Quantcast
Channel: atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger
Viewing all 962 articles
Browse latest View live

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL : SEMAKAN STATUS DAN PERMOHONAN BAHARU

$
0
0


Hari pertama pada April 2020 dan kakak rasa talian untuk permohonan Bantuan Prihatin Nasional sangat padat dan confirm lag lama untuk bukak page. Hee~


Bantuan Covid 19 Malaysia

Perdana Menteri Malaysia ; Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional yang dirangkumi bawah Pakej Ransangan Ekonomi bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan.


BANTUAN PRIHATIN NASIONAL



Bantuan secara one-off dijangka akan dibayar seawal akhir bulan April 2020 dan awal Mei 2020 yang melibatkan peruntukan hampir RM 10 Billion.

Ada empat kategori penerima iaitu :

  1. Isi rumah berpendapat RM 4,000.00 ke bawah ( B40 )
  2. Isi rumah berpendapatan RM 8,000.00 ke bawah ( M40 )
  3. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM 2,000.00 ke bawah
  4. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM 2,000.00 ke atas

    Bantuan sebanyak RM 1,600.00 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM 4,000.00 sebulan ke bawah dengan pecahan :

    • RM 1,000.00 akan dibayar pada April 2020
    • RM 600.00 akan dibayar pada Mei 2020

    Buat pertama kalinya Bantuan Prihatin Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM 1,000.00 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM 4,000.00 hingga RM 8,000.00 sebulan dengan pecahan :

    • RM 500.00 akan dibayar pada April 2020
    • RM 500.00 akan dibayar pada Mei 2020

    Cara Permohonan Bantuan Prihatin Covid 19

    Individu bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM 2,000.00 dan ke bawah akan diberi sebanyak RM 800.00 manakala yang berpendapatan RM 2,000.00 ke atas turut mendapat bantuan sebanyak RM 500.00.

    Tidak dilupakan untuk pelajar yang masih memegang kad pelajar institusi pengajian di Malaysia akan mendapat bantuan sebanyak RM 200.00 secara one-off yang akan dibayar pada awal bulan Mei 2020 nanti.

    Adakan korang merupakan seorang yang layak menerima bantuan ? Nah !! Semak lah kategori ada kat bawah ni.


    Isi rumah B40
    • Kahwin ; atau
    • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020 ; dan
    • Pendapatan isi rumah RM 4,000.00 dan ke bawah

    Bujang B40
    • Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020 ; dan
    • Pendapatan bujang RM 2,000.00 dan ke bawah

    Isi rumah M40
    • Kahwin ; atau
    • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian ; dan
    • Pendapatan aggregat bulanan adalah RM 4,001.00 hingga RM 8,000.00 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan ( BNCP ) terkini

    Bujang M40
    • Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
    • Had umur 21 tahun ke atas ; dan
    • Pendapatan bulanan RM 2,001.00 hingga RM 4,000.00 berdasarkan BNCP


    KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL



    Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan Malaysia, kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bergantung mengikut beberapa kategori penerima.


    Bantuan Sara Hidup 2020

    1. Kaedah pembayaran bagi B40 :

    • Ada maklumat akaun – bayaran secara kredit ke akaun ; atau
    • Jika status gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di BSN
    • Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di BSN

    2. Kaedah pembayaran bagi M40 :

    • Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
    • Bayaran akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
    • Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir


    CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2020



    Berdasarkan temubual eksklusif bersama Menteri Kewangan Malaysia yang memaklumkan bahawa, Kerajaan Malaysia mempunyai database bagi B40 dan M40 yang layak dan permohonan boleh dibuat melalui laman web LHDN bermula 01 April 2020.






    Kalau korang belum mendaftar atau baru je nak memohon, bolehbuat mulai harini dan tolong war-war kan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan sindiket penipuan dan jangan bagi apa-apa maklumat peribadi kepada mana-mana pihak ketiga. Tau !!

    Taknak nanti butiran peribadi korang disalahgunakan.

    Sekiranya ada sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi Kementerian Kewangan Malaysia di nombor :

    03-88829089
    03-88829087
    03-88824565
    03-88829191
    03-88824566

    yang beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh email ke :



    LOVE ;
    ATIE ADNAN



    CARA PENDAFTARAN DAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP SECARA ONLINE

    $
    0
    0

    Antara pilihan lain yang disokong oleh pihak kerajaan dengan kerjasama dari KWSP berikutan penularan wabak Covid-19, para pencarum boleh membuat pengeluaran KWSP melalui skim yang digelar i-Lestari.


    iLestari KWSP

    i-Lestari memberi kelonggaran kepada pencarum berusia bawah 55 tahun membantu ahli KWSP meneruskan kelangsungan hidup disamping meringankan beban keperluan harian sepanjang tempoh pandemik Covid-19.



