja Lawak bagi menambah havoc sepanjang tiga hari berlansungnya karnival tersebut..

KLIK SINI –> KAKAK DAH READY !!

beberapa penaja bersama telah diumumkan iaitu Champs, Pipipau, Grolier dan Siti Khadijah.. manakala rakan strategik Lola Baba pula – Tateh, Yons, Eiman Kids, Nedya, Kids Project, Susu Irfan, El Zahraa Kids, pantangPlus, Little Dariena, So Chomel Lily, Chak2baby, House of Kambing, Dhaka Teh Ais, Aiskrim Kedadih, Coway, Bondahaven, Laman Khaira, Axpic, Villapria, HAS Production, HF Consultant, Mibsstudio, EduAsia, Ampac, SFA, Siffra, Ansara, Grolier, Zawra, Kenny Rogers Roaster, Universiti Putra Malaysia ( UPM ) dan Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM )..


LOLA BABA CLUB


turut turun bekerjasama bagi merealisasikan agenda Lola Baba, pengacara versatile pertama Malaysia iaitu, Datuk Aznil Hj. Nawawi sebagai Duta Rasmi Lola Baba Kids Festival sekaligus mengangkat aura beliau yang sinonim dengan pelbagai rancangan kanak-kanak yang telah dikendalikan oleh beliau sejak berbelas tahun yang lepas.. nah !! sebut jek Pak Nil, mesti anak-anak kita kenal.. kan ?

duta_rasmi_karnival_lola_baba_2018

dulu..

ada jugak kita dengar pelbagai kelab kanak-kanak kat Malaysia ni tapi sekarang macam dah diam kan ? haa.. menghidupkan kembali zaman kanak-kanak yang aktif dengan pelbagai aktiviti, Lola Baba telah melantik Firdaus Hariz yang juga merupakan anak kepada Pak Nil sebagai Presiden Lola Baba Club.. nah !! bergabung – meletoppppppp.. sambil-sambil menghidupkan kembali memori yang telah lama ditinggalkan, Lola Baba Club turut menyajikan pelbagai aktiviti dan suai – mesra bersama presiden.. Nur Aiman dan Nur Aina confirm join ni sebab dorang sendiri teruja untuk turun padang dan melasak sambil menimba pelbagai ilmu..

simpan butiran :
TARIKH : 26 – 27 – 28 OKTOBER 2018
LOKASI : MAEPS, SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN


RUANG NIAGA UNTUK DISEWA


macam yang kakak share kat Instagram, ada 412 jumlah keseluruhan tapak niaga yang telah disediakan dan masih ada slot yang kosong.. haa.. kalau korang merupakan founder produk ataupun peniaga tegar yang mahukan pelanggan dalam kapasiti yang ramai ( dijangka lebih 500,000 orang akan mengunjungi karnival ini.. hee~ ramainyeeeeeee.. ) masa ni lah korang nak ketengah.. sebab.. pihak penganjur telah menyediakan :

lola_baba_malaysia_2018

  • Zon A – 260 ruang niaga dilengkapi dengan penyaman udara
  • Zon B – 152 ruang niaga ( khemah Arabian )
  • Zon C – food truck dan pelbagai gerai makanan
  • Zon D – outdoor activities


in shaa Allah, kakak dan dua ketul NUR pun akan ada kat sana nanti.. hee~ kalau terserempak ke, jangan lupa tegur-tegur ya.. dan sementara nak tunggu hari kejadian, apa kata korang explore perkembangan Lola Baba Kids Festival nih dulu..



blogger_malaysia





RAHSIA KECANTIKAN KULIT DARI REAL FRESH SKIN DETOXING ALTHEA

$
0
0
nah !! jadi orang perempuan ni memang banyak nak keja jaga.. hee~ dari luar membawak ke dalaman, semua kena perfect dan sihat.. dan kalau cakap pasal kecantikan, kakak sendiri kagun dengan cara dan teknik wanita Korea.. sampai terfikir ; “apa la dorang makan sampai cantik nau kulit tu haa..”

tips_kecantikan_awek_korea

all the way from Korea gaissss..

kakak antara yang pertama dah cuba produk nih dan kakak jatuh cinta lagi.. hee~ ntah !! bila masa tak pernah jatuh cinta dengan produk dari Korea tah.. bak kata orang, dah serasi sampai nak beralih ke jenama lain pun dah susah haa..


REAL FRESH SKIN DETOXER


didatangkan dengan dua variasi menggiurkan ( kah !! tiberrrrr—) sebab satu warna pink lembut dan satu lagi hijau merupakan produk terbaharu dari Althea Korea yang telah menjadi kegilaan ramai wanita.. kenapa ? haa.. sebab produk ni telah dipilih ‘membintangi’ program TV terkenal di Korea iaitu Get It Beauty yang memperkenalkan pelbagai produk kecantikan dan salah satunya adalah produk dari Althea nih..

althea_skin_detoxer

cara nak guna pun senang sebab korang tak payah nak tonyoh lama-lama, cukup sekadar 10 saat = siap !!

  • cuci muka bersih-bersih dan keringkan
  • picit sikit ( lebih kurang duit seplosen ) kat tapak tangan dan sapukan kat seluruh wajah
  • biarkan 10 saat
  • basahkan tapak tangan dan urutkan pada seluruh wajah ( ya !! akan berbuih lah nanti.. hee~ )
  • bilas muka dengan air bersih dan SIAP !!

kalau kenal kakak, kakak memang bukan seorang yang rajin menonyoh dan membelek muka berjam-jam sebab tu la kakak suka dengan Real Fresh Skin Detoxer nih..

ROSE ; REFINING


  • digunakan pada waktu pagi
  • berfungsi membersihkan kulit dan menghasilkan kulit yang lembut dan lebih sihat
  • mengandungi 100% May Rose Lobster yang dipetik dengan tangan memberi kesegaran berpanjangan disamping menjaga kulit agar kekal anjal dan licin seperti kelopak mawar

althea_skin_detoxer_rose
nampak kan bintik bintik kat gel tu.. haa.. itu adalah kelopak bunga rose.. hee~
  • membantu mengimbangi pH kulit dan lima kali lebih berkesan berbanding produk yang lain
  • kepingan kelopak rose dapat membantu membersihkan kulit dan memperbaiki peredaran darah


cool kan ? hee~
kakak suka sebab gel ni tak berbau sangat tapi mewah dengan buih yang tak memedihkan mata.. haa.. sambil jaga kulit muka kena la jaga mata jugak kan ?


