Quantcast
Channel: atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger
Viewing all 962 articles
Browse latest View live

SENARAI NAMA FOCAL PERSON PROJEK BEG SEKOLAH 2017 / 2018

$
0
0
alhamdulillah.. dah nak masuk dua minggu team Projek Beg Sekolah ( PBS ) mengerah tenaga mencari sumbangan dan menyenaraikan seberapa ramai yang mungkin anak-anak yang layak untuk menerima sumbangan berupa beg sekolah..
projek_beg_sekolah

PROJEK BEG SEKOLAH

dengan kekuatan lebih 200 orang focal person yang terdiri daripada individu sukarelawan yang turut sama membanting tenaga bagi menjayakan misi PBS untuk musim kali ini.. menyasarkan lebih dari 15 000 biji beg sekolah untuk diagihkan ke seluruh Malaysia, PBS masih memerlukan sumbangan ikhlas dari orang ramai..

focal_person_projek_beg_sekolah

ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.. ini inisiatif PROJEK BEG SEKOLAH masih sama iaitu memberi senyuman baru untuk anak-anak dibangku sekolah menggalas beg sekolah yang baru supaya tiada lagi rasa segan sebaliknya digantikan dengan semangat dan azam untuk mengubah perjalanan hidup dan keluarga.. kalau sebelumnya, sasaran beg sekolah yang dikumpul hanya 10,000 buah beg sekolah namun dengan kuasa viral dan keperihatinan rakyat Malaysia.. pada penghujung penutup laporan musim kedua, jumlah keseluruhan kutipan beg sekolah adalah sebanyak 13,837 buah beg..

dan sekiranya korang kenal mana-mana individu layak untuk menerima sumbangan ini, atau korang sendiri betul-betul dalam keadaan sempit untuk menyediakan ‘senyuman’ buat anak-anak.. hubungilah KAMI dan KAMI akan membantu sebaik mungkin.. in shaa Allah..

SENARAI KAWASAN DAN FOCAL PERSON PBS MUSIM 3

1 : PERLIS

  • Beseri
    • Mahayan - 013 400 2097
  • Kangar
    • Aishah - 019 554 7878
2 : KEDAH

  • Alor Setar
    • Maznah - 012 909 3874
  • Alor Setar  ( Jln Langgar )
    • Hani - 019 271 0642
  • Baling
    • Cik Ina - 013 922 0351
  • Jitra
    • Nabilah - 012 357 4404
  • Kubang Pasu
    • Juwariyah - 019 597 1271
  • Kulim
    • Tonton - 012 385 3614
3 : PULAU PINANG

  • Balik Pulau
    • Shazs - 017 443 8762
  • Bayan Baru
    • Fatimah - 012 426 5545
  • Seberang Prai
    • Hajariah - 017 519 2584
  • Sungai Ara
    • Syazana - 019 511 2737
  • Tasek Gelugor
    • Hajariah - 017 519 2584
4 : PERAK

  • Bagan Datuk
    • Fairuz - 012 683 2509
  • Beruas
    • Haslinda - 013 702 7020
  • Bota
    • Hawa - 010 630 0503
  • Chemor
    • Norhashekin - 013 472 0868
  • Gopeng
    • Wahidah - 018 570 2811
  • Ipoh ( Ampang )
    • Shuhaida - 011 129 85244
  • Ipoh ( Medan Gopeng )
  • Ipoh ( Pengkalan Pegoh )
  • Ipoh ( Town )
    • Nyte - 018 959 3466
  • Ipoh ( Taman Cempaka )
    • Nuradiba - 017 243 4185
  • Kampar
    • Wahidah - 018 570 2811
  • Kati
    • Fatimah Zahirah - 019 512 9518
  • Kayan
    • Hawa - 010 630 0503
  • Klebang
  • Kuala Kangsar ( Bukit Chhandan )
    • Ahya - 011 2610 2644
  • Kuala Kangsar
    • Fatimah Zahirah - 019 512 9518
  • Lekir
    • Madihah - 010 566 3411
  • Lumut
    • Hawa -010 630 0503
  • Manjoi
    • Azlan - 018 575 5144
  • Manjung
    • Farida - 012 484 3510
  • Meru
    • Fazi - 017 315 0252
  • Padang Rengas
    • Fatimah Zahirah - 019 512 9518
  • Pantai Remis
    • Mahani - 016 534 2314
  • Rapat Setia
    • Wahidah Azizan - 012 469 8356
  • Selama
    • Haizan - 017 546 0694
  • Slim River
    • Junaidah - 018 916 2769
  • Station 18
    • Nyte - 018 959 3466
  • Sungkai
    • Rozilawati - 013 388 9040
  • Taiping
    • Riza - 012 463 7064
  • Tambun
    • Haryantie  - 012 510 7865
    • Adawiyah - 011 1271 3656
  • Tanjung Malim
    • Junaidah - 018 916 2769
  • Tasek
    • Nida - 012 791 7427
  • Teluk Intan
    • Saila - 017 652 7813
  • Ulu Kinta
    • Wahidah Azizan - 012 469 8356
5 : SELANGOR

  • Alam Damai
    • Faridah - 011 399 16254
  • Ampang
    • Zarith - 016 696 1413
  • Ara Damansara
    • Farahanim - 017 669 2515
  • Bandar Baru Bangi
    • Diana - 013 332 2793
  • Bandar Baru Bangi ( S2 )
    • Azim - 017 320 2331
  • Bandar Damai Perdana
    • Faridah - 011 399 16254
  • Bandar Putra Permai
    • Hasanah - 012 610 6134
  • Bandar Saujana Putra
    • Ifa - 019 336 2585
  • Bandar Seri Putra
    • Ina - 012 509 3126
    • Husna - 014 246 4836
  • Bandar Sg Long
    • Surayu - 019 760 2529
  • Bandar Tun Hussein Onn
    • Norhalif - 013 634 5345
  • Bangi
    • Farah - 012 671 3780
  • Bangi Lama
    • Norziah - 019 246 5110
  • Banting
    • Farah - 012 671 3780
  • Batang Kali
    • Kamisa - 013 362 0898
  • Batu Caves
    • Kamisa - 013 362 0898
  • Bestari Jaya
    • Syida - 017 325 9278
  • Bukit Anggerik
    • Faridah - 011 3991 6254
  • Bukit Mahkota
    • Husna - 014 246 4836
  • Bukit Permai Kajang
    • Yana - 019 664 6481
  • Damansara Damai
    • Asniza - 010 871 3266
  • Dengkil
    • Diyana - 019 233 0310
  • Desa Cheras
    • Faridah - 011 3991 6254
  • Desa Pinggiran Putra
  • Desa Putra
    • Salwa - 019 555 8027
  • Desa Saujana
    • Sarah - 019 945 0100
  • Dusun Tua
    • Haris - 018 2111 1164
  • Kajang ( Jalan Reko )
    • Yana - 019 664 6481
  • Kajang ( Kg Jambu )
  • Kajang ( Pekan )
  • Kajang ( Taman Muhibbah )
    • Diyana - 019 233 0310
  • Kajang ( Taman Sri Jelok )
    • Diana - 012 226 3654
  • Kajang ( Taman Sri Jelok )
    • Fatien - 019 321 5800
  • Kajang Perdana
    • Zainab - 011 207 11054
  • Kampung Melayu Ampang
    • Netty - 019 358 4208
  • Kinrara
    • Nany - 012 215 0295
  • Kota Damansara
    • Haliza - 012 624 5722
  • Kuala Kubu Baru
    • Rozilawati - 013 388 9040
  • Kuala Selangor
    • Halima - 012 608 1884
  • Lembah Beringin
    • Rozilawati - 013 388 9040
  • Petaling Jaya
    • Zawati - 011 270 54867
  • Puchong Perdana
    • Emy - 012 320 3037
  • Putra Heights
    • Idayu - 016 209 1376
  • Putra Perdana
    • Dila - 013 291 6720
  • Sabak Bernam
    • Mazni - 010 338 2603
  • Saujana Impian
    • Yana - 019 664 6481
  • Saujana Utama
    • Marini - 012 650 5534
  • Selayang
    • Halima - 012 608 1884
  • Selayang Permai
    • Haslinda - 013 319 1286
  • Seksyen 7, Shah Alam
    • Irfahani - 019 920 5848
  • Sekinchan
  • Sungai Besar
    • Mazni - 010 338 2603
  • Semenyih
    • Haris - 018 2111 1164
  • Sepang
    • Shidah - 012 624 0197
  • Sri Serdang
    • Norazura - 018 289 4455
  • Subang Bestari
    • Zaleha - 017 308 0418
  • Subang Jaya
  • USJ
    • Qary - 019 339 9929
  • S27/32 Shah Alam
    • Daya - 012 689 1597
  • Taman Bukit Mewah
    • Yana - 011 1288 3887
  • Taman Cheras Utama
  • Taman Desa Baiduri
    • Ema - 011 1866 1224
  • Taman Puncak Jalil
    • Hasanah - 012 610 6134
  • Telok Panglima Garang
    • Faizul - 012 250 6839
  • Ulu Bernam
    • Airi - 018 267 9816
  • Ulu Yam
    • Kamisa - 013 362 0898
  • U5 Subang Bestari
    • Faizah - 018 219 4633
  • UPM
    • Norazura - 018 289 4455
6 : WP KUALA LUMPUR

  • Bandar Sri Permaisuri
    • Mimie - 014 255 4733
  • Bukit Jalil
    • Atie Adnan – 017 313 3516
  • Cheras Utama
  • Desa Baiduri
    • Ema - 011 1866 1224
  • Datok Keramat
    • Wahab - 019 393 6269
  • Desa Petaling
  • Kuchai Lama
    • Mimie - 014 255 4733
  • Kerinchi
    • Noriz - 013 245 6388
  • KLCC
    • Maizatul - 013 255 4750
  • Pandan Indah
    • Azlinda - 012 940 1604
  • Pantai Dalam
    • Noriz - 013 245 6388
  • Salak Selatan
    • Mimie - 014 255 4733
  • Setapak
    • Julina - 012 287 4667
  • Setiawangsa
    • Maizatul - 013 255 4750
  • Sri Petaling
    • Mimie - 014 255 4733
  • Taman Keramat
    • Rokiah - 019 422 4376
  • Taman Keramat Permai
    • Wahab - 019 393 6269
  • Taman Tun Perak
    • Nabila - 016 225 8599
  • Wangsa Maju
    • Hazrina - 019 360 7373
  • Wangsa Melawati
    • Hazrina - 019 360 7373
7 : WP PUTRAJAYA

  • Kompleks C
    • Hasanah - 012 610 6134
  • Kompleks E
    • Sarah - 019 945 0100
  • PICC
    • Salwa - 019 555 8027
  • Presint 2
  • Presint 4
  • Presint 14
    • Dayah - 012 297 4491
  • Presint 5
    • Hawa - 012 248 6195
  • Presint 9
    • Rohaya - 012 908 5236
  • Presint 11
    • Norleen - 012 484 5882
  • Presint 15
  • Presint 16
    • Shafina - 012 538 9844
8 : PAHANG

  • Balok
    • Ika - 018 327 4642
  • Batu Talam
    • Musliana - 019 927 8483
  • Bentong
    • Nain - 011 5820 7927
  • Beserah
    • Fatinah - 019 357 2302
  • Felda Chemomoi
    • Ema - 011 1866 1224
  • Felda Keratong
    • Mus - 019 618 4166
  • Kg Kuala Medang
    • Zaidah - 012 246 1394
  • Kg Tersang
    • Musliana - 019 927 8483
  • Kuala Lipis
    • Zaidah - 012 246 1394
  • Kuantan
    • Suhaila - 012 964 5614
  • Maran
    • Zuraidah - 019 473 4031
  • Muadzam
    • Mus - 019 618 4166
  • Raub
    • Iera - 012 915 3763
  • Rompin
    • Rokiah - 012 928 3023
    • Rostam - 019 907 4659
  • Tg Gemok Rompin
    • Hafizah - 019 267 3007
  • Temerloh
    • Sarah - 019 945 0100
9 : NEGERI SEMBILAN

  • Mantin
    • Zaleha - 017 308 0418
  • Nilai
    • Shidah - 012 624 0197
  • Port Dickson
    • Fareha - 019 567 3690
  • Rembau
    • Raudah - 012 941 7569
    • Zakwan - 019 686 8893
  • Senawang
    • Zaleha - 017 308 0418
  • Senawang
    • Hidayah - 019 657 7912
  • Sendayan
  • Seremban 2
    • Fadhilah - 019 553 7657
10 : MELAKA

  • Bandar Melaka
    • Syireen - 012 724 7497
  • Kg Pernu
    • Ardila - 013 620 4014
  • Kg Telian Laut
    • Azie - 013 565 1428
  • Melaka Tengah
    • Fariza - 012 699 7742
  • Pengkalan Balak
    • Yati - 011 3234 1430
  • Tanjung Keling
    • Suhaini - 012 696 0473
  • Tanjung Minyak
    • Suhaini - 012 696 0473
  • Teluk Mas
    • Rozilawati - 013 388 9040
  • Umbai
    • Ardila - 013 620 4014
11 : JOHOR

  • Bandar Pontian
    • Marlia - 010 709 7164
  • Bandar Seri Alam
    • Adha - 019 779 5108
  • Batu Pahat
    • Munna - 017 378 7835
  • Bukit Gambir
    • Mazni - 010 338 2603
  • Gelang Patah
    • Hernee - 014 610 6331
  • Kluang
    • Fadhli - 013 700 1920
  • Kulai ( Bandar Tenggara )
    • Kamsurina - 017 788 2029
  • Masai
    • Azizah - 011 3965 4858
  • Pontian
    • Cik Gee - 012 986 1574
  • Simpang Renggam
    • Fadhli - 013 700 1920
  • Tangkak
    • Mazni - 010 338 2603
  • Ulu Tiram
    • Rohani - 016 717 7641
12 : TERENGGANU

  • Kerteh
    • Rosli - 012 303 2249
  • Kuala Terengganu
    • Marlia - 010 709 7164
  • Marang
    • Rozie - 012 965 7893
  • Marang
    • Hazirah - 013 950 5468
13 : KELANTAN

  • Kota Bahru ( Bandar )
    • Masturawaty - 011 2554 9994
  • Kota Bahru ( Guchil Bayam )
  • Pengkalan Chepa
    • Rasna - 013 349 2671
  • Kuala Krai
    • Maesarah - 013 956 1249
  • Kubang Kerian
  • Pasir Tumboh
    • Efie – 019 z989 0707
  • Manek Urai
    • Yusmizan - 019 972 8720
  • Pasir Puteh
    • Amalina - 011 1054 4671

