Quantcast
Channel: atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger
Viewing all 962 articles
Browse latest View live

BETUL KE MINUM KOPI HIJAU ALANA BOLEH TURUNKAN BERAT BADAN ?

$
0
0
kan ? betul ke tak tu ntah.. sebab kakak kalau bab bab kurus ni memang teruja lain maciam tapi betul ke minum kopi hijau boleh turunkan berat badan ? macam mana plak tu ?

kopi_hijau_alana

haa.. tutup sket mulut tu, tak payah menganga besar sangat.. hahaha~ sebab kakak akan ‘payung’ info kat korang pasal kopi hijau ni ** behave ye anak-anak.. ibu study tau.. hee~ baca dengan teliti dan fahamkan.. **biasa kita dengar kopi hitam jek kan rupa-rupanya kopi hijau ni mempunyai pelbagai khasiat dalam membantu meningkatkan mutu kesihatan dan dah lama pun ada kat pasaran Malaysia ..


KOPI HIJAU

kebiasaannya, kopi hijau diproses secara kasar ( raw ) dan hanya menggunakan biji kopi muda – dikisar tanpa dipanggang terlebih dahulu.. kalau serbuk kopi lain, dorang akan dipanggang tau ; kopi hijau TAK sebab tu la kopi hijau mengandungi asam klorogenik yang ( 3 ) kali lebih tinggi dan bertindak sebagai ‘booster’ yang berfungsi sebagai pembakar lemak dan kalori yang lebih cekap dan pantas.. selain itu, kopi hijau juga membantu meningkatkan stamina  dan mencegah pembentukan lemak di bawah lapisan kulit.. em.. sebab tu ramai pengeluar menggunakan kopi hijau secara meluas dalam produk kurus mereka..

biji kopi hijau mengandungi bahan kimia semulajadi dan sebahagian daripadanya mempunyai kesan positif ke atas kesihatan manusia.. dan !! fungsi utama dalam pelansingan adalah meningkatkan sirkulasi darah dan proses metabolisme.. haa.. sebab tu la KOPI HIJAU diyakini mampu melakukan proses pembakaran lemak dengan cepat dan pantas dari biasa..
ye ke ? best kan ? kan ? kan ? 

tapi !!

kalau kakak sebut..



KOPI HIJAU ALANA

mesti ada yang dah kenal dan mengangguk kepala kan ? haa.. ya !! antara jenama kopi hijau yang ada dipasaran cumanya, brand ni lain dari yang lain !! apa yang lain ? KOPI HIJAU ALANA merupakan Organic Green Coffee bersama Chia Seed dan juga susu kambing serta habbatussauda yang kaya dengan zat, vitamin, mineral yang sangat diperlukan oleh badan kita.. haa.. ada korang jumpa mana-mana kopi hijau yang mengandungi makanan sunnah ni ? tak de ? hee~

kopi_hijau_alana

KOPI HIJAU ALANA ade !!

dah kalau pum pang pum pang pasal kopi hijau ni, mesti la ada kebaikan kan ? haa.. korang tau tak, selain dari KURUS, banyak kelebihan lain sekiranya korang minum Kopi Hijau Alana ni secara konsisten..


KELEBIHAN KOPI HIJAU ALANA

  • membantu menstabilkan tekanan darah tinggi
  • membantu menyingkirkan toksin yang terkumpul di dalam badan
  • membantu melawaskan penghadaman
  • membantu meningkatkan metabolisme tubuh badan
  • membantu pembentukan bentuk badan yang lebih cantik
  • bertindak sebagai pembakar lemak yang berlebihan
  • bertindak sebagai energy booster – mengekalkan tenaga berpanjangan
  • pengguna mampu mengawal selera makan ( Kopi Hijau Alana mengenyangkan perut korang !! )
  • tinggi anti-oksidan
ee.. diet ? ape tu ? hahahaha~

mesti korang tertanyakan, SIAPA JEK YANG BOLEH / KENA minum Kopi Hijau Alana ni ? semua orang boleh minum ke ? haa.. buat korang yang mengalami masalah paha sebesar kayu balak, sejenis yang tak boleh kawal nafsu makan, hat yang dah penat bersenam tapi perut tetap lah buncit kemain.. haa.. entri ni memang tepat untuk korang dan kakak rasa korang dah jumpa produk yang betul di ‘tempat’ yang betul ni..


PACKAGING BAHARU KOPI HIJAU ALANA

wah !! diam tak diam rupanya kopi anak Malaysia ni dan terjual lebih dari 400, 000 kotak sehingga ke hari ini dan dah ada ‘rupa’ baharu.. dengan penampilan lebih HIJAU ( segar ), dari jauh pun dah nampak ni.. hee~ em.. kalau korang perasan la kan.. Kopi Hijau Alana ni sudah pun berada di beberapa media tempatan seperti :

  • Radio ERA
    • sponsor segmen Sketsa JOHARA
  • rancangan tv Al-Hijrah
  • surat khabar
  • Facebook
ya !!

yang ada kat pasaran sekarang ni rupa baharu dia la..

packaging_baru_kopi_hijau_alana

vavavavava—kalau dah ada kelebihan produk, kena la lebih telus dengan FAQ ( Frequently Asked Questions ).. hahahah~ dah serupa pakar kesihatan dan ekonomi rumahtangga plak kakak untuk entri kali ni.. ni ha.. kakak nak ajau cemana cara korang nak bancuh kopi tu dan disiplin yang BETUL jek ponnnnn..


1 ) bila waktu yang sesuai untuk minum Kopi Hijau Alana ?

  • pada waktu pagi, semasa sarapan supaya lebih bertenaga sepanjang hari..
2 ) apa rasa Kopi Hijau Alana ?

  • lemak lemak manis kopi arabica.. haa.. sape hantu kopi, mesti dapat bayangkan rasanya cemana..
3 ) berapa harga Kopi Hijau Alana ?

  • 1 Box RM 40.00 ( free postage )
  • 2 Box RM 80.00 ( free postage )
  • 3 Box RM 100.00 ( free postage )

testimoni_kopi_hijau_alana
encik suami kakak suka rasa arabica yang lembut dan lemak lemak manis tu.. hee~ SINI haa..

nih ha lunch box encik suami kakak harini.. hee~ kaka dah mengopi – alana – kan encik suami kakak.. nampaknya beliau suka.. nampaknya hari-hari kena ber – alana la jawabnya ni.. korang ? bila lagi ? nah !! kakak bagi link kat mana korang boleh dapatkan stok korang..

LAMAN WEB : http://alanamalaysia.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/KopiHijauAlanaHQ
SENARAI AGENT : http://alanamalaysia.com/pengedar

atiehilmi.com

PEMENANG 2ND GIVEAWAY ATIEHILMI.COM FT. 1ST DENTAL CLINIC

$
0
0
huu~ berkurun btol ha baru kakak dapat umumkan siapa pemenang untuk 2nd Giveaway Atiehilmi.com ft. 1st Dental Clinic yang kakak siarkan pada 16 Oktober kelmarin.. adoi.. mahap la ye kengkawan / kekakak / kekabang / kekadik.. ada beberapa masalah teknikal yang kakak perlu selesaikan..

giveaway_atiehilmi.com_1stdentalclinik_bukit_jelutong

dan !!


masalah tu dah settle pun ** alhamdulillah.. ** nih kakak nak umumkan, 6 orang pemenang ( senarai nama pemenang ni kakak dah cabut pada 01hb November kelmarin gais.. maaf kan diatas kelewatan kakak ya.. ) !!

HUSNA IZZATI 

AT-TARMIZI 

MIA ZIAN 

NAJAH MUSTAPA 

SURIA LEKAT LEKIT 

SYAH BANU 

diminta !!!

kalian ber – enam menghubungi kakak di whatsapp ( 017 – 3091865 ) untuk menyerahkan detail akaun korang ( nama penuh + email + nombor akaun )..

buat yang tak berjaya.. em.. nanti kakak buat giveaway lagi ya !! hee~ doakan kakak murah rezeki selalu dan kakak pun akan doakan rezeki kalian dipermudahkan.. aamiin.. in shaa Allah..
jutaan terima kasih diatas kerjasama pihak penganjur iaitu 1ST DENTAL CLINIC yang sudi menaja hadiah giveaway kali ni !!

atiehilmi.com

DEPRESSION ; DAN BAGAIMANA LELAKI INI MENANGANINYA DENGAN WAJAR

$
0
0
lately, berlegar-legar kat newsfeed kakak tentang depresi dan kakak sendiri tak ketinggalan untuk study serba sedikit mengenai DEPRESI yang sesetengah orang anggap “ala.. apa la sangat berbanding sakit kronik lain..” sedangkan mereka tak tahu yang depresi merupakan ‘sakit’ pada bahagian mental.. em.. dan !! kakak jumpa tweet dari seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai ABANG KATIK menceritakan bagaimana dia menangani depresi dengan wajar

bagaimana_menangani_depresi_depression
dari pembacaan kakak, lelaki yang berusia awal 20-an ini mengalami bisikan suara halus tanpa henti.. em.. ya.. beliau yang juga seorang pengamal perubatan ( doktor ) mengakui perkara itu berlanjutan dan mengganggu aktiviti sehariannya..












ini tanpa – edit yang kakak memang amik dati Twitter beliau @abangkatik dan kakak bukannya pesakit depresi ( stress tu selalu gak la.. hee~ tapi masih boleh handle dengan baik.. alhamdulillah ) cuma ada la kakak buat pembacaan sikit sikit sejak kes seorang artis Korea yang meninggal dunia akibat bunuh diri ( dipercayai mengalami depresi kronik – wallahualam ) dan bukan hanya beliau jek yang bunuh diri sebab depresi, malah ramai jek artis dan public figure yang berjaya pun sama !!

kenapa ?

takkan tak de jalan penyelesaian ?

ya !! salah satunya jumpa psikiatrist dan duduk bersama lingkungan orang-orang positif dan membantu.. tolong memilih dalam berkawan, bukan semua orang boleh ada dengan kroang kalau korang berada dalam situasi yang sukar.. dan sebagai orang sekeliling, bantulah mereka dengan menjadi pendengar yang baik.. kalau mungkin kita tak dapat selesaikan masalah mungkin kita akan jadi asbab seseorang tersenyum dan gembira..

selebihnya, untuk pesakit depresi.. banyakkan berdoa dan dekatkan diri dengan Dia Yang Maha Baik..

terima kasih @abangkatik sudi berkongsi pengalaman bagaimana beliau dapat mengawal bisikan halus yang mengganggu hidup beliau.. semoga beliau terus success dalam kerjaya dan kehidupannya pada masa akan datang..

atiehilmi.com

BEKAL TENAGA SEPANJANG HARI PERSEKOLAHAN ANAK DENGAN MILO®

$
0
0
minggu lepas, kakak dan Nur Aiman berpeluang menyertai Bengkel Bento ‘Pack In The Energy For Champions’ Milo® untuk sama-sama mempelajari teknik penyediaan bento yang mudah dan cepat tetapi nutrisi – nya seimbang.. nah !! boleh ke ? hee~ mestilah boleh sebab tak de apa yang mustahilkan ? kan ?

12_milo_bento_box_workshop

disamping mengisi masa lapang cuti sekolah dengan aktiviti bermanfaat, kakak juga dapat topup ilmu mengenai pelan pemakanan seimbang untuk anak bertuah ni.. haa.. ye la.. cuti sekolah ni memang dorang banyak makan junk foods + makan kat luar dan kandungan semua bercampur aduk – tak berapa nak sihat untuk perkembangan kanak-kanak.. ada jugak la mommy – son time.. hee~

sepanjang majlis tersebut, banyak pengisian positif yang kakak dapat disamping memperbetulkan kembali mindsetting kakak untuk terus menyiapkan bekal untuk suami dan anak-anak ke sekolah.. ibarat pantang mundur sebelum operasi la tu.. hahaha~

rupanya ; dalam kajian yang telah dijalankan oleh pihak Nestle Malaysia, seorang kanak-kanak menggunakan sehingga 1500 kcal ( kilo calorie )  dalam satu hari persekolahan dan jumlah tenaga tersebut sebenarnya sama dengan tenaga yang diperlukan untuk mendaki gunung dan berenang sebanyak 50 pusingan kolam renang.. wah !! larat pulak kan kanak-kanak sekecil Nur Aiman menyimpan tenaga sebanyak itu ? em.. sebenarnya TAK !!

sebab tu kakak rasa pendedahan yang dilakukan oleh pihak Milo® dalam memberi pendekatan supaya setiap dari kanak-kanak yang bersekolah dibekalkan dengan tenaga yang secukupnya disamping mendapat khasiat yang dapat menyokong perkembangan mental dan fizikal mereka serta memenuhi keperluan tenaga seharian mereka..