GREEN TEA ; PURIFYING


  • digunakan pada waktu malam, sebelum tidur
  • berfungsi mengembalikan kesegaran wajah selepas seharian terdedah pada aktiviti luar dan penggunaan kosmetik
  • mengandungi daun teh hijau premiun dari Pulau Jeju tumbuh di bawah sinar matahari pada musim bunga mengandungi Catechin yang membekalkan lima kali lebih banyak vitamin C daripada lemon dan mampu melindungi kulit daripada kerosakan sinar UV

althea_skin_detoxer_green_tea

  • membantu melegakan kulit dari tekanan dan mampu mengawal pengeluaran sebum
  • menyingkirkan kotoran yang melakat pada kulit muka secara total
  • terasa kulit sangat bersih lepas penggunaan yang pertama



kalau korang tanya kakak mana satu lagi best, kakak memang tak boleh jawab sebab kedua-duanya saling memerlukan.. hee~ jadi !! kalau korang nak dapatkan Real Fresh Skin Detoxer ni baik dapatkan sepasang terus.. satu untuk pagi dan satu untuk malam..

ini tips nih.. hahaha~ kalau korang beli loose, setiap satunya berharga RM 43.00 tapi kalau korang beli sepasang, harganya RM 77.00 include shipping tauuuu.. haa.. jimat tak jimat ?




jangan kata kakak tak umbrella eh.. kalau benda tak best, kakak cakap TAK BEST tapi ni BEST dan korang kena try..

blogger_malaysia

KHIDMAT PENGHANTARAN KURANG SATU JAM DENGAN LALAMOVE

$
0
0
penghantaran sepantas kilat ? kurang dari satu jam ? hee~ bunyi macam M – E – R – E – P – E – K jek kan .. tapi tu yang Lalamove boleh lakukan untuk menambah kualiti hasil kerja korang untuk pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan kurier dalam tempoh kurang satu jam..

lalamove_malaysia

ya !! tak sampai satu jam pun bolehhh..

beroperasi tanpa henti selama 24 jam dan tujuh hari seminggu dengan pemantauan penuh GPS, Lalamove menyediakan barisan pemandu yang dipilih melalui sistem penilaian pemandu bagi memastikan para pengguna sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan secara eksklusif..

bertujuan khusus untuk membantu para Peniaga Kecil dan Sederhana ( PKS ) untuk penghantaran lebih cekap dan sis tem logistik rantaian dan bekalan yang efisyen, Lalamove menyediakan perkhidmatan bermula dari RM 5.00 untuk penghantaran segera dan setiap penghantaran akan dikenakan caj mengikut jarak.. haa.. kalau sebelum ni ada yang siap timbang ape segala kan ? hee~ sistem ini sekaligus dapat mengurangkan kos overhead dan membantu peniaga berjimat serta memaksimumkan keuntungan..


korang nak hantar apa ? dokumen ? hadiah ? makanan ? pakaian ? perabot ? nyatakan saja dan korang bayar pada Lalamove dengan harga yang sangat berbaloi !!


APLIKASI LALAMOVE

zaman serba canggih dan pihak Lalamove juga tidak melepaskan peluang memanfaatkan teknologi terkini dengan melancarkan aplikasi Lalamove bagi memudahkan pengguna dan pemandu menetapkan perkhidmatan mereka.. harga ? ya !! macam kakak cakap tadi la.. tidak mengikut berat sebaliknya mengikut jarak penghantaran..

cool kan ?


Lalamove berpengalaman mengendalikan lebih 15 juta pelanggan yang dihubungkan dengan lebih 2 juta pemandu di Kuala Lumpur, Hong Kong, Singapura, Thailand, Taiwan, Filipina, Vietnam, Indonesia dan lebih 100 bandari di China kini mula mengintai peluang untuk meluaskan jajahan ke Johor dan Pulau Pinang dengan memperhebatkan keupayaan penghantaran last – mile – delivery untuk ke semua pengguna terutamanya peniaga..

runner_kl_selangor_murah


“kami yakin bahawa Lalamove akan membantu rakyat Malaysia, 
terutamanya golongan usahawan, dengan menyediakan kecekapan yang 
mereka perlukan di era perhubungan yang pantas dan meluas ini.. tambahan pula, 
permintaan untuk khidmat penghantaran barangan belian juga kian berkembang 
seiring dengan pertumbuhan sektor e-dagang (​ e-commerce ).. 
kami berhasrat untuk mentransformasikan landskap sector logistik tempatan dengan 
melancarkan apikasi penghantaran Lalamove yang bersifat intuitif.. aplikasi ini bakal 
meningkatkan bukan sahaja keupayaan perusahaan kecil dan sederhana ( PKS ) 
Malaysia malah juga seluruh ekosistem penghantaran di Kuala Lumpur dan seluruh negara..”

- Yong Sik Hoe ; Pengarah Lalamove Malaysia


pihak Lalamove juga telah merancang untuk meluaskan lagi perkhidmatan dengan menggunakan van dan trak bagi memenuhi keperluan pengguna.. nah !! bagi mengkaji permintaan dari pengguna, Lalamove telah menjalankan ‘ujian’ dengan beroperasi dua bulan awal untuk membuat penghantaran di sekitar Kuala Lumpur dan hasilnya sangat menarik dan ramai pelanggan berpuas hati menjadikan Lalamove melangkah lagi satu tapak dengan penghasilan aplikasi Lalamove yang akan membuat penghantaran di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.. mana tak nya, rekod terbaik dari Lalamove adalah :

  • kurang dari 36 minit untuk jarak 5 kilometer
  • lebih kurang 50 minit untuk jarak 10 kilometer
  • 300 penghantaran setiap hari
  • menyokong operasi 200 Pengusaha Kecil dan Sederhana ( PKS )
  • lebih 1,800 pemandu berdaftar

runner_murah_kl_selangor

berjaya mencipta lebih peluang ekonomi untuk pemandu dan penuggang motosikal mencari rezeki, Lalamove mengalu-alukan mereka yang layak dan mampu memberi komitmen untuk sama-sama mengembangkan bakat dan berdaya saing bagi mencapai matlamat.. dan kalau korang memang mencari kerja kosong, INI lah masa yang sesuai dan mendaftarlah segera untuk menjadi salah seorang ‘runner’ terbaik Lalamove..




apa lagi alasan nak bagi kat pelanggan korang ? hee~ TAK DE !! sebab penghantaran dari Lalamove dapat meningkatkan kredibiliti kerja korang dan menjadi peniaga yang hebat..



untuk maklumat lanjut tentang Lalamove, korang boleh explore semua link kat bawah ni..


blogger_malaysia

SHELL OUT HALAL PALING SEDAP DI KAFE MUSLIM PUTRA WALK SERI KEMBANGAN

$
0
0
kadang-kadang nak ikutkan selera anak-anak memang tak terkejar apatah lagi selera masing-masing memang BOOM !! lagi-lagi si pencinta makanan laut tu – Nur Aiman.. kalau dapat dihadap sepinggan memang dia saja lah yang habiskan..

shellout_sedap_dan_murah

ingat tak #makanapetuatie singgah satu kafe yang terletak di Seri Kembangan dulu ? haa.. kali ni kakak dan keluarga berpeluang repeat – singgah ke kafe tu lagi.. tapi dengan menu yang berbeza lah.. takkan nak makan benda yang sama jek kannnnnnn.. 
 