14 : SABAH

  • Beufort
    • Asriyani - 010 231 5386
  • Bombong
  • Kampung Raganan
    • Emylia - 014 364 3214
  • Kinarut
    • Wan - 013 642 2341
  • Kota Kinabalu ( Pulau Gaya )
    • Rosiah - 016 640 8584
  • Kota Kinabalu ( Putatan )
    • Asriyani - 010 231 5386
  • Kota Kinabalu ( Sepanggar )
    • Siti - 019 413 9987
  • Kudat
    • Sabariah - 012 820 7914
  • Papar
  • Sabindo
    • Wan - 013 642 2341
  • Sandakan
    • Zainuddin - 016 810 5944
  • Tuaran
    • Emylia - 014 364 3214
  • Telipok
    • Ain - 014 225 5126
15 : SARAWAK

  • Kota Samarahan
    • Hipni - 011 1260 1671
  • Kota Samarahan ( Bandar )
    • Farah - 013 343 2564
  • Kuching
    • Adillah - 013 830 2712
  • Kuching ( Bau )
    • Shirley - 013 862 5762
  • Miri
    • Fatimah - 010 900 7390
  • Mukah
    • Amysha - 013 567 3647
    • Azie - 013 565 1428
  • Sibu
    • Badrul - 011 2096 8233
16 : WP LABUAN

  • Labuan
    • Norazlina - 017 383 0270
sumbangan_derma_beg_Sekolah
memikul tanggungjawab untuk adil dan saksama, in shaa Allah usaha kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang sangat memerlukan.. em.. jadi !! kalau korang yang membaca ni, kenal sesiapa yang memerlukan bantuan, boleh hubungi nombor telefon yang tertera di atas ya..

tapi untuk tujuan PROJEK BEG SEKOLAH tau.. hee~ jangan pula diajak berkenalan la hape bagai.. kami bukan dak dak wicet dan kebanyakan dari kami sudah berumur pun.. macam kakak.. hahahaha~

kami juga masih memerlukan sumbangan dari kalian bagi melaksanakan tugasan ini.. KLIK SINI untuk info..

atiehilmi.com

BUKAN GOSIP ; FATTAH AMIN DAN FAZURA SUDAH BERTUNANG

$
0
0
mana boleh jadi kalau kakak diam jek.. kan ? hee~ kakak memang follow perkembangan dua ketul F ni dari drama Hero Seorang Cinderella sampai la masuk ke filem Wanita Terindah yang sedang ditayangkan..

fattzura_fattah_amin_fazura


FATTZURA

sama cantik dan sama padan membuatkan khabar angin tentang mereka semakin hari semakin bertebaran di media sosial.. ya.. macam biasa.. ada yang positif dan sebaliknya.. hee~ seronok juga bila ada haters yang membangkang teruk hubungan dorang ni.. jeles barangkali tak dapat memiliki salah seorang dari mereka..

spekulasi yang menimbulkan tanda tanya sudah pun terjawab dengan sidang media yang telah diadakan semalam di sebuah hotel terkemuka yang menjelaskan bahawa Fattah Amin dan Fazura sebenarnya sudah bertunang pada 13 November lalu di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya yang turut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat.. iya lah.. merisik dan bertunang seharusnya menjadi rahsia dan tidak perlu lah disebarkan secara meluas.. cukup sekadar dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.. kan ?

FATTAH AMIN DAN FAZURA BERTUNANG

sepertimana yang terdapat di dalam kitab Syarh Mukhtasar al-Khalil yang mana al-Kharasyi Rahimahullah ( wafat 1101H )


“adapun al-Khitbah ( pertunangan ), maka digalakkan untuk menyembunyikannya 
seperti al-Khitan.. digalakkan untuk menyembunyikannya kerana takut akan 
hasad yang mana boleh membantu merosakkan diantara orang yang 
bertunang dan ahli yang ditunangnya..”


selamat_pengantin_baru_fattah_amin_fazura

Fattah Amin dan Fazura yang hadir sedondon dalam persalinan putih dikatakan bergegas ke hotel ( tempat berlakunya sidang media ) sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ), Sepang kira-kira jam 4 petang semalam..

menjawab pelbagai soalan dari pihak media, pasangan manis ini memberitahu bahawa majlis pernikahan akan diadakan dalam tempoh terdekat ( tetapi tarikh belum ditetapkan lagi ) manakala merancang akan mengadakan resepsi pada awal tahun hadapan.. wah !! confirm wedding of the year ni.. hee~ kan Fazura kawan baik kepada Rizman Ruzaini, confirm la hasil kerja mereka akan disarung oleh si darah manis ni nanti.. kan ? hee~ kakak agak jek..

fattah_amin_fazura_betunang

apa pun.. tahniah dari pihak kakak, semoga ikatan pertunangan dijaga sebaik mungkin.. darah tengah manis ni, taik gigi pun rasa cokelat.. tak sedar malam ke siang berlalu pantas.. semunya indah kan..

oh !! dalam bercerita tentang pertunangan Fattzura ni.. jangan lupa filem Wanita Terindah yang telah disiarkan di Astro First.. haa.. orang kata Fattah Amin kayu tetap kayu kan ? nampaknya sekayu kayu Fattah Amin, ini kayu jati tau.. mahal punya.. hee~ try la tengok.. kakak bagi 10 / 10 bintang.. memang layan perasaan lagi-lagi babak Fattah Amin melamar Fazura.. serius real romantik sweet potong kaki.. tersengih sensorang kakak tau..

filem_wanita_terindah

bila kakak scroll komen-komen dari peminat Fattzura yang mendoakan mereka, masih terselit pemikiran-pemikiran rakyat kelas ketiga pada sesetengah mereka yang tidak menyokong tindak tanduk pasangan ini.. hee~ kalau tak suka, sepatutnya unfollow ataupun block saja.. ni sibuk berusaha keras jadi stalker dan timbulkan kebencian.. cis.. tak suka betul kakak.. hee~ korang tak percaya ? cubalah singgah instagram dan cari #fattzura ; nanti korang akan nampak beberapa komen dari orang tidak bijak terselit dicelah celah orang yang mendoakan baik baik..
bak kata Fazura..

“being happy for another’s success and happiness will bring so much joy, positivity and peace into your life.. give it a try and see for yourself :) lots of LOVE..” – Fazura

atiehilmi.com

SIRI PENJAGAAN KESIHATAN DALAMAN DAN LUARAN BERSAMA LYNNITY

$
0
0
em.. bab kesihatan memang kakak minat sangat tau.. hee~ lagi-lagi dengan cabaran lambakan produk kesihatan pelbagai jenama yang sangat membimbangkan, membuatkan kakak lebih berhati-hati dalam memilih apa yang terbaik untuk diri kakak dan keluarga.. wahh sangat kan sampai ada pula siri penjagaan kesihatan dalaman dan luaran bersama pihak penaja.. gittew--

lynnity_botanic_health_citrus

badan kita ibarat enjin yang perlu dijaga rapi, kalau tersangkut sikit confirm akan effect pada pergerakan dan aktiviti sehari-hari.. kan ? biasanya korang pakai produk apa ? haa.. jangan sampai tersalah pilih produk tau dan perlulah memberi keutamaan pada produk organik yang selamat dan berkualiti.. ya !! kakak cerewet sikit nasiblah jumpa brand Lynnity ni.. fufff—lega dia bukan kepalang lagi..

LYNNITY BOTANIC HEALTH ( CITRUS )

semakin meningkat umur, kepadatan tulang semakin kurang dan mula la tulang berkeriuk keriuk menandakan tulang semakin nipis.. em.. risau ? ya !! memang perlu risaulah sebab tulang yang tidak kuat akan membataskan pergerakan bah kan memberi risiko tulang patah secara tiba-tiba.. alamak.. nak buat macam mana ? takkan nak biar kan saja tanpa merawat atau mencari jalan penyelesaian ? em..

ni la kakak nak bagi tau ni.. hee~ dah lebih seminggu kakak minum Botanic Health ni ha.. katanya dapat membantu mencegah osteoporosis dan memberi mantaat kepada tulang.. nah !! bunyi macam tak percaya kan ? sebenarnya, kakak sendiri mengalami tulang berkeriuk lagi-lagi bila nak turun sujud ketika solat.. bunyi ‘prappp’ tu bukan sikit tapi mengganggu ibadah yang kakak lakukan.. em.. diam tak diam, dalam rasa tak percaya kat Botanic Health ni, bunyi ‘prappp’ tu dah tak de dah..


pergerakan juga semakin lancar tanpa bunyi pelik pelik.. hee~

APA FUNGSI BOTANIC HEALTH ?

secara keseluruhan, minuman yang didatangkan dalam paket 20 gram ini membantu :
  • meningkatkan kesihatan tulang dan sendi
  • membaikpulih dan mengekalkan kesihatan tulang rawan
  • mengurangkan kesakitan dan keradangan
  • meningkatkan dan mengekalkan pergerakan fizikal
  • mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, meningkatkan kesihatan katdiovaskular
orang kata, kalau kesihatan dalaman terjaga keceriaan dan kecergasan terpancar pada wajah.. nah !! ehem !! yang mana liat nak makan sayur, kakak sarankan korang mulakan pengambilan Botanic Health ni sebab dalam satu paket kecil ni mengandungi formula lengkap dari buah-buahan, sayur-sayuran dan herba terpilih seperti :

botanic_health_citrus_lynnity
  • buah delima
  • alga
  • manggis
  • misai kucing
  • rumpai laut
  • halia hitam
  • asid askorbik
  • bran oat
  • chia seed
  • taurina
semuanya sangat diperlukan badan kan ? tak pelik la kesihatan kakak semakin bagus dan badan semakin segar bertenaga.. superfood untuk supermom.. haruslah kan.. hee~

LYNNITY RELIEF ESSENTIAL OIL

siapa kenal kakak, mesti tau betapa kakak lasak dalam menguruskan rutin sehari-hari.. mananya nak mengemas rumah, menguruskan suami dan anak-anak, memasak dan blogging dalam satu masa.. ada kawan bertanya bagaimana kakak menguruskan semuanya tanpa rasa penat dan letih malah selalu nampak bertenaga..

lynnity_relief_essential_oil

perkenalan yang sangat singkat antara kakak dan Lynnity Relief Essential Oil tapi botol kecil ni membuatkan kakak jatuh cinta berulang kali.. haa.. serius ni.. didatangkan dalam botol roll-on ini mempunyai ‘kuasa’ ajaib yang mampu melegakan sengal sengal dan membuatkan rasa tenang..

bagaimana ?

ramuan ajaib yang diekstrak daripada bunga Myosotis Sylvatica atau nama manjanya Woodland Forget Me Not yang sesuai digunakan oleh semua peringkat umur.. kakak kan, sejak dah mula menggunakan Relief ni nak duduk menaip 3 entri dengan fakta sehari pun masih bertenaga tau.. badan pun rasa segar dan semakin banyak pula idea dapat dijana.. hee~ tak la.. itu kakak gurau.. sedikit sebanyak Relief membantu kakak dalam mengawal emosi dan memberi rasa tenang..

lynnity_relief_essential_oil

minyak terapi yang tidak mengandungi bahan kimia merbahaya ini selamat digunakan tanpa ragu-ragu.. nah !! sapukan saja pada kaki dan tangan termasuklah sendi-sendi yang tidak selesa dan biarkan seketika sehinggalah ia meresap lembut ke dalam kulit.. em.. bau dia tak perit seperti minyak angin sebaliknya berbau lembut dan menyegarkan..

KANDUNGAN LYNNITY RELIEF

sudah tentulah dari bahan-bahan yang berkualiti dan terjamin, seperti ;

  • Mentha Piperita  ( Peppermint ) oil
  • Abies Balsamea ( Balsam Canada ) needle oil
  • Eugenia Caryophyllus ( Cengkih ) bud oil
  • Cocos Nucifera ( Coconut ) oil
  • Lavender Flower
  • Hawaiian Sandalwood
  • Sun Flower
  • Eucalyptus Leaf
  • Clary Sage Flower
  • Roman Chamomile Flower
  • Cedarwood Wood
  • Ylang Ylang Flower
  • Geranium Plant

disebabkan saiznya yang comel yakmat, kakak memang simpan dalam handbag jek.. senang nak bawa ke mana-mana dan digunakan bila-bila masa kecemasan.. roll-on jek kat mana tempat yang korang rasa tak selesa dan buatlah urutan ringan.. serius memang berbaloi..

ANAK KURANG FOKUS DI DALAM KELAS

ya !! ini masalah semua pelajar kot.. lagi-lagi yang aktif macam Nur Aiman.. adoi.. dah la susah nak fokus, lasaknya bukan main.. ada je akal nak mengusik sana sini.. hee~ kakak ambil Lynnity Relief ni dan sapu ke sendi-sendi utama pada tubuh Nur Aiman.. hasilnya ? Nur Aiman nampak lebih tenang dan mudah untuk serasikan diri dengan keadaan baru.. kalau selesema pun, kakak calitkan pada batang hidung anak-anak dan sedikit pada dada..

lynnity_relief_essential_oil_1

jatuh cinta ?

ah !! sudah tentulah.. hee~ sebagai ibu dan surirumah yang sangat menitik beratkan soal kesihatan, kakak perlu peka dengan setiap bahan yang kakak gunakan di rumah dan kakak memilih produk yang berkualiti dan organik..

keharmonian keluarga sebahagian dari tanggungjawab seorang ibu tau..

nak jadi ibu yang bijak macam kakak ? jom !! klik link di bawah ya..


atiehilmi.com

REKOD CEMERLANG SHOPEE ; 80 JUTA MUAT NAIK APLIKASI DALAM TEMPOH DUA TAHUN

$
0
0
wah !! kalau bercakap tentang jumlah angka, 80 juta merupakan satu jumlah yang terlampau besar dan sangat bermakna buat syarikat e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan, iaitu Shopee sepanjang tempoh dua ( 2 ) tahun..

shopee_my

dengan sokongan dari lebih 200 000 usahawan dengan pelbagai jenama, Shopee telah menjadi platform pelihan utama untuk para penjual dan pembeli meneroka perniagaan dalam talian.. Shopee telah menyaksikan serta membuktikan pertumbuhan penting merangkumi ketujuh-tujuh ( 7 ) pasaran dengan kira-kira lebih 80 juta muat turun di rantau ini dan lebih daripada 180 juta senarai produk aktif daripada 4 juta usahawan.. sehingga ke hari ini, terdapat kira-kira 5 000 jenama dan pengedar ternama yang menyertai Shopee sejak mula ia dilancarkan pada tahun 2015..