13_milo_bento_box_workshop


“kanak-kanak kita adalah juara kita.. maka, pentingnya kita memberikan 
mereka segala sokongan yang diperlukan untuk berdepan pelbagai cabaran 
dalam kehidupan seharian mereka.. oleh sebab inilah kami menggalakkan 
ibu bapa untuk menyediakan bekal makanan yang seimbang dan berkhasiat.. 
Milo® UHT dapat menghasilkan tenaga yang efisyen daripada makanan, 
sekaligus memberkalkan tenaga kepada kanak-kanak untuk memberkan prestasi 
yang terbaik dari segi fizikal mahupun mental..”

- Angeline Lim ; Pengurus Jenama Kanan Nestle Malaysia


bengkel yang merangkumi taklimat berkaitan nutrisi dalam pelbagai makanan serta cara penyediaan makanan yang seimbang bagi kanak-kanak oleh Gorgen Thye, wakil dari Persatuan Dietician Malaysia mencelikkan mata kakak sebenarnya.. hee~ ye la.. cuti sekolah lama kot, habis semua jenis makanan kakak bagi anak-anak makan kononnya ‘nanti boleh cover balik dengan supplement’ sebenarnya SALAH..

11_milo_bento_box_workshop



“pengambilan nutrisi yang tidak tetap kerana tidak makan atau pilihan 
makanan yang kurang baik menyebabkan kanak-kanak mengalami kehausan tenaga 
pada waktu berbeza dalam sehari.. keadaan ini mungkin boleh menjejaskan 
tumpuan mereka di sekolah serta aktiviti kokurikulum.. penetapan masa makan yang 
tetap serta penyediaan makanan yang penuh khasiat seperti bijirin penuh, sayur-sayuran, 
buah-buahan, daging tidak berlemak, kekacang dan produk tenusu dapat 
membantu mengisi jurang tenaga tersebut..”

- Gorgen Thye, wakil dari Persatuan Dietician Malaysia


yang best – nya dalam bengkel tu, kami diajar bagaimana menyediakan bento dalam masa 15 minit ( termasuk hiasan ) disamping berkongis pelbagai tips penting mengenai penyediaan hiasan makanan dlama pelbagai bentuk potongan bagi menceriakan bekas bento supaya anak-anak teruja untuk membuka bekal mereka untuk menjamu selera..



“sebagai seorang ibu, saya berasa lega kerana saya yakin bahawa anak-anak 
saya mengambil makanan yang berkhasiat yang akan membekalkan mereka 
nutrisi dan tenaga supaya mereka dapat memberikan prestasi yang terbaik si sekolah..”

- Puan Hasnawati ; ahli Kelab Bento / Bekal Malaysia


Milo® UHT dapat membantu ibu bapa yang sibuk memastikan anak-anak mendapat tenaga yang mencukupi bagi mengharungi kehidupan seharian mereka.. ye la.. macam Nur Aiman tahun depan ni, pagi sampai ke malam ada aktiviti yang memerlukan dia kekal bertenaga ; budak tengah nak melasak dan meneroka pelbagai aktiviti sekelilingnya memerlukan lebih tenaga disamping makanan yang berkhasiat.. kan ? hee~ nasib la ada Milo® UHT nih yang mengandungi ACTIV-GO®, kombinasi unik PROTOMALT™, vitamin dan mineral yang dapat menghasilkan tenaga yang efisyen daripada makanan.. Milo® UHT  yang juga mengandungi kalsium bagi menjamin tulang dan gigi lebih kuat dan kandungan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan..

kanak-kanak yang mengambil minuman malt mempunyai pengambilan mikronutrien yang lebih tinggi dan lebih cenderung memenuhi Cadangan Pengambilan Zat ( RNI ) bagi jumlah pengambilan tenaga, protein, kalsium dan vitamin B**..

sangat sesuailah Milo® UHT ni dijadikan salah satu ‘bahan’ untuk melengkapkan bento untuk anak-anak kerana ia didatangkan dalam pek minum 125ml dan 200ml yang mudah didapati di semua kedai runcit dan pasaraya berdekatan.. hee~ #duanur sudah, korang bila lagi ?

KLIK SINI –>

PACK IN THE ENERGY FOR CHAMPIONS

9_milo_bento_box_workshop
hee~ kakak tak larat nak berdiri, jadi kakak tengok jek demo live kat tv..
10_milo_bento_box_workshop
kami dah ready nak buat bento !!
1_milo_bento_box_workshop
antara bahan-bahan yang disediakan.. nah !! buat la ape jenis bento pun janji lengkap nutrisi dan sedap..
7_milo_bento_box_workshop
gigih Chef Nur Aiman buat bento sendiri dan dibantu oleh Jr. Chef Nur Aina.. hahaha~
5_milo_bento_box_workshop
oh !! Sr. Chef Nur Hilmi turut membantu..
6_milo_bento_box_workshop
siap !! hee~ lalu tak nak makan bento sendiri tu ? hahahaha~
8_milo_bento_box_workshop
dengan hasil kerja masing-masing !! sedap boleh tahan gak a..
terima kasih Milo® untuk aktiviti menarik dan pendedahan pelbagai perkara baharu untuk kakak titik beratkan dalam perkembangan sehari-hari untuk anak-anak kakak.. hee~ ye la.. sebelum ni tak tau, dia macam alpa la sikit tapi bila dah tau, kita lebih berjaga-jaga dan cuba apa yang terbaik.. kan ?
milo_malaysia
nah !!
untuk maklumat lanjut dan rujukan korang, boelh singgah :
LAMAN WEB : www.milo.com.my
atiehilmi.com

PITCH PERFECT 3 KEMBALI MENGGELETEK PENONTON DI PAWAGAM

$
0
0
sukakan komedi muzikal disamping jalan cerita mudah difahami ? hee~ ya !! sekali lagi Universal Pictures membawakan semula sekuel yang mendapat tontonan ramai iaitu Pitch Perfect 3 yang tidak lansung nampak perubahan ketara termasuk susunan para pelakon tetap dikekalkan..

1_sinopsis_pitch_perfect_3

selepas lulus di kolej, mereka keluar ke dunia sebenar untuk memperkenalkan muzik capella cumanya pada musim 2017, Bellas kembali dengan mencatat BOX OFFICE diperingkat global !! tahniah gais !! hee~

SINOPSIS PITCH PERFECT 3

selepas kejayaan memenangi Kejuaraan Dunia, Bellas mendapati diri mereka terpisah dan kecewa dengan dunia nyata kerana tiada lagi permintaan dari dunia hiburan terhadap muzik capella.. ye la.. ape sangat la kan buat muzik menggunakan mulut.. hee~ Amy ( Rebel Wilson ) menghabiskan hari-harinya sebagai peniru Amy Winehouse sementara Beca ( Anna Kendrick ) baru sahaja berhenti kerja dan Chloe ( Brittany Snow ) masih bertahan di sekolah veterinar.. senang cerita kesemuanya bermasalah dalam kehidupan mereka.. hee~ tapi !! dengan buah fikiran Aubrey ( anna Camp ) mereka dapat peluang untuk berkumpul semula dan pertandingan USO di Eropah untuk menghiburkan tentera.. ** like !! sudah kenape ? hee~ **

3_sinopsis_pitch_perfect_3

sekuel muzik komedi yang menjadi taruhan Trish Sie ini mengetengahkan komedi persahabatan yang bermain dengan emosi memberi impak mendalam terhadap penonton ( seperti Pitch Perfect yang sebelumnya.. )  menjadi semakin genting bila Bellas ke Sepanyol dan berhadapan dengan pesaing baharu yang datang dalam bentuk kumpulan gadis.. ehem.. lebih seksi dan menarik.. hahahah~

dan ada satu plot sampingan yang menyatukan Fat Amy ( Rebel Wilson  ) dengan ayahnya ( John Lithgow ) hampir mengambil alih filem dan menukar plot apabila ayah amy menculik Bellas !! adoiyai.. walaupun hanya adegan sampingan tapi tetap menarik gais.. pecah ketawa apabila usaha menyelamatkan Bellas, mereka mengubah sosej menjadi nunchuck dan tinfoil sandwich menjadi bahan peledak.. jangan lupa juga fokus pada adegan Bellas memusnahkan suite hotel dan melepaskan sekumpulan lebah..

confirm menggeletek korang sampai kering gusi..

kakak tanak cerita panjang sebab nanti tak de point la korang nak pergi tengok kat panggung wayang berdekatan korang kan ? haa.. korang kena tengok sendiri dan buat penilaian sebab ada beberapa plot yang menarik dengan kemunculan karekter antagonis yang baharu dan lebih menonjol.. adakah Bellas akan tenggelam dan dilupakan ? hee~ tengok sendiri la nanti ye..

4_sinopsis_pitch_perfect_3

FILEM PITCH PERFECT 3

Produser : Paul Brooks, Elizabeth Banks, Scott Niemeyer
Penulis Skrip : Kay Cannon
Pengarah : Trish Sie
Terbitan : Universal Pictures
Durasi : 93 minit


PELAKON PITCH PERFECT 3


  • Anna Kendrick sebagai Beca Mitchell
  • Rebel Wilson sebagai Patricia “Fat Amy”
  • Hailee Steinfeld sebagai Emily Junk
  • Brittany Snow sebagai Chloe Beale
  • Anna Camp sebagai Aubrey Posen
  • Alexis Knapp sebagai Stacie Conrad
  • Hana Mae Lee sebagai Lilly Onakurama
  • Ester Dean sebagai Cynthia-Rose Adams
  • Chrissie Fit sebagai Florencia “Flo” Fuentes
  • Kelley Jakle sebagai Jessica
  • Shelley Regner sebagai Ashley
  • John Michael Higgins sebagai John Smith
  • Elizabeth Banks sebagai Gail Abernathy-McKadden-Feinberger
  • Ruby Rose sebagai Calamity
  • Matt Lanter sebagai Chicago
  • Andy Allo sebagai Charity
  • Guy Burnet sebagai Theo
  • DJ Khaled
  • John Lithgow

TRAILER PITCH PERFECT 3


jangan lupa untuk menonton Pitch Perfect 3 di pawagam berhampiran korang tau sebab Pitch Perfect 3 ni dah mula ditayangkan pada 22hb Disember 2017 kelmarin.. hee~ jom la !! confirm tak menyesal weyh sebab kakak bagi 4.8 bintang dari 5 bintang tau..

atiehilmi.com

TANGGUNGJAWAB SOSIAL MBI MERINGANKAN BEBAN PERSEKOLAHAN 55 000 ANAK SELANGOR

$
0
0
musim anak-anak memulakan sesi persekolahan baharu tetapi ibu dan ayah termenung jauh mengenangkan bajet yang belum tentu cukup.. em.. sepanjang proses pengendalian aktiviti tahunan Projek Beg Sekolah ( PBS ) yang sudah menginjak tahun ke-3 sedikit sebanyak kakak mengenal betapa perihnya sesetengah dari mereka masih perlu menyusun belanjawan untuk mencukupkan keperluan persekolahan anak-anak untuk sesi 2018 yang akan tiba tak lama lagi..
csr_MBI_selangor_2018
dengan bantuan pelbagai pihak yang masih celik mata menghulurkan bantuan disamping meringankan tanggungan ketua keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana turut membuka mata betapa masih ada rakyat yang memerlukan bantuan secara lansung mahupun tidak.. mungkin ada yang pandang senget dengan pemikiran negatif tentang betapa mampunya mereka menangungg keluarga ; dan mahu orang lain ikut sama cara mereka berbelanja..

hakikatnya, tidak semua yang mampu untuk sama-sama bermewah dengan keadaan ekonomi yang mendesak disamping kos sara hidup semakin tinggi membuatkan ramai yang melalui saar-saat sukar.. macam kakak sendiri, seorang nak masuk darjah 2, seorang nak masuk tadika 6 tahun.. baju sekolah dua pasang sorang, kasut sekolah, beg sekolah, yuran PIBG dan peralatan persekolah yang lain tak termasuk makan dan minum harian ; pun dah pening.. hee~ bukan mengeluh tapi mengisahkan betapa kakak pun perlu menyusun belanjawan sebaik mungkin untuk dua orang anak kakak.. kalau yang keluarga mempunyai anak lebih dari dua orang ? dan kesemuanya bersekolah ?

ya..

lagi pening gamaknya..