SHELLOUT SEDAP DAN MURAH DI SERI KEMBANGAN


kalau makan kat luar sudah tentunya kita letak satu penanda aras yang mereka masak sama sedap dengan airtangan kita di rumah ATAU jauh lebih sedap.. haa.. kalau tak sedap, no point la bukak kedai makan kan ?

shellout_sedap_dan_murah_seri_kembangan
sepinggan besar ; sama besar dengan muka kakak awak haa..
ya !! hidangan shellout di sini datang dalam pinggan yang besar bersama dua hidangan nasi putih.. kira satu pinggan yang kakak pegang ni adalah set untuk dua orang.. kira dalam satu set nih ada :

  • dua pinggan nasi putih
  • dua air
  • sepinggan besar shellout

serius kenyang dan padat perut korang.. hee~

pakej_shellout_murah_di_aura_cafe

kalau korang tanya rasanya bagaimana, susah kakak nak explain tapi menurut anak tekak yang selalunya tepat – encik suami kakak cakap “sedap dan berbaloi..” ya !! subjektif bukan ? kuahnya tak terlalu pedas dan rempah yang digunakan cukup rasa.. cuma galakkan kakak ( dipersetujui encik suami.. hee~ ) korang kena makan sebaik saja makanan sampai di meja.. kalau dah sejuk tak ummmmpppphhhh dah..

shellout_sedap_di_seri_kembangan

digaul mesra ketam – udang – kerang – kupang – pepahat – sotong – brokoli dan jagung adalah gabungan yang lengkap tanpa mengurangkan rasa segar pada makanan laut.. fufff—korang lupakan lah niat nak diet kalau singgah ke sini.. tau..



port_shellout_sedap_kuala_lumpur
orang paling sabar mengopek ketam.. hee~ kami tukang makan jekkkkk..
kelebihan D’ Aura Cafe nih bukan sahaja pada makanan yang sedap-sedap dari hasil air tangan chef mereka, tapi persekitaran yang sangat selesa dengan alunan muzik dan dekorasi yang instagram-able.. korang posing la puas-puas, confirm tak mengecewakan.. nak rai kan sebarang majlis seperti ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan ? ya !! di sini juga sesuai untuk majlis berskala kecil.. bagitau jek pada krew apa yang korang inginkan dan mereka akan buat yang terbaik..

cuma tu la tu, kalau boleh korang buat la reservation dulu sebelum ke sana.. takut penuh jekkkkkk.. kang korang jugak kempunan.. kan ? dan kalau cakap pasal harga, mesti korang berkira-kira kan.. ye la.. tempat syantik, makanan sedap, layanan first class sudah tentu korang terbanyang RM melayang.. hahahah~ TAK !!

  • shellout : RM 18.00 / pax
  • steamboat biasa : RM 18.00 / pax
  • steamboat + grill : RM 28.00 / pax

port_makan_Sedap_seri_kembangan_selangor

berbaloi kan ? haa.. nak pergi makan tu jangan sensorang, bawa sekali keluarga dan kawan-kawan untuk sama-sama menikmati makanan yang mewah pada harga rakyat marhaen.. hee~ nah !! mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang..

TEMPAHAN : 011 1092 3832
WAKTU OPERASI :
  • 1.00 petang – 11.00 malam
  • Isnin tutup

blogger_malaysia

#DUANURJENJALAN ; FARM IN THE CITY, SERI KEMBANGAN

$
0
0
saban minggu mesti kakak kelam kebut menyusun pelbagai agenda untuk Nur Aiman dan Nur Aina mengisi masa lapang.. memang banyak je aktiviti kat KL ni tapi keluar – masuk semua hutan batu sampai dorang dah komplen minta aktiviti yang lebih mencabar.. hee~ masih dikelilingi ‘hutan batu’, kakak pilih Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan..

farm_in_the_city

berkonsepkan petting zoo ditengah bandar, Farm In The City adalah pilihan terbaik untuk anak-anak mengenali pelbagai haiwan jinak dengan lebih dekat.. ya !! boleh pegang dan peluk kalau berani.. hee~


FARM IN THE CITY


tak lena tidur malam dua beradik ni sebab teruja nak memulakan pengembaraan, dah siap pilih baju dan susun kasut yang nak dipakai keesokan harinya.. kelakar tapi tak pe la, sesekali suntik semangat untuk dorang lebih bersemangat..

farm_in_the_city_seri_kembangan

seawal 10.00 pagi kami dah sampai dan disambut dengan berbiji-biji bas rombongan.. wah !! rupanya Farm In The City juga menjadi pilihan sekolah-sekolah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur untuk menerapkan ilmu tentang haiwan.. manakan tidaknya, boleh pegang hampir semua binatang dalam tu secara live kottttt—pengalaman baharu untuk anak-anak tu..

sebelum ke sini, kakak ada la buat survey tentang harga tiket dan ramai yang mengatakan harga tiket sedikit mahal.. haa.. jangan tak tau, kalau beli tiket satu persatu memang lah mahal tapi kalau korang beli pakej yang disediakan, harga untuk seorang jatuh tak sampai RM 30.00 punnnnnn.. siap korang dapat diskaun untuk makan dan pelbagai cenderahati dan juga sijil untuk anak-anak.. ya !! kakak amik pakej tu lah.. jimat !!

harga_tiket_farm_in_the_city_2018
dia takut tapi buat-buat berani ni.. hee~
kebanyakan haiwan di sini dibiarkan bebas dan pengunjung boleh bagi makan.. ada beberapa mesin yang menjual makanan di setiap seksyen haiwan.. kalau tak tau haiwan tu makan apa, boleh la tanya kat setiap ranger yang bertugas.. jangan risau, ke semua ranger adalah terlatih dan mempunyai pengalaman dalam pengurusan haiwan.. dan jangan lupa untuk kutip setiap maklumat dari ranger !!


FAKTA :KURA-KURA TERTUA DI FARM IN THE CITY BERUSIA 36 TAHUN.. LEBIH TUA DARI KAKAK..


Nur Aiman tergelak masa seorang ranger menerangkan tentang burung..