APLIKASI SHOPEE

dengan kekuatan 2 500 tenaga kerja yang sangat komited dengan tanggungjawab masing-masing, Shopee memberi ruang dan peluang untuk sama-sama maju disamping meningkatkan ekonomi semasa.. dengan membuktikan tahun 2017 adalah tahun yang mengujakan, pencapaian Shopee Malaysia sangat membanggakan termasuklah :

  • anggaran nilai dagangan kasar tahunan dicatat pada lebih USD 5 bilion
  • lebih 200 000 usahawan dan jenama termasuk Shojikiya, Pets Wonderland, OnePlus, Pureen, Lovelylace dan Mentholatum..
    • sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan ekonomi digital yang dijangka akan menyumbang 20% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) menjelang 2020
  • pelancaran Shopee Mall ; satu protal membeli-belah premium yang menawarkan lebih 100 000 produk secara eksklusif oleh pelbagai jenama terkenal dan pengedar sah..
    • inisiatif ini telah berjaya menarik banyak jenama terkemuka yang memilih Shopee sebagai platform untuk meningkatkan hasil perniagaan dalam talian
  • Shopee University ; siri bengkel kemahiran yang membantu usahawan dan perniagaan tempatan untuk berjaya dalam bidang e-dagang yang telah membimbing lebih dari 4 000 peserta dari 10 negeri terpilih..

Shopee-Birthday_VIP-02


“usahasama kami dengan Shopee telah memboleh kami meluaskan kehadiran 
kami dalam talian dan mendekati jumlah pelanggan yang lebih besar..
tahniah atas Ulangtahun ke-2 mereka dan kami berharap 
untuk meneruskan usahama ini..” 

Aadrin Azly
Ketua Bahagian Perniagaan Runcit, PETRONAS Dagangan Berhad




"dengan Shopee, kami boleh menawarkan Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia..

kami beruntung dapat bekerjasama dengan Shopee dalam memberikan 
penjimatan hebat dari produk berasaskan makanan dan bukan makanan 
kepada semua pelanggan kami di seluruh negara dalam memenuhi 
keperluan seisi keluarga..”

Malik Murad Ali

IT Director, MYDIN Malaysia



"kami melihat, semakin ramai pengguna Digi menikmati pembelian secara 

dalam talian yang memudahkan mereka ketika membeli tambah nilai prabayar 
dari Kedai Rasmi Digi dan kami bercadang untuk menyediakan lebih banyak 
tawaran hebat pada masa akan datang dalam usaha menjadi rakan 
kehidupan digital pilihan pengguna..”

How Lih Ren

Ketua Jabatan iTelco Digi



“kami memilih Shopee sebagai rakan eDagang pilihan berdasarkan 
perkembangan pesat mereka dalam masa yang singkat dengan jutaan 
pengguna di seluruh Malaysia.. dengan 330 kedai MR. DIY di seluruh negara 
disokong oleh Shopee, kami mampu memenuhi keperluan seisi rumah pada bila-bila 
masa dan di mana sahaja..”

Andy Chin
Ketua Jabatan Pemasaran, MR. DIY



ulangtahun_shopee_kedua.jpeg

sebagai penghargaan dari Shopee kepada pengguna, Shopee akan melancarkan jualan murah sempena ulangtahunnya dari 01 Disember hingga 14 Disember dengan pelbagai tawaran promosi hebat ke atas lebih 6 juta produk yang tersenarai di ruang jual beli Shopee.. wah !! memang tak boleh ketinggalan ni.. hee~ dan paling menariknya, jualan kilat Shocking Sale, Kemuncak Berganda Shopee Mall, Tawaran Mega 12.12 dan pelbagai lagi yang menjanjikan harga terendah berbanding platform pesaing yang lain..

rakan rasmi Shopee termasuklah Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Ambank, Citibank, Petronas, Digi, Maxis, B Infinite, FPX dan Photobook turut menyertai sambutan ini dengan promosi eksklusif untuk pengguna Shopee.. rebutlah peluang keemasan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah percutian untuk dua ( 2 ) orang ke Honolulu, Hawaii yang bernilai RM 15 000.00 dan sebuah iPhone X bernilau RM 5 500.00 turut ditaja oleh FPX..

korang cuma perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM 100.00 bagi setiap transaksi menerusi pembayaran dalam talian ( FPX ) speanjang bulan Disember untuk melayakkan korang menyertai pertandingan ini..

ulangtahun_shopee

PERTANDINGAN BELI - SELFIE - MENANG

menambah kemeriahan sempena ulangtahun kedua ini, Shopee juga akan melancarkan Pertandingan Bingkai Gambar Facebook Hari Lahir dari 21 November hingga 12 Disember, di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah iPad mini 4 bernilai RM 1 899.00 dan 500 000 Shopee Coin..
caranya ?

alahai.. mudah la sangat hohoi.. korang cuma perlu memuatnaik Bingkai Gambar Facebook Shopee di akaun Facebook masing-masing..

juga !! tawaran hadiah mingguan berupa wang tunai yang benilai RM 500.00 untuk pemenang pertandingan Snap & Win dari 21 November hingga 22 Disember 2017.. korang cuma perlu tangkap gambar bersama pembelian yang dilakukan dari Shopee kemudian muatnaik ke akaun Instagram korang.. menariknya !! setiap minggu Shopee akan memilih seorang pemenang tau.. hee~

jangan lupa untuk sama-sama memeriahkan Ulangtahun Kedua Shopee dengan merebut seberapa banyak hadiah yang ditawarkan.. tapi !! kena install aplikasi Shopee dulu ya..

LAMAN WEB : www.shopee.com.my
FACEBOOK : www.facebook.com/shopeeMY
INSTAGRAM : www.instagram.com/shopee_MY

atiehilmi.com

TRANSFORMASI SENI KL BIENNALE 2017 MEMBUDAYAKAN SENI BELAS ALAMI

$
0
0
kalau tenung punya tenung hasil seni artis dalam dan luar negara yang menjadi pameran di balai-balai seni lukis, memang kakak pandang sebelah mata sahaja.. hee~ mana nak faham ini kan pula nak tenung satu satu dan membuat penilaian sendiri.. nah !! dikesempatan yang ada sempena edisi sulung, Binnale Kuala Lumpur 2017 yang bertemakan BELAS atau Be Loved memberi kakak pengalaman baru yang memang takkan kakak lupakan..

biennale_kuala_lumpur_2017_2
mengiktiraf dan menggema nilai-nilai masyarakat tempatan, pameran bertaraf antarabangsa ini telah pun bermula dapa 01 November 2017 dan akan berlansung sehingga 31 Mac 2018 di Galeri Seni Nasional, Kuala Lumpur.. antara kisah-kisah BELAS ( Be Loved ) yang telah dibentangkan melalui pameran seni ini termasuklah :

  • Love for Nature / BELAS Alam
  • Love of Heritage / BELAS Warisan
  • Love for Humanity / BELAS Insan
  • Love for Animals / BELAS Haiwan
  • Love for Legendary Icons / Belasungkawa

BE LOVED

menurut kamus bahasa Melayu, Kamus Edisi Keempat ( 2015 ) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ), 'BELAS' bermaksud kesedihan, empati dan kasihan.. BELAS juga bermaksud belas kasihan atau rahmat.. tema ini dipilih untuk menggambarkan bahawa KL Biennnale 2017 melampaui tema biasa biennales antarabangsa seperti perbezaan, konflik etnik, perang dan politik.. tema ini juga bersifat membina dan penuh belas kasihan, menanamkan nilai-nilai positif seperti belas kasihan, ketulusan, kebahagiaan, kejujuran, toleransi, saling menghormati, perpaduan, harapan dan kemapanan..

biennale_kuala_lumpur_2017_6

majlis yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz ; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia turut melahirkan rasa bangga apabila Kuala Lumpur dipilih menjadi penganjur edisi sulung Binnale ini sekaligus dapat mempromosikan Kuala Lumpur secara khasnya..

OBJEKTIF KL BIENNALE

  • untuk memperluaskan rangkaian kerjasama Galeri Seni Nasional dalam memastikan pembangunan industri seni kontemporari sekaligus mempromosikan seni kontemporari tempatan di peringkat antarabangsa
  • untuk memupuk identiti dan profil Malaysia dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai salah satu bandar mesti dilawati di peta seni global
  • menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara Asia yang berterusan dalam membangunkan sektor ekonomi kreatif yang berdaya saing di peringkat global
  • memupuk nilai-nilai positif budaya Malaysia dan menanamkan cinta dan belas kasihan dalam membina masyarakat yang harmoni
biennale_kuala_lumpur_2017_4

mempamerkan hasil seni bintang dari Asia Tenggara, China, Korea Selatan, Jepun dan India, KL Biennale dijangka menjadi tumpuan berikutan selaras dengan kalendar budaya dengan kerjasama antarabangsa dan tempatan yang sangat aktif bertukar idea.. nah !! bukan itu sahaja tau.. kalau kita pandang dari sudut kebudayaan tempatan, kakak rasa KL Biennale mampu pengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur dalam peta kebudayaan global..

edisi sulung, gias !!
siapa tak bangga kan ?

biennale_kuala_lumpur_2017_1

antara pengkarya yang akan mempamerkan hasil kerja mereka sempena KL Biennale 2017 :

  • Sharmiza Abu Hassan
  • Ahmad Zakii Anwar
  • Hayati Mukhtar
  • Shoosie Sulaiman
  • HH Lim
  • K Thanggarajoo
  • Lisa Foo
dan ramai lagi !!! korang memang kena singgah walau sekejap untuk kurangkan rasa stress dengan cuba menikmati setiap hasil kerja yang dipamerkan.. memang menarik dan idealistik.. tidak lupa juga, KL Biennale 2017 turut memperingati pengkarya tempatan yang pernah menjulang nama Malaysia..

biennale_kuala_lumpur_2017_5

KL Biennale 2017 mengalu-alukan kehadiran masyarakat setempat dan pengiat seni kerana sasaran 250 000 pengungjung dalam tempoh lima bulan adalah satu sasaran yang besar.. hee~ best tau.. bawalah seisi keluarga sebab tak de bayaran masuk dikenakan.. ya !! PERCUMA jek--

biennale_kuala_lumpur_2017_11

kalau korang lapar atau haus, jangan risau.. sepanjang berjalannya KL Biennale 2017, ada banyak gerai dan foodtruck yang akan beroperasi.. nah !! apa lagi alasan ? hee~ tak de kan ? jom la.. serius best weyh..

KUALA LUMPUR BIENNALE OFFICE

National Visual Arts Development Board
No, 2 Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur

TEL : 03 - 40267000

Email : KLBiennale@artgallery.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/KLBiennale
Instagram : https://www.instagram.com/klbiennale/

atiehilmi.com

KARNIVAL UPIN IPIN 2017 BAKAL MENJADI FENOMENA TAHUNAN

$
0
0
setiap tahun dan belum pernah gagal, Upin Ipin dan kawan-kawan akan ‘muncul’ serta meraikan peminat cilik yang menjadi penunggu setia di kaca televisyen setiap hari.. nah !! Karnival Upin Ipin yang bertemakan #upinipinluarbiasa memang menepati temanya.. hee~ ye la.. memang luar biasa sungguh sampai #duanur minta pergi lagi keesokan harinya.. korang ghase ?

karnival_upin_ipin_2017_8 (2)

karnival yang berlansung selama ( 3 ) hari bermula dari 24 November 2017 hingga 26 November 2017 di MAEPS, Serdang ini sangat meriah dengan senyuman dan gelak tawa dari anak-anak kecil.. #duanur ? em.. tak payah cakap la.. memang menyengih sepanjang hari dan melakonkan semula dialog Upin Ipin dan kawan-kawan..

siri animasi kegemaran ramai yang sudah bersiaran di sisi televisyen selama sebelas ( 11 ) tahun ini telah diangkat menjadi Duta Pelancongan Malaysia seperti yang diumukna oleh YB Dato’ Seri Mohammad Nazri bin Abd Aziz ; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia semasa pelancaran karnival pada hari Jumaat, 24 November 2017 lepas.. ya !! duta yang pertama dalam bentuk animasi !! sempoi a--

tahniah buat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. !!

karnival_upin_ipin_2017_y

belajar dari pengalaman.. hee~ untuk tahun 2017 ni, nampaknya pihak penganjur lebih sistematik dan kakak suka.. dengan menyediakan ruang yang lebih besar dan luas, membuatkan aturan pembeli tiket dan penebusan tiket lebih lancar.. tak de la kes bersesak bagai kan ? pengunjung yang kebiasaannya dengan anak kecil pun akan merasa lebih selesa..

dan pemilihan MAEPS, Serdang merupakan lokasi yang sangat sesuai.. dengan ruang parking yang lebih luas ( kalau korang parking jauh pun akan ada tram yang akan bawa korang naik ke hall karnival ni.. jadi.. jangan risau.. ) ada yang berbayar serendah RM 5.00 sehingga RM 15.00 – betul betul sebelah hall.. tak kisah la kan.. alah membeli menang memakai, pilih la mana yang sesuai..

karnival_upin_ipin_2017_4 (1)

yeay !! tak payah beratur panjang.. laju jek sampai depan untuk dapatkan pass.. memang tak tunggu lama sebab dah nak sampai masa untuk majlis perasmian.. #duanur bagi peluang untuk ibu selesaikan tugasan ibu dulu baru lah dapat explore apa yang ada..

karnival_upin_ipin_2017_5

tergolek atas beanie weyh !! hahahaha~ macam anak tuan kapal korek bijih timah gayanya tu.. disebabkan ruang yang lebih luas dan besar, aircond memang kuat terasa.. sekali lagi.. tahniah !! tak de isu budak pengsan, meragam dan merengek sepanjang tayangan depan stage.. semua tersenyum jek--

karnival_upin_ipin_2017_13 (1)

sementara nak tunggu show, tayangan siri Upin Ipin episod baru menjadi halwa mata anak-anak.. semua pakat duduk tenang jek.. sejuk mata ibu menengoknye lahai hai hai..

karnival_upin_ipin_2017_20 (1)

“ramainya Upin Ipin..” – nah !! sekali keluar ramai Upin Ipin..

karnival_upin_ipin_2017_22 (2)

Ara ; dari siri Pada Zaman Dahulu pun ada..

kemuncak yang ditunggu-tunggu selepas Upin Ipin dan kawan-kawan adalah kemunculan Ultraman Ribut menentang rasaksa.. haa.. jangan tanya kakak apa nama Ultraman dan rasaksa tu.. hee~ Nur Aiman tak kelip mara tengok Ultraman berlawan.. katanya “jantung abang dup dap dup dap laju masa Ultraman jatuh.. tapi Ultraman superhero, mana boleh kalah..” – meleret senyum sampai ke malam weyh.. terpancar kegembiraan disekeliling kakak juga bila melihat riak wajah yang sama pada muka anak-anak yang turut leka merenung Ultraman berlawan di atas pentas..

karnival_upin_ipin_2017_8 (1)

biasa la tu kan kalau hero kalah dulu.. hee~ jap jap nanti dah bangkit, terus menang..