    PENGELUARAN i-LESTARI KWSP




    Perkhabaran itu disambut baik oleh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang terjejas dari segi pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) berikutan kebanyakan perusahaan terpaksa membuang dan merehatkan ramai pekerja dalam satu masa bagi mengurangkan beban tanggungan syarikat.



    CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP




    Sama seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan, permohonan i-Lestari boleh dibuat dengan lebih mudah dan cepat dengan memohon e-Pengeluaran di i-Akaun. Nah !! Kakak kongsi step by step yang korang perlu buat dengan cara paling ringkas. Hee~


    Bantuan Covid

    1. Dapatkan ID dan Kata Laluan sementara di pejabat / kiosk KWSP berhampiran
    2. Layari www.kwsp.gov.my, dan Log Masuk menggunakan ID dan Kata Laluan sementara yang telah diterima melalui SMS untuk mengaktifkan akaun
    3. Lepas korang SETUJU, korang kena pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia korang
    4. Selesai je pangaktifan, korang akan terima notification BERJAYA kat skrin
    5. Log Masuk semula dengan maklumat akaun baharu

    Tadaaa--
    Dah boleh buat permohonan i-Lestari melalui e-Pengeluaran KWSP.



    CARA PERMOHONAN i-LESTARI KWSP




    Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 01hb April 2020 melalui kaedah seperti di bawah :

    1. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun ( Ahli )
    2. Secara e-mel yang dialamatkan kepada : ilestarimohon@epf.gov.my
    3. Hantaran pos terus ke alamat :

      Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ),
      Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan,
      46720 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

      dengan catatan ( UP : i-Lestari ) pada bahagian hadapan sampul surat.

    Menurut pembacaan kakak, kalau korang nak cepat seeloknya buat permohonan secara dalam talian ( e-Pengeluaran ) dan kalau tak de pilihan, manual pun okay tapi amik masa lama sikit lah.






    i-LESTARI KWSP




    Prosedur pengeluaran KWSP adalah seperti berikut :

    1. Pengeluaran maksimum RM 500.00 setiap bulan daripada AKAUN 2 sahaja
    2. Kelayakan bilangan bulang pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang telah diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31hb Mac 2021
    3. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang ( recurring ) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah :

    Situasi :
    • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan
    • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan
    • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan

    Pengeluaran i-Lestari KWSP


    TEMPOH PENGELUARAN i-LESTARI KWSP




    Pengeluaran i-Lestari berkuatkuasa mulai 01hb April 2020 hingga 31hb Mac 2021 dan pencarum boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 01hb April 2020 hingga 31hb Mac 2021.

    Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31hb Mac 2021.

    Mesti terfikirkan, sape je yang layak membuat permohonan i-Lestari KWSP ni. Kan ? Kan ? Hee~ Korang dikira layak kalau menepati kriteria berikut :

    • Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia
    • Berumur bawah 55 tahun
    • Mempunyai baki simpanan dalam AKAUN 2


    TARIKH PENERIMAAN i-LESTARI KWSP




    Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020 – manakala permohonan selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

    Nah !!
    Kalau korang ada pertanyaan lanjut atau tak faham pape, boleh hubungi : 03-8922 6000 atau email ke ilestari@epf.gov.my.

    Jaga diri, stay at home !!


    LOVE ;
    ATIE ADNAN


    RESEPI BURNT CHEESECAKE AIR FRYER

    $
    0
    0
    Sebenarnya tak plan langsung nak buat kek dalam masa terdekat ni tapi tu lah tu, dah anak-anak cuti asyik nak makan tu yang terhasilnya Burnt Cheesecake tapi masak menggunakan air fryer. Hee~


    Air Fryer Cake

    Ha’ah. Kakak tak de oven sebab perkakasan dapur dah banyak sangat sampai tak de ruang nak simpan. Jadi konsep kali ni memang guna apa yang ada je janji – JADI !! In shaa Allah.


    RESEPI BURNT CHEESECAKE



    Disebabkan bahan memang yang mahal, harapan kakak sangat tinggi untuk kek ni jadi dan ada rasa. Hahahaha~ Tak sedap tak pe tapi biar ada rasa. Gituh !! Tak de lah ke tong sampah perginya nanti, sayang ooi barang mahal cenggitu membazir.


    Burnt Cheesecake Mudah Menggunakan Air Fryer

    Tak !!
    Bukan kakak yang masak kali ni tapi Nur Aiman dan Nur Aina. Kemas dapur pun dorang jugak. Biarkan dorang rasa peritnya kakak memasak dan mengemas setiap hari untuk menjaga kesihatan mata. Hee~

    Bahan-bahan :

    • 35gram Inverter Sugar
    • 150gram Gula Kastor
    • 10gram Tepung Jagung
    • 500gram Cream Cheese
    • 3 biji Telur Ayam
    • 300gram Whipping Cream
    • 50gram Full Cream Milk


    Cara-caranya :

    Disebabkan kami tak de mixer jugak, blander adalah pilihan terbaik untuk pukul semua bahan sampai kembang. Hee~ Hidup kan kreatif tau. Nak harapkan semua bahan lengkap memang tak merasalah kek buatan hasil tangan sendiri.