TANGGUNGJAWAB KORPORAT MBI

sekali lagi, Menteri Besar Selangor Incorported ( MBI ) berdiri dan mengulurkan tangan dalam melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat ( CSR ) menghulurkan bantuan berbentuk pakaian seragam sekolah dan alat tulis kepada 55 000 keluarga berpendapatan rendah termasuklah keluarga dari ibu dan bapa tunggal menerusi Program Kasih Ilmu Anak Selangor baru-baru ini yang diharapkan dapat meringankan sedikit sebanyak beban keluarga disamping menceriakan hari persekolahan anak-anak.. mana taknya, kalau kita dapat baju baharu pun kemain lebar senyuman kan ? inikan pula kanak-kanak yang punya impian untuk melangkah jauh mengapai cita-cita..

MBI_fairuz_ramdan_FRjunior
Program Hope For The Future Di Sunway Lagoon


PROGRAM KASIH ILMU ANAK SELANGOR

menerusi gabungan kerjasama MBI, beberapa program yang sama telah dianjurkan ;

  • Program Hope For The Future di Sunway Lagoon
  • Program Kasih Ilmu Anak Selangor di Tadika Cahaya Takwa
  • Program Kasih Ilmu Anak Selangor di Sungai Buaya Rawang
csr_MBI_anak_selangor
Program Kasih Ilmu Anak Selangor di Sungai Buaya, Rawang
dengan tujuan yang satu iaitu membantu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana bagi meringankan beban perbelanjaan dalam penyediaan kelengkapan persekolah untuk anak-anak dan secara tak lansung program sebegini mendokong agenda Kerajaan Negeri dalam misi mensejahterakan rakyat Selangor khususnya..

senyuman itu !! priceless-- | Program Kasih Ilmu Anak Selangor di Tadika Cahaya Takwa
turut menarik perhatian kakak, MBI turut membuka ruang kepada pereka fesyen terkemuka tanah air iaitu Fairuz Ramdan ( FR ) untuk sama-sama mengembleng tenaga dalam ‘projek menanam saham’ dan memberi senyuman untuk anak-anak yang tidak berkemampuan ini sepanjang tahun !! ya !! sepanjang tahun gais.. secara tak lansung memperkenalkan jenama terbaharu mereka iaitu FR Junior yang mengkhususkan pakaian untuk kanak-kanak..

fairus_ramdan_FRjunior
Pemenang Mercedes-Benz Stylo Fashion Grandprix 2015 Malaysia
FR terkenal dengan pakaian RTW untuk lelaki

semoga lebih ramai yang tampil dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan dalam soal belanjawan menginsankan insan.. buat anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan 2018, kakak / acik / aunty** hahahaha~ terasa tua di situ !! **mendoakan dari jauh agar kalian berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan yang mampu memberi sumbangan terhadap bangsa dan negara..

untuk korang yang nak tau dengan lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti MBI dan Fairuz Ramdan ( FR ) boleh ke laman sosial mereka yang kakak sertakan kat bawah ni..

MENTERI BESAR SELANGOR INCORPORATED


FAIRUZ RAMDAN

atiehilmi.com

LIRIK LAGU SELAMAT TINGGAL SAYANG | HAQIEM RUSLI

$
0
0
hee~ tak de minat sangat pun tapi suka lirik dia.. bintang baharu bernama Haqiem Rusli mengambil peluang untuk sama-sama memeriahkan industri hiburan tanah air sejak dari umur 9 tahun.. kentang a—awal kan ? itulah dinamakan BAKAT.. dia ada, korang ade tak ?

lirik_lagu_selamat_tinggal_sayang_haqiem_rusli

penyanyi yang berusia 20 tahun ( 2018 ) ini sering menjadi pilihan menemani kakak kalau kakak kena stay up siapkan kerja.. eh !! mesti la kakak layan Youtube dan klik terus ke PLAYLIST kakak, nanti keluar la lagu-lagu yang kakak suka termasuk lah ; SELAMAT TINGGAL SAYANG – HAQIEM RUSLI..

LIRIK LAGU SELAMAT TINGGAL SAYANG


aku berhenti 
berhenti berharap 
tuk mendapatkan cinta darimu

tak bisa kau melihat 
besarnya cinta ini padamu

ku selalu menangis 
dan ku selalu bersedih 
melihat kau bersama yang lain

tersiksa jiwa ini   
terluka hati ini sayangku

selamat tinggal sayang 
ku ucapkan kepadamu 
pergi kau dari hidupku   

ku tak ingin disakiti

ku selalu menangis 
dan ku selalu bersedih 
melihat kau bersama yang lain

tersiksa jiwa ini 
terluka hati ini sayangku

selamat tinggal sayang 
ku ucapkan kepadamu 
pergi kau dari hidupku 
ku tak ingin disakiti

selamat tinggal kasih 
ku ucapkan kepadamu 
pergi kau dari hidupku 
ku tak ingin disakiti



BIODATA HAQIEM RUSLI

Nama Penuh : Ridzuan Haqiem bin Rusli

Nama Popular : Haqiem Rusli

Tarikh Lahir : 16 Jun 1998

Umur : 20 tahun ( 2018 )

Idola : Jamal Abdillah, Faizal Tahir, Nash

Album :

  • Janji Puteri
  • anak Gemilang ( album raya )
  • Single : Segalanya ( 2016 )
  • Single : Tergantung Sepi ( 2017 )
  • Single : Jatuh Bangun ( 2017 )

nah !! untuk korang yang fanatik dengan Haqiem Rusli ;


korang, kalau stay up tak boleh tido.. korang layan lagu ape eh ? genre ape ? share la ngan kakak, mana tau kakak boleh masukkan dalam list kakak plak.. hee~

atiehilmi.com

KEDUDUKAN LENCANA DAN TANDA NAMA PADA PAKAIAN SEKOLAH

$
0
0
ha !! mesti kelam kabut kan dok menyiapkan kelengkapan anak-anak untuk sesi persekolahan baharu 2018 ni.. hee~ ye la !! kakak pun alami perkara yang sama.. kelam kabut pun boleh tahan jugak la sampai menggelabah ubi sebab tak tau format sebenar kedudukan lencana san tanda nama kat pakaian sekolah anak.. serius.. tahun lepas kakak main tampal jek, tahun ni kengkonon nak peka sikit la..

kedudukan_lencana_sekolah

puas gak la kakak tanya pakcik Google ni dan ada pelbagai pattern plak yang keluar.. hahaha~ tambah pening gak sebenarnya.. lalu, kakak pun bertnaya tanya.. em.. kesudahannya kakak dok la tangkap gambar dan tanya kat group Queendom ( adik beradik ipar belah kakak ; ipar kakak semuanya perempuan.. ) dan group Rashidah Legacy ( group adik beradik suami ; MIL kakak kang cikgu.. hee~ bonus kan ? )

rupanya !!

ini kedudukan lencana dan tanda nama yang BETUL pada pakaian sekolah..

baju_sekolah_FR_junior_fairuz_ramdan
gambar Nur Aiman !! hee~ hensem plak tengok dia menyarung sepersalinan baju sekolah dari FR Junior..
haa.. siapa puji anak masing-masing untuk harini ? angkat tangan ? hahahaha~ mesti la.. anak sendiri kan.. mesti la puji melambung..


INI SALAH !!

kat_mana_nak_tampal_lencana_sekolah
lencana dan nametag atas poket – SALAH !!
kedudukan_lencana_sekolah_tampal_mana
ini pon salah !! sila cabut balik !!
oh !! rupanya selama ni kakak salah menampal lencana sekolah dan nametag Nur Aiman.. kesian dia.. hee~ yang mana letak tanda nama kat poket, lencana atas poket pun SALAH tau.. yang betul nya macam kat bawah ni.. haa.. rajin kakak ngkorang dok siapkan lukisan lukisan kengkonon nih ha..
kedudukan_lencana_dan_tanda_nama_pada_pakaian_sekolah

itu kalau kemeja tau, kalau baju kurung ? tudung ? haa.. cemana plak ? eh !! kakak sambung Google la.. ape lagi.. hee~

KEDUDUKAN LENCANA SEKOLAH PADA BAJU KURUNG DAN TUDUNG :

  • wajib pada bahagian kiri
  • tanda nama terletak pada bawah lencana
  • jarak antara lencan dan tanda nama lebih kurang 2cm

ala.. sama jek dengan letak kat kemeja tu tapi sebab dia tak de garis garis poket untuk dijadikan panduan, main agak agak jek la.. jangan terlampau tinggi jangan terlampau rendah plak.. just nice.. a.. gittew--

selamat menempuh alam persekolahan buat anak-anak bijak di serata Malaysia.. belajar rajin rajin nanti boleh beli kilang baju sekolah siap cetak lencana dan nametag supaya tak de ibu ayah yang tersalah tampal lagi.. hahahaha~ semoga semuanya berjaya dalam mengapai impian yang terpahat kemas dalam hati.. buat ibu dan ayah, yang mana dah salah jahit atau tampal tu boleh la istiqomah sahaja.. doa banyak banyak supaya anak cepat menggemuk, boleh beli baju baru dna tampal ikut cara yang betul.. hahahaha~

semoga selamat semuanya !!
atiehilmi.com

#jurnalduanur : KENANGAN HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2018

$
0
0
tahun yang agak drama buat ibu dan ayah sebenarnya sebab anak-anak memang excited nak ke sekolah tapi ibu ayah macam belum redho nak terima hakikat anak-anak dah membesar dengan baik.. hahaha~ alhamdulillah.. rezeki kakak dan encik suami, kenangan hari pertama sesi persekolahan 2018 yang sangat penat tapi seronok !!

back_to_school_2018_malaysia

teruja memang teruja cuma bila mengenangkan masa kakak kat rumah dah tak sama macam sebelumnya sebab tak de sape yang teman gaduh.. ye la.. haritu cuti lama kan, habis tonggang terbalik rumah #duanur kerjakan.. dah 4 hari sekolah, sunyi tu masih bersisa.. sebab Nur Aiman sekolah pagi ( KAFA ) dan petang ( sekolah kebangsaan ) cuma ada tuisyen malam ( 30 minit ) setiap Isnin dan Khamis.. dan Nur Aina plak sekolah pagi dari jam 8.30 pagi sampai 2.00 petang macam tu..

nampak ?

lama kan kakak dok sensorang termangu menghitung kesunyian.. hahahaha~

BACK TO SCHOOL 2018

kelengkapan persekolahan anak-anak memang kakak dah standby awal cuma rezeki Nur Aina berubah sikit kali ni.. alhamdulillah.. rezeki baik hendaknya.. jenuh nak memilih tadika yang menteri kecik tu nak, kalau tak kena pada layanan cikgu dan persekitaran memang dia pandang sebelah mata jek la.. dengar tak dengar jek lepas tu masuk dalam kereta dia mengutuk.. hee~ budak kan..

cuti_sekolah_2018

kakak memang tak paksa anak-anak untuk jadi pandai tapi mereka perlu PANDAI untuk survive pada masa akan datang.. dan ada juga persepsi sesetengah dari kawan-kawan kakak yang menganggap pelaburan untuk tadika anak-anak tak perlu berlebihan.. dan bila kakak tanya “apa yang berlebihan tu..”– ditujukan “kenapa tak hantar anak-anak masuk KEMAS atau PRA SEKOLAH..” dan isu ni pun berlegar antara saudara mara kakak.. dah lali dah..

hahahaha~

#DUANUR

senang nak kejut #duanur ni, tak banyak ragam.. Nur Aina jek la suka mengelat sebab dia tak suka mandi.. hahahaha~ paksa jugak la.. dan tak de istilah air panas / suam untuk dorang.. dua dua mintak mandi air sejuk ; biar segar otak kata Nur Aiman.. anak dah besar kan, boleh buat keputusan dalam pengawasan ibu ayah.. jadi.. kita ajar dorang buat keputusan untuk sesetengah perkara yang mereka perlu..

sekolah_kafa_bukit_jalil
masa ni ibu dah kena halau balik dah.. ahahaha~ biar la ibu nak tengok anak ibu kat sekolah pun..
rutin akan mengikut giliran..