karnival_upin_ipin_2017_4 (2)

rasaksa yang lebih besar !! ya !! sebelum ni masa karnival Upin Ipin pun ada jugak persembahan Ultraman menentang rasaksa ni, tapi tak sangka keluar yang paling besar punya !!! waa.. kakak pun terpegun sekejap.. hee~

dah puas melasak dengan Ultraman dan rasaksa, ada pelbagai lagi persembahan yang menyusul.. memang seronok dan terisi masa bersama keluarga yang jarang-jarang dapat berkumpul sama.. masa ni la nak duduk sekali dan letak handphone dalam beg, melayan kegembiraan anak-anak yang masih kecil..

antara persembahan dan aktiviti untuk pengunjung di HALL A :


  • persembahan Puteri Limau
  • persembahan Pada Zaman Dahulu
  • persembahan Upin & Ipin Luar Biasa
  • Upin Ipin The Musical
  • persembahan Ultraman Ribut
  • tayangan episod baru Upin & Ipin
  • lelongan barangan jenama Upin Ipin
  • bergambar di mural 3D
  • melipat kertas origami di section Pada Zaman Dahulu
  • bermain maze
  • permainan interaktif ciptaan Les’ Copaque

dan yang pastinya !! pelbagai hadiah untuk dimenangi !! tahun ni, memang tak menyesal lansung dapat sama-sama memeriahkan Karnival Upin & Ipin ni..

karnival_upin_ipin_2017_2 (1)

dia frust sebab tak pakai gown princess, tapi meleret senyum lebar bila dapat tangkap gambar dengan Puteri Limau.. hee~

karnival_upin_ipin_2017_16

main game ni, nanti dapat hadiah.. memang laju jek la budak dua ketul ni ha.. hee~

karnival_upin_ipin_2017_13 (2)

kaki game ? memang kena singgah untuk lepas gian.. nasib kami berempat bukan sejenis itu.. dan memang niat nak lepak melayan kehendak anak-anak.. okay.. tutup mata.. hee~ jalan laju laju..

dah berpenat lelah dalam HALL A, kami mengambil langkah pantas menuju ke HALL C.. haa.. ada apa kat sana ? kalau nak diikutkan, boleh jek lepas amik tiket terus masuk ke HALL C.. punya takut terlepas persembahan Ultraman, nampak entrance HALL C pun buat buat tak nampak jek la.. kita pegi jek terus cari Ultraman.. – kisah benar ibu beranak 2.. hahahaha~

karnival_upin_ipin_2017_p

rupanya..

HALL C pun menarik juga !! mendedahkan aktiviti staff Les’ Copaque sendiri dalam menghasilkan Upin Ipin dan kawan-kawan untuk anak-anak kita berhibur.. wa.. kat sini memang kakak teruja.. sebelum masuk, pengunjung akan diberi sebuah buku untuk melengkapkan kelima-lima task yang telah diberikan.. bila lengkap jek, pengunjung akan mendapat sebuah medal..

tapi !!!!!

kami tak tau pun kewujudan buku dan task tu.. hahahahah~ makanya.. terlepas la untuk dapatkan medal sebagai kenangan.. okeh.. teruskan pengembaraan tanpa pedulikan hal medal bla bla bla bla bla bla..

di sini.. kami didedahkan dengan persekitaran ruang kerja di Les’ Copaque.. mungkin tak serupa tapi kakak rasa ada yang sama.. contohnya..

karnival_upin_ipin_2017_14

pengunjung berpeluang merakam suara !! nah !! budak ni memang tak penah nak lepaskan peluang.. hee~ wajib try katanya.. dan selesai jek.. boleh ambil wristband pendrive yang telah disimpan hasil recording tadi.. waa.. tetiba Nur Aina perasan retis uoollllssss..

karnival_upin_ipin_2017_l

jalan masuk ke dalam dan menikmati segala aktiviti yang telah disediakan memang menarik dan puas hati.. sebab ? ya.. sebab ada :

  • bilik nenek kebayan
  • Tadika Mesra
  • kebun kak ros
    • boleh bercucuk tanam dan bawa balik pokok yang korang tanam tu
  • persembahan wayang kulit
    • kegemaran Tok Dalang ni.. hee~
  • mengunjungi rumah Opah
  • bergambar dengan Ultraman
  • bilik cermin

karnival_upin_ipin_2017_11 (1)

bilik nenek kebayan ni memang gelap sikit, kakak dah tangkap beberapa keping gambar tapi blur.. mungkin bilik ni betul betul seram.. kan ? haish..

karnival_upinipin_2017

nah !! perigi buta Tok Dalang.. hahahaha~  siapa tau ni episod mana ?

karnival_upin_ipin_2017_18 (1)

kemain kan dua ketul tu ? hee~ seronok la tu masuk tadika dengan Upin Ipin dan kawan-kawan..

karnival_upin_ipin_2017_18 (2)

di mana-mana ada Ultraman gais.. jangan risau.. hahaha~ puaskan jek la hati anak-anak.. ye la.. baru lepas exam kan ? bagi can la anak-anak rehat dengan cara mereka tersendiri.. gittew—CUMANYA !! gelap.. huu~ jadi.. banyak gambar yang kakak try adjust brightness tapi tetap tak cantik..

kalau HALL C ni terang, mungkin gambar semua cantik..

disatu sudut di hall ini juga ada dipamerkan anugerah dan pelbagai kejayaan Les’ copaque sepanjang pembabitan mereka dalam industri animasi ni.. tapi tu la.. disebabkan gelap, kualiti gambar dari handphone kakak kurang.. jadinya.. tiada sebarang gambar kenangan di sudut ini.. sedeh--

KARNIVAL UPIN IPIN 2017

secara keseluruhan, kakak berpuas hati dengan pelaburan ringgit Malaysia yang dibayar dengan segala jenis persembahan yang disediakan untuk pengunjung seperti kami.. pelbagai aktiviti menarik disamping kemudahan lengkap yang ada membuatkan kami yang ada anak kecil, mudah untuk bergerak.. dengan keadaan sekeliling yang sejuk ( ya.. aircond dorang sangat kuat.. memang best.. ) membuatkan anak-anak lebih selesa untuk bermain dan memberi tumpuan..
sekali lagi..

sekalung tahniah buat team Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dengan aktiviti tahunan yang BERJAYA ini !

karnival_upin_ipin_2017_m

semoga berjumpa lagi pada tahun akan datang dan seterusnya..

semoga terus maju dan memajukan industri animasi Malaysia..

semoga impian dan hajat dalam membangunkan Taman Tema Upin & Ipin menjadi kenyataan..

semoga akademi animasi Les' Copaque akan melahirkan lebih ramai lagi animator yang berkelas dunia..

semoga success selalu..

terima kasih untuk hiburan selama sebelas ( 11 ) tahun tanpa jemu..

untuk maklumat lanjut mengenai Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., korang boleh lawati :


atiehilmi.com

KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK ANJURAN DEMC SHAH ALAM

$
0
0
sambutan hari kanak-kanak ? wah !! dah lama sangat kakak tak sertai majlis sebegini meriah dengan gelak tawa dan senyuman melebar dari setiap wajah kecil sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia yang akan diraikan oleh seluruh dunia pada setiap 20 November 2017..

hari_kanak_kanak_DEMC_2017_4 (1)

pada 25 November 2017 yang lepas, merupakan detik terindah yang mungkin tidak akan dilupakan oleh kanak-kanak yang bertuah menyertai sama sambutan Hari Kanak-kanak DEMC 2017..

HARI KANAK-KANAK


setiap hari, hari kanak-kanak..

dengan objektif ; meraikan kanak-kanak dan menyayangi mereka selayaknya sebagai seorang insan kecil yang sangat memerlukan kasih sayang dan perlindungan.. siapa lagi yang akan mendidik mereka kalau bukan ibu dan ayah yang lebih dewasa dan matang cara menimbang tolak keputusan.. hee~

dengan tema “children of today, keepers of tomorrow”, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka dan mengekspresi diri mereka dengan cara yang lebih kreatif..


selaku salah seorang penaung DEMC Mama & Kids Club, Dr Fadzillah Ghazali ; Pakar Kanak-kanak diberi mandat untuk merasmikan sambutan Hari Kanak-kanak DEMC 2017 yang turut sama dimeriahkan oleh Dr Abd Razak Rahman Hamzah ; Pengarah Perubatan DEMC, Dr Fairuz A’shikin ; Pakar Sakit Puan, Dr Siti Noraida Mohammad Habibullah dan Encik Syukri adafi Hamdan ; Pengarah Divisyen DEMC..

hari_kanak_kanak_DEMC_2017_4 (2)

seawal jam 9.30 pagi, ruang legar tingkat ( 1 ) DEMC dipenuhi pengunjung yang tidak sabar untuk sertai pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya :

  • permainan misi
  • seni pasir
  • pakaian beragam ( kostum )
  • clown
  • pertandingan mewarna
  • face painting
  • zumba

dan banyak lagi.. apa makna puas ? hee~ ini adalah kepuasan bilamana senyuman tidak lekang dari bibir mereka.. oh !! ada juga pelbagai booth yang menarik untuk ibu ayah mencuci mata dan memperlajari ilmu baharu..

hari_kanak_kanak_DEMC_2017_6 (2)

kemeriahan berada dikemuncak apabila persembahan khas oleh badut dan Dr. Bunny ( maskot DEMC ) di wad pediatrik untuk menghiburkan pesakit kecil yang tidak dapat menyertai aktiviti dengan mengedarkan patung belon dan menghabiskan masa dengan jenaka lucu mereka.. senyuman yang terpancar sangt tidak ternilai..

hari_kanak_kanak_DEMC_2017_2 (2)

sekalung tahniah diucapkan buat tenagakerja DEMC Shah Alam yang bertungkus lumus menjayakan sambutan Hari Kanak-kanak 2017 dengan meriah.. rugi plak rasa #duanur tak ikut sama.. hee~ kalau tak dah tentu banyak hadiah yang mereka sapu untuk dijadikan kenangan.. tahniah juga buat peserta dan ibu bapa yang memberi komitmen sehingga ke penghujung program..

semoga ada rezeki untuk bertemu pada majlis-majlis yang akan datang.. hee~

DEMC SHAH ALAM

ibarat mengunjungi 'butik kesihatan' kerana semua yang dilakukan di DEMC bermula dengan memberi tumpuan kepada penyampaian penjagaan kesihatan secara premium.. pelanggan dilayan secara eksklusif untuk mengurangkan rasa cemas dan takut semasa rawatan..

direka dengan struktur yang elegan di tengah-tengah Shah Alam, Hospital Pakar DEMC Shah Alam adalah sebuah bangunan 9 tingkat berkapasiti 130 buah katil turut menawarkan lebih daripada 35 perunding profesional bagi memastikan perkhidmatan mereka menjadi igauan pengunjung..


nah !! kakak sertakan link DEMC Shah Alam.. mesti ramai tak tau pasal DEMC ni kan ? yang kalau nama penuhnya DARUL EHSAN MEDICAL CENTRE..

LAMAN WEB : http://demc.com.my

atiehilmi.com

REKAAN EKSKLUSIF UNTUK GAYA ELEGAN BERLITUP MANIS DENGAN TELEKUNG QASHA

$
0
0
nah !! tajuk yang sedikit melampau tapi menimbulkan tanda tanya kan ? kan ? kan ? hee~ ya.. Telekung Qasha mengorak langkah ke arah fenomena bertelekung manis dalam gaya eksklusif dan elegan.. korang ade ?

telekung_untuk_hantaran_kahwin


TELEKUNG QASHA

diceduk nama dari bapa pengasas Qasha Couture, Puan Hajah Azilah Akashah iaitu Tuan Haji Akashah Hj Abdul Samad bagi mengenang jasa arwah.. ditubuhkan pada Mac 2008 di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi ini sangat terkenal dengan pakaian-pakaian muslimah perempuan, lelaki dan kanak-kanak.. beliau yang mempunyai bakat menjahit telah mereka semua pakaian dan setiap koleksi Telekung Qasha adalah LIMITED EDITION tau..

setelah gagal sebanyak enam ( 6 ) kali dalam bidang perniagaan, Puan Hajah Azilah Akashah tidak pernah patah semangat dan terus mengorak langkah memajukan perusahaan telekung..

enam kali gais.. enam kali.. tapi beliau terus bangun dengan empayar yang lebih besar dan berani..

pada awalnya, beliau yang hanya bermodalkan hampir RM 300 000.00 dengan menghasilkan dua jenis telekung khusus untuk dipakai muslimah yang mengerjakan umrah dan untuk solat sehari-hari.. dengan menggunakan warna putih keseluruhannya, Telekung Qasha mendapat sambutan positif dari para pengguna dan hasil jualan semakin meningkat saban bulan..


“memang benar Telekung Qasha menggunakan warna putih sahaja bahkan corak 
di kaki telekung dan kain telekung juga berwarna putih.. bagi saya putih adalah 
warna yang suci dan bersih.. jadi apabila kita menghadap Tuhan, 
putih lebih mendekatkan hati kita kepada Allah..” 

Puan Hajah Azilah Akashah
Pengasas Butik Telekung Qasha


jelas Azilah yang turut berkecimpung dalam bidang hartanah dan dalam perancangan menambah bidang perniagaan yang sesuai dengan jiwanya..

harga_telekung_qasha
corak bunga Reflesia dengan sulaman tebuk dijahit terus pada kaki telekung dan kaki kain telekung turut mengimbau kenangan pada penghasilan telekung-telekung lama dipasaran pada satu masa dahulu
buat masa ini, Telekung Qasha telah mengeluarkan ( 3 ) jenis telekung, iaitu :

TELEKUNG TASHA

mempunyai design yang sangat selesa dipakai di mana bahagian dagunya ( menggunakan kain lycra ) dibesarkan untuk menutup ruang rahang dagu terutamanya pada mereka yang mempunyai wajah yang agak lebar dan besar.. renda bermotifkan bunga Reflesia yang menyerlahkan kekemasan elegan dan eksklusif ini menyerlahkan kualiti kain spun polyster yang sangat sesuai dijadikan hadiah / hantaran perkahwinan mahupun sebagai koleksi peribadi

TELEKUNG DALIFA

sedikit berbeza dengan telekung yang lain, kerana Telekung dalifa mempunyai corak muka yang berbeza ; di bahagian dagunya ditarik hingga ke bawah sedikit sehingga menampakkan muka tirus dan kecil namun masih menutup aurat dan patuh syariah.. kain lycra digunakan sebagai pelapik dagu di mana ianya mudah untuk diolah mengikut keselesaan pemakai.. walaupun sedikit kecil dan dipotong menyerong  ke arah pipi dan tampak manis berseri menambahkan aur pada pemakai..