    Agittew--

    1. Masukkan inverter sugar, gula kastor, tepung jagung, telur ayam, cream cheese, whipping cream dan juga full cream milk.

    2. Blend sampai kembang dan puas hati. Hahahaha~ Ni serius main agak-agak je tak de nak fikir ape pun.

    3. Sapukan rata butter kat loyang ( sebenarnya boleh je guna margerin / Planta tu – tak de masalah pun ) dan tuang bancuhan tadi pada sukatan 3 / 4 loyang.

    4. Dah ? Hee~ Masukkan dalam air fryer dengan menggunakan suhu 180° celcius dengan tempoh 25 minit.


    Resepi Air Fryer Malaysia
    Food Hunter Malaysia

    Tadaaa—
    Siap dah gais !! Tetiba kakak bangga sangat dengan Nur Aiman dan Nur Aina dapat siapkan sebiji kek yang kakak cuma sediakan bahan-bahan mengikut sukatan.




    Burnt Cheesecake Mudah

    Selamat mencuba !!
    Manfaatkan masa yang terluang sebaik mungkin untuk mengeratkan hubungan ibu ayah dan anak-anak. Mana tau dorang minat memasak dan akan jadi chef pada satu hari nanti.


    LOVE ;
    ATIE ADNAN


    SAFETY AND HYGINE PRACTISE AMID COVID-19 OUTBREAK

    $
    0
    0


    Since the start of the Movement Control Order (MCO), McDonald’s Malaysia has increased its food safety and hygiene measures to ensure the health and wellbeing of its People and Customers.


    Today, the quick service restaurant chain announced the rollout of its Contactless and Cashless system for its McDelivery service.


    DELIVERY SEVICE



    Since the onset of the MCO, McDonald’s Malaysia has taken extra measures for its delivery service, to ensure the safety of its customers and riders. These include :

    • Riders are required to wear masks and gloves before entering McDonald’s premises
    • They are required to sanitise their hands
    • Riders must undergo a temperature check outside the restaurant every day
    • A crew member will be assigned to sanitise and clean the delivery bags of each rider before the food is packed into their respective bags
    • Separated the pick-up points for McDelivery Service (MDS) riders and those from Grab Food and Foodpanda riders in McDonald’s restaurants



    With the roll-out of its contactless delivery service today, additional safety measures and enhanced social distancing practices have been put in place, such as :


    • Take-away bags are sealed, with the rider’s and crew’s temperature reading plastered on the bag
    • Rider will contact customer once they have arrived at delivery spot
    • Rider will drop off food at an agreed safe spot
    • Rider will stand at least one meter away from customer to minimise contact with       customer


    Only cashless payments will be accepted for orders made through the McDelivery service.

    “At McDonald’s Malaysia, the safety of our customers and employees are our utmost priority, which is why we are stepping up our efforts, especially for our delivery service, during this difficult time,” said Azmir Jaafar, Managing Director and Local Operating Partner of McDonald’s Malaysia.


    PUTERI GUNUNG LEDANG ; PERMINTAAN TANDA PENOLAKAN

    $
    0
    0
    Sepanjang tempoh RMO ni memang kakak tak banyak menghadap kerja dan kakak ambil peluang untuk mentelaah serba sedikit tentang sejarah Tanah Melayu untuk dikembangkan menjadi content kat blog ni – sayang lah nak dibiarkan je tanpa sebarang penulisan. Kan ? Kakak tertatik dengan kisah Puteri Gunung Ledang dan bayangan kecantikan yang diwar-warkan oleh orang dahulu kala.

    Nah !! Kisah ringas tentang Puteri Gunung Ledang yang dikatakan masih ADA !! Hee~ Tetiba rasa macam entri seram plak kan, tapi tak lah !! Ini adalah sedikit palitan dalam sejarah yang perlu diketahui umum.


    GUNUNG LEDANG



    Gunung Ledang terletak di daerah Tangkak, Johor Darul Takzim mempunyai ketinggian 1, 276 meter dari paras laut ia boleh didaki melalui Sagil dan Asahan untuk sampai ke puncak. Kaki Gunung Ledang juga merupakan titik pertemuan antara tiga negeri iaitu Johor ( Tangkak ), Negeri Sembilan ( Gemas ) dan Melaka ( Jasin ). Nama LEDANG dikatakan berasal daripada Jawa ketika pemerintahan Empayar Majapahit yang membawa maksud Gunung Dari Jauh atau Gunung Paling Jauh. Di keliling puncak Gunung Ledang terdapat tujuh lagi puncak gunung yang rendah dimana setiap satunya mempunyai lagenda tersendiri.