  • Nur Aiman masuk kelas KAFA – 7.30 pagi
    • waktu rehat 30 minit Nur Aiman balik rumah, makan kat rumah
  • Nur Aina masuk kelas – 8.30 pagi
  • Nur Aiman pergi sekolah kebangsaan – 12.30 tengahari
  • Nur Aina balik sekolah – 2.00 petang ( kadang-kadang awal )
  • Nur Aiman balik sekolah kebangsaan – 6.05 petang ( Khamis dan Jumaat 6.30 petang )
dan yang BEST – nya.. hahahaha~ sekolah Nur Aina siap sediakan ‘tabung’ kat bawah kelas.. risau ibu sebab dia mintak duit belanja, nak menyinggah shopping mana tak nya bila kedai terlampau meriah dengan pelbagai tarikan kat mata kanak-kanak, ibu mampu tepuk dahi jek la.. memang tak la ibu nak melayan kerenah semua tu..

tak percaya ?

hari_pertama_sesi_persekolahan_2018
nampak tu ? ada dua kedai untuk sesi 'melontar'.. hahahah~ pintu sekolah Nur Aina yang kaler cokelat dekat belon tu..
balik sekolah, terus balik rumah dan tiada agenda menyinggah melainkan BILA PERLU jek.. selagi boelh elak, memang kena elak sebaik mungkin la kan..

kenangan_sesi_persekolahan_2018
** jemput Nur Aina ; hantar Nur Aiman **

"menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim.."


HR. Ibnu Majah


sebelum pergi sekolah memang kakak sediakan makanan untuk anak-anak supaya tak lapar dan dorang ni sebenarnya diwajibkan bawa bento.. tapi !!! Nur Aiman dah pandai malu dah sebab kawan-kawan tak bawak, dia jek yang bawak dah tu kawan-kawan makan bento dia.. hahahaha~ duit belanja bawak, bento pun kadang-kadang bawak..

karekter Nur Aiman memang sangat abang-abang tau.. KAFA dia tak nak duit belanja sebab waktu rehat dia balik makan kat rumah sebab rehat 30 minit, sempat la nak melepak bergaduh dengan ibu.. dan sekolah kebangsaan, Nur Aiman bawa RM 2.00.. kebiasaan dia akan belanja cuma RM 1.00 untuk beli nasi lemak ( nasi lemak kat kantin sedap !! ibu pun suka.. hee~ ) dan baki RM 1.00 dia akan simpan dalam tabung untuk aktiviti ‘melontar’ dan tanam saham kat mana-mana kedai mainan / jam tangan..

back_to_school_2018
okay lah 36 orang.. okay lagi ni.. hee~ sebab ada anak kawan kakak, dalam kelas nya 40 orang..

backtoschool_2018
Nur Aiman jeles bila ibu borak dengan kawan dia..

sesi_persekolahan_2018
masa ni ibu dengan ayah dah kena halau balik tapi nak jugak tunggu sampai Nur Aiman masuk kelas.. sejenis ibu ayah tak boleh move on.. hahahaha~
tamat sudah minggu pertama persekolahan dan anak-anak masih bersemangat walaupun dah mula ada homework.. biasalah.. nak senang bukan senang nak.. bila ada ilmu, nanti semua akan okay.. ni pun Nur Aiman minta carikan kelas untuk hari Sabtu sebab Nur Aina sekolah sampai Sabtu.. takkan dia nak duduk termenung jek kan.. hee~




اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ

Ya Allah, ilhamkannya Takwil ( tafsir al-Quran ) 
dan ajarkannya hikmah ( ilmu yang tepat )


ibu tak banyak harapan sangat untuk tahun 2018 ni, biarlah anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah ; cintakan ilmu lebih dari segalanya.. ** lap airmata.. ** untuk masa depan anak-anak, kakak tak plan ape pun cuma kakak standby mental dan fizikal dalam melengkapkan keperluan dorang.. WAJIB pandai ? ya.. hanya yang pandai jek mampu survive dalam dunia ni.. hee~

terima kasih anak-anak sebab menjadi kekuatan untuk ibu dan ayah..
atiehilmi.com

BE GORGEOUS AND HEALTHY EVERYDAY BERSAMA STEA MALAYSIA

$
0
0
menjadi lumrah setiap manusia yang sangat takutkan keburukan dan ‘error’ dalam kehidupan lagi-lagi pada bentuk tubuh badan dan wajah.. sedia tahu, untuk mendapat kulit yang cantik perlulah menjaga kesihatan dengan baik dan menggunakan produk terbaik.. nah !! STEA ( sebut : esti ) Malaysia pemangkin produk berasaskan teh hijau sedia membantu..

focal (12)

berdiri selari dengan tagline ; “Be Gorgeous and Healthy Everyday”, produk penjagaan kulit yang berasaskan teh hijau ini mampu mengembalikan keyakinan diri pengguna dengan tampil cantik berseri sepanjang hari..

sebelum pelancaran STEA Beauty ( produk penjagaan kecantikan wajah ), STEA Malaysia telah mengeluarkan STEA Teh Hijau yang famous dengan gelaran teh kurus kerana mampu menurunkan berat badan disamping meningkatkan metabolisme.. wah !! teruja tak ? hahaha~ siapa taknak kurus dan sihat.. kan ?

pelancaran_STEA_beauty_malaysia

pada majlis tersebut, kami diberi penerangan dari Pengasas STEA Malaysia ; Puan Mastura tentang khasiat teh hijau dan testimoni keberkesanan dari pelanggan setia STEA.. tak sangka !! ramai yang sudah berjaya tampil kurus dan sihat dengan hanya minum STEA.. belum lagi korang tengok kulit dorang, memang glowing dan lembut.. kalau korang tak percaya, boleh cari testiomoni STEA yang melambak kat media sosial, confirm teruja dengan perubahan mereka..

cantik dan sentiasa bertenaga : Pengasas STEA Malaysia ; Puan Mastura dan Duta STEA ; Amylea AF3
selalu kita dengar, pengasas lansung tidak menggunakan produk keluaran mereka ( mereka hanya bertindak sebagai pengeluar produk jek – ) tapi tidak dengan STEA Malaysia kerana pengasas juga merupakan penggemar teh hijau dan beliau sendiri telah mendedikasikan STEA untuk mereka yang sibuk dengan urusan sehari-hari.. STEA tampil memudahkan pengguna yang ingin sihat dan cantik dalam masa yang sama..

semasa majlis tersebut, kami turut didendangkan dengan suara emas Amylia yang juga merupakan pengguna setia STEA..


“kita orang perempuan kan suka makan kan.."

Amylia AF


kalau suka makan tapi tak nak badan mengembang dengan jayanya, kena la minum STEA Teh Hijau.. hee~ kan ? sebab teh hijau memang membantu untuk kurus..

STEA BEAUTY

STEA Beauty yang telah diformulasikan dari teh hijau didatangkan dalam bentuk sabun dan serum bagi merawat kulit wajah yang bermasalah ** ya.. macam kulit kakak.. hahahah~ ** uniknya, serat daun teh yang terkandung dalam sabun STEA bertindak sebagai skrub setiap kali cucian muka dilakukan.. haa.. kalau korang peka dengan kecantikan, cucian pada luaran saja tidak mampu membuang kotoran dan itulah fungsi serat daun teh hijau tersebut..

dan !! untuk yang nak masuk 30-an memang risau sangat dengan kedutan halus pada wajah.. kan ? kan ? hee~ sebab tu dalam packaging ni disertakan dengan serum STEA yang bertindak merawat kulit wajah untuk tampil lebih sihat dan bersinar.. mengandungi extract teh hijau, aloevera, kolagen, stem cell epal bertekstur jeli sejuk dan tidak melekit sudah tentunya mampu menyegarkan kulit wajah.. bestkan ?

KELEBIHAN STEA BEAUTY

STEA_beauty_malaysia

  • mengandungi anti oksidan yang tinggi bagi merawat wajah
  • mengecutkan jerawat dengan cepat
  • memudarkan jeragat dan parut jerawat
  • mengecilkan pori-pori
  • menghilangkan kulit kusam dan kasar
  • melembabkan kulit dan tidak berminyak
  • mengurangkan lingkaran gelap bawah mata
  • menjadikan tona kulit lebih sekata
  • menganjalkan kulit wajah
  • mengurangkan kedutan dan garis halus
  • mencerahkan kulit dan melindungi dari sunburn
  • agen anti penuaan
  • menanggalkan whiteheads dan blackheads

STEA TEH HIJAU

stea_teh_hijau

ya !! hanya menggunakan daun teh hijau yang berkualiti tinggi dari Jepun dan dipilih oleh pakar STEA Malaysia sendiri bagi memastikan rasa yang menyegarkan.. ikut selera orang Malaysia la kan.. hee~ ia sangat sesuai diminum seisi keluarga dan dijadikan ‘booster’ sebelum mulakan aktiviti bersenam..

KEBAIKAN STEA TEH HIJAU

  • mengawal berat badan
  • meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan pembakaran lemak
  • melawaskan masalah pembuangan
  • membuang kotoran dan toksin dalam badan
  • mengawal selera makan
  • mengurangkan kolesterol
  • agen anti kemurungan
  • agen anti penuaan
  • tinggi anti oksidan
  • menambah tenaga
  • menghalang pengumpulan lemak dalam badan
produk_STEA_malaysia_hq

untuk korang yang berminat meminang sekotak dua STEA Beauty dan STEA Teh Hijau ni, korang boleh terus oder kat link bawah ni ya..

HARGA PASARAN STEA BEAUTY : RM 89.00 ( sabun + serum )
HARGA PASARAN STEA TEH HIJAU : RM 60.00 ( 28 sachet )


dan kalau korang berminat nak jadi agent pun boleh !! jangan lupa tanya dorang terus ya.. hee~ 
atiehilmi.com

CUTI UMUM 2018 ; JOM RANCANG PERCUTIAN !!

$
0
0
nah !! awal tahun semua pakat tengok kalendar untuk set bila nak cuti.. kan ? kan ? hee~ jangan tipu la.. kakak pun sama kot, dok leka peratikan tarikh Cuti Umum 2018 sebab nak adjust cuti untuk anak-anak nanti sesambil adjust bajet..


ya !!

macam biasa.. Malaysia merupakan negara paling banyak cuti.. hee~ itu belum masuk EL / MC dan sebagainya.. korang ?






nah !!
rancang percutian 2018 korang sebaiknya, jangan ada yang terbabas ke lautan dalam.. hee~ atau rujuk SINI untuk kenyataan dari kerajaan !!

atiehilmi.com

TIPS KEKAL CANTIK BERSAMA SHAPEE SHAPING TIGHT DAN 2 WAY BODY SHAPER

$
0
0
siapa kata muslimah bertudung litup tak perlu menjaga kecantikan ? nah !! kasi cubit orang yang cakap macam tu.. hee~ walaupun menutup hampir kesemua bahagian badan, kecantikan bentuk badan perlulah menjadi titik tolak dalam usaha mencantikkan diri.. jom !! kakak nak share TIPS KEKAL CANTIK BERSAMA SHAPEE SHAPING TIGHT DAN 2 WAY BODY SHAPER khusus untuk muslimah..

shapee_malaysia

hampir dua minggu kakak cuba set lengkap Shapee Shape Thight dan Shapee 2 – Way Body Shaper sejak kakak terima parcel dari pihak penaja.. hee~ memang seronok sebab produk Shapee memang peka dengan kecantikan wanita pada zaman kini.. al-maklum la.. dah menginjak ke 30-an dan mempunyai dua anak, membuatkan sedikit sebanyak bentuk badan berubah mengembang dengan jayanya.. hahahahah~

kesan ?

sudah tentulah membuatkan kakak lebih yakin untuk menyarung apa jua jenis dan fabrik pakaian mengikut kesesuaian kakak sebagai ibu dan muslimah yang memerlukan kakak menjaga batas.. siapa perasan, kakak ada share di Instagram kakak tentang Shapee ni..


SHAPEE 2 WAY BODY SHAPER

pakaian dalam yang menyembunyikan segala lemak dan lapisan yang ada.. hee~ selain itu, Shapee 2 Way Body Shaper ini juga berfungsi membakar lemak secara ‘diam’.. bak kata seorang selebriti terkenal tanah air, tujuan dia memakai korset adalah untuk menyembunyikan lemak dan menyekat nafsu makan.. ye la.. dah kalau selera makan macam dinosor, memang wajib la disekat.. kan ?

bestnya body shaper dari Shapee ni :

  • diperbuat dari material berkualiti tinggi
  • dilengkapi dengan Teknologi 3D Micro Massage
  • boleh dipakai kedua-dua lapis ( depan dan belakang ; mengikut kesesuaian warna )
  • fleksible
    • tali yang boleh dilaraskan mengikut saiz badan dan fesyen ( halter / silang / klasik )
  • kawalan ultra tegak pada perut bertindak mengurangkan lilitan pinggang serta-merta
  • menyokong pembentukan payudara supaya tidak mengendur
  • disarankan memakai body shaper ini 5 – 8 jam sehari untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih lansing
2_way_body_shaper_shapee_tips_pelansingan_segera
jahitan kemas dan sangat fleksible dengan bentuk badan korang !!
shapee_2_way_body_shaper
tetulang dijahit dengan kemas dan sangat selesa dipakai untuk menyokong bentuk badan lebih sihat walaupun dalam keadaan lasak..
bestkan ? hee~


kakak tanak cerita lebih tapi memang kakak dah kurang inci pada bahagian perut sejak menggunakan 2 Way Body Shaper ni.. best !! dengan harga RM 85.00 dan didatangkan dengan dua warna iaitu hitam dan beige, sudah pastinya menjaminkan kualiti setanding jenama mahal tetapi jenama Shapee ‘bekerja’ jauh lebih baik..

dan !!

sejenis yang suka berfesyen macam kakak wajib ada ‘perlindungan’ khusus untuk kaki.. ye la.. kaki pun aurat wanita kot.. dan tak boleh tidak untuk korang tak lindungi aurat tau.. nasib kakak diperkenalkan dengan SHAPING TIGHT yang best ni !!

aurat_muslimah
dah tak payah pakai stokin lagi.. hee~
apa kelebihan seluar – stokin kegemaran kakak ni :

  • didatangkan dalam bentuk seluar panjang
  • diperbuat dari fabrik berkualiti tinggi
    • elastane dan spandex
  • fleksible dan mengikut bentuk kaki pengguna
  • ringan dan selesa
  • disarankan menggunakan Shaping Tight 5 – 8 jam sehari untuk mendapatkan bentuk kaki idaman
shapee_shaping_tight
tidak jarang dan sangat elastik !!

shapee_shaping_tight

haritu kakak tengok ada satu brand ni, dia jual RM 5+.++ tau.. berpeluh jugak kakak dengar dah tu setakat seluar – stokin biasa jek dan diperbuat dari kain kapas.. bukan tak elok, elok jek cuma dengan harga macam tu tapi tak de kelebihan yang macam Shapee tawarkan jadi tak best.. hahaha~ Shaping Tight Shapee ni dah la membantu membentuk kaki yang lebih cantik dengna teknologi 3D Micro Massage.. bestkan !!

dah tu lebih murah !! kentang tak kentang ? hee~ dengan kelebihan pembentukan badan, harga Shaping Tight ni hanya berharga RM 30.00 jek !! serius.. memang tak ralat lansung kalau beli sebab korang boleh pakai bila-bila masa termasuk kalau korang nak bergaya dengan skirt pendek tak pun gantikan kain dalam ( ketika mengenakan jubah ).. dah tak payah pakai stokin.. kan ?

nah !!

kot la korang dengki kat kakak ( hahahaaha~ ; gelak besar ), nak jugak dapatkan bentuk badan idaman korang ke kan.. boleh singgah kat link bawah ni..


jangan kata kakak nak cantik sensorang tak ajak korang tau.. cubit kang.. hee~
atiehilmi.com

CARA SAVE VIDEO DARI FACEBOOK MELALUI LAPTOP / DESKTOP

$
0
0
hee~ rasanya ramai dah tau kot tapi yang mana saing-saing oldschool macam kakak yang serba tak tau ni, mungkin bermanfaat kot.. ye la.. selalu jek tengok video kelakar kat Facebook lepas tu konon nak share kat group Whatsapp plak tapi tak reti nak save.. haa.. nah !! cara save video dari Facebook melalui laptop / desktop..

tutorial_save_video_dari_facebook

kalau korang Google – CARA SAVE VIDEO DARI FACEBOOK ; tersangatlah banyak dan ntah pape ntah.. siap kena install aplikasi la lepas tu bukak banyak banyak page la.. memang leceh gile kot.. kakak rimas kalau keje leceh leceh ni siap nak kena install aplikasi baru semata-mata nak download satu video.. hahahaha~ tak cukup masa rasanya nak menghadap dia saje.. jadi !! kakak pun try la satu cara nih ha.. dan menjadi..



sebab tu kakak nak share kat korang seme.. ye la.. dah lama kot tak buat video tutorial.. kira buah tangan untuk korang  la ni.. tanda kasih sayang..


CARA DOWNLOAD VIDEO DARI FACEBOOK

ikut step kat bawah ni ya.. hee~

1 : LOG IN Facebook korang..

cara_save_video_dari_facebook

2 : lepas tu cari la mana mana video yang korang nak save.. untuk tutorial kali ni, kakak pinjam video dari Facebook Cempedak Cheese.. halal eh..

3 : bukak la video tu..

4 : dah ? okay.. sila right klik video tersebut..

cara_save_video

bila korang right click tu, nanti akan keluar satu box putih.. haa.. lepas tu tekan kat TUNJUKKAN URL VIDEO.. serta merta akan terpampang URL video yang korang tengah tengok tu ( video yang korang nak download tu laa.. ) – COPY la URL tu..

5 : dah ? okay.. kalau dah, korang masuk kat SINI atau SINI atau SINI ( klik jek link SINI tu – ) dan akan keluar ni tau..

save_video_dari_facebook

kat situ terang-terang suruh korang PASTE link tadi.. haa.. ape lagi.. PASTE jek la..

6 : lepas tu akan keluar la video yang korang dah masukkan URL tadi tu.. hee~ ce try cek betul ke tak.. dan !! akhirnya.. tekan la butang DOWNLOAD ( dalam kotak merah tu – )

cara_save_video_dari_facebook_ke_telefon_bimbit

dah tekan DOWNLOAD tu ? haa.. tahniah !! korang baru jek save satu video kat dalam folder ‘download’ korang.. happy ? eh !! jangan lagi.. sebab korang kena lunaskan tanggungjawab korang.. pergi la cek kat folder yang sepatutnya..

tutorial_cara_save_video_dari_facebook

yeay !! ada !! haa.. lepas tu gunakan sebaiknya.. tau.. dan kalau boleh credit la kat tuan empunya video yang korang download tu.. kesian dia penat bertungkus-lumus siapkan video tapi korang 'amik' tanpa credit.. hahaha~ jahat tau..

semoga tutorial ni memudahkan kerja korang.. hee~ sebab benda ni pun memudahkan kerja kakak sebab kakak selesa guna laptop skrin besar gedabak ni.. boleh taip laju laju sebab dah hafal kedudukan huruf.. nak lagi ? nak tutorial ape ? save video dari facebook ke telefon plak ? haa.. nanti eh.. time kakak free sket, kakak buat..


atiehilmi.com

LUNAVIE BREASTMILK STORAGE BAG ; MENEPATI PIAWAIAN MEDIKAL

$
0
0
ibu-ibu yang baru melahirkan bayi confirm sedikit pening nak memilih pelbagai barangan kelengkapan bayi seawal dari mereka dalam perut sehinggalah ibu kena keluar kembali bekerja.. kan ? hee~ antara ‘benda’ yang penting adalah plastik penyimpanan susu ibu.. haa.. ada terfikir tak mana nak beli dan bagaimana untuk menggunakannya ?

lunavie_breastmilk_storage_bag
untuk ibu yang memang dah pasang niat untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun ataupun lebih, BENDA ini sudah tentunya menjadi pilihan.. kalau yang jenis botol tu pun ada jugak tapi kakak nampak macam susah sket la nak simpan sebab makan space peti sejuk.. kan ? hee~ dan kebanyakan kawan-kawan yang kakak tanya, dorang pun prefer menggunakan plastik..


LUNAVIE BREASTMILK STORAGE BAG



nah !! memperkenalkan !! hee~ baru ni tau, sangat baru..

lunavie_breast_milk_storage_bag

untuk korang yang memang mencari, kakak rekomen kan jenama Lunavie ni.. sebab :

  • produk Lunavie hanya menggunakan bahan yang diluluskan oleh FDA, selamat dan sangat sesuai untuk penyimpanan peti ais beku
  • pre-sterilized dan bersedia untuk digunakan – Medical Grade Sterillization
  • double zip lock  – mengelak kebocoran
  • diperbuat dari bahan tanpa BPA dan tidak mengandungi bahan kimia merbahaya
  • direka dengan bentuk beg plastik mampu berdiri bagi memudahkan penyimpanan
  • mempunyai label untuk merekodkan :
    • tarikh
    • nama
    • jumlah
  • ‘pembaris’ dicetak khusus untuk mengukur auns / ml dengan tepat

lunavie_breastmilk_storage_bag


ARAHAN PENYIMPANAN


  • berhati-hati tuangkan susu ibu kedalam beg penyimpanan
  • tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan plastik apabila susu membeku
  • lock – zip plastik supaya kedap udara dan tidak menjejaskan kualiti susu
  • labelkan beg dengan tarikh dan masa
  • letakkan dalam peti sejuk

GARIS PANDUAN PENYIMPANAN

cara_penyimpanan_susu_ibu_di_dalam_peti_sejuk

haa.. senangkan ? disebabkan ianya plastik, mudah bentuk dan regang ( tak macam botol ) sekaligus penggunaan plastik ni sangat bagus untuk korang menjimatkan ruang peti sejuk.. susun la cecantik sket ikut tarikh korang buat stok tu barulah susu tak tercemar dan diyakini segar sama seperti terus dari badan..


firman Allah SWT:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ

Maksudnya : 
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 
dua tahun genap Iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu..

Surah al-Baqarah, 2:233


CARA PENGGUNAAN


  • pek penyimpanan susu ini perlulah disimpan dalam peti sejuk
    • cairkan susu beku dan tuang ke dalam botol susu
  • panaskan susu tadi dengan suhu sederhana ( 40°c )
  • buang pek penyimpanan

semoga niat ibu ibu yang ingin menyusukan anak sehinga berusia 2 tahun dipermudahkan.. eh !! Nur Aiman menyusu badan lebih 2 tahun tau.. hee~ alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.. dan semoga urusan kalian dan bayi juga dipermudahkan hendaknya..

untuk info lebih, korang boleh singgah link bawah ni :


atiehilmi.com

MENANGI LEBIH RM 1 JUTA SEMPENA TAHUN BAHARU CINA BERSAMA FORTUNE ANG PAO SHOPEE

$
0
0
sekali lagi menggegarkan pasaran apabila platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah mengumumkan  Wang Bersama Shopee sempena sambutan Taun Baharu Cina yang akan diraikan tidak lama lagi dengan tawaran hadiah lebih dari RM 1 juta untuk para pengguna yang akan berlansung selama 6 minggu bermula 15 Januari sehingga 25 Februari 2018..

Fortune-Ang-Pao_SS

bagi memeriahkan kempen tersebut, Shopee turut memperkenalkan permainan FORTUNE ANG PAO – pengguna boleh bermain permainan ini untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit TIKET EMAS ( Golden Tickets ) setiap hari dan setiap tiket tersebut merupakan cabutan bertuah kepada pengguna untuk memenangi hadiah termasuk :

  • jongkong emas bernilai lebih RM 500.00 setiap satu
  • hadiah mingguan bernilai RM 1,500.00 tunai
  • hadiah utama – RM 8,888.00 tunai !!
  • dan pelbagai hadiah sampingan lain seperti powerbank, aksesori komputer, perkakas rumah dan banyak lagi !!
wah !! semakin meriahlah sambutan Tahun Baharu Cina tahun ni kan ? semua pun layak untuk menang tau..

Best-Of-China_PR2

yang paling dinanti-nanti para pengguna – Jualan Kilat Shopee yang dijadualkan 5 kali sehari dengan tambahan hadiah menerusi permainan secara lansung di Facebook rasmi Shopee – www.facebook.com/ShopeeMY yang memberi peluang pengguna memenangi Shopee Prosperity Boxes ; 88,888 unit Shopee Coins dan percutian untuk dua orang ke Disneyland Hong Kong..

tapi ada syaratnya tau.. hee~ pengguna kena mendaftarkan diri di acara Facebook ‘Wang Bersama Shopee Sempena Tahun Baharu Cina 2018’ ( Wang With Shopee This CNY 2018 ) dan semakin ramai pengguna mendaftarkan diri, semakin banyak hadiah boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM 10,000.00 apabila pendaftaran mencapai bilangan 18,888 orang..



“perayaan Tahun Baharu Cina merupakan antara sambutan terbesar 
di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.. sempena sambutan ini, 
Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk dari kategori 
kesihatan & kecantikan, perhiasan & perkakas rumah, fesyen, barang runcit,
permainan, barangan kanak-kanak & bayi, telefon bimbit & gajet 
serta banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah.. 
dengan tawaran hebat tersebut, kami melancarkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ 
yang akan menambahkan keriangan pada musim perayaan ini..”

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee


dan sempena Tahun Baharu Cina 2018 ini, Shopee mengekalkan kerjasama dengan lebih 60 jenama terkemuka dari Shopee Mall termasuk PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook dan Xixili dengan pelancaran pelbagai promosi potongan harga sehingga 90% untuk pelbagai produk !!


sejajar dengan komitmen untuk membantu lebih ramai usahawan dan syarikat memperluaskan rangkaian perniagaan mereka menerusi e-Dagang, Shopee turut menjalinkan usahasama dengan perunding Feng Shui ; YBhg. Dato’ Joey Yap untuk melancarkan kedai rasmi beliau.. usahasama ini merupakan gabungan usahasama yang pertama seumpamanya antara seorang perunding Feng Shui dengan platform e-Dagang di rantau ini..

JYS_Official-Launch_SS


"kami berbangga dapat melancarkan Kedai Rasmi kami di Shopee pada 
Tahun Baharu Cina ini.. bagi meraikan usahasama ini, kami menawarkan 
tiket percuma ke acara ‘Feng Shui & Astrology 2018 Live in Kuala Lumpur’ untuk 
80 pelanggan pertama yang membuat pembelian minima RM 30.00
dari kedai dalam talian kami.."

YBhg. Dato’ Joey Yap 


acara yang akan diadakan pada 27 Januari 2018 ( sesi Bahasa Kantonis ) yang bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur memberi peluang kepada peminat bidang metafizik Cinal mengetahui dengan lebih jelas mengenai Feng Shui.. hanya dengan membuat pembelian buku terbitan terbaharu dan pelbagai barangan eksklusif YBhg. Dato’ Joey Yap dengan harga RM 23.00 dan RM 116.00 di --> https://shopee.com.my/joeyyapstore

ingat !!

2 minggu tau !! hee~ dan selama 2 minggu ni semua pengguna laman web Shope dan aplikasi Shopee berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang telah disediakan, jadi !! jangan lepaskan peluang keemasan ini tau, lagi ramai menang, lagi meriah.. dan mulakan langkah pertama dengan memuatnaik aplikasi Shopee di Google Play Store atau App Stora sekarang !!

untuk maklumat lanjut tentang Wang Bersama Shopee, layari :
untuk pendaftaran ke acara Facebook Wang Bersama Shopee Sempena Tahun Baharu Cina 2018, layari :
untuk melawati Kedai Rasmi YBhg. Dato’ Joey Yap, layari :
atiehilmi.com

BERAPA AGAKNYA JUMLAH KESELURUHAN BEG TANGAN YANG PERNAH DIGAYAKAN OLEH FAZURA ?

$
0
0
bergelar artis pada usia yang muda bukan sesuatu yang asing untuk orang Malaysia tetapi mengekalkan populariti dari awal sehingga usia menginjak 30 – an dengan imej yang bersih dan mempunyai sense of fashion, bukan semua artis ADA.. hee~ 

hangbag_fazura

kalau korang meminati susuk tubuh yang bernama Nur Fazura Sarifuddin ( Fazura ) mesti korang tertarik dengan gayanya yang sangat ringkas tapi menarik.. bak kata orang, tolak ketepi boleh – tolak ke tengah pun sesuai.. jom !! kita intai koleksi beg tangan Fazura yang katanya berjumlah lebih RM 500,000.00 !! kentang terok !!

beliau yang pernah melakonkan watak Intan dalam filem Pisau Cukur sering menjadi tumpuan mata mata yang menghunuskan lensa, penampilan wanita berusia 34 tahun ini belum pernah mengecewakan peminatnya.. tapi kakak taknak la cerita pasal baju ke kasut dia ke, yang menarik perhatian kakak, HANDBAG beliau.. hee~ terfikir jugak, berapa nilai keseluruhan beg tangan beliau.. em.. jom !! kita cek..

HERMÈS CONSTANCE

ya !! kalau korang merupakan salah seorang followers Instagram beliau, korang akan perasan yang beliau mempunyai beberapa warna untuk Hermas Constance.. urut dada bila tengokkan harga semasa handbag tersebut.. hee~

handbag_fazura

kalau ikut harga semasa Hermes Constance ni cuma dalam USD 7,750.00 jek dan kalau convert ke ringgit Malaysia ada la dalam RM 30,572.98.. hee~ untuk sebijik tau.. kalau ada 4 ( empat ) bijik, korang darab kan lah sendiri.. ini yang kita nampak 4 ni, kot ada lagi yang dia tak pakai ke kan atau kakak tak jumpa gambarnye ke..

HERMÈS ROUGE PIVOINE BIRKIN 30 RED GOLD

paling cantik dan menarik perhatian kakak.. hee~ mungkin sebab warna dia merah dan menonjol membuatkan Fazura nampak lebih yakin dan berani.. tapi !! kakak cuma mampu menaip jek la saat ini, nanti nanti kalau termakbul impian kakak nan satu ini, boleh la berangan ala ala Fazura..

beg_tangan_fazura

menurut laman web http://www.malleries.com, harganya cuma USD 19,950.00 dan kalau dalam ringgit Malaysia cuma RM 78,700.76 jek— ** marilah menabung sehari sehengget.. hee~ **

HERMÈS KELLY

warna hijau emerald dan Fazura memang serasi dan penampilan beliau bersama Hermes Kelly semasa beliau di Paris baru baru ini sangat elegan dan matang.. agaknya berapa ya harga Hermes Kelly ni ?

koleksi_beg_tangan_fazura

eh !! serius.. yang ni tak mahal mana.. hahahaha~ cuma USD 11,800 ataupun RM 46,549.82.. haa.. ini murah la sikit berbanding yang merah menyala tu.. kan ? murah ke ? ko mampu ? hee~
okeh.. cukuplah cerita pasal Hermes kan, habis menjejes airliur sebab mampu tengok jek.. nak beli belum mampu.. hee~ jom !! intai lagi koleksi handbag beliau yang selalu beliau gayakan..

GIVENCHY ANTIGONA

hitam kalau digayakan dengan pakaian apa atau majlis bagaimana pun tetap serasi sama macam Fazura dan Givenchy Antigona beliau.. tampil manis dan berkeyakinan tinggi ; Fazura..

koleksi_tas_tangan_fazura


CHANEL HANDBAGS

ibarat tak boleh dipisahkan, terlampau banyak gambar Fazura bersama handbag jenama terkemuka dunia ; Chanel dalam pelbagai bentuk – gaya – rupa – warna mengikut kesesuaian majlis yang beliau hadiri.. masih tampil ringkas dan elegan.. agak-agaknya berapa ya harga keseluruhan koleksi Chanel beliau ? hee~ nak kira tak ? jangan ternganga tau..

koleksi_handbag_fazura_ayat_ayat_cinta_2

kalau korang rajin nak explore lebih pasal handbag Chanel Fazura ni, mungkin korang boleh masuk sini –> Chanel Malaysia ; untuk memastikan berapa harga sebenar handbag yang dipakai Fazura ni.. em.. kalau kakak tengok sendiri la kan, dari mata kasar kakak la kan.. design yang sama tapi warna jek yang berbeza.. haa.. nampak ? Fazura bukan lah seorang yang cerewet, asalkan selesa.. mungkin beliau okay jek..

kakak dah cek harga untuk handbag Chanel yang beliau selalu pakai ni.. yang kaler NUDE ( gambar kedua ) tu harganya cuma RM 26,500.00 dan diperbuat dari lambskin.. nah !! patut la berhantu mahalnya.. hahahah~

CHANEL ROUND HARD CASE

ini pun kakak minat dan berkenan.. hee~ cantik kan design dia.. kalau USD 2,999.00 convert ke ringgit Malaysia baru RM 11,830.76 gais.. material memang dari leather la kan sebab tu harganya memang sebegitu CANTEKKKK.. comel dan ringkas.. suka !!

fesyen_2018_fazura

CHANEL LARGE CLASSIC FLAP BAG

masa kakak tengok gambar Fazura bawak handbag ni, kakak nak gelak pun ade.. ape kejadah bawak beg sebesar itu kehulu kehilir.. bawak mende la agaknye tu.. hahahaha~ tapi !! dalam tempoh kakak study pasal koleksi handbag Fazura ni, kakak salute gak la kat beliau.. dalam gigih kakak gelak, rupanya harga handbag tersebut USD 5,200.00 gais !! lebih kurang RM 20,5134.80.. terus kakak tak jadi gelak dah.. hee~ cuma tak boleh brain lagi la.. ape yang beliau isi kat dalam tu..

koleksi_handbag_chanel_fazura

haa.. buat masa ni mana satu handbag Fazura yang korang berkenan ? hee~ belum ada lagi ? serius la tak de ? adoi.. ni nak mintak lagi gambar handbag Fazura lagi ke cemana ?

ROGER VIVIER SMALL VIV’ CABAS IN LEATHER

menurut laman web rasmi Roger Vivier Paris, handbag yang Fazura pakai dalam gambar tu merupakan koleksi Spring – Summer 2018 !! kentang !! maksudnya latest design la ni kan ? kan ? hee~ ke cemana ? puas gak kakak Google harga handbag ni dan paling muktabar memang kat laman web rasmi dorang la..

tengok harga dah ?

koleksi_handbag_mahal_fazura

okay.. convert sendiri ke RM ya anak-anak.. semua nak kena suap jek ni.. hahahaha~ lebih kurang RM 11,000.00 jugak tu.. masih cantik dan simple.. kan ? kan ? manis..

JUDITH LEIBER STRAWBERRY CUPCAKE CRYSTAL

okeh !! semanis cupcake.. hee~ harganya pun boleh tahan kan ? termenung jauh kalau nak membelinya ni.. jadi.. kita tatap jek la Fazura pakai tu.. malas la nak ulas, terkejut.. hahahaha~ nanti korang Google la snediri eh pasal handbag ni.. kakak bagi link kat :

SINI.. 

SINI.. 


beg_tangan_mahal_koleksi_fazura

sebenarnya ada lagi beberapa gambar yang kakak save tapi cukup la kot setakat ni.. kalau korang obses dengan Fazura, korang roger kakak gambar beliau nanti kakak buat part two eh.. amacam ? tak larat kakak nak screenshot lepas tu Google satu satu nak siapkan satu entri ni ( penat gak la sebab ko main kira kira ntah betul ntah tidak.. hee~ ) sebenarnya.. kalau ada harga yang salah / jenis beg / jenama ke, korang bagitau kakak ya nanti kakak edit..


KOLEKSI BEG TANGAN FAZURA

agak-agak korang la kan.. berapa jumlah keseluruhan harga handbag Fazura dalam entri kakak yang ni ? hee~ sape dapat kira dengan tepat ? ade tak lebih RM 500,000.00 ? ini gambar yang ADA tau.. ada banyak lagi gambar beliau dengan handbag cecantik lain cumanya mata kakak tertancap dengan brand dan gaya Fazura dengan handbag kat atas nun..

maklum la..

kakak bukan minat sangat kat Fazura ni tapi semua cerita dia kakak tengok.. hee~ tak de la minat sangat.. serius.. nampak muka serius kakak ni ?
atiehilmi.com

SEMUA LAYAK UNTUK CANTIK ; KIKIS ILMU SUE MELATI DENGAN PRODUK DWI FUNGSI

$
0
0
yang namanya wanita itu perlu cantik dan tampil kemas selalu.. hee~ betul tak ? wanita mana yang suka comot comot dengan parut jerawat merata kat kulit muka.. kan ? haa.. sebab tu la kelas-kelas mekap yang dianjurkan pelbagai pihak / agensi sering menjadi tumpuan wanita.. em.. mungkin misinya bukan sekadar cantik, tetapi untuk mencantikkan orang lain juga.. sama macam make-up artist ( MUA ) yang terkenal nan seorang ini, mengambil inisiatif melalui kelas mekap mengajar wanita men-transformasi diri menjadi lebih cantik dari yang sebelumnya..

kelas_mekap_sue_melati

nama Sue Melati bukan lagi asing dalam industri ‘kaler kaler’ muka ni dengan pengalaman selama bertahun-tahun dan menjadi tenaga kerja disebalik rancangan televisyen popular di Malaysia seperti NONA dan Wanita Hari Ini mengaplikasi ilmu beliau untuk wanita kat luar sana dengan tagline "ZERO BASIC TO ADVANCE” menjadikan kelas mekap Sue Melati antara pilihan terbaik..

dengan hasil didikan dari Sue Melati, pelajar bukan sahaja dapar grooming diri sendiri tapi boleh mulakan kerjaya sebagai jurumekap bertauliah kerana Sue Melati sendiri akan keluarkan sijil untuk para peserta yang menghadiri kelasnya.. wah !! lepas ni lebih ramai Sue Melati akan lahir lah ye.. hee~ dengan teknik profesional yang diajar, kakak rasa tak susah untuk semua wanita tampil cantik sekaligus menambah keyakinan diri.. tak de la muka tu kusam semacam jek.. hee~

MUA_sue_melati
datang bawak diri jek.. semua kelengkapan disediakan..
sue_melati_foundation
tak faham ; tanya.. hee~ depan depan beliau ajar kitorang tau siap tarik model lagi ha..

TEKNIK SOLEKAN YANG BETUL

biasa kalau amatur akan belajar dari Youtube, tapi kalau professional akan belajar dari guru yang PRO jugak.. antara teknik yang diajar oleh MUA Sue Melati adalah seperti :

  • teknik blend eyeshadow dengan cara yang betul
  • teknik membentuk kening
  • teknik contuor
  • teknik memilih foundation mengikut warna kulit
  • tips mekap tahan lama
  • jenis-jenis dan kegunaan berus mekap


korang cuma daftar dan datang kelas bawa diri jek.. hee~ sebabnya semua akan disediakan termasuklah makan tengahari korang nanti.. bestkan ? ilmu dapat – sijil dapat – makan pun dapat..

kelas_mekap_MUA_sue_melati
antara graduan kelahiran MUA Sue Melati
beliau yang giat menjalankan kelas-kelas mekap mengikut permintaan semasa sering membuat tour satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.. oh !! tidak dilupakan juga buat warga Brunei Darussalam kerana team Sue Melati juga kerap ke sana untuk mengadakan kelas-kelas mekap.. nah !! cantik bukan lagi mustahilkan ? kan ? semua pun boleh cantik setanding artis.. a.. gittew--

MUA SUE MELATI

nah !! dah jadi trend semua orang pun nak jadi founder untuk produk sendiri.. kan ? hee~ tapi confirm ke produk yang korang keluarkan tu ada kualiti dan mampu memberi manfaat untuk pengguna ? kalau tak de, hentikan lah.. dan cari produk yang betul betul berkualiti setanding jenama dan namanya dipasaran.. sama macam rangkaian jenama Sue Melati yang turut memperkenalkan foundation dan serum yang mengandungi vitamin E.. haa.. mesti korang tak tau kan ada produk yang mampu mencantikkan disamping merawat masalah kulit..

bukan nak fikir cantik jek tapi pemilihan produk yang berkualiti juga penting tau.. dan rangkaian produk dari MUA Sue Melati ni :

  • tidak mengandungi merkuri, hidrokuinon dan paraben
  • mendapat kelulusan dari KKM
  • 100% dijamin berkualiti tinggi dan original
  • kaya dengan vitamin E yang membantu merawat masalah kulit

produk_MUA_sue_melati

penting ke nak guna foundation dan serum untuk tujuan mekap mekap ni ? mesti korang tertanya-tanya kan ? dah tentulah penting nokkkk.. serum berfungsi melembabkan kulit dan merawat masalah kulit dan fungsi foundation adalah melitupi cela pada wajah dan membuatkan solekan tahan lebih lama..

ha ?

ye ke ?

YA !!

dengan kualiti asas yang baik akan menghasilkan solekan yang baik juga.. setuju ? hee~ kena la setuju sebab itu memang faktanya.. apa yang bestnya produk keluaran MUA Sue Melati ni ? kenapa la beriya kakak nak share pasal produk beliau ni ? haa.. ni nak bagitau korang la ni..

FOUNDATION SUE MELATI

antara yang menjadi tarikan kakak, bila kakak tau yang foundation MUA Sue Melati ni mengandungi pati aloevera – sakura dan vitamin C dan E membuatkan kakak lebih jatuh cinta.. hahahah~ ye la.. serba tahukan berapa lama kulit muka kakak breakout sebab tersalah pilih produk.. huu~ merana weyh.. tak sanggup rasanya nak cuba cuba lagi.. disebabkan kandungan yang berkualiti, foundation ni juga mampu :

  • membantu memudarkan parut jerawat
  • membantu mengecutkan jerawat
  • membantu mengecilkan liang pori
  • memutihkan kulit
  • anti-aging
  • sesuai untuk kulit yang berminyak dan kulit normal
  • sangat sesuai untuk semua tona kulit wanita Asia

didatangkan dalam bentuk liquid likat, pakai sikit pun dah boleh cover satu muka.. fullcoverage gittew-- nah !! jimat la kalau gitu kan ? boleh tahan berbulan bulan kalau kakak yang guna.. hee~

SERUM PENAIK SERI WAJAH SM

tanpa serum, tak jadi mekap weyh.. hee~ dan sebab tu la serum ini dinamakan PENAIK SERI WAJAH.. best ? eh !! dah tentulah, sebab ia mengandungi :


dan kelima-lima ANTI tersebut membantu merawat kulit wajah dalam diam.. haa.. sambil ngko bercantik cantik, sambil kulit dibaik pulih.. best ke best ?

nak tengok kakak main kaler kaler ni ? hee~ walaupun tak pakar lagi, walaupun kekok gile yakmat.. serum dan foundation dari MUA Sue Melati ni buat kakak nampak ‘berbeza'’.. haa.. jangan main main dengan kakak, walaupun pakai berus bukan pada fungsinya, tetap cantik nokkkk ** lantaksitu !! **



kalau korang mencari kelas mekap dan timba pengalaman dari MUA ternama Malaysia ni, korang boleh singgah dekat link yang kakak bagi kat bawah ni..


yang mana kulit muka breakout disebabkan salah pilih produk mekap, kakak cadangkan korang beralih kepada jenama Sue Melati ni ** wink wink **

atiehilmi.com

BAGAIMANA ANAK 8 TAHUN INI PILIH JADUAL TANPA BANTUAN IBUNYA ?

$
0
0
hah !! tajuk dia kemain kan.. hahahaha~ anak dah besar gais, dah boleh berdikari sesikit jadi ibu pun lepaskan dia untuk ‘hidup’ bagaimana yang dia perlu.. haa.. ni nak share la ni cemana anak 8 tahun ni pilih buku sekolah mengikut jadual kelas tanpa bantuan ibu.. setiap hari gais.. setiap hari..

ajar_anak_pilih_jadual_sekolah

menjadi anak sulung yang perlu serba boleh, dari awal kakak dan suami dah didik Nur Aiman menjadi SESEORANG.. bukan paksa tapi mengikut kemampuan dia.. ye la.. baru 8 tahun kot, takkan kakak nak treat dia macam remaja 18 tahun yang dah boleh berdikari sepenuhnya.. kan ? mungkin ini basic dan sudah ramai ibu ayah kat luar sana praktikkan..

well..

ni anak sulong ai kot.. hee~ kasik la ai eksaited lebih sikit.. hahahahah~

dari Nur Aiman darjah satu, kakak memang dah mula labelkan buku-buku sekolah dia untuk memudahkan proses menyusun buku.. OCD ? nah.. tak la.. bila ada sistem yang dia boleh ikut, maknanya dia boleh belajar terima arahan.. minda anak kecik ni macam span ; mudah menyerap apa yang kita terapkan setiap hari.. kalau kita ajar benda yang baik, dia akan serap yang baiklah dan kalau sebaliknya yang diajar, keputusannya pula mengikut apa yang mereka terima..

jelas ?

label_jadual_kelas_sekolah

tahun ni kakak tak pakai cop tapi kakak beli kertas A4 yang jenis sticker putih tu untuk print nama Nur Aiman.. nampak renyah sikit kan ? tapi kemas gile.. hahahaha~ helok sikit la dari tulisan ibu ataupun menggunakan cop ( pengalaman sebelumnya ; ink comot – kesian Nur Aiman guna buku dah comot.. hahahaha~ ).. ya.. kerajinan ibu sangat diperlukan saat ini sebab proses menggunting akan membuatkan emosi ibu sedikit terganggu.. haa..

tips_ajar_anak_pilih_jadual_sekolah
sticker hari - beli kat FB
ya !! paling penting ni.. kalau tak ada jek buku tak bawak la, TER – tinggal la.. jadi.. sticker ini sangat membantu dalam proses kematangan Nur Aiman.. tak de la kes ibu kena hantar buku kat sekolah time rehat lagi.. harapnya Nur Aiman lebih bertanggungjawab..

tampal kat mana ?

cara_mudah_ajar_anak_pilih_jadual_sendiri

untuk buku teks, kakak tampal kat tepi buku.. yang kat tulang buku tu ha, senang sket nak nampak cuma buku tulis kena tampal kat belakang.. kenapa ? risau gak a kalau kalau cikgu sendiri ada buat sticker lain untuk labelkan kelas atau subjek yang diajar.. jadi.. tak nak mengganggu, tampal jek kat belakang.. haa.. cantik kan sebab dia kaler kaler gitu.. meriah..

jadual_sekolah_anak

fail ni dari tahun lepas dan masih kuat.. beli kat IKEA yang jenis kertas tebal tu.. haa.. buat la label sendiri cecantik dan letak matapelajaran yang ada dlaam jadual kelas Nur Aiman.. setiap hari, Nur Aiman balik sekolah – dia akan susun semula buku kat dalam fail ni sebelum pilih jadual mengikut hari..

AJAR ANAK BERTANGGUNGJAWAB


haritu kakak ada terjumpa satu ayat.. 


"anak yang bertanggungjawab lebih mudah untuk berjaya.."


dan bagaimana untuk mengajar anak menjadi seorang yang bertanggungjawab adalah dari didikan ibu ayah dari anak tu kecik lagi.. haa.. bukan la nak kata kakak ni perfect dan anak-anak kakak adalah yang terbaik, tapi mencuba jadi yang terbaik lebih baik dari tak mencuba lansung.. kan ? hee~

selain memudahkan Nur Aiman memilih jadual, cara ini juga membuatkan Nur Aiman dapat menjimatkan masa yang ada.. bila masa pun dah jimat, dapatlah dia main lego macam biasa.. hahahaha~ adoi.. pening kepala ibu bila dia asyik minta beli lego jek.. haa.. nanti kakak share cemana gaya Nur Aiman simpan lego dia plak eh..

oh !! kat mana kakak beli sticker hari tu ? korang boleh cari jek kat SEARCH FACEBOOK – STICKER JADUAL, nanti keluar la berderet tukang jualnya.. murah jek pun dorang jual, kira berbaloi la.. tapi kalau korang rajin, ada printer bagai seme, DIY pun boleh.. kan ?

atiehilmi.com

7 HARI BERSAMA TRAVELOKA FLY & WIN DAN MENANGI PELBAGAI HADIAH PERCUTIAN IDAMAN

$
0
0
siapa tak suka dengan promosi dan tawaran hadiah yang menarik.. kan ? sempena nak sambut Tahun Baharu Cina ni, sekali lagi Traveloka tampil dengan pelbagai promosi dan kali ni ada kelainan tau.. hee~ dan Traveloka nak ajak korang main game sambil nak ‘belanja’ korang hadiah best !!


untuk tahun ni, Traveloka dengan bangganya nak bagi hadiah berupa percutian mega 6 hari 5 malam ke Seoul, 5 hari 4 malam ke Phuket dan 4 hari 3 malam ke Pulau Langkawi.. nah !! tak payah bayar pape pun, korang cuma MAIN GAME jek !!

ha ?

serius la ?

hahahaha~ ya !! serius la ni..


TRAVELOKA FLY & WIN CONTEST

kalau menyebut CONTEST, ramai la ingat senang bagai kan.. hee~ tak senang hoccay !! kakak dah try main 6 kali tapi point ciput jek.. segan plak kat diri sendiri yang memang bukan gamers.. tapi tak pe la.. nanti kakak try lagi sebab contest ni pun lama kot, bermula dari 22hb Januari 2018 – 28hb Januari 2018 tau..

maksudnya, kakak sendiri ada masa 7 ( tujuh ) hari untuk dapatkan point tertinggi dan cuba nasib la kot kot menang hadiah percutian ni ke kan.. siapa nak bagi ?


CARA NAK MENANG MUDAH !!

korang nak menang jugak ? elelele.. cakap jek la.. tak payah la segan beriya.. hee~ nah !! kat bawah ni kakak ajar korang cemana nak join contest ni eh..


1 : klik GAMBAR kat atas ni ; atau Traveloka CNY 2018 Contest

2 : tolong baca semua Terma dan Syarat ya !!
  • korang adalah warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas
  • mestilah main Traveloka Fly & Win CNY Challenge di lamanweb yang telah disediakan
  • ada akaun Facebook
  • wajib follow Fanpage Traveloka Malaysia
  • share kat Facebook korang
ha ? kenapa kena SHARE ? tak suka la share share ni.. haa.. ni kakak nak SHARE tips untuk korang menang baucar dari Traveloka jugak ni..


kalau ADA tuah korang, bila korang SHARE Traveloka Fly & Win CNY Challenge n ikat Facebook, korang berpeluang memenangi baucar Taveloka bernilai RM 1000.00 !! weyh !! bukan sikit tau.. 4 ( empat ) angka tu..

3 : score markah tertinggi dan lawan semua peserta lain !!

ala.. buat main suka suka kan, tapi rezeki tak salah alamat.. try jek la !! Nampak senang kan ? kan ? tapi jangan confident sangat tau..


TIPS KAKAK !! kalau korang nak main game ni, pastikan korang FLY tu tak berapa tinggi sangat sebab halangan biasanya keluar kat atas dan bawah skrin game tu.. jangan sampai terlanggar tau.. hee~ dan !! dan !! main gunakan smartphone.. kenapa ? sebab kakak sendiri dah try main guna laptop, susah nak maintain ketinggian yang sama – sebab kena tekan tekan mouse tu ha.. tapi kalau jari korang kuat, boleh jek..


sambil korang FLY tu, jangan lupa kumpul angpau yang ada tau sebab jumlah markah untuk 1 ( satu ) angpau adalah 10 !! banyak tu.. score jek 10 angpau dah 100 markah.. hee~ score rendah ? tak pe.. try and error jek tau sebab tak de limit penyertaan harian !! mainlah sampai lebam dan selagi masih dalam 7 ( tujuh ) hari tempoh bermain - 22hb Januari 2018 – 28hb Januari 2018..


HADIAH TRAVELOKA FLY & WIN CHALLENGE

Bukan sikit-sikit gais !! yang mana kaki travel atau baru nak berjinak-jinak nak g travel tu, confirm kelabu biji mata..


HADIAH UTAMA :
  • percutian 6 hari 5 malam ke Seoul, Korea Selatan untuk 2 orang
HADIAH PERTAMA :
  • percutian 5 hari 4 malam ke Phuket, Thailand untuk 2 orang
HADIAH KEDUA :
  • percutian 4 hari 3 malam ke Pulau Langkawi, Kedah untuk 2 orang
MAIN DAN SHARE DI FACEBOOK :
  • baucar Traveloka ; RM1,000.00 untuk 2 pemenang
berazam tinggi betul kakak untuk menang dan kalah kan korang sebab hadiah dia memang super BEST !! boleh plan untuk cuti sekolah yang akan datang.. hee~


APLIKASI TRAVELOKA

last kakak bawak anak-anak bercuti kat Dashbox Cyberjaya dan memang kakak buat tempahan melalui Traveloka.. zaman serba memerlukan duit dan kakak pun perlu berjimat tapi dalam masa yang sama nak sangat tidur kat hotel – ubah tilam konon.. hee~

dimana saja – bila bila masa, kakak cuma perlu membuat tempahan dengan memilih tarikh, hotel mengikut bajet dan lokasi kemudian buat pembayaran melalui online.. senang jek !! tak payah nak cetak resit apa segala, cuma save e-tiket dan tunjukkan semasa pendaftaran masuk ke hotel nanti.. dan selama kakak guna aplikasi Traveloka ni, belum pernah lagi la berlaku kesilapan dari pihak hotel.. alhamdulillah.. kenapa kakak kena pilih perkhidmatan lain sedangkan Traveloka mampu memberi segala kemudahan yang kakak perlukan.. hee~ mak mak sangat kan ?

kakak dah main game ni dan masih gigih nak dapatkan score paling tinggi.. hahahaha~ ala.. takkan korang nak tengok je kan ? setakat game tekan tekan tarik tarik camni, takkan la korang nak biarkan jek..

tak nak hadiah yang best tu ke ? hee~

nak kan ?

nak kan ?

3 LANGKAH PENJAGAAN KULIT PADA WAKTU MALAM DENGAN PRODUK KLAIRS

$
0
0
weehooo—kakak bukan Beauty Blogger yang sangat mahir dengan selok belok ‘menggoreng’ ayat tentang kecantikan.. hee~ tapi kakak try la eh.. mana la tau selepas kakak share night routine kakak menggunakan produk Dear, Klairs ni membuka mata sponsor.. haa.. nampak permainannya di situ ? hahahah~


yang mana peka terhadap kecantikan, mesti kenal dengan jenama terkenal dari Korea ni kan ? tak sangka akhirnya kakak betul-betul jatuh segedebuk atas paha kakak untuk melengkapkan rutin penjagaan kecantikan kulit muka kakak.. ingatkan susah nau la nak jaga kulit muka, rupanya senang jek tapi kena pilih produk yang sesuai dan tidak mengandungi bahan kimia yang terlarang.. dan !! Klairs sangat sesuai untuk semua jenis kulit sebab, prduk Klairs tidak mengandungi paraben, alkohol, wangian mahupun kandungan daripada haiwan..

cara nak handle pun tak cerewet sangat dengan hanya 3 ( tiga ) langkah yang betul bersama penggunaan BB Cushion pada keesokkan harinya sangat membantu menaik seri.. wah !! jangan main main tau.. hee~ kakak guna :

  1. Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil
  2. Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask
  3. By Wishtrend Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum, dan
  4. Klairs Mochi BB Cushion

haa.. tu dia.. apa kandungan semua produk ni ? hee~ kakak ni cerewetkan ? habis semua kakak geledah – singkap sampai puas hati dan yakin produk tersebut adalah produk yang selamat..

STEP 1 : KLAIRS GENTLE BLACK DEEP CLEANSING OIL

mula-mula kena la cuci muka !! jeng !! tanjat kakak sebab cleansing oil ni tak sama macam pelbagai jenis pencuci muka yang ada kat pasaran sebaliknya Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil merupakan minyak yang diformulasi dengan Black Bean Oil + Black Sesame Oil + Black Currant Seed Oil untuk membersihkan kulit semaksimum mungkin.. kenapa Klairs menggunakan minyak ? macam pelik kan ?

  • BLACK BEAN OIL
    • membantu mengawal pengeluaran sebum dan meningkatkan keanjalan kulit
  • BLACK SESAME OIL
    • bertindak sebagai anti-oksidan untuk kulit yang mampu mencegah dehidrasi dan penuaan sebelum usia
  • BLACK CURRANT SEED OIL
    • menguatkan lapisan kulit dan memberi perlindungan menyeluruh bagi mengelakkan kulit kering disamping menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit yang lebih sihat
kalau korang yang mempunyai tekstur kulit yang kasar, kulit muka yang sensitif memang sangat digalakkan menggunakan Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil ni sebab ia mampu menyerap lembut sehingga ke dalam kulit dan merawat kulit dari dalam.. bestkan ?


cara nak guna pun senang, cuma picitkan sikit kat tapak tangan yang kering dan urut perlahan-lahan kat muka terutamanya kat kawasan yang bermasalah, lepas tu bilas dengan air suam sampai bersih.. jangan gunakan kapas muka ataupun tuala ya..

korang boleh dapatkan Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil kat sini –> https://goo.gl/cS8exV

STEP 2 : KLAIRS FRESHLY JUICED VITAMIN E MASK

dah basuh muka ? okay !! sekarang kita main masker pulak dan kakak pilih Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask tapi bukan guna ‘dia’ saja tau, sebaliknya kakak gunakan bersama Vitamin C Serum untuk mempercepatkan tindakbalas positif vitamin E dan vitamin C sekaligus.. hee~ bijak tak ? ye la.. dah 30’s kot.. semua kena cepat tak boleh lambat-lambat..

apa yang best sangat dengan gabungan kedua-dua vitamin cantik tu tadi ? nah !!

  • vitamin E akan teroksida apabila oksigen aktif hilang berpunca dari pertahanan utama
  • vitamin C membantu mengurangkan keseimbangan vitamin E yang teroksida dan mengaktifkannya semula
  • vitamin E mengaktifkan agen anti-penuaan dan memperbaiki sel kulit yang telah rosak
  • vitamin C memberi kesan toning yang kuat dan seimbang

untuk kecantikan, memang kakak sendiri pilih Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask .. kenapa ?

  • ia melindungi kulit daripada kerosakan sel yang disebabkan oleh cahaya matahari
  • ia membantu melegakan keradangan kulit
  • ia bertindak sebagai agen anti-penuaan dengan mengekalkan membran sel daripada peroxidation lipid
  • ia menghalang pengoksidaan dalam produk kosmetik
  • ia mengurangkan pigmentasi dengan menghalang pigmen melanin berpindah ke epidermis
  • ia menindas rembesan sebum dan mematikan akar jerawat yang disebabkan oleh kulit berminyak
  • ia menstabilkan pengambilan vitamin C
  • ia dirumuskan dengan kepekatan yang mencukupi ( 2 % )
  • ia ramuan aktif yang telah ditetapkan dlaam dos maksimum untuk berfungsi menangani kedutan
  • ia menguatkan percambahan fibroblast dalam lapisan derma dan menggalakkan sintesis kolagen
  • ia memiliki sifat anti-radang yang kuat dan terbukti berkesan dalam proses penyembuhan luka
kakak juga jadikan Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask sebagai pelembab pada waktu siang !! hee~ didatangkan dalam tekstur seperti puding, ia mampu menyerap lembut ke dalam kulit dan menyimpan lembapan sehingga 8 jam walaupun kulit korang kering !! best gile !!

hanya calit calit dan ratakan puding tadi kat kulit muka korang dan urut lembut supaya lebih cepat menyerap.. nah !! confirm kulit lembut persis awek Korea nanti ni.. hee~

meh dapatkan stok Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask korang kat sini –> https://goo.gl/oTChdT

STEP 3 : BY WISHTREND PURE VITAMIN C21.5 ADVANCED SERUM

last !! last sebelum beradu.. hee~ apply serum vitamin C ( kan kat atas nun kakak ada cerita gabungan vitamin E dan vitamin C –kakak pilih INI !! ) yang telah diformulasi oleh By Wishtrend ni dengan peningkatan 21.5 % vitamin C tulen berbanding 20 % sebelumnya untuk memberikan kesan yang jauh lebih baik.. haa.. jangan kata lepas ni tak glowing ye.. cubit nanti..


fungsinya yang lebih kurang sama dengan penggunaan vitamin E, vitamin C lebih khusus menumpukan kepada :

  • menambah kelembapan kulit
  • meningkatkan kelembutan kulit
  • meremajakan kulit
  • menyamaratakan nutrien penting dalam membantu memulihkan kulit yang telah rosak
sebotol kecik comel ni muat jek nak sumbat kat dalam handbag dan bawa ke mana sahaja.. cara menggunakan Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum ni mudah je, titis kan kat kulit muka korang dan urut lembut dari bawah ke atas mengikut turutan ( dagu – pipi – hidung – dahi )

gabungan menarik untuk mask vitamin E korang, boleh dapatkan kat sini –> https://goo.gl/gmWcnU

STEP 4 : MOCHI BB CUSHION

haa.. rutin sebelum tido dah settle ? mesti la kan.. nak cantik kot.. hee~ kengkonon drag terus ke siang la ni ha.. jangan amik berat waktu malam jek, sebab waktu siang korang pun perlu lah cantik.. gittew—nak senang dan cepat, lengkapkan rutin korang dengan Mochi BB Cushion ni jek..


didatangkan dalam bentuk comel yang isinya diperbuat dari sejenis balm ( bukan cecair tau !! ) bertindak menutup rapat liang-liang pori yang terbuka pada kulit muka korang supaya nampak lebih gebu.. tak nampak dah la lubang lubang tu kalau pakai BB cushion nih ha.. menampakkan lebih flawless, Mochi BB Cushion mempunyai tona warna apricot – beige mengikut warna kulit asli dan redness secara semulajadi..


memang nampak tona warna dia sedikit gelap, tapi tak sebenarnya.. sesuai jek dengan kulit kakak ni ha.. habis semua cela dia kasi tutup yang paling ketara tu kat mata panda tu.. hahahaha~ best !! teruja betul kakak haa.. guna jek macam korang biasa guna compact powder tu, dap dap dap jek sampai rata.. oh !! kalau habis balm dia tu, nanti korang boleh dapatkan refill dia tau.. jangan dibuang bekas comel tu..

comelnye awak, Mochi BB Cushion –> https://goo.gl/ccPt47

haa.. amacam ? mudah dan simple kan ? yang penting, tidak menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia terlarang dan bahaya.. nasib ada HERMO !! beli kat situ jek senang, penghantaran terus depan pintu sis..

LAMAN WEB : https://www.hermo.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/HermoMalaysia
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/hermomy

Viewing all 962 articles
Browse latest View live