TELEKUNG ZULAIKA

menonjolkan perbezaan pada kepala dan dagu telekung, Telekung Zulaika ditempa dengan corak berombak dikepala telekung dan sangat selesa.. ya !! material dan cara jahitanya yang kemas membuatkan Telekung Zulaika menjadi tumpuan peminat telekung untuk dijadikan salah satu koleksi atau digunakan secara ganti-ganti semasa menunaikan ibadah umrah atau haji..
reka bentuk corak yang elegan membuatkan pemakai tampak kemas dan selesa dengan renda berbunga Q di atas dai bagi menyerikan wajah pemakai..

telekung_qasha_2


SAIZ TELEKUNG QASHA

panjang telekung midi :
  • 100 cm – 101 cm
panjang telekung :
  • 120 cm – 121 cm
panjang kain :
  • 128 cm – 130 cm
bukaan muka telekung yang disediakan oleh Telekung Qasha adalah 34 cm dan tak payah pakai anak tudung dah.. memang ngam ngam ni.. hee~ dan !! yang paling menariknya, pelanggan boleh menempah mengikut kesesuaian tinggi tau.. ye la.. ketinggian dan saiz badan kita tak sama kan apatah lagi saiz muka kita mungkin ada yang sedikit lebar dan kecil.. cuma mengambil masa sekitar 3 minggu dari tarikh tempahan..

butik_telekung_qasha_di_bangi

Telekung Qasha yang mahu mengetengahkan konsep berniaga sambil beribadah turut dalam perancangan mengeluarkan pelbagai barangan umrah, pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak yang sesuai dipakai semasa mengerjakan ibadah umrah dan haji dengan padanan harga yang mampi milik oleh segenap lapisan masyarakat.. dengan harga serendah RM 130.00, pengguna akan memiliki material kapas terbaik dengan hasil kerja yang halus..

promosi_telekung_qasha

RM 130.00 ?

biar betul.. hee~ ya betul.. tapi !! sepanjang bulan Disember 2017 ni ada promosi dari 15% untuk semua design Telekung Qasha tau, siap ada FREE GIFT ( selagi stok masih ada ) lagi.. jadi !! jangan lepaskan peluang untuk memiliki sepasang untuk diri sendiri atau dijadikan hadiah buat yang tersayang..

orang kata ; untuk melihat kualiti sesuatu produk tu.. sebagai pengguna kita ada hak untuk merasai / menyentuh / memegang produk tu.. haa.. BONUS untuk pelanggan sekitar Bangi, Selangor Darul Ehsan.. korang boleh singgah ke Butik Telekung Qasha seperti di alamat berikut :

Butik Telekung Qasha
No. 6-25-01 Jalan Medan PB8A,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

yang dok jauh tu jangan la bermuram durja.. hee~ sebab korang pun boleh buat pesanan online kat :

LAMAN WEB : www.qasha.com.my
atiehilmi.com

MENJALANI PEMBEDAHAN LEBIH 50 KALI UNTUK MENYERUPAI IDOLA.. BERBALOI KE ?

$
0
0
dua tiga menjak ni berlegar-legar kat Instagram, mengenai seorang remaja berusia 19 tahun dari Iran berani mengambil risiko !! gile ah.. kalau jadi cantik serupa sebijik tak pe weyh.. tapi.. em.. tengok la sendiri.. hahahaha~

angelina_jolie


OBSESI

ya.. yang kakak boleh huraikan adalah obsesi untuk menjadi cantik dan lebih cantik ; kononnya.. mungkin pada awalnya tak seteruk camni kot.. tapi bila kakak baca, dia menjalani lebih 50 kali pembedahan plastik dlaam masa beberapa bulan untuk menyerupai idolanya iaitu Angelina Jolie, bunyi macam “damn !! gile hape ? duit ko banyak banyak membazir gitu jek ?”

melalui akaun instagramnya Sahar Tabar yang telah mengumpul seramai 594 +++ followers di Instagram menjadi viral apabila wajahnya yang kengkonon nak dijadikan mirip Angelina Jolie tetapi menjadi sebaliknya apabila wajahnya ada iras iras Corpse Bride dari filem animasi Tim burton 2005.. tapi kan !! apsal kakak nampak macam efek mekap jek lebih eh ? sebab, bila dia tak mekap, tak de pulak tajam nau hidung dia tu.. hee~

corpse_bride_sahar_tabar

dia juga yang nampak kurus berbanding tubuh remaja seusia dengannya hanya memiliki berat badan sekitar 90 pound mengamalkan diet dan kemungkinan besar diklasifikasikan sebagai anorexia – yang merujuk sebagai gangguan makan yang dicirikan ketakuan memiliki berat badan ideal sebaliknya anoreksia melihat diri mereka sebagai gemok walaupun sebenarnya TIDAK.. huu~ menakutkan gile bila badan nampak tulang jek tak de isi.. biar la ade isi sket, sedap nak peluk.. kan ?

plastic_surgery_goes_wrong


5 FAKTA TENTANG SAHAR TABAR

1 : dilaporkan hilang 88 puond berat badan dan menjalani lebih 50 pembedahan plastik untuk menyerupai Angelina Jolie, idolanya..

2 : ada yang berpendapat, Sahar Tabar menggunakan teknik prostetik dan tidak menjalani pembedahan pada mana-mana bahagian tubuhnya..

sahar_tabar

3 : menjadi viral dalam masa 5 hari

  • tak tau apa punca dan niat sahar Tabar tapi beliau masih viral di Instagram dan pelbagai laman sesawang.. hee~ senangkan nak viral, buat jek perangai pelik sket, terus orang share.. dan pada Khamis petang minggu lepas, Instagram beliau mempunyai 365 +++ pengikut dan pagi ni ( masa kakak tengah menaip ni ) pengikutnya sudah mencecah lebih setengah juta..
  • transformasi viral remaja tersebut memcahkan rekod seorang wanita dari Texas yang berusia 42 tahun ; Claudia Sierra yang telah menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Melinia Trump..
4 : dia telah memadam gambar aslinya di akaun instagram..

5 : sebaliknya, gambar tersebut telah berlegar-legar diruang Twitter.. nah !! mana nak lari ? hee~

  • walalupun Sahar Tabar tidak mempunyai akaun Twitter, tapi gambar beliau telah menarik perhatian Twittersphere.. ye la.. lain dari yang lain plak kelaku dia kan.. hee~ beberapa pengguna Twitter memaparkan gambar ‘sebelum’ pembedahannya..

KESAN PEMBEDAHAN PLASTIK

menurut Persatuan Amerika bagi Pembedahan Plastik Estetik, pada tahun 2007 yang telah mencatatkan lebih 11.7 juta pembedahan plastik kosmetik termasuklah liposuction, rhinoplasty, pembesaran payudara atau pemindaan rambut dan setiap dari satu pembedahan tersebut mempunyai kesan dan risiko yang perlu ditanggung oleh pesakit.. mana-mana prosedur yang memerlukan pembedahan sentiasa ada ruang untuk pengguna mengalami komplikasi dan kesan sampingan..

antaranya :

  • loya dan munta-muntah
    • kesan sampingan yang paling biasa ini berlaku apabila ubat bius habis digunakan selepas beberapa jam menjalani pembedahan..
  • darah beku boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok
  • komplikasi pernafasan
  • jangkitan kuman
  • anesthesia
    • saluran pernafasan tersekat dan menyebabkan kerengsaan pada saluran pernafasan yang mengabungkan ligamen yang menghalang kemasukan udara ke dalam paru-paru.. jika ini berlaku, pakar bius perlu memasukkan tiub dan membuat pemotongan pada tekak untuk membolehkan pesakit bernafas..
bukan kakak nak menakut-nakutkan, tapi dah banyak kes pembedahan plastik tak success kot.. hee~ korang Google jek nanti mesti jumpa muka-muka yang sebelum dan selepas dibedah.. dan paling teruk, semakin tak cantik plak lepas pembedahan plaktik yang dilakukan..

atiehilmi.com

MENANGI RM 500.00 SETIAP MINGGU SEPANJANG BULAN DISEMBER 2017

$
0
0
siapa nak bagi gais ? siapa nak bagi ? hee~ ya.. Shopee nak bagi sejumlah RM 500.00 untuk penonton dan pengundi yang bertuah sepanjang bulan Disember 2017..

contest_shopee_4 (1)

dengan konsep dan cara yang sangat mudah gais !!

INFLUENCER KEGEMARAN SHOPEE ?

Shopee Malaysia mempertandingkan tiga ( 3 ) orang influncer terkenal di Malaysia dan semua kenal kot.. hee~ sebab tu korang akan akan pening kepala nak undi sape..

- terkenal dengan karekter wanita berambut kerinting dan statemenr ‘sunat you’..

- terkenal gile kot.. hee~ dan ada followers dipanggil Village People.. kakak memang ikut perkembangan KLB ni..

- seorang DJ radio dan model terkenal.. manis dan comel orangnya + sangat friendly..

contest_shopee_4 (2)

bermula dari 27 November dan akan berakhir pada 14 Disember 2017, Shopee Malaysia cuma menetapkan syarat mudah iaitu cuma perlu menonton video parodi dan buat undian.. dengan dua cara tu jek, korang berpeluang memenangi sejumlah wang tunai bernilai RM 500.00 setiap minggu..

serius..

banyak kot boleh dibeli dengan RM 500.00 tu gais.. lagi-lagi musim cuti sekolah ni kan.. mana tau boleh topup duit nak beli kelengkapan sekolah anak.. kan ?

tonton video parodi di sini : https://shp.ee/a32nusf
dan buat undian di sini : https://shp.ee/d9hev8q

contest_shopee_1
** tertakluk pada terma dan syarat !!
dua pemenang akan diumumkan pada setiap 02 – 08 – 15 dan 22 Disember 2017.. jadi.. kena standby ya.. jangan sampai terlepas pandang.. melayang nanti.. hee~

BACA SINI --> 

jangan lupa untuk muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play untuk mendapatkan pelbagai informasi mengenai contest ni tau..
atiehilmi.com

PANDUAN MENULIS BLOG DENGAN NIAT YANG BETUL UNTUK NEWBIE

$
0
0
ha ? serius ? hee~ dah tu ? korang ingat kakak tulis blog untuk suka-suka tanpa tujuan ? tak SITI RABIAH ADNAN la gitu.. kalau korang rajin dan berani menempuh onak suka dan duka, mesti korang boleh pergi jauh punya lah.. ni kakak share tips / cara / langkah / bagaimana / panduan menulis blog sehingga mampu menjana pendapatan.. tak payah la yang ada nama sangat cukup sekadar kepuasan menulis dan ada orang baca..

tips_menulis_blog

"awak jadi la cikgu kite, kite bayar masa awak.."
"awak !! kite nak ada blog macam awak jugak.."
"aku ada blog tapi aku tak tau nak tulis apa.. ko ade cadangan ?"
"aku nak tulis blog tapi nak start dari mana eh ?"

haa.. ni antara soalan yang kakak pernah dapat sepanjang kakak aktif blogging sejak awal tahun 2017.. belum setahun ? hee~ kakak mula blogging pada tahun 2008 dengan URL www.atiesmiley86.blogspot.com dan masa tu tulis sekadar suka-suka dan tak nampak arah tuju lansung..


dan kemudian stop lama sampai la kakak mula jadi ejen satu produk kesihatan ni pada 2013.. haa.. titik permulaan aktif dari situ la.. kiranya blog INI sudah 4 tahun dan apa yang kakak tulis kat bawah ni semuanya berdasarkan pengalaman kakak tau.. tak de kaitan atau bertujuan menyakiti / menyinggung sesiapa..

APA ITU BLOG ?

kalau korang memang betul-betul baru dalam dunia blogging, mungkin korang tak tau apa itu blog dan bagaimana ianya berfungsi.. kan ? hee~ tapi kalau korang perasan atau sempat Google, korang akan jumpa terrrrrrrrrrlampau banyak artikel pasal blog..

faham ni ya..

blog adalah salah satu laman web yang ada di internet.. contoh-contoh laman web yang ada kat internet :
  • kedai dalam talian
    • Lazada, Shopee, 11 Street, Groupon ( Fave )
  • media sosial
    • Facebook, Myspace ( ade lagi ke ? hee~ ), Instagram, Twitter
  • enjin carian
    • Google, Yahoo, Bing
  • portal berita
    • HMetro, Kosmo Online, The Star Online
  • blog
    • atiehilmi.com ** jual diri mahal sket !! **
perkara yang membezakan antara blog dengan jenis laman web yang lain adalah fungsi blog itu sendiri.. pada awalnya, kebanyakan blogger menulis blog ibarat diari harian online tapi yang ramai kakak nampak mula ambil satu langkah ke hadapan dengan menjana pendapatan menggunakan blog.. ** tahniah !! **

kalau korang..
kenapa nak blogging ? hee~

APA SAYA DAPAT KALAU SAYA BLOGGING ?

ini soalan subjektif sebab jawapan hanya korang jek yang ada dan tak de sesape boleh jawabkan.. hee~ ibarat, nawaitu korang la dan bila dah mula, korang nak APA dari keputusan yang korang pilih..

atau mungkin..

NAK JADI SEORANG PENULIS

secara jujur, kakak mula blogging sebab nak luahkan isi hati yang konon terpendam.. kakak fikir menulis ni sekadar menulis jek rupanya menulis banyak bermain dengan emosi dan etika penulisan itu sendiri.. kakak memang ada sedikit latar belakang dalam bidang penulisan tapi tak de la aktif mana..

bila kakak blogging, mutu penulisan tu semakin hari semakin dapat diperbaiki.. hee~ ye la.. mungkin tak de la sebagus blogger lain, tapi kalau ade yang puji maksudnya ADA ruang la kan ? ada jek blogger ( www.salwasaleh.com + www.ceritadarimakkah.blogspot.com ) yang sudah menghasilkan buku sendiri.. nampak tak ruang dan peluang untuk korang ?

MEMBINA KEPERCAYAAN

bila kita blogging dengan info dan maklumat yang betul, sekaligus kita dapat membantu pengguna laman web sendiri.. haa.. nampak ? bila orang dah letakkan kepercayaan, maksudnya orang sokong dengan kenyataan kita..

apa pentingnya kepercayaan ?

kakak yakin korang pun tau dengan dunia semakin 'bijak' ni pengguna internet pun semakin 'bijak' dalam membuat pilihan dan melakukan penilaian lagi-lagi kalau korang seorang peniaga.. salah satu kunci kepada kejayaan dalam perniagaan adalah kepercayaan dari pelanggan.. nah !! blog memang tempat yang sesuai untuk korang membina kepercayaan dalam talian..

