Quantcast
Channel: atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 962

#projekbegsekolah : SEUTUS DOA DARI ANAK KECIL ITU BUATMU

$
0
0
anak kecil itu, memandang tekun jadual persekolahannya, diisusun satu demi satu buku mengikut jadual ke dalam beg lusuhnya.. zipnya sudah rosak, diganti dengan kancing sahaja.. bocornya di sana sini, talinya putus sebelah namun anak kecil itu tidak kisah..

bukan dia tidak malu, tapi dia tidak mampu.. oh !! beg itu pun kepunyaan kakaknya tahun lepas.. tahun ini, kakaknya dapat beg lain.. beg terpakai ihsan kawan dia, namun sedikit lebih elok dari beg asalnya..

anak kecil itu, dia sering berkecil hati bila diejek kawannya.. pakainya lusuh, begnya buruk yang bertampal sana sini.. cacat dan buruk sekali tapi semangatnya, jauh lebih besar dari mereka yang bawa beg baharu.. minatnya pada ilmu, mengatasi yang lain.. tekun dan rajin, kesukaan guru-guru..

dulu kisah Ipeng.. sampai bila kita nak tengok anak yang kurang berkemampuan sandang beg lusuh ? korang tak rasa pape ke ?

anak kecil itu, betapa dia inginkan seperti kawannya yang lain tapi apakan daya, bapanya lumpuh, ibunya hanya kerja buruh sedang adik beradiknya ramai..

anak kecil itu, meski pun masih mentah, namun dia mengerti keluarganya susah.. keluarganya diuji dengan pelbagai ujian oleh Raja di atas sana.. ujian kesihatan bapa, ujian kemiskinan.. maka dia tidak meminta-minta, merengek jauh sekali..

anak kecil itu, makannya sekadar sahaja dan pakainya yang mana ada, dia tidak meminta-minta, namun jika ada yang sudi, dia terima dengan rela.. berjuta terima kasih, kadang tidak mampu diucap dengan kata-kata.. hanya air mata gembira saksi syukurnya dia pada si pemberi, pada Raja Yang Maha Esa..

maka dikirim doa buat pemberi yang murah hati dan dipohon doa pada Raja yang mengujinya.. agar pemberi sentiasa dirahmati, agar pemberi dimurahkan rezeki supaya ramai lagi orang senasib dengannya dapat dibantu..

kita hanya mampu membaca kisah sedih anak kecil ini dan kita hanya mampu tumpangkan sedikit simpati, namun yang merasa, namun yang melalui hanya dia dan keluarga.. malah kisah ini masyhur diseluruh negara.. beribu-ribu lagi anak-anak kecil lain senasib dengannya hanya memikul beg buruk demi secebis ilmu..

apakah berdosa kita disekeliling mereka tidak cakna ? 

sedang kita mampu membantu walau tidak beribu walau hanya secuit cuma, namun mampu memberi sebuah senyuman kepada anak kecil itu.. entahlah, soal dosa pahala itu urusan Raja..

soalnya sekarang adalah kita.. 

KITA !!

apa kita ini sebenarnya ? 
benarkah kita ini manusia yang punya rasa ? 
yang punya hati dan perasaan ?

kadang kita terlupa, harga makanan tengahari kita yang kita bangga-bangga mampu membeli sepersalinan baju sekolah mereka..

kadang kita terlupa, harga makanan malam yang kita muat naik dimuka buku untuk dimegahkan kepada rakan maya itu sebenarnya mampu membeli sebuah beg untuk mereka..

sebuah beg baharu untuk menggantikan beg uzur yang sakit di sini sana.. sebuah beg tempat si anak kecil menyimpan buku untuk digalas ke sekolah tempat menimba ilmu.. sebuah beg baharu yang pasti memberi seribu jasa padanya.. sebuah beg yang mampu memberi senyuman manis kepada anak kecil itu..

dan yang paling mahal harganya, kerana sebuah beg baharu itu, ada doa ikhlas diutuskan khusus untuk kita.. doa dari anak kecil yang bebas dari dosa dan noda..

[ saat kakak menulis perenggan ini, airmata kakak bergenang tanpa punca.. entah.. tak tau kenapa.. ]

BACA SINI -- > SENARAI SUKARELAWAN 1 MALAYSIA

sahabat, tolong bantu saya hadiahkan sebuah beg untuk anak kecil itu.. bantu kakak dalam projek kakak, kumpulan kecil kami tiada upah.. kumpulan kecil kami tidak rasuah.. kumpulan kecil kami tidak bergaji.. kumpulan kami hanya terdiri dari surirumah dah sukarelawan yang measih mengharap secebis pahala.. ya.. itu urusan Raja..

hubungilah kakak atau mana-mana #projekbegsekolah untuk membantu kami sebarkan cinta..

sahabat, sudi-sudikanlah sebar luaskan hal ini.. bantu kami sebarkan cinta, demi sebuah senyuman dan seutus doa.. ini harta dan simpanan sebenar kita.. inilah dia.. percayalah !

"kita tak mampu nak tolong semua orang, tapi semua orang mampu menolong seseorang.." - unknown


Viewing all articles
Browse latest Browse all 962