“hati-hati ya, nanti terpijak burung sebab kat sini banyak burung yang jinak-jinak..
jadi anda semua kena jalan berhati-hati.. jangan panjat batu nanti jatuh..”


pendekatan yang digunakan untuk membuat pengunjung berasa selesa dan kanak-kanak mudah serasi dengan keadaan apabila peranan ranger sebagai pemandu pelancong membuatkan pengembaraan kami lebih bermakna..

waktu_beri_burung_makan_di_farm_in_the_city
ya !! jinakkkkk.. sampai naik atas kepala.. nasib baik tak wowok.. hee~
menurut ranger yang bertugas, sekarang ni musim burung merak mengawan.. haa.. teruja kami tengok ekor burung merak kembang sepanjang hari.. hahahah~ turun sekejap lepas tu naik balik.. sebab yang kakak tau ( dan confident bagitau Nur Aiman dan Nur Aina ) bila ekor burung merak kembang bermaksud dia tengah marah atau tak selesa.. ye la.. pengungjung ramai, mungkin dia rasa terancam.. hee~

spesis_burung_di_farm_in_the_city

monyet_paling_kecil_di_farm_in_the_city
monyet paling kecil di dunia !!
fufff--

FAKTA :JIKA ADA ULAR YANG BERTELUR, PIHAK FITC AKAN MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MENJAGA SEHINGGA TELUR MENETAS

secara keseluruhannya, Farm In The City mempunyai 19 stesyen yang menarik untuk diterokai :

  • Ostrich Farm
  • Turtle & Tortoise Farm
  • Reptiles Cavern
  • Passion Fruits Garden
  • Free-flight Bird Aviary
  • Savannah
  • Vegetables and Fruits Farm
  • Kampung Kiosk
  • Pet Village
  • Longkang Fishing

longkang_fishing_farm_in_the_city
peluang yang kanak-kanak bandar tak dapat.. hee~ tangguk ikan di longkang..
  • Fish Feeding
  • Jungle Walk
  • Twilight Creatures
  • Mood’s lake
  • Exhibition Hall
  • Kampung Mahmood
  • Horse stable
  • Pelican Quay
  • Desert House

farm_in_the_City_petting_zoo

pony_Ride_selangor
sejenis yang minat dengan pony.. jenuh juga nak minta bersabar untuk ride.. haduh.. dah naik tak nak turun plak.. hee~
fitrah kanak-kanak adalah bermain dan di Farm In The City, jangan harap lah anak korang akan diam dan hanya mengikut kata.. dengan konsep yang terbuka ; penungjung boleh memegang haiwan, bermakna anak-anak akan KOTOR.. hahaha~ jangan risauuuuuuuuu.. di setiap stesyen telah disediakan sinki dan siap dengan sabun, ajarlah anak-anak untuk menjaga kebersihan diri sendiri.. ingat.. ibu ayah jangan lepas tangan, mainkan peranan dalam membentuk sahsiah yang baik untuk anak-anak..

kids_attraction_selangor_kuala_lumpur
ada orang merengek nak bawak balik rabbit.. hee~
habis satu round meneroka Farm In The City sekitar dua jam yang sangat berbaloi tapi tak puassssss.. Nur Aiman dan Nur Aina banyak belajar benda baharu tentang kehidupan haiwan dan habitatnya.. kakak sebagai ibu mereka turut berpeluang belajar benda yang sama tapi ketara seronok bagi pihak mereka lah.. hee~

petting_zoo_selangor

secara keseluruhan, Farm In The City adalah pusat riadah yang santai dan bermanfaat untuk anak-anak pelajari perkara yang mungkin mereka tidak tahu sebelumnya seperti apa makanan rakun, bagaimana ular mengeram telurnya dan kenapa ekor burung merak sentiasa kembang.. walaupun zaman serba canggih, tidak bermakna 24 / 7 anak-anak perlu dimanjakan dengan gadget.. keluar dan kotor kan tangan sambil menimba ilmu..


HARGA TIKET FARM IN THE CITY


harga biasa :
  • dewasa : RM 55.00
  • kanak-kanak / warga emas : RM 45.00

diskaun dengan MYKAD :
  • dewasa : RM 37.00
  • kanak-kanak / warga emas : RM 30.00

** tiket kanak-kanak adalah bawak 11 tahun
** kemasukan percuma untuk kanak-kanak 90cm dan ke bawah
** warga emas adalah mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas

peta_farm_in_the_city
ranger kamiiiiiiiii--


PAKEJ KELUARGA FARM IN THE CITY


dengan harga keseluruhan = RM 125.00 ; termasuklah :

  • tiket masuk untuk 2 dewasa + 2 kanak-kanak
  • 2 keping voucher ‘buy 1 adult FREE 1 child’ untuk Mini Zoo di Menara KL
  • 2 unit cenderahati Farm In The City
  • 2 kotak makanan haiwan
  • 2 sijil untuk kanak-kanak
  • plastik bag special edition
  • discount voucher RM 5.00 untuk perbelanjaan RM 30.00 di Happy Farm Souvenir Shop
  • discount voucher RM 10.00 untuk set keluarga di kafe

TEMPAT MAKAN DI FARM IN THE CITY


sudah tentu risau bila anak-anak lapar dan tak enjoy bila beraktiviti.. kan ?

tempat_makan_di_farm_in_the_city_seri_kembangan

jangan risauuuuuuu—perut korang confirm penuh dengan hidangan yang ada di kafe seperti set nasi goreng ayam untuk satu keluarga nih.. haa.. sebab tu kakak sarankan korang amik pakej sekeluarga ( dua dewasa + dua kanak-kanak ) sebab korang akan dapat diskaun sebanyak RM 10.00 untuk set hidangan keluarga ni.. puas makan dan kenyang.. hee~ lepas tu ? kami sambung perjalanan.. perut kenyang, hati senang lah nak beraktiviti..

dan !! sepanjang bulan Ogos ini, Farm In The City telah menyediakan aktiviti menarik untuk kanak-kanak iaitu bermesra dan bermain bersama guinea pig atau lebih dikenali sebagai tikus belanda.. terokai habitat, makanan dan rutin sehari-hari guinea pig di Farm In The City.. menarik kan ?

ni kalau Nur Aiman dan Nur Aina tau ada aktiviti lagi ni, mau diseretnya kakak dan encik suami repeat untuk membuat lawatan.. hee~

farm_in_the_city_review

terima kasih Farm In The City untuk pengalaman yang menyeronokkan !! Nur Aiman dan Nur Aina dah frame kan pun sijil dorang.. kenangan katanya.. dan untuk maklumat lanjut, korang boleh explore link kat bawah ni..


ALAMAT :
  • Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat,
    Bandar Putra Permai, Seri Kembangan
MASA BEROPERASI :
  • weekdays : 10:00 am - 6:00 pm
  • weekend : 09:30 am - 6:00 pm
  • tutup setiap hari Selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah
blogger_malaysia

PENGHANTARAN BUNGA SEGAR SETIAP HARI UNTUK YANG TERSAYANG DARI FLOWER CHIMP

$
0
0
wah !! sebagai peminat bunga, kakak sangat teruja bila dapat tau ada perkhidmatan penghantaran segar setiap hari dari penggubah bunga terkenal di Malaysia ni dan Flower Chimp juga menawarkan harga serendah RM 89.00 jekkkkk--

surprise_delivery_kuala_lumpur

dengan kepesatan industri e-dagang sekarang ni, perkhidmatan penghantaran bunga pun jadi lebih mudah dan lebih efisyen.. kalau dulu kena walk in kedai-kedai untuk pilih jambangan bunga yang berkenan di hati, tapi sekarang ni semua dipermudahkan – semuanya dihujung jariiiiiii..


FLOWER CHIMP MALAYSIA


daripada pemilihan bunga sehinggalah bagaimana anda mahu ianya dibentuk hanya melalui katalog di laman web yang telah disediakan.. wah !! sangat membantu kan ? hee~ ye.. dek kesibukan sehari-hari dengan urusan kerja dan tanggungjawab sehingga terlupa untuk mempersiapkan tanda ingatan buat yang tersayang..

kini !!

promosi_surprise_planner_kuala_lumpur
Flower Chimp selalu buat promosi !!
Flower Chimp mempermudahkan urusan korang !! ye la.. pelbagai sambutan hari peringatan seperti Hari Kekasih, Hari Ibu, ulangtahun perkahwinan dan tanda ingatan sempena harijadi ; mana boleh buat-buat lupa kan ? dengan menawarkan harga serendah RM 89.00, Flower Chimp membuat penghantaran ke seluruh negara yang meliputi 80 daerah termasuk Sabah dan Sarawak !! maksudnya !! hampir seluruh negara !!




risau terlupa lagi ?

eh !! schedule kan penghantaran korang dan nikmati penghantaran secara PERCUMA tanpa pembelian minimum.. kiranya kalau korang beli satu bouquet pun tetap lah FREE penghantaran.. tapi kena semak lah lokasi penghantaran ke mana tau..

surprise_delivery_murah_kuala_lumpur_selangor

promosi_flower_chimp
klik gambar untuk tengok benda BEST !!

“walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, 
Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri.. 
dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam 
perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan 
Flipina dengan rekod pertumbuhan lima kali ganda berbanding tahun lepas..”

- Maximilian Lotz ; Pengasas Flower Chimp


flower_chimp

berikutan prestasi yang memberansangkan dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group ( AVG ), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran yang unik..


"kami mensasarkan perkembangan rangkaian kami di Singapura menjelang
pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara termasuklah Vietnam,
Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019.."


Lotz dan rakan kongsi beliau, Niklas Frassa berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina disamping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memberi manfaat kepada pelanggan dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara lansung bagi setiap pesanan..


“dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara 
berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan 
kami yang mencari sesuatu bersesuaian dengan keperluan mereka.. dengan kuasa pemasaran 
dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan 
menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak 
mengendalikan perkata berkaitan teknologi..”

- Niklas Frassa ; Ketua Pegawai Operasi


Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran PERCUMA membuatkan lonjakan permintaan semakin hari semakin positif.. pelbagai penyelidikan dan pembangunan perniagaan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga kepada pasaran yang semakin berkembang dan target mereka adalah memonopoli Asia Tenggara dengan BUNGA.. hee~



cool kan ?


DISEBALIK FLOWER CHIMP


siapa kata wanita jek suka ‘main’ dengan bunga ? haa.. jangan tak tau disebalik Flower Chimp, ada lelaki yang bekerja keras bagi menjayakan setiap misi memuaskan hati pelanggan..

flower_chimp_founder


MAXIMILIAN LOTZ – KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF FLOWER CHIMP

beliau mempunyai rekod prestasi yang mantap dalam industri e-dagang menerusi penglibatan dalam perniagaan alat bantu pendengaran ; hear.com bertanggungjawab memonopoli kesemua aspek perniagaan Flower Chimp.. berpengalaman luas dalam bidang pelaburan perbankan dan permodalan.. berkelulusan B. Sc. dalam Pentadbiran Perniagaan dari Maastricht University ( Belanda ) dan Bocconi University Milan ( Itali ) membuatkan Flower Chimp berdiri gah dengan enam negara jajahan..


NIKLAS FRASSA – KETUA PEGAWAI OPERASI FLOWER CHIMP

berlatar belakang dalam perundingan pengurusan yang berperanan bertindak sebagai pemimpin projek untuk firma perundingan pengurusan terkemuka di Jerman, Niklas bertanggungjawab mengawasi segala operasi Flower Chimp di seluruh dunia.. berpengalaman dalam e-dagang di Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan syarikat terkemuka iaitu Zalora.. berkelulusan M. SC. ( CEMS ) dalam Pengurusan Antarabangsa dari Sekolah Pengurusan Rotterdam ( Belanda ) dan B. SC. dari WHU – SEkolah Pengurusan Otto Beisheim ( Jerman )..

flower_arrangement_for_business

meletakkan penanda aras baharu dalam bidang perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, mereka yakin mampu menakluki Singapura dan negara Asia Tenggara yang lain selepas Malaysia, Indonesia dan Filipina..

untuk memudahkan korang, kakak sediakan link kat bawah ni.. hee~ mana la tau kan korang nak standby..


blogger_malaysia

KEMUDAHAN LENGKAP DI PUSAT KONVENSYEN BANGI DAN AVENUE GARDEN HOTEL UNTUK MAJLIS LEBIH BERMAKNA

$
0
0
ditubuhkan sebagai ‘taman dalam bandar’, Pusat Konvensyen Bangi Avenue ( BACC ) yang dimiliki oleh Avenue Garden Hotel dijangka menjadi HIT dengan permintaan pelbagai majlis keraian terutamanya majlis perkahwinan.. dinobatkan sebagai pusat konvensyen terbesar di Lembah Klang Selatan, BACC menawarkan kemudahan lengkap untuk pelbagai acara di bawah satu bumbung..

bangi_avenue_convention_centre

terletak di lokasi yang strategik di kawasan pembangunan moden di Bangi Avenue, BACC menawarkan perkhidmatan terbaik untuk para pelanggan yang tercari-cari persekitaran yang mampu memuatkan tetamu dalam kapasiti yang besar.. nah !! kalau nak all in untuk 1000 pax dalam satu masa, memang sesuai sangat lah..


APA YANG ADA DI BANGI AVENUE CONVENTION CENTRE


lengkap dengan infrastruktur mewah dalam satu kawasan, BACC mempunyai beberapa bahagian iaitu :

1 : UNICORN SQUARE

  • taman hijau yang subur dilengkapi dengan air pancut buatan manusia yang canggih sudah tentunya menjadi pilihan majlis dalam taman.. wah !! curlasss kan kalau dapat buat majlis di tempat terbuka dengan persekitaran hijau dan bunga-bunga segar mekar indah.. memang macam dalam fantasi.. hee~

garden_wedding_bangi

menekankan aspek elegan pada setiap sudut, BACC mengambil inisiatif untuk sama-sama membantu pasangan pengantin untuk memudahkan urusan.. kiranya di BACC lengkap dari A – Z dan pihak keluarga pengantin hanya perlu datang dan melayan tetamu dengan senyuman.. hee~ tak payah nak berpenat-penat sinsing lengan sental periuk belanga.. kan ?

garden_wedding_selangor

menyedari permintaan yang sering diilhamkan melalui media sosial tentang majlis perkahwinan idaman dan ideal untuk mencipta kenangan indah, pihak BACC yakin dengan tawaran harga yang bersesuaian mengikut bajet pasangan pengantin semuanya akan diuruskan oleh pakar terbaik mereka..


“pasukan kami akan memastikan BACC menawarkan ruang dengan latarbelakang
taman yang menakjubkan sambil memenuhi ke semua keperluan praktikal pelanggan..”

- Encik Loo Yung Wai ;
Pengarah Urusan Avenue Garden Hotel dan Pusat Konvensyen Bangi Avenue



2 : GRAND BALLROOM

  • keluasan lantai grand ballroom - 27, 000 kaki persegi
  • keluasan keseluruhan – 88, 585 kaki persegi
    • termasuk boulevard luaran dan tertutup

grand_ballroom_bangi_avenue_convention_centre

bukan untuk majlis perkahwinan jekkkkkk tapi BACC turut menawarkan ruang yang fleksible untuk pelbagai majlis yang dilengkapi dengan pralatan dan kemudahan professional bertaraf 5 bintang dengan efek pencahayaan yang canggih sangat sesuai untuk pelbagai acara dari skala kecil sehinggalah besar seperti mesyuarat, seminar, persidangan, pameran, pelancaran produk dan sebagainya.. haa.. semua pun boleh jalan serentak tanpa mengganggu atucara yang lain..

BACC_floor_plan_ballroom
besarkannnnnnnnnn ?

“sebagai salah satu pusat konvensyen terbesar di negara ini, kami memanfaatkan
ruang tanah yang luas bagi membolehkan kami memberikan pakej yang mampu milik,
dinamik, luas dan selesa dan semua tempat dalam satu kawasan..”

- Encik Loo Yung Wai ;
Pengarah Urusan Avenue Garden Hotel dan Pusat Konvensyen Bangi Avenue


tiga balloon-less ballroom yang bervariasi mengikut saiz untuk memenuhi keperluan ruang untuk majlis mampu menampung sehingga 2, 200 orang tetamu untuk temapt duduk meja bulat ( gaya jamuan ) atau sehingga 3, 300 orang dalam suasana teater..


  • biasalah – bila buat majlis tentunya ada tetamu jemputan dari jauh dan dekat.. kan ? nah !! sebelah BACC ada hotel yang sangat cantik..

avenue_hotel_bangi

bila korang tertanya “hotel mana yang patut aku pilih untuk company trip yang lengkap semuanya tanpa perlu keluar dari kawasan..” atau pun.. “nak bawa family bercuti tapi ada hiburan dan aktiviti untuk anak-anak juga dan kalau boleh biarlah hotelnya dekat dan tidak perlu memandu keluar dari kawasan..” – korang kena ingat Avenue Garden Hotel selalu tauuuuuu..

dengan dekorasi yang selesa dan bergaya, Avenue Garden Hotel mempunyai 178 bilik secara keseluruhannya dengan pecahan :

  • 123 Deluxe Twin
  • 39 Deluxe King
  • 10 Deluxe Family
  • 6 Junior Suites

bangi_garden_hotel_price

kalau korang nak tau, Avenue Garden Hotel ni dekattttttttttt sangat dengan Bangi Wonderland tau.. haa.. kalau korang ada plan untuk bawa keluarga bercuti di taman tema Bangi Wonderland, hotel ini adalah yang paling strategik tau.. kalau korang nak menginap kat sini ada juga pakej bilik sekali dengan tiket masuk ke Bangi Wonderland.. hee~





“Bangi Avenue adalah kawasan perniagaan yang sedang pesat membangun dengan
kawasan perumahan dan taman tema air.. kami berhasrat untuk melengkapkan pertumbuhan
komuniti dengan penubuhan empat lagi hotel dengan jumlah kapasiti 1000 bilik pada
tahun-tahun akan datang dan menjadikan Bangi Avenue sebuah bandar moden..”

- Encik Loo Yung Wai ;
Pengarah Urusan Avenue Garden Hotel dan Pusat Konvensyen Bangi Avenue


semua dah lengkap kan ?

eh !!

makanan tertinggal lah !! hee~ mana boleh tak de makanannnnnnnnnn ? dah tu ? takkan nak diet plakkk.. bila ada majlis sudah tentunya ada makanan yang super sedap.. kan ? di BACC, mereka mempunyai pelbagai pilihan untuk tetamu dan sudah tentunya hasil air tangan chef terkemuka tempatan antaranya masakan Cina, Melayu Tradisional ataupun kemewahan sisi makanan hidangan Barat.. mengikut situasi dan selera sudah tentunya BACC akan memastikan kepuasan pelanggan..

makanan_Sedap_di_bangi_avenue

jemputan majlis yang ramai ? jangan risau.. ada tempat letak kereta bertingkat yang mampu menampung kapasiti sebanyak 1, 000 buah kenderaan dalam satu-satu masa.. memang terbaiklah.. semua ada kat satu tempat kotttttttt.. tak payah nak bergerak jauh ataupun keluar dari kawasan, ibarat bawah satu bumbung sudah tentu BACC merupakan lokasi yang strategik untuk pelbagai majlis..


NOTA PELANCONGAN


  • jalan kaki untuk ke Bangi Wonderland
  • 5 minit ke Stesen KTM Bangi
  • 14 minit ke LEKAS Highway ( access to Kajang and Semenyih )
  • 22 minit ke IOI City Mall, Putrajaya
  • 25 minit ke Bukit Broga
  • 25 minit ke Sate Hj. Samuri, Kajang
  • 26 minit ke OUTBAC Broga
  • 29 minit ke Cyberjaya
  • 30 minit ke KLIA / KLIA 2 ( via interchange Nilai )
  • 31 minit ke SAK Dato Tample
  • 31 minit ke Putrajaya
  • 32 minit ke Seremban
  • 37 minit ke Rabbit Fun Land
  • 38 minit ke KLCC
  • 60 minit ke tol Ayer Keroh, Melaka

okay ? ngam ? hee~ tak pe la, pergi explore dulu baru buat keputusan.. nah !! link kat bawah ni mungkin bermanfaat untuk korang..

HOTLINE : 03 8929 9999

blogger_malaysia

APLIKASI CANNIS MENAWARKAN TUJUH FUNGSI DALAM SATU PERANTI

$
0
0
buat julung kalinya, Nimpmos Sdn. Bhd. yang juga merupakan platform blockchain e-dagang secara lansung memperkenalkan aplikasi Cannis yang mampu mengumpul lebih 10, 000 pengguna dalam tempoh 24 jam..

cannis

menggabungkan kesemua aspek penting dalam industri e-dagang, membeli-belah dalam talian, penyiaran secara lansung dan blockchain APP Cannis juga meliputi asas harian seperti industri makanan, minuman, hiburan, pakaian dan meransang model perniagaan bagi memacu gelombang aplikasi baharu..