SIDE INCOME
ini yang ramai blogger buat sekarang.. hee~ tak susah ( serius susah terok.. hahahah~ ) tapi tak mudah mudah jugak.. bergantung macam mana korang 'jual diri' korang dengan porfolio yang kukuh..

ada yang buat gift review, paid review, exchange link, giveaway dan banyak lagi cara untuk korang jaga blog dengan baik.. --> dapat bayangkan tak ?
BINA RANGKAIAN

sepanjang 4 tahun yang kakak nampak, kalau korang menulis dengan HATI dan konsisten dipenuhi dengan pelbagai fakta yang menarik selaras dengan kepakaran niche korang, pembaca setia akan rajin singgah.. haa..

nah !! secara tak lansung, dari aktiviti ( konsistensi ) korang ni dapat bina kepercayaan dan rangkaian yang lebih luas di internet.. masa ni la korang nak PUMP bisnes korang laju laju.. hee~

MULA BLOGGING

em.. kalau tanya kakak, jawapannya mudah sangat tapi yang SUSAH nya untuk maintain ‘hidupkan’ blog ni.. haa.. faham kan ? bukan semua topik kakak boleh cerita dan mampu untuk keluarkan idea.. dan bukan semua perkara kita boleh siarkan pada media.. tapi.. kakak memang :

1 : tetapkan misi
  • apa tujuan kakak blogging ? hee~ ya.. untuk menjadi penulis.. nak tulis apa ? masih berfikir ( alhamdulillah, tawaran ada cuma belum bersedia.. doakan kakak ya !! ) kalau tak de misi / matlamat, nanti blog terkontang kanting tanpa arah.. dan konsistensi pun lari.. penat nak kejar nanti..
2 : topik / niche
  • korang minat ape ? haa.. pada awal kelahiran blog kakak ni, memang dah tetapkan untuk bercakap lebih tentang kesihatan.. tapi lama kelamaan blog kakak dikritik oleh beberapa orang lama.. hee~ sebab tu kakak mula bercerita pasal semua benda cumanya kalau dlaam kategori blog, kakak adalah lifestyle blogger.. ada banyak niche yang korang boleh fokus seperti parenting, beauty, food blogger, travel.. buat pilihan supaya korang tak bosan dan idea selalu ada..
3 : platform yang sesuai
  • yes !! ini penting jugak sebenarnya.. hee~ ada banyak platform seperti :
    • Blogger.com
    • WordPress.com
    • Tumblr.com
  • dan banyak lagi tapi korang kena pilih / guna kan satu jek la.. rajin ? minat untuk explore ? haa.. boleh jek guna lebih dari ( 1 ) platform dengan niche yang berbeza.. tak salah pun.. kesemuap latform ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri.. dan kalau korang tanya kakak, kakak akan suggest korang guna Blogger.com yang disediakan secara percuma dan sangat mudah digunakan oleh newbie..
4 : mula menulis
  • ramai jek kawan-kawan kakak ada blog tapi tak menulis.. hee~ kalau korang dah ada blog, apa kata mula menulis dan jadikan sebagai diari.. tak kisah la pasal ape pun ; kucing ke, pantai ke, holiday ke, anniversary ke.. yang penting adalah MENULIS..
5 : semua suka kan kecantikan !!
  • termasuklah blog.. kalau kakak nak singgah blog orang pun, kakak akan pilih :
    • blog yang ringan dan cepat loading – tak payah tunggu lama
    • kurang iklan pop-up
  • kalau macam kakak, dari awal adanya www.atiesmiley86.blogspot.my memang kakak dah guna warna pink sebagai warna utama dengan tamplet yang simple.. lagi simple, lagi kakak suka.. dah kalau minat, apa pun boleh jadi kan.. tapi jangan keterlaluan dengan bunga bunga bagai serata blog.. hee~ tak tau nak fokus kat penulisan ataupun bunga bunga hiasan korang tu..
BLOG KAKAK NI DIMEKAP OLEH –> WWW.SYAHIRAHVALIANT.COM
( sebab kakak tak sempat nak fikir pasal benda ni, tu yang upah beliau tu.. nasib baik murah.. hee~ )

ya !! ada jek kawan-kawan sindir kakak katanya blogging ni membuang masa.. em.. ada betulnya.. itu pun kalau korang menulis bukan pada topik yang orang nak cari.. sebaliknya mula bina nama / branding dengan cara menulis apa yang orang nak baca dan cari.. timbang tolak sebaiknya apa yang kita perlukan sebab blogging ni memerlukan masa – tenaga – idea tau jangan biarkan semuanya sia-sia tanpa tujuan yang jelas.. hee~

kakak rasa cukup la kot kan kakak membebel pasal PANDUAN MENULIS BLOG DENGAN NIAT UNTUK NEWBIE ni.. nanti kakak sambung membebel lagi pasal topik lain ya..

atiehilmi.com

CARA KEMASKINI BR1M ; JADUAL PEMBAYARAN BAGI SESI 2018

$
0
0
weehuuuu—mesti ramai melonjak gembirakan masa dengar Pembentangan Bajet 2018 haritu.. kakak ? em.. tak de effect pape dekkkk cuma kakak boleh bertabah jek la.. hahahah~ tapi !! untuk korang yang memang layak terima BR1M, mungkin entri ni sangat membantu korang..

Permohonan-BR1M-2017-Dan-Cara-Kemaskini-Online

TERKINI !!

1 : permohonan baharu / kemaskini BR1M 2018 secara dalam talian telah dibuka !!

2 : penghantaran melalui borang secara manual telah bermupa pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017


SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2018

1 : Skim Khairat Kematian sebanyak RM 1 000.00 hanya layak diberikan kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang telah meninggal dunia dalam tempoh 01 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018..

2 : waris perlu membawa dokumen seperti berikut :

  • sijil kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN )
  • kad pengenalan asal waris
  • dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

SYARAT KELAYAKAN BR1M

1 : warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja..

2 : lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM 4 000.00 dan ke bawah..

3 : warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 4 000.00 dan ke bawah..

4 : bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 2 000.00 dan ke bawah

kalau tak menepati syarat kelayakan, tak payah la korang mohon ye.. hee~ confirm akan ditolak.. jangan kata kakak tak pesan ya..


KEMUKAKAN SALINAN

1 : MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / sijil lahir / pasport dan visa bagi suami / isteri / tanggungan ( jika berkenaan )

2 : sijil penceraian / sijil kematian pasangan sekiranya pemohon berstatus ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda

3 : pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) mulai 01 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan SSM

kalau tahun-tahun sebelumnya, pemegang Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia ( KADS1M ) layak untuk menerima BR1M kan ? hee~ tapi untuk sesi 2017 / 2018 ni, korang TAK LAYAK gais.. sorry tau.. sebab korang dah ada kad siswa tu, cukup la.. budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak..


CARA KEMASKINI BR1M SECARA ONLINE

1 : layari laman sesawang BR1M

2 : klik ke MyBR1M

update_BR1M_2018

3 : pilih untuk KEMAS KINI PERMOHONAN

4 : dah siap ? sila sahkan maklumat yang korang masukkan tu adalah maklumat yang BETUL


kemaskini_BR1M_2018


PERMOHONAN BARU BR1M

korang baru plan nak buat permohonan ? haa.. senang jek.. hee~ ikut step kat bawah ni..

1 : pilih PERMOHONAN BARU dan masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN korang

2 : klik butang HANTAR

3 : masukkan maklumat diri korang dengan lengkap

4 : dah siap ? buat semakan terakhir sebelum submit borang dengan memastikan kesemua maklumat adalah betul


JADUAL PEMBAYARAN BR1M 2018

cara_update_BR1M_2018

BACA SINI –> FAQ BR1M 2018

dah siap semua ? mesti korang happy kan dan cuma tunggu duit masuk pada tarikh yang telah ditetapkan.. hee~ tapi !! sebelum tu korang kena la buat semakan samada korang layak ayau pun tak.. banyak jek kes yang LHDN tolak / gagal kan sebab maklumat yang diberikan tidak lengkap dan mencurigakan.. ingat dorang tak tau data maklumat korang ? hee~ sebab tu kakak cakap, yang mana TIDAK LAYAK tu, tak payah la mohon.. penat korang jek nanti..


semoga bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.. jangan pegi joli plak ye.. hee~
atiehilmi.com

BELAJAR SAMBIL BERMAIN DENGAN CHICHI CHACHA SEMPENA CUTI SEKOLAH 2017

$
0
0
haa.. dok pening kepala fikir pasal aktiviti cuti sekolah anak-anak lettew-- hee~ tak pe.. kakak pun sama dok menggaru kepala jek sebab anak-anak asyik bertekak jek la dok rumah ni.. serius memang tak tau ada aktiviti lain yang boleh kakak dedahkan untuk anak-anak..

aktiviti_cuti_sekolah_chichi_chacha_2017


#CCHAPPYCAMP

kasi rampas kesemua gadget anak-anak dan biarkan mereka meneroka pelbagai aktiviti menarik.. kalau kita tak dedahkan, mana la dorang nak tau yang adanya aktiviti best selain dari main gadget.. kan ? hee~ sebab tu la, Chichi & Chacha menjemput seberapa ramai kanak-kanak turut menyertai #CCHappyCamp ni ha..

rancangan edutainment kanak-kanak yang memberi fokus dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dengan mengajar pelbagai sifat-sifat murni disamping pelbagai aktiviti menarik ini diilhamkan oleh E2L sdn. Bhd yang mahu mengetengahkan pelbagai potensi dalam diri kanak-kanak pada zaman serba canggih ni.. haa.. kalau dah nampak anak korang lain macam tu, kakak rasa dah sampai masa korang dedahkan aktiviti sosial secara sihat speerti yang dianjurkan ni..
dengan mendedahkan aktiviti-aktiviti menarik seperti :

chichi_chacha_2017

kakak rasa sangat berbaloi kot kalau korang bawak anak-anak untuk sertai sama program macam ni yang sudah tentunya bermanfaat untuk mengisi masa cuti sekolah mereka.. kan ?

aktiviti_cuti_sekolah

kalau kakak tengok aktiviti yang telah disediakan pun, kakak berpuas hati.. dengan merangkumi aspek kreativiti dan gaya hidup sihat sekaligus dapat memberi pendedahan baharu untuk anak-anak meneroka dunia yang lebih mencabar ni.. hee~ kan ? tu nanti kakak nak tau jugak kot ibu / ayah boleh join sama aktiviti mereka ke cemana.. kalau dapat join sama pun best tau..

nah !! kakak share sedikit butiran untuk korang.. mana la tau kan kot berminat..

TARIKH : 11 DISEMBER 2017 – 15 DISEMBER 2017
MASA : 9.30 PAGI – 12.30 TENGAHARAI
BAYARAN : RM 80.00 / SEORANG
( 20 pendaftaran terawal akan mendapat harga istimewa = RM 55.00 / seorang )

LOKASI : EDUCATE TO LEARN SDN. BHD., LEVEL 11, TOWER 1, MERCU MUSTAPHA KAMAL, NEO DAMANSARA, NO 1, JALAN PJU 8/1, BANDAR DAMANSARA PERDANA, 47820 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

HOTLINE : 013-9476511 ( SHUHADA )
PENDAFTARAN TERUS : bit.ly/HappyCamp-Form

jangan bazirkan cuti sekolah anak-anak cuma dengan menatap gadget ya.. jadilah ibu ayah yang bijak nau nau nau.. pengalaman berharga yang anak-anak bawa balik nanti lebih bermakna dari nilai wang yang dilaburkan.. a.. gittew--

in shaa Allah..

dua ketul NUR akan berada di sana juga nanti.. hee~ 

atiehilmi.com

TASTY TILL LAST BITE HANYA DI THE HOB, BANDAR BARU BANGI

$
0
0
vavavavava—dia punya tagline pun lain maciam dekkkkk.. sedap sangat ke sampai dorang guna tagline membunuh perasaan orang lapar sampai macam tu sekali ? hee~ kakak tak pandai mukadimah panjang-panjang kalau menaip entri makan makan ni, lapar balik jadinya..

the_hob_bandar_baru_bangi_2


THE HOB CAFE, BANDAR BARU BANGI

terletak sederet dengan butik Pick A Dress, kafe hak milik Bumiputera sepenuhnya ( ya !! sudah tentu halal – lah.. hee~ ) merupakan kafe pertama yang ‘dilahirkan’ oleh pengasasnya iaitu Puan Hajah Azilah Akashah yang juga pemilik Telekung Qasha yang kakak buat review sebelum ni tu.. hee~

BACA SINI –> 

dengan konsep ala-ala hipster tapi serius kemas dan tak serabut turut menekankan aspek kekeluargaan, The Hob menyajikan pelbagai menu mengikut kesesuaian selera para pelanggan termasuklah western dan pelbagai hidangan tempatan.. nah !! jangan pandang rendah pada kemampuan mereka tau.. walaupun masih baru dalam bidang penyajian makanan, The Hob menjanjikan yang terbaik dan yang sedap sedap saje..

cafe_bandar_baru_bangi

dengan keluasan yang sesuai dengan keselesaan dari segi susunatur serta kemudahan lain seperti tandas, The Hob juga memberi ruang kepada sesiapa yang ingin mengadakan majlis seperti sambutan harijadi, gathering mahupun training dalam suasana yang selesa.. ehem.. jangan lupa tanyakan pakej makanan yang ada tau..

SIGNATURE THE HOB CAFE

kalau korang singgah ke The Hob kafe ni, kakak cadangkan korang cuba Crispy Cheezy Panini dengan pilihan inti seperti Chicken Slice, Beef Slice, Turkey Slice, tuna dan juga Telur yang cuma berharga RM 7.50 – RM 10.00 sahaja.. makan ni pun dah kenyang yakmat weyh, dah la dihidang panas-panas dengan cairan cheese yang bila korang tarik dia memanjang.. hahaha~ gile ah.. terliur tengok cheese macam tu tau..

the_hob_bandar_baru_bangi_5

tak lapuk dek hujan..
tak lekang dek panas..

masih menjadi kegilaan ramai apabila MEE KARI special ini menjadi tumpuan.. nah !! semangkuk besar gais penuh dengan bahan-bahan sampingan ( selain mee kuning la kan.. hee~ ) yang penting, tak terlampau pedas dan karinya cukup rasa ( santan + rempah kari = perfect ) sesuai untuk kanak-kanak ataupun orang dewasa yang memang tak kuat pedas..

the_hob_bandar_baru_bangi_6

ehem.. memang saja kakak cerita lambat sket pasal menu nan satu ini.. hee~ jarang tak jumpa homemade patty yang padat dengan daging ( selalu kakak jumpa banyak tepung jek—hampeh btol !! ) dan daging tu mencair padat dalam mulut korang.. pergh !! menduga nafsu makan kakak betul tau.. hahahaha~ dari sekecil-kecil burger sehinggalah ke Premium Burger kesemua patties disediakan dengan penuh kasih sayang dan dihidangkan bersama sos lada hitam dan kentang goreng gais..

the_hob_bandar_baru_bangi_3

confirm kenyang kalau korang dapat habiskan..

the_hob_bandar_baru_bangi_4
hahahaha~ kakak memang sejenis tak senonoh sikit.. habis kakak bedah ha nak tengok padat ke idok dagingnye..
ada banyak menu lain yang mungkin kena dengan selera korang termasuklah :

  • nasi goreng
  • nasi putih berlauk
  • mee rebus
  • bakso
  • pelbagai pasta
  • sandwich
  • sup
  • salad
jadi !! jangan had kan selera korang dengan menu signature sahaja tau.. hee~ kot la nanti nak bawa mak abah makan kat The Hob tapi mak abah tak pandai makan makanan western.. haa.. jangan risau okay..


kalau korang tak sempat nak menyinggah ke kafe, jangan bermuram durja.. mungkin korang boleh buat lawatan ( dah macam YB dah.. hee~ ) ke PKNS Bangi dan cari food truck The Hob kat sana dari jam 6 petang sampai la ke lewat malam.. menunya ? ya.. sama jek cuma tak de la sebanyak di kafe, hanya menu yang penyediaannya lebih ringkas dan sesuai dimasak di atas truck.. itu pun dah banyak gais.. terliur korang nak memilih nak makan apa nanti..

the_hob_bandar_baru_bangi

untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi The Hob terus :

KAFE : 03-8926 8878

ALAMAT : THE HOB CAFE, No 5-G-01 Jalan Medan PB2A, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan

WAKTU PERNIAGAAN : TUTUP SETIAP ISNIN
KAFE : 11.30 pagi – 9.00 malam
FOOD TRUCK : 6.00 petang – 12.00 tengahmalam

disclaimer : istilah SEDAP pada tekak kakak tak bermaksud sedap pada tekak korang.. begitu juga sebaliknya.. hee~ jadi, kakak tak bertanggungjawab kalau tetiba korang pergi dan korang rasa tak sedap pada tekak korang sebab masa kakak makan, tekak kakak rasa sedap jek—
atiehilmi.com

TUDUNG BERTATAHKAN SWAROVSKI EKSKLUSIF HANYA DARI THE TWIQ LABEL, BANGI

$
0
0
bling.. bling.. hee~ wanita mana yang tak suka dengan kecantikan, mesti ada something wrong somewhere kat diri dia.. kan ? kalau macam kakak yang memang ala-ala faminist ni memang kemain suka dengan koleksi tudung bertatahkan swarovski eksklusif dari The Twiq Label ni..

the_twiq_label_banda_baru_bangi

dan..

baru-baru ni, kakak mendapat jemputan eksklusif dari The Twiq Label yang terletak di Bandar Baru Bangi, Bangi untuk sama-sama ‘cuci mata’ dihari perasmian butiknya.. em.. memang kalau berdiri dikalangan instafamous dan selebriti terkenal, kakak terasa kerdil..

yang membuatkan kakak mampu berdiri sama tinggi, bila kakak menyarungkan shawl kemasan Matte Slik Satin berwarna kuning cair.. hee~ tetiba nampak cantik plak sebab kakak tak pernah ada tudung warna kuning cair apatah lagi dari jenama terkemuka, Tracync ni..

shawl_the_twiq_label


THE TWIQ LABEL, BANGI

walaupun masih baharu dalam industri fesyen, dan membawa label Tracync ; yang juga nama pengasasnya, The Twiq Label menempa tapak yang pertama dengan butik fizikal yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor menekankan alemen batu kristal Swarovski buatan tangan yang membuatkan label ini unik dan sekaligus mendapat tempat di hati hijabista.. walaupun telah bermula dari dalam talian dan mempunyai agen dari seluruh Malaysia, The Twiq Label tidak menongkah arus dan sangat mementingkan kualiti berbanding kuantiti..

swarovski_tracync_bangi

pelbagai koleksi yang telah diilhamkan sendiri oleh pengasas, The Twiq Label mempertaruhkan harga yang bermula dari RM 59.00 ( basic shawl ) sehinggalah ke RM 2+++.++ mengikut perincian dan kualiti tudung yang dihasilkan..

tudung_bawal_swarovski (2)


disusuli dengan permintaan ramai, syarikat fesyen yang berasal dari Sarawak ini sangat mementingkan gaya dan perincian bagi mengekalkan kepercayaan pengguna terhadap jenama dan kualiti membuatkan Tracync semakin kukuh dan menjadi sebutan.. dan atas permintaan tersebut juga, pasaran terhadap hijab diperluaskan lagi dengan menampilkan aksesori buatan tangan dari jenama Tale .. ya.. yang kakak kata uniknya, kedua-dua hasil yang ada di The Twiq Label dihasilkan dari tangan tau..

swarovski_the_twiq_label
ada subang, anting-anting, rantai, gelang, brooch yang ke semuanya dibentuk dengan tangan sehinggalah di pasarkan di The Twiq Label..
tak main la mesin mesin bagai.. hee~

the_twiq_label_malaysia_bangi

didatangkan dengan kotak eksklusif dan ikatan reben yang menarik, pasti membuatkan ‘ketagihan’ korang untuk jadikan ia sebagai koleksi peribadi mahupun hadiah untuk yang tersayang.. haa.. jangan tak tau.. kalau nak buat hantaran pun boleh jek.. tak payah nak hias teruk-teruk, letak atas dulang dengan sedikit hiasan bunga.. siap--
pasti tersenyum si penerima nanti.. hee~

butik_the_twiq_label

yang mana digantung, tergantung lah ia.. yang mana terlipat.. pasti kemas di dalam laci.. hohoi.. rambang biji mata kakak meneliti satu persatu design yang dorang offer ni.. hee~ tak tau nak pilih yang mana satu untuk dibuat kenangan.. dan yang pastinya, kakak dah jatuh hati..

tudung_bawal_swarovski

ini kegemaran kakak !! hee~ berpusing kakak mencari ni rupanya terletak cantik pada satu sudut.. dari segi warna dan material memang JIWA kakak la dan lagi satu pastinya finishing eyelash tu ha.. ye la.. kadang-kadang kakak pakai shawl, muka kakak jadi tak senonoh.. tapi sejak jatuh hati dengan jenis jahitan eyelash ni, ada rasa jiwa muda sikit la sebab dia terbentuk helok kat muka kakak..

jahitan tetas ?

warna apa pilihan korang ? hee~ kalau semua okay tak ?
oh !! tidak dengan Tracync tau.. sebab quality control mereka sangat strick.. kepuasan pelanggan, keutamaan mereka gittew--

nah !! untuk rujukan korang tau.. hee~ kakak memang dah SETIA di sana..


atau nak walkin kat butik The Twiq Label ?

D-12-G Plaza, Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat Bandar 5,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi,
Selangor  Darul Ehsan..

dah jadi fans ? hee~ jangan lupa untuk sama-sama kongsi memori korang menyarungkan Tracync ya.. boleh guna #TwiqLabel2017, TwiqLabel #Tracync #TaleJewellery

atiehilmi.com

STEAMBOAT HALAL DAN MURAH ALA 5 BINTANG DI SERI KEMBANGAN

$
0
0
jeng.. jeng.. jeng.. kakak dan keluarga pergi makan best lagik weyh.. hee~ serius kenyang dan sangat berbaloi sebab kami memang kaki steamboat lagi-lagi bila jumpa port steamboat halal dan murah ala 5 bintang gittew—menyandar sungguh ha..

steamboat_halal_selangor

bab makan memang encik suami kakak memilih sikit sebab tu, hanya kedai yang beliau kata OKAY !! JOM !! baru kami akan singgah.. teruk kan ? eh !! tak la.. demi menjaga keharmonian perut, kakak suka dan setuju dengan cara beliau..

alhamdulillah..

kami dijemput dan diterima baik oleh staff dari D’AURA STEAMBOAT dengan senyuman lebar.. hee~ kakak anggap ‘sapaan’ itu tanda hormat pada tetamu ( pelanggan ).. dengan bantuan staff kat sana, kakak diperkenalkan dengan menu baru !! wah !! dan dan jadi orang pertama yang mencuba menu steamboat dari jenama D’Aura..

steamboat_seri_kembangan_2

macam biasa, kedudukan kami memang macam ni la.. hee~ sebab encik suami kakak yang akan celup celup segala bahan yang ada lepas tu masukkan dalam mangkuk kami semua.. em.. memang memerlukan kesabaran dan beliau adalah seorang yang sabar..

untuk kami berempat, kami pilih set untuk 2 orang makan yang berharga RM 38.00.. murah kan ? itu pun tak habis tau.. dan dalam RM 38.00 tu ada :

  • 2 jenis fishcake
  • fishball
  • tauhu jepun
  • telur
  • isi ayam
  • sawi
  • kobis panjang
  • enoki
  • udang
  • suhun
d'aura_steamboat_seri_kembangan

kombinasi sup yang cukup rasa membuatkan Nur Aiman yang pada awalnya demam, berpeluh sihat kembali.. hahahah~ serius.. mula-mula tu dia lemah jek tapi dah hirup sup beberapa kali, dia mula minta ais krim.. adoi.. segan jek.. makan belum habis, anak-anak dah oder benda lain..

steamboat_seri_kembangan_1
panas weyh.. tapi ini adalah antara sup yang terbaik dalam kelas dia..
tak lengkap ber-steamboat tanpa sos.. haa.. untuk cicah cicah kena la ada sos kan ? hee~ sampai kakak meratah sos dorang ni sebab lain !! lain bukan tak sedap tapi mencuba untuk kenal pasti semua bahan yang ada.. memang sedap sebab resepi rahsia dari chef hanya di D’Aura Steamboat..
seri_kembangan_foodies_1
kakak tak dapat nak cam bahan apa yang dorang guna kan.. dan kakak stress.. hee~ tapi !! 5 bintang untuk sos ni..
syarat-syarat sah untuk menikmati hidangan steamboat adalah sup ( tak kisah la sup kosong ataupun tomyam ) dan orang sekeliling kita ( kawan-kawan atau keluarga ) yan turut sama menikmati hidangan.. haa.. tak jadi la steamboat kalau makan sensorang.. hee~ keluasan restoran ini dengan susun atur yang ringkas tetapi menarik juga memberi keselesaan kepada tetamu yang ingin mencuba pelbagai jenis menu..

steamboat_murah_seri_kembangan_1

kalau #duanur pun enjoy dan suka dengan restoran ni ( maaf, anak kakak pembersih sikit.. hee~ ) apatah lagi korang yang sangat mementingkan gaya dan keselesaan untuk keluarga.. dan sebenarnya.. masa kami sedang menikmati hidangan, rupanya ada tetamu untuk candle light dinner gais.. dan kakak dengan Nur Aina pun menumpang la untuk memori kami sendiri.. hahahaha~ tak senonoh kan ?

romantic_dinner_kuala_lumpur_seri_kembangan
bengkok dia punya posing.. hahaha~ lantak situ..
punya la best sebab dapat menumpang bunga ros orang ha..

makan_malam_romantik_selangor

korang boleh requset table deco ikut kesesuaian majlis yang korang nak raikan dengan harga serendah RM 100.00 jek.. dah ada majlis, kena la ada kek kan ? haa.. jangan risau sebab dorang memang ada sediakan kek dengan harga RM 15.00 sepotong.. tak nak sepotong ? amik la the whole cake bersaiz 5 inci dengan harga RM 68.00 jek dan makanan serta minuman pun murah ( lebih kurang RM 25.00 satu hidangan makanan ) murah kan kalau nak dibandingkan dengan tempat lain..

kakak ni sejeni suka buat perbandingan.. hee~ sebelum ni kakak celebrate harijadi encik suami total kakak habis lebih kurang RM 400.00 gais.. tapi dengan dorang ni kakak rasa kakak boleh jimat banyak tapi masih dapat pakej yang sama.. em.. rasa macam nak repeat ni... hahahaha~


HARGA PAKEJ STEAMBOAT D’AURA STEAMBOAT

PAKEJ 2 ORANG : RM 38.00
PAKEJ 4 ORANG : RM 78.00

nak tengok encik suami kakak bikin review ? hahaha~ kali ni beliau buang tebiat sikit, offer diri untuk dijadikan bahan ujikaji kakak.. tengok video bawah ni.. ehem.. encik suami kakak, kalau menipu mukanya cepat berubah sebab beliau rasa bersalah tau.. jadi.. ini ikhlas dari hati beliau nan luhur dan innocent itu..



amacam ?

untuk yang tinggal dekat-dekat area SERI KEMBANGAN, dan mencari port makan steamboat.. kakak memang cadangkan INI.. selain halal, persekitaran dan kemudahan yang sangat memuaskan.. kakak bagi 5 bintang..
atiehilmi.com

KOLABORASI CADS DAN COURSERA MENAIKTARAF KURSUS DALAM TALIAN

$
0
0
perubahan besar dalam pasaran global menyebabkan banyak syarikat bertaraf antarabangsa mencari calon yang berbakat dan berkemahiran bagi memenuhi trend pasaran dan sekali lagi, Malaysia dilantik sebagai negara peneraju data yang menyasarkan 20, 000 golongan profesional menjelang 2020..

thecads.org

The Center of Applied Data Science ( CADS ) yang juga merupakan platform pertama ASEAN dan satu-satunya pusat kecemerlangan tunggal Sains Data di rantau ini yang bertujuan memperkasakan generasi PROFESIONAL DATA.. seiring dengan matlamat mega ini, CADS dengan kerjasama Coursera telah melancarkan kursus dalam talian ( MOOC – Massive Open Online Course ) yang terbesar di dunia dalam menawarkan pelbagai kursus sains data kepada rakyat Malaysia khususnya..

coursera

melalui kerjasama ini, golongan profesional dan pelajar di peringkat universiti / kolej boleh meneruskan kerjaya impian mereka dalam bidang Sains Data dengan cara menamatkan program pendidikan dalam talian dalam tempoh setahun dengan memanfaatkan 11 kursus dalam talian yang ditawarkan oleh institusi pengajian global yang terkenal.. haa.. jangan tak tau yang kesemua kursus tersebut menepati piawaian antarabangsa.. hee~ best kan ? dan paling BEST bila kesemua pelajar mempunyai akses Hub Pembelajaran CADS serta sesi kelas tambahan ( tuisyen ) peribadi dengan Para Penyelidik Data yang terlatih dan berpengalaman..

the_cads_org
pertukaran Memorandum Persefahaman telah dilakukan antara Encik Cheam Tat Inn ; Pengarah Urusan di CADS dan Encik Matthew Klein ; Pengurus Perkongsian Kerajaan Antarabangsa di Coursera.. turut hadir, Cik Sharala Axryd ; Ketua Pegawai Eksekutif ADAX dan Dr. Karl Ng Hou ; Pengarah Bahagian Data Ekonomi di MDEC

"kami amat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan Coursera,
kerana kami percaya kerjasama ini membolehkan kami memupuk dan
memperkasakan generasi baru saintis data yang akan mempunyai akses
kepada pendidikan dalam talian terbaik di dunia.. ini menandakan komitmen kami
untuk melahirkan kumpulan saintis data yang berkemahiran tinggi yang memiliki
kursus-kursus dari universiti antarabangsa.. antara institusi yang bereputasi adalah
John Hopkins University, Wharton University of Pennsylvania,
University of Washington dan University of California, San Diego..”


Encik Cheam Tat Inn, Pengarah Urusan CADS


pendidikan antarabangsa dalam talian merupakan platform penting yang membolehkan rakyat Malaysia mengejar pendidikan ke tahap yang lebih tinggi tanpa sebarang kekangan dan masalah.. in shaa Allah.. dengan kerjasama CADS dan Coursera menawarkan pembelajaran yang meluas dalam topik yang berkaitan.. dan !! dan !! ** ini penting ni.. ** kesemua pelajar akan mendapat akreditasi yang diiktiraf diperingkat antarabangsa tanpa perlu belajar di luar negara sebaliknya ia boleh dicapai bersama Coursera..

the_cads

sesi pembelajaran yang luas dan menakjubkan ini ibarat membawa kampus terus kepada anda.. hee~ tak payah dah nak masuk kelas fizikal sebaliknya hanya ‘masuk’ kelas secara online jek--


"kami sangat berbesar hati dengan kerjasama ini kerana ia membuka peluang 
dan kini pembelajaran sains data yang berkualiti tinggidan efektif dapat 
diakses di Malaysia.. perkongsian dengan CADS benar-benar unik kerana 
pembelajaran yang ditawarkan membolehkan parapelajar menikmati pelbagai 
manfaat melalui kursus analisis data dari Universiti terhebat dan rakan industri.. 
mentor peribadi turut disediakan agar mereka boleh berusaha mencipta peluang 
inovatif dan seterusnya melahirkan bakat-bakat baru saintis data di Malaysia..”

Matthew Klein, Pengurus Antarabangsa Perkongsian Kerajaan Coursera




"platform MOOC seperti Coursera akan membuktikan ianya bernilai bagi 
pencapaian individu.. organisasi telah membuka lebih banyak peluang 
penting disebabkan permintaan tinggi terhadap kemahiran teknologi baru.. 
kursus dalam talian juga boleh membantu pembelajaran yang meluas 
bagi pelajar universiti serta perkembangan kerjaya untuk para pekerja dan 
kestabilan tenaga kerja untuk majikan.."

Sharala Axryd,Ketua Pegawai Eksekutif ADAX


kursus yang akan bermula pada bulan Februari 2018 dengan kos hanya RM 4,999.00 untuk pekerja profesional dan RM 3,599.00 untuk pelajar dan yuran tersebut termasuklah yuran peperiksaan dan kuiz, akses makmal dan panduan saintis data selama sejam seminggu sepanjang proses pembelajaran secara keseluruhan..
register_now

pendaftaran dalam talian ini bermula pada 15hb Disember 2017 dengan diskaun istimewa sebanyak 10% turut ditawarkan kepada mereka yang mendaftar sebelum 31hb Disember 2017.. amacam ? bestkan ? hee~ kalau korang memang mempunyai cita-cita tinggi dalam bidang Sains Data, inilah masa yang sesuai untuk korang GRAB ketat ketat..

cita-cita ibarat angin lalu jika tidak mengambil peluang yang bernilai.. kan ?

coursera

nah !! kakak sediakan lampiran untuk rujukan korang.. semoga berjaya !!

LAMAN WEB : www.thecads.org
atiehilmi.com

BELI - KUMPUL - TEBUS BEG SERBAGUNA JUICE WORKS

$
0
0
wah !! apeni ? apeni ? hee~ ada yang ‘kaki’ Juice Works ? haa.. ni peluang untuk korang la ni haa.. sebab Juice Works Malaysia nak reward korang dengan reusable bag yang limited edition nih ha..
juice_works_chistmas

ye la.. musim cuti sekolah kan, mesti banyak menyinggah shopping mall lepas tu mesti haus kan ? hee~ mana kakak tau ? sebab kakak macam tu.. tak sah kalau tak singgah Juice Works untuk kekalkan bendalir dalam badan supaya tak terhidrat.. musim cuti sekolah kan, banyak bergerak ke sana sini haa.. jangan risau sebab Juice Works ada 27 cawangan di seluruh Malaysia gais !!!

dan sempena Hari Natal yang bakal tiba tak lama lagi, Juice Works telah memperkenalkan minuman istimewa bertepatan dengan tema Hari Natal – MERAH yang melambangkan kebaikan, kebahagiaan dan kegembiraan sepanjang tahun.. kerana itulah ia disebut -- 'Honey, it's Christmas !'

juice_works_malaysia_chistmas

ais halus yang dicampur dengan madu, plum, strawberi dan delima mulberi dan delima ruby merah ini hanya boleh didapati dari 06hb November 2017 – 01hb Januari 2018 jek tau.. ya !! sudah tentulah jus ini mengandungi anti-oksidan yang tinggi untuk menyingkirkan radikal bebas yang jahat dari tubuh korang.. disamping mengekalkan vitamin c, folat serta kalium..
dan !!

setiap RM 20.00 yang korang belanjakan kat Juice Works, korang akan dapat ( 1 ) setem.. kena kumpul ( 5 ) setem dan korang layak untuk menebur beg comel serbaguna edisi terhad ni..

beli_juice_works_dapat_hadiah

nah !!

nak lagi best ? hee~ mesti la NAK kan ?

sempena musim yang menggembirakan ini, Juice Works juga telah menyediakan baucar tunai ( RM 10.00 setiap satu ) yang boleh dibeli dan dijadikan hadiah buat yang tersayang.. nanti dapat la orang yang korang sayang tuuuuuuu beli jus dan melengkapkan nutrien yang baik untuk tubuh badan mereka.. kan ?


pergi godek godek sana..


jangan lupa grab cepat cepat promosi BEG tu tau.. boleh bawak pegi beli barang dapur dan tak payah nak beli beg plastik dah.. kan ?
atiehilmi.com

KHASIAT DAUN LIDAH BUAYA KINI DIBOTOLKAN UNTUK KECANTIKAN KULIT DAN RAMBUT

$
0
0
ehem.. tak nak cantik ? eh !! rugi la.. hee~ memang dari zaman tok nenek kita dulu hanya menggunakan bahan semulajadi untuk tampil cantik dan awet muda.. dan salah satunya daun lidah buaya yang selalu dijadikan masker untuk merawat masalah kulit.. ha ? betul ke daun lidah buaya SEHEBAT itu ?

lovera_malaysia_magic_jelly

MAGIC JELLY LOVERA™

gel kecantikan serbaguna yang mempunyai tekstur lembut - jernih ini diperbuat daripada campuran daun lidah buaya ( a.k.a aloe vera ) dan timun ( of course gred terbaik ) yang juga bertindak sebagai serum telah diformulasikan dengan formula baharu ini telah mendapat kelulusan sijil HALAL dari JAKIM.. aha.. Magic Jelly ini telah dikilangkan serta bertaraf GMP juga telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ).. maknanya ; boleh guna tanpa perasaan ragu.. hee~

biasa, kalau bahan kecantikan ni ada sedikit kandungan kimia dan bahan asas haiwan.. kan ? em.. tapi bukan dengan Magic Jelly Lovera™ ni tau..

tak percaya ?

magic_jelly_lovera_malaysia

KLIK SINI UNTUK BUAT SEMAKAN –> BIRO PENGAWALAN FARMASUTIKAL KEBANGSAAN

dengan formula baharu yang 10 kali lebih baik dengan gabungan aloe vera + timun + chamomile ini sangat berkesan merawat  hampir kesemua masalah kecantikan kulit dan rambut.. bila sapu kat kulit terasa sejuk dan tidak melekit.. wah !! taste sangat tau..

selain merawat masalah kulit dan rambut, Magic Jelly Lovera™ juga bertindak sebagai pelembap kulit yang membantu menganjalkan kulit dan memudarkan parut yang ada di kulit.. paling BEST bila kakak dapat tau yang Magic Jelly Lovera™ ni pun boleh bertindak sebagai primer sebelum mekap untuk menjadikan mekap tahan lebih lama.. wa.. banyak manfaat sebotol kecik ni sebenarnya..


KELEBIHAN MAGIC JELLY LOVERA™

kalau dari pembacaan kakak di laman web dan Facebook Lovera Malaysia, memang terdapat banyak kegunaan Magic Jelly Lovera™ ni dan telah disahkan dengan lambakan testimoni yang positif.. antara kelebihan Magic Jelly Lovera™ adalah :

  • membantu merawat masalah jerawat kornik
  • menjadikan kulit lebih anjal dan lembut
  • anti-penuaan
  • mengecilkan liang roma
  • melindungi kulit dari sinar UV
  • membangu mengurangkan kerensangan ekzema
  • memudarkan parut dan bintik-bintik pada kulit
  • membantu mengurangkan ruam / alergi kulit
  • merawat kulit bibir yang kering dan merekah
  • membantu menyembuhkan luka dengan cepat
itu untuk kulit la.. memang best kan kalau masalah kulit dapat dirawat dengan baik.. barulah jet jet awet muda selalu.. hee~ tapi !! macam kakak cakap tadi.. Magic Jelly Lovera™ juga dapat membantu menyihatkan rambut..

  • menggalakkan pertumbuhan rambut
  • membantu mengurangkan kelemumur ( boleh jadi hilang terus nih.. hee~ )
  • melicinkan / merapikan rambut yang serabai
  • boleh digunakan sebagai serum rambut

lovera_magic_jelly

BONUS !!

kalau Magic Jelly Lovera™ ni mampu untuk menjaga rambut, maknanya bulu mata pun boleh la kan ? haa.. apa kata siapa yang ada anak kecil tu dan nakkan bulu mata dorang panjang dan melentik.. ya !!! jangan lupa Magic Jelly Lovera™ ni dan jadikan ia sebagai serum bulu mata..

magic_jelly_lovera

( 1 ) botol Magic Jelly Lovera™ ini mengandungi 60ml gel yang jernih boleh bertahan ( 2 ) hingga ( 4 ) bulan ; bergantung kepada cara penggunaan korang la.. kalau macam kakak, memang guna satu keluarga.. ni dah nak tinggal separuh botol ni.. hahahah~ ( #taksubcantik ) ye la.. kalau boleh guna satu keluarga, kenapa kakak kena cari banyak-banyak ‘ubat’ plak kan.. berkongsikan lebih manis.. gittew--


FAKTA TENTANG MAGIC JELLY LOVERA™

lepas kakak klik dan explore sana sini, rupanya benda botol putih ni memang best dan menurut pengedar dan pengguna, Magic Jelly Lovera™ ni :

  • tiada bahan kima merbahaya
  • tiada paraben
  • tiada pewarna tiruan
  • tiada mercury
  • tiada steroid
  • tidak menghakis kulit
  • tiada kesan sampingan
  • tiada bahan berunsur haiwan
didatangkan dengan botol kalis cahaya matahari bagi melindungi kandungan gel di dalamnya supaya komposisi kimia tidak berubah apabila terkena haba dan akan memberi kesan kepada pengguna.. selamat ? sudah tentulah 100% selamat dan terbukti berkesan..


kalau korang kaki travel dan ada anak kecil, tak pun kulit korang memang breakout gile.. boleh la berubah angin dan mencuba sesuatu yang lebih bersifat semulajadi supaya kulit korang boleh detoks dengan baik.. kakak cakap jek.. tak paksa pooooonnnnnnn.. hahahaha~

kat mana nak beli ? em.. korang pergi jek kalt link bawah ni.. macam biasa la.. kakak memang dah standby kan semua untuk korang..

LAMAN WEB : www.lovera.com.my

kakak dah ada sebotol ni, korang bila lagi ? hee~

atiehilmi.com

BUKTI RAKYAT MALAYSIA SANGAT MENYUKAI CHEESE TARIK CRUST DOMINO’S PIZZA

$
0
0
ternganga jap kakak masa dapat tau stok pizza terbaharu keluaran Domino’s Pizza Malaysia – habis !! gile kentang !! satu Malaysia plak tu.. hahaha~ korang buat ape ha sampai orang lain tak dapat merasa lansung ni.. yennadei !! apa suada jadi dey ????

pizza_kulit_cheese_domino

adoi !! memang kesian la siapa yang terlambat kan ? hee~ gigit jari ? eh !! tak !! tak !! sebab Domino’s Pizza dah ‘topup’ stok pizza best ni mulai 18hb Disember 2017 ( kelmarin ) tau.. haa.. yang mana tak sempat beli tu, boleh la kejar mana-mana store Domino’s Pizza yang dekat.. tak pun oder jek online..


cheese_tarik_crust_dominos_pizza_malaysia

CHEESE TARIK CRUST DOMINO’S PIZZA

menu terbaharu dari Domino’s Pizza ini mengetengahkan rasa keju cheddar yang ada di dalam kerak pizza yang ditabur dengan parmesan dan dibakar sempurna.. pergh !! tengok cheese leleh dia, kecur air liur dekkkk.. lagi ko tarik panjang, lagi terliur.. hahahah~

pertandingan_dominos_pizza
tarikkkkk lagi bang.. jangan tak tarikkkkk..
kalau dulu dah sold out dalam masa beberapa minggu selepas pelancarannya dan membuatkan ramai peminat cheese menggigit jari, kali ni dorang datang dengan tawaran istimewa sebab setiap dari pembeli Cheese Tarik Crust ni, korang layak untuk menyertai cabaran Cheese Tarik Domino’s.. hee~ syok kan ? sebab korang boleh menang hadiah bekalan pizza selama setahun dari Domino’s gaisssss.. kentang !!! memang syok a--

cabaran ini terbuka untuk peminat pizza bermula dari 24hb Disember 2017 hingga 07hb Januari 2018 !! lama lagi tu.. sempat nak try banyak kali..

macamana ?

cheese_tarik_crust_dominos_pizza
ada peluang nak menang ni.. hahaha~ lai.. lai.. lawan kami !!

senang jek.. ambil gambar korang tengah tarik pizza crust ( Cheese Tarik Crust Domino’s Pizza ) dengan cara yang paling kreatif dan tag @DominosMY tapi jangan lupa #CheeseTarikChallenge dan poskan kat media sosial korang !! senang kan ?

dominos_pizza_malaysia

apalah maknanya makan pizza tanpa cheese gaissss.. ibarat mandi tak basah gaissss.. hahahah~
nah !! korang boleh dapatkan maklumat lebih kat link bawah ni tau..

dominos-pizza-malaysia

LOKASI CAWANGAN : Domino’s Pizza Malaysia

#CHEESETARIKCHALLENGE

1 ) beli Cheese Tarik Crust Pizza di Domino’s Pizza
2 ) tarik crust ( yang ada chesse dalamnya ) sepanjang mungkin
3 ) tangkap gambar terbaik korang dan poskan ke semua media sosial korang ( Facebook / Twitter / Instagram )
4 ) jangan lupa tag @DominosMY
5 ) wajib letak #CheeseTarikChallenge
atiehilmi.com
Viewing all 962 articles
Browse latest View live