    Puteri Gunung Ledang

    Salah satu puncak yang dinamakan Gunung Gemih dikatan mempunya sebuah gua emas yang dikawal oleh penunggunya iaitu seekor lembu emas. Tercatat juga dalam lembaran sejarah, Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat lombong emas di Gunung Ledang, beliau dikatakan turut membawa beberapa bongkah emas untuk dipersembahkan kepada Maharaja China. Menurut Kolonel Gerini ( 1904 ), Gunung Gemih pernah menjadi pusat perlombongan emas bagi orang Melayu Melaka sehingga tahun 1817 manakala menerusi catatan  pada tahun 1894, Rounsevelle Wildman yang merupakan seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat dikatakan pernah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih yang apabila dileburkan ia mengandungi emas.


    PUTERI GUNUNG LEDANG



    Lagenda Puteri Gunung Ledang masih berlegar-legar menjadi buah mulut masyarakat Melayu yang mempercayai kekuasaan Allah SWT tentang kewujudan golongan jin iaitu bunian. Kepercayaan terhadap Puteri Gunung Ledang merupakan golongan bunian dikuatkan lagi apabila orang-orang tua mengatakan Gunung Ledang merupakan perkampungan jin. Memberi bayangan kecantikan Puteri Gunung Ledang yang dikatakan boleh menjelmakan diri sebagai nenek tua bertongkat ( nenek kebayan ) dan juga menampakkan dirinya kepada manusia sebagai seorang wanita yang sangat cantik.

    Namun !!
    Disebalik cakap-cakap orang lama, ada juga yang memberitahu Puteri Gunung Ledang sememangnya seorang manusia yang dikenali sebagai Raden Puteri Mas Nyawa dan juga Puteri Siti Jamilah binti Sultan Alam Fattah al-Akbar yang berasal dari Tanah Jawa yang dihantar oleh ayahandanya untuk menuntut ilmu agama di Pulau Besar, Melaka. Baginda Puteri dan pengikutnya telah berpindah ke Gunung Ledang untuk bersuluk dan mendekatkan diri dengan Maha Pencipta.


    Famous Princess In Malaysia - Puteri Gunung Ledang
    Ilustrasi : Tuan Zaidi Zainal

    Dalam karya agung Sulalatus al-Salatin ( sejarah Melayu ) Tun Sri Lanang yang dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu mengisahkan tentang Sultan Mahmud yang setelah kematian isterinya, berhasrat meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda yang tidak mahu beristerikan puteri raja biasa menitahkan Hang Tuah, Tun Mamat, Sang Setia dan beberapa orang hulubalang melamar Puteri Gunung Ledang.




    “..yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain, itulah yang hendak kita peristeri. Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang..”
    - Sultan Mahmud



    Setelah rombongan peminangan meredah hutan beberapa hari, akhirnya Tun Mamat bersama pengiring tiba di Gunung Ledang manakala Hang Tuah yang telah uzur tidak dapat meneruskan pendakian ditemani oleh Sang Setia. Memberi gambaran laman yang sangat cantik, Tun Mamat telah bertemu dengan Ketua Dayang kepada Puteri Gunung Ledang bagi menyampaikan hajat Baginda Sultan Melaka. Kesekian lama menunggu jawapan, akhirnya muncul seorang nenek bongkok tiga menyampaikan perkhabaran dari Puteri Gunung Ledang yang meminta :

    • Jambatan emas dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang
    • Jambatan perak dari puncak Gunung Ledang ke istana Melaka
    • Tujuh dulang hati nyamuk
    • Tujuh dulang hati kuman
    • Tujuh tempayan airmata anak dara
    • Tujuh tempayan air pinang muda
    • Semangkuk darah Raja Muda Melaka iaitu Raja Ahmad Shah

    Bukan Tun Mamat je terkejut mendengar syarat yang diinginkan oleh Puteri Gunung Ledang, kakak pun pitam sekejap. Hee~ Tapi dah nama pun PUTERI kan, mesti lah demand kena baikkkkkk punya.