APLIKASI CANNIS


Tan Sri Dato Ong Tee Keat yang juga merupakan Naib Pengerusi Cannis berkata, pertumbuhan pesat pengguna media sosial di China telah menembusi dengan kadar peningkatan yang ketara dengan kebangkitan blockchain disamping menggabungkan kebijaksanaan dan internet antara tiga teknologi teratas yang sedang diperkukuhkan oleh China..


“live stream telah memulakan rangkaian sosialnya pada 2016 dan skala siaran lansung
dalam talian China telah mencapai hampir 58 billion yuan.. analisa domestik China
menjangkakan industri siaran lansung akan melebihi 100 billion yuan pada 2018..
hari ini, siaran lansung menjadi fenomena sosial sama seperti produk komersial..

- Tan Sri Dato Ong Tee Keat ; Naib Pengerusi Cannis


cannis_team


percaya dan yakin bahawa ekonomi live stream, belanja dalam talian dan blockchain yang dianggap teknologi terbaharu yang akan menggantikan ekonomi rangkaian semasa – sedikit sebanyak ia akan meransang gelombang baharu model perniagaan dan Cannis akan menjadi era baharu penggunaan internet, aplikasi dan telefon pintar..

Cannis adalah platform merintis perancangan program, teknologi produk, promosi operasi dan visualisasi data.. ia mempunyai hampir 100 jurutera profesional dan pasukan yang mempunyai keupayaan penyelidikan dan pembangunan yang kuat..


“YOU THINK, WE BUILD IT..”


merujuk kepada falsafah perniagaan Cannis dalam membina media sosial dengan pelbagai fungsi aplikasi yang paling menyeluruh dan mewujudkan persekitaran ekologi yang paling sesuai untuk perusahaan dan peminat bagi mengumpulkan pangkalan data pengguna global bersama-sama..


“aplikasi Cannis menggabungkan tujuh fungsi paling popular peranti mudah alih 
termasuk siaran lansung dalam talian, e-dagang secara lansung, permainan dalam talian, 
video pendek, media sosial, diskaun membeli-belah dan pembayaran secara digital.. 
ia akan mengumpulkan lebih daripada sepuluh ribu pengguna dalam masa 24 jam..”


7_in_1_cannis_application

banyak usahawan dan profesional dari perusahaan terkenal, syarikat modal teroka, blockchain dan bidang berkaitan rangkaian dari pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Indonesia, Kemboja, Korea Selatan, India dan Rusia telah menghadiri persidangan besar pelancaran Aplikasi Cannis baru-baru ini yang bertempat di Setia City Convention Centre..

cannis_aplication_from_malaysia

memperkukuhkan lagi platform dengan mencipta rekod sejak Mac lalu, Cannis berjaya mengambil alih syarikat-syarikat teknologi berkaitan internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih dan perkongsian data.. dalam masa yang sama, Cannis juga telah menjadi rakan rasmi Google seterusnya meningkatkan kebolehan keselamatan aplikasi Cannis..


"Cannis boleh digunakan di 140 buah negara di seluruh dunia terutamanya di
Asia Tenggara sekaligus memudahkan pengguna..

- Dato' Azman Ching ; CEO Cannis



aplikasi Cannis boleh dimuat turun secara PERCUMA di peranti pintar anda !!


LAMAN WEB : https://cannis.app

blogger_malaysia

SARINGAN KESIHATAN YANG TEPAT SEMASA SIHAT DI UMBI WELLNESS

$
0
0
kalau sihat apa yang nak dirisaukan ? kan ? dah nama pun sihat sudah tentulah tak de pape penyakit yang mengganggu kesihatan.. eh !! ye ke ? confident – nye lahai kan ? hahahah~ sesungguhnya, saringan kesihatan semasa sihat adalah sangat penting..

ujian_kesihatan_di_umbi_wellness_ukm_cheras

memang kakak tak de sakit apa pun tapi ada sedikit masa lapang dan mempunyai kesedaran untuk menjadi lebih sihat, tak pe lah.. kakak serah diri jek la kat UMBI Wellness ( Institut Biologi Molekular UKM ) yang terletak di Cheras beberapa minggu yang lepas.. nervous ??? hahahah~ kakak tak suka jumpa doktor dan rakan seangkatan dengan mereka..


UMBI WELLNESS


ditubuhkan untuk memenuhi permintaan masyarakat bagi melengkapi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti pada harga berpatutan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak di Cheras telah mengambil inisiatif untuk membina UMBI Wellness untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan pelanggan..

semak_berat_dan_ketinggian_normal_untuk_wanita_malaysia

komited untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan perubatan yang berkualiti disamping harga yang berpatutan dengan tenaga kerja yang berwibawa, UMBI Wellness menawarkan banyak ujian yang personal.. dari awal penyediaan perkhidmatan pemeriksaan bagi menangani masalah kesihatan yang kronik, UMBI Wellness juga menggalakkan pelanggan menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh tetapi mereka juga akan memastikan pelanggan menjalani kehidupan yang lebih baik..

antara pemeriksaan yang boleh dilakukan di UMBI Wellness :

pakej_ujian_kesihatan_UMBI_wellness

ya !! sebab tu kakak tekankan tentang pemeriksaan awal.. sebab ? melalui pemeriksaan awal kita dapat lah mengesan penyakit-penyakit yang mungkin kita tak tau dah lama ada dalam badan kita dan kalau ADA, dapatlah kita mencari inisiatif rawatan yang sesuai lagi-lagi bila kita memang ada sejarah keluarga yang menghidapi pelbagai masalah kesihatan.. bukan mendoakan tapi mungkin selepas buat saringan kita lebih berhati-hati..

kakak sempat berbual dengan pegawai perubatan kat sana.. maklum lah.. wartawan pencen.. hee~ kakak tanya la peratusan orang Melayu yang buat saringan kesihatan nih sebab sepanjang kakak kat UMBI Wellness haritu memang ke semua pelanggan sebelum dan selepas kakak adalah mereka yang berbangsa Cina..


"ye puan.. memang orang Melayu kita tak ramai nak buat ujian kesihatan ni..
takut kot.. kalau bangsa Cina memang ramai.."




SARINGAN AWAL KESIHATAN


macam haritu, kakak amik pakej RM 150.00 tu jek.. hee~ nak tau apa lah nasib organ dalaman kakak haa lepas tu baru lah amik tindakan untuk rawatan berkala plak.. dan alhamdulillah.. semuanya smooth dan berfungsi dengan baik.. cuma tu la tu.. tekanan darah kakak masih dibawah aras normal ( ni memang dah lama sangat ) dan kakak kurang pengambilan protein.. adoiiiiii.. segan rasa.. diet beriya tapi ada je yang kakak tak tahu..

kat sana juga kakak diberi penjelasan tentang kesihatan dan bagaimana untuk kakak kekal sihat dan menjaga kesihatan organ dalaman.. well.. kadang-kadang kita rasa kita tahu tapi bila pegawai perubatan bagi info baharu, dan dan masa tu lah tercengang.. ye lah.. organ tersorok kottttt, kita tak tau apa nasib dorang kat dalam tu haa.. baik korang buat semakan cepat.. hahahaha~

ujian_darah_di_umbi_wellness_cheras

untuk korang yang memang tak pernah buat ujian saringan kesihatan, kakak cadangkan SEKARANG ni lah masa yang sesuai untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang kesihatan korang.. bukan nak menakut-nakutkan tapi setidaknya korang boleh peka dan berhati-hati dalam pengambilan makanan / minuman / supplement.. kalau boleh cegah, kita dapat lah cegah dengan lebih awal.. tak de lah dah kronik baru nak bertindak..

kan ?

nah !! mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang mendapatkan maklumat lanjut tentang UMBI Wellness nih..

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/umbi.wellness

ALAMAT :

  • UKM Medical Molecular Biology Institute ( UMBI )
    UKM Medical Centre,
    Jalan Ya'acob Latiff, Bandar Tun Razak,
    56000 Cheras, Kuala Lumpur
  • 03 9145 9040 / 6321

mungkin saringan awal boleh menyelamatkan nyawa.. mungkin.. kan ?



blogger_malaysia

ANAK PINTAR CENTRE – PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TERBAIK DI MELAKA

$
0
0
saban tahun, isu yang sama akan muncul.. hee~ hampir buntu mencari pusat pendidikan awal yang terbaik untuk anak-anak yang menekankan ke semua aspek perkembangan minda dan sahsiah disamping yuran berpatutan..

tadika_anak_pintar_melaka

manakan tidaknya, kebanyakan pusat pendidikan yang ada nama yuran tahunan mencecah ke ribuan ringgit.. ya !! sudah tentulah kakak bercakapkan tentang pengalaman kakak sendiri.. hee~ tapi.. kalau ada yang lebih murah dengan skop pelajaran setanding nama mahal tu, dah kira BONUS besar lah kan..


ANAK PINTAR CENTRE


Taska Anak Pintar dan Pusat Jagaan Anak Pintar merupakan sebuah institusi yang telah beroperasi lebih 11 tahun kini mempunyai kakitangan seramai 47 orang dan kira-kira 500 orang pelajar di kesemua 10 cawangan yang terletak di sekitar negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.. mendapat sokongan yang baik daripada ibubapa membuatkan pengasasnya iaitu Encik Awang Redzuan dan Puan Nor Raidah bekerja keras mengembleng tenaga bagi merealisasikan objektif organisasi..

silibus_pelajaran_di_anak_pintar_centre

di Anak Pintar Centre, mereka menekankan :

  • perkhidmatan yang terbaik di antara yang terbaik
  • membentuk kanak-kanak yang holistik dan seimbang
  • menerapkan akhlak dan sahsiah yang mulia
  • melahirkan pelajar yang berintelektual tinggi
  • menggunakan dwi bahasa bagi melahirkan pelajar yang fasih berkomunikasi

anak_pintar_centre
menyeimbangi antara rohani dan jasmani bagi melahirkan generasi yang lebih berkaliber
ye..

sebagai ibuayah memang risau lah kan dengan silibus yang ada kat sekolah, nak tau jugak la apa anak-anak akan belajar nanti.. haa.. jangan risau sebab kat Anak Pintar Centre mengediakan silibus yang bersesuaian mengikut umur dan kemampuan pelajar.. tiada tekanan dan tenaga pengajar semuanya terlatih..


APC READINESS GLOBAL SDN. BHD.


berasal dari Negeri Di Bawah Bayu, Encik Mohd. Redzuan Hasan @ Awang Redzuan merupakan lulusan Bachelor of Human Resource Management with Honours - OUM 2016 dan Diploma Pengurusan Teknologi UTM pada tahun 2005.. sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan sepenuhnya, beliau memulakan carier di International Bank selama beberapa tahun dan dalam lingkungan 11 tahun bersama dalam industri banking banyak membantu beliau membina jaringan kenalan disamping banyak mendedahkan diri kepada beberapa program keusahawanan serta kemahiran dalam menuntut ilmu..

pengasas_anak_pintar_centre


selain itu juga beliau terlibat secara tidak langsung ke beberapa sektor perniagaan seperti insurans ( Gen dan Life ), tekstil , pendidikan awal kanak-kanak, produk kesihatan dan syarikat percetakan.. adalah satu perkara yang sangat mencabar malah perlu perancangan yang lebih teliti, dan beliau tekad disamping membantu istri dalam menguruskan hal-hal perniagaan.. kecekalan serta tidak pernah berputus asa, serta semangat yang tidak pernah luntur, hari ini beliau fokus kepada bidang percetakan sepenuhnya.. terlibat dalam percetakan ini sejak 2010 lagi apa bila beliau menguruskan beberapa mesin indusri percetakan dan juga menguruskan urusan trade daripada luar negara..

bekerjasama dengan beberapa institusi pendidikan bagi membantu mendedahkan pelajar Bumiputera dalam Latihan Industri, pusat Percetakan Kenanga Sdn. Bhd. juga memainkan peranan melahirkan tenaga kerja yang terbaik di pasaran malahan servis di syarikat percetakan milik APC Readines Global Sdn. Bhd. merupakan antara yang termurah di Malaysia..


menjalankan perniagaan cenderamata, pakaian, uniform, baju sukan sekolah serta percetakan banner, bunting dan flyers secara serius memandangkan permintaan tinggi di kalangan pelanggan selain menjadi pembekal utama kepada syarikat APC - Anak Pintar Centre syarikat yang dipelopori oleh isteri, Puan Nor Raídah binti Jalil.. secara keseluruhannya, Anak Pintar Centre mempunyai 12 cawangan taska, tadika serta Pusat Jagaan Kanak-kanak sekitar negeri Melaka, Seremban dan Kajang, Selangor..


usaha tidak terhenti disitu, perancangan untuk meluaskan jaringan perniagaan sentiasa diperhalusi dengan teliti bagi mempertingkatkan ekonomi bumiputra selain memberi peluang kepada usahawan lain dengan konsep “harga kami lebih murah” menjadikan mereka mempunyai ramai rangkaian seluruh negeri termasuk Brunei..

tadika_terbaik_di_melaka

kalau korang memang dah mula survey tadika / taska terbaik untuk anak-anak, mungkin korang boleh masukkan Anak Pintar Centre sebagai pilihan utama.. hubungi mereka untuk bertanyakan apa jua informasi yang korang mahukan..

HOTLINE : 06-2339944 / 06-2892344 / 06-7986035
ALAMAT :
  • HQ 5476-A Kompleks MITC, 
    Jalan Konvensyen Ayer Keroh, 
    75350 Melaka.

blogger_malaysia
Viewing all 962 articles
Browse latest View live