haa.. selalu kita fikir bila gemok je mesti ada masalah kesihatan kan ? TAPI.. kalau terlampau kurus pun rupanya mudah menjemput masalah kesihatan walaupun tak la sebanyak penyakit yang disebabkan masalah obesiti, cuma BERPOTENSI ada masalah kesihatan kalau tak dijaga dengan elok..
kurus yang kakak maksudkan ni adalah terlampau kurus dan BMI tak normal.. haa.. cemana nak cek BMI tu nak tau normal ke tak ? boleh tengok bawah nih..
kurus yang kakak maksudkan ni adalah terlampau kurus dan BMI tak normal.. haa.. cemana nak cek BMI tu nak tau normal ke tak ? boleh tengok bawah nih..
CONTOH :
- kalau berat badan korang 55kg dan ketinggian 1.56m ;
CARANYA :
- 55 / ( 1.56 x 1.56 ) = 55 / 2.4336 = 22.6
BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN BMI YANG IDEAL ?
- timbang berat badan sekurang-kurangnya seminggu sekali
- semak status berat dengan mengira BMI
- julat sihat ialah 20 hingga 25
- BMI hanya diterima pakai jika berumur antara 18 tahun - 64 tahun
ye ke kalau terlampau kurus pun banyak masalah kesihatan ? em.. bukan ke kalau kurus, tak de lemak, lagi bagus.. hee~ ye.. dulu kakak pun fikir macam ni tapi bila dah masuk bidang kesihatan dan nutrisi ni, kalau terlampau kurus pun memang memudaratkan.. jom !! ikut kakak cek ape masalah yang terkait kalau terlampau kurus nih..
MASALAH HATI DAN JANTUNG
menurut SF Gate, otot manusia perlu mendapatkan kalium, nutrium dan kalsium untuk berfungsi dengan baik dan jika terlampau kurus, badan korang mungkin perlu memecahkan hati supaya bekalan tenaga mencukupi sekiranya kalori untuk badan korang tak cukup..
badan yang kecik juga boleh menyebabkan keadaan jantung TIDAK NORMAL.. sebab ? sebab jantung mengepam darah terlampau laju atau lambat.. menurut persatuan Jantung Amerika, degupan jantung yang tidak normal boleh menyebabkan kerosakan hati..
TULANG LEMAH / RAPUH
eamai yang memandang remeh manfaat susu untuk keperluan badan.. kan ? hee~ kakak pun sama.. kakak alergik susu tapi kakak makan pil kalsium, kira menggantikan susu untuk kekuatan tulang dan mengelakkan osteoporosis..
vitamin D yang diperlukan untuk kesihatan tulang sebab vitamin D membantu meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium.. kebiasaannya orang yang terlampau kurus ni akan kurang manfaat vitamin D sekali gus memudahkan risiko ketumpatan mineral tulang menjadi rendah, osteoporosis sampai la yang paling kritikal iaitu tulang patah..
ramai bertanggapan osteoporosis adalah masalah orang tua, tapi sekarang ni pun dah banyak kes muda remaja tapi tulang kriuk kriuk..
DEMENTIA

satu kajian yang diterbitkan oleh The Lancet Diabetes & Endrocrinology mendapati bahawa seseorang dengan badan yang terlalu kurus mempunyai risiko 34 % lebih tinggi mengalami dementia berbanding mereka yang mempunyai berat yang normal.. haa.. cemana ?
MASALAH KESUBURAN
anda lelaki ? berat badan anda bawah BMI normal ? haa.. kena alert !! mungkina anda ada masalah kesuburan..
menurut hasil satu kajian yang dijalankan pada 2011 terhadap lebih 5000 orang di Denmark dan hasilnya menunjukkan lelaki yang mempunyai BMI rendah mempunyai risiko tinggi mengalami masalah seksual termasuk mati pucuk jika dibandingkan dengan lelaki yang mempunyai berat badan yang normal..
jumlah sperma yang dihasilkan juga lebih rendah dan boleh mengalami beberapa gangguan kesuburan..
KEMURUNGAN
satu kajian oleh Universiti VU Amsterdam mendapati bahawa seseorang yang terlampau kurus dan seseorang yang terlampau gemok sama-sama berisiko mengalami masalah kemurungan berbanding mereka yang beratnya normal..
satu kajian berasingan di Sweeden jugam enunjukkan lebih sejuta lelaki yang terlampau kurus lebih cenderung membunuh diri !!!
ANEMIA
bila dah terlampau kurus, terang-teranglah kurang zat.. haa.. korang tau tak bila kurang zat besi korang tergolong dalam golongan anemia ?
menurut Livestrong ; zat besi merupakan bahan penting untuk menghasilkan hemoglobin iaitu dari sel darah merah yang membantu membawa oksigen ke seluruh badan.. tanpa hemoglobin yang cukup, korang akan rasa cepat penat dan susah nak fokus..
macamana ?
adakah korang salah sorang yang terlampau kurus ?
kalau keding cam nih memang tak hensem la kan.. ini lelaki nih.. kalau perempuan keding camni.. dah macam ape tah.. hee~ jangan okay.. kurus sangat pun tak ohsem..
hee~ pandai pandailah korang jaga diri eh.. makan la pape supplement untuk naik kan selera makan ke.. tak kisah la pape pun janji lepas makan supplement tu, selera makan korang ADA.. bagi la badan tu berisi sikit.. paling tak sampai BMI tu normal, jadik la.. kan ? hee~ pape pun jaga kesihatan ya.. makan makanan yang sihat dan buat pemilihan yang betul..
hwiting !!