    Selesai je urusan permintaan hantaran tu, Tun Mamat pun turun menemui semula Hang Tuah dan menceritakan perihal tersebut. Em—Secara tersiratnya memang dah tau dah Puteri Gunung Ledang menolak peminangan Sultan Mahmud secara berkias dengan mengadakan permintaan yang tak masuk akal, nak tak nak tetaplah disampaikan juga kepada baginda. Menuruti pembacaan kakak, ada beberapa versi yang kurang pasti mengenai penyampaian syarat peminangan :

    • Hang Tuah enggan kembali ke istana untuk menyampaikan syarat peminangan sebaliknya beliau menghilangkan diri dalam sungai dan hanya Tun Mamat pulang ke istana untuk menghadap Sultan Mahmud
    • Hang Tuah sendiri menghadap baginda Sultan Mahmud bagi menyampaikan syarat peminangan dari Puteri Gunung Ledang

    Namun.
    Tanpa memahami maksud tersirat disebalik syarat peminangan, Sultan Mahmud telah mengerah seluruh rakyat mengorbankan jiwa dan raga bagi memenuhi kehendak baginda yang mahu memiliki isteri yang bukan biasa-biasa. Dan sudah tentunya negara menjadi kacau bilau kerana rakyat dikerah siang dan malam untuk pembinaan jambatan emas dan perak sehingga emas dan perak milik kerajaan dilebur – tak cukup gais !! Dirampas pulak rakyat jelata punya !!

    Tak cukup kat situ je, anak dara di Melaka dikerah dan dipaksa menangis untuk mendapatkan tujuh tempayan airmata dan rakyat lain turut dikerah mendapatkan pinang muda untuk diperah airnya – sesiapa pun tahu ia adalah sangat mustahil kerana airmata mudah tersejat ( mudah kering ) manakala pinang muda tidak berair. Akhirnya—Berjaya juga lah kesemua permintaan ditunaikan dari jambatan, airmata sampailah ke air pinang muda tu.

    Serius tak masuk akal. Hee~

    Cuma satu tu lah.
    SEMANGKUK DARAH RAJA MUDA, RAJA AHMAD.
    Diceritakan, baginda Sultan Mahmud tak sampai hati nak bunuh anakandanya yang masih kecil tapi dicuba-cuba juga untuk menikam dada Raja Ahmad yang sedang beradu dan ketika itu muncullah Puteri Gunung Ledang di hadapan Sultan Mahmud yang menzahirkan rasa kecewanya. Nah !! Klimaks dari pembacaan kakak menerusi beberapa jurnal dan wikipedia, ada yang mengatakan akhirnya Sultan Mahmud ‘disekolahkan’ kerana sanggup menindas rakyat dan menggadaikan zuriatnya sendiri kerana ingin memilik wanita yang langsung tidak pernah dikenali.

    Pengakhirannya tentulah Baginda Sultan insaf dan tak jadilah menikahi puteri yang baginda nak sangat tu.

    Semua kisah tak habis kat situ je sebab kakak baca banyak versi dan salah satunya mengatakan, semua permintaan Puteri Gunung Ledang tak pernah wujud pun – Tun Mamat dan Hang Tuah mereka-reka cerita untuk memberi tahu bahawa pinangan Baginda Sultan ditolak – gile nak bagitau terus : 



    “Ampunkan patik beribu ampun, Tuanku. Pinangan Tuanku telah ditolak oleh Puteri Gunung Ledang..” 



    Takkan gitu kot kan, mau bercerai kepala dari badan gamaknya. Hee~

    Ada juga versi yang mengatakan Sultan Mahmud gagal menunaikan kesemua syarat sekaligus menjelaskan jambatan yang diminta tidak pernah dibina langsung !!

    Mesti korang yang muda-muda susah nak brain kan ? Hee~
    Ya !! Kakak pun macam payah nau nak brain tapi kakak PERCAYA tentang kekuasaan Allah SWT dan kemampuan Dia untuk menghidupkan golongan jin dan manusia dalam masa yang sama. Ibarat kehidupan kita dan golongan jin ni antara telapak tangan – sebelah menyebelah. Apa pun, berbalik kepada kajian dan rujukan yang lebih berpengalaman. Korang bacalah apa segala jurnal tetapi jangan lupa mengkaji supaya korang tak salah faham dengan penjelasan sejarah.

    Mana yang baik kita ambil teladan.
    Mana yang tak baik kita jadikan sempadan.

    Pssstttttt--
    Menerusi catatan Hikayat Hang Tuah, sultan yang meminang Puteri Gunung Ledang adalah Sultan Mansor - bukan Sultan Mahmud. Hee~ 


    LOVE ;
    ATIE ADNAN




    JANGKAAN STATISTIK KELAHIRAN BAYI PADA AWAL 2021 MENINGKAT !!

    $
    0
    0
    Awalnya kakak nak tergelak bila Encik Suami bagitau kakak - "yang.. awak percaya tak kalau abang cakap, hujung tahun ni akan ramai yang mengandung.." tapi bila difikirkan balik mungkin sebab Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) dan semua pasangan terkurung bersama !! Hahahaha~


    Cara Mencegah Kehamilan Paling Berkesan

    Serius kelakar kalau difikirkan tapi sempatlah kakak explore beberapa laman web untuk membaca supaya kakak boleh membidas semula dan berkongsi pendapat dengan suami. Ya !! Kita sebagai perempuan tak boleh kalah tau, kena ada point dan berinformasi.


    BABY 2021



    Kakak ada terbaca ulasan dari seorang wartawan dari Associated Press iaitu Patrick Whittle yang bertarikh 19hb Mac 2020 melalui ABC News berkenaan dengan BAYI CORONAVIRUS berikutan perintah kerajaan yang mahu rakyat hanya duduk dirumah dan dijangka ramai bayi yang bakal dilahirkan pada tahun 2021 - awal tahun 2021 gais !! Hee~

    Menurut Dr. Hamizah Mohd Hassan - Ketua Unit Kesihatan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN ) turut mengiya dan bersetuju bahawa PKP mampu mempengaruhi kadar kelahiran penduduk di Malaysia pada tahun hadapan ( 2021 ) - Berita Harian Online


    Baby Covid-19

    Sebenarnya, kalau korang memang nak anak - waktu PKP ni lah kakak rasa masa yang sesuai untuk korang buat perancangan secara teliti seperti consume multivitamin yang sesuai seperti asid folik, vitamin C dan pengambilan menu diet yang seimbang supaya korang mampu memberikan zat serta nutrisi yang baik untuk baby yang bakal dikandung - dilahirkan. Tapi !!

    Kalau korang memang tak plan untuk tambah zuriat, seeloknya MERANCANG lah dan ada banyak cara untuk korang merancang. Kan ?


    CARA MENCEGAH KEHAMILAN



    1. Mengira waktu subur isteri
    • Kalau nak ikutkan, tips ini berkesan sehingga 88% tapi memang korang kena berhubungan ketika luar waktu subur bagi mengelakkan kehamilan. Pandai-pandailah korang tandakan kalendar ya !!

    2. Makan pil perancang
    • Paling popular dan ramai jugak kawan kakak yang ambil pil untuk mencegah kehamilan dan keberkesanannya sehingga 99% - itu pun kalau korang makan dengan cara yang betul lah. Tanpa skip, pil perancang perlu dimakan pada hari pertama haid sehingga hari ke-21.

    3. Kondom
    • Paling mudah dan murah tapi kurang efisyen serta berpotensi berlakunya kebocoran.

    4. Implan
    • Implan yang berada dipasaran mengandungi progesterone yang mampu menebalkan mukus servik dan menghalang sperma berenang masuk dan tersenyawa. Kebiasaan implan diletakkan di bawah kulit dibahagian lengan dan mampu bertahan sehingga empat tahun.

    5. Suntikan
    • Hormon progesterone disuntik setiap dua bulan sekali. Ia mampu menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari malah menghasilkan lendir yang pekat supaya sperma tidak berjaya berenang.

    6. IUD  ( Intrauterine Device )
    • Telah digunakan sejak abad ke-60 dan alat IUD ini akan dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor terlatih bagi mencegah kehamilan ( lebih tepat - merancang keluarga ). Ia boleh digunakan selama tiga hingga lima tahun bergantung kepada jenis.

    7. Spermisida
    • Atau lebih mudah dikenali sebagai pembunuh sperma ini dijual dalam bentuk krim, aerosol atapun tablet  yang berfungsi sebagai pembunuh, perencat pergerakan sperma dan juga mengurangkan keupayaan sperma untuk bersenyawa dengan telur. Spermisida perlu dibiar dalam faraj selama enam jam tanpa dibasuh selepas melakukan hubungan seks supaya sperma mati.

    Cukup tak ? Hee~
    Ya !! Sebenarnya ada nombor 8 iaitu PANCUT LUAR tapi banyak isu - TERmengandung plak. Jadi kakak tak masukkanlah dalam list ya.


    Vitamin C Untuk Menguatkan Kehamilan

    So !!
    Korang plan yang mana satu ? Adakah untuk menambah ahli keluarga atau merancang sebaiknya ? Mengikut perkiraan kakak, menjelang 2021 confirm hospital penuh kalau korang tak mula kawal dari rumah.

    Sanggup ke nak berpadat - sesak sekali lagi ? Hee~


    LOVE ;
    ATIE ADNAN


    SOFEAROSE NAK BAGI DUIT RAYA BERJUMLAH RM 3,000.00 !!!!

    $
    0
    0
    Dah lah duduk kat rumah, online shopping je keje lepas tu menang plak RM 3,000.00 dari Sofea Rose – memang ship gile lah kife camni. Kakak pun seronok time menaip ni. Hee~


    Peraduan Duit Raya SofeaRose

    Korang beli je apa-apa barang SofeaRose sepanjang tempoh PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) ni sebab korang berpeluang memenangi RM 500.00 setiap bulan, selama enam bulan berturut yang menjadikan jumlah keseluruhan kemenangan adalah RM 3,000.00 !! Dah macam duit KWSP plak ha.


    DUIT RAYA 2020



    Jenama hijab dan pakaian muslimah trendy – SofeaRose yang sudah menempa nama seawal tahun 2014 sememangnya tidak asing lagi dikalangan pecinta fesyen. Tidak pernah culas mengambil berat tentang perkembangan kaum wanita, khusunya – SofeaRose sentiasa mahukan yang terbaik buat semua bakal pelanggan dan juga peminat tegar dan sebab itulah mereka mahu berkongsi RM 3,000.00 dengan korang !! Serius !! Dengan sejumlah RM 3,000.00 tu korang boleh buat macam-macam gais.






    Tersenyum lettew--
    Hahahahah~ Ya !! Kakak pun tersenyum gais !!

    SofeaRose sangat aktif menzahirkan pelbagai idea dengan gaya Art To Wear yang pernah digayakan di pentas antarabangsa seperti London pada tahun 2016 dan Madrid di tahun 2017. Melebarkan empayar dengan menjalinkan kerjasama antara SofeaRose dan Erra Fazira melalui pelancaran The Primadona Series dan tahun ini menampilkan 40 pilihan koleksi raya mewah menerusi SofeaRose x Diana Danielle Grandeur Raya 2020.


    Tabung Covid19 SofeaRose


    Sangat prihatin dengan isu terkini, SofeaRose turut melancarkan Tabung Covid-19 SofeaRose dengan memberikan 5% hasil jualan kepada keluarga yang terjejas pendapatan dan sumber makanan harian. Menyedari ia adalah sesuatu yang sangat bermanfaat kepada masyarakat, SofeaRose juga telah membubarkan yuran pendaftaran dropshipper bagi membantu mereka yang mahu menjana pendapatan dari rumah. Try lah !! Mana tahu sedikit sebanyak dapat tambah tambah duit belanja dapur ke kan..

    Menerusi program #DuitRayaSofeaRose, seorang pemenang akan menerima ‘duit raya’ sebanyak RM 500.00 selama enam bulan yang akan dikreditkan secara konsisten pada 5hb setiap bulan - dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM 3,000.00. Cara nak menang pun mudah jeeeeeeeee--


    Dropship Tanpa Yuran Pendaftaran

    Korang cuma perlu membuat pembelian serendah RM 109.00 melalui :


    atau


    atau


    atau


    Tapi !!
    Khusus untuk pembaca blog kakak ni lah kan, kakak nak belanja korang 10% ni. Nak tak ? Hee~ Gile tak nak plak kan ? Masa korang nak check out tu, korang masukkan coupon code :



    ATIE10




    Dan !!
    Kalau korang menjadi yang terawal, korang akan dapat dua penyertaan !! Nah !!
    Bermaksud – dua kali ganda peluang untuk korang menang lah. Gitteww--


    Dropship Tudung SofeaRose

    STAY TUNED kat semua channel SofeaRose tau sebab dorang akan umumkan pemenang secara LIVE kat Facebook dan Instagram !! Jangan lupa beli dan sokong produk SofeaRose sebab korang bukan sekadar membeli produk yang berkualiti je tapi dalam masa yang sama korang juga bersedekah tau. Tak KOSONG. Hee~


    LOVE ;
    ATIE ADNAN


    5 NEGARA YANG MEMPUNYAI POPULASI TERTINGGI DI DUNIA

    $
    0
    0
    Nah !! Bila Twitter banyak memberikan ngko idea, dan ngko laju je manfaatkan tempoh PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) yang dijangka akan semakin panjang dengan mencari ke semua info tentang 5 negara yang mempunyai populasi tertinggi di dunia.


    World Population 2020
    Merujuk kepada status Twitter yang telah dikongsikan oleh penama Datuk Jahat Hensem, kakak kembangkan lah lagi ya tentang tajuk di atas. Agittew--


    NEGARA YANG MEMPUNYAI POPULASI TERTINGGI DI DUNIA



    Sempatlah kakak explore beberapa lamanweb yang mempunyai rekod populasi yang selalu menjadi rujukan orang-orang yang bosan macam kakak ni. Hahahaha~ Dan buat masa ni kakak percaya lah semua lamanweb berikut.

    Okay !!
    Jom !!


    1. CHINA ; 1.439 bilion

    • Secara rasmi, China dikenali sebagai Republik Rakyat China merupakan sebuah negara di Asia Timur yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia dengan populasi kira-kira 1.439 bilion. Meliputi kira-kira 9,600,000 kilometer persegi adalah negara ketiga terbesar di dunia mengikut kawasan.

    2. INDIA ; 1.38 bilion

    • Terletak di Asia Selatan, India merupakan negara ketujuh terbesar di dunia, negara kedua terpadat dan menggunakan sistem demokrasi yang telah melibatkan paling ramai manusia di dunia. India bersempadan dengan Pakistan yang terletak di bahagian Barat, China, Nepal dan Bhutan di Utara dan Bangladesh serta Myanmar di sebelah Timur. India juga berkongsi sempadan maritim dengan Thailand dan Indonesia.

    3. USA ; 331 juta

    • Merupakan sebuah negara gabungan dari 50 buah negeri yang meliputi kasawan utama Amerika Utara yang sangat luas, Alaska di Barat Laut dan Hawaii memanjang terus ke Lautan Pasifik. Dengan perkiraan 3.8 juta batu persegi, USA merupakan negara ketiga terbesar di dunia dengan anggaran penduduk melebihi 331 juta orang. Ibukotanya adalah Washington dan bandar terpadat adalah New York City.

    4. Indonesia ; 273 juta

    • Negara yang berbentuk fizikal pulau terbesar iaitu dengan bacaan 1,904,569 kilometer persegi ia terdiri daripada lebih dari tujuh belas ribu pulau termasuk Sumatera, Jawa, Bornes ( Kalimantan ), Sulawesi dan Papua New Guinea. Negara berdaulat yang berstatus republikan mempunyai 34 wilayah di mana lima daripadanya mempunyai status istimewa. Walaupun penduduknya ramai dan kawasan yang sangat padat, Indonesia mempunyai kawasan padang belantara yang luas yang menyokong salah satu sistem biodiversiti terbaik di dunia.

    5. Pakistan ; 220 juta

    • Pakistan merupakan negara kelima paling ramai di dunia dengan jumlah penduduk melebihi 220 juta dan merupakan negara ke-33 terbesar di dunia yang merangkumi 881, 913 kilometer persegi. Mempunyai garis pantai sepanjang 1, 046 kilometer di sepanjang laut Arab dan Teluk Oman di Selatan yang bersempadan dengan India di sebelah Timur, Afghanistan di Barat, Iran di Barat Daya dan China di Timur Laut. Ia dipisahkan secara sempit dari Tajikistan oleh Koridor Wakhan Afghanistan di Barat Laut dan juga berkongsi sempadan maritim dengan Oman.

    Mengikut statistik terkini, penduduk dunia berkembang pada kadar sekitar 1.05% setahun tapi menyusut sedikit dari tahun sebelumnya ( 2019 – 1.08%   |   2018 – 1.10%   |   2017 – 1.12% ) dan purata pertambahan penduduk dianggarkan sebanyak 81 juta orang setahun.


    Kepadatan Penduduk Di Dunia


    Menurut kajian yang di tulis dalam The Pew Forum berdasarkan populasi dunia 2010 sebanyak 6.9 bilion , menghuraikan beberapa maklumat tentang pecahan mengikut agama :

    • Kristian - 2,173,180,000
      • 31% daripada populasi dunia
      • 50% adalah Katolik, 37% Protestan, 12% Ortodoks, dan 1% lain

    • Muslim - 1,598,510,000
      • 23% daripada populasi dunia
      • 87% - 90% adalah Sunni, 10% - 13% Syiah

    • Tiada Agama - 1,126,500,000
      • 16% daripada populasi dunia
      • Atheis, Agnostik dan orang yang tidak mengenal pasti dengan agama tertentu
      • Satu-dalam-lima orang ( 20% ) di Amerika Syarikat adalah agama yang tidak berkaitan

    • Hindu - 1,033,080,000
      • 15% daripada populasi dunia
      • majoriti besar ( 94% ) tinggal di India

    • Buddha - 487,540,000
      • 7% daripada populasi dunia di mana separuh tinggal di China

    • Agama Rakyat - 405,120,000
      • 6% daripada populasi dunia
      • agama yang berkait rapat dengan sekumpulan orang, etnik atau suku tertentu

    • Lain-lain - 58,110,000
      • 1% daripada populasi dunia
      • Baha'i iman, Taoisme, Jainisme, Shintoisme, Sikhisme, Tenrikyo, Wicca, Zoroastrianism dan banyak lagi

    • Yahudi - 13,850,000
      • 0.2% daripada populasi dunia
      • empat perlima daripadanya tinggal di dua negara : Amerika Syarikat ( 41% ) dan Israel ( 41% )

    PERKEMBANGAN PENDUDUK DUNIA


    1804 – 1 juta

    1930 – 2 bilion

    1960 – 3 bilion

    1974 – 4 bilion

    1987 – 5 bilion


    Kaitan Populasi Penduduk Di Dunia Dengan Wabak Covid-19

    1999 – 6 bilion
    • Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ), angka 6 bilion telah dicapai pada 12hb Oktober 1999.

    2011 – 7 bilion
    • Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ), penduduk dunia mencapai 7 bilion pada 31hb Oktober 2011.

    2020 – 7.8 bilion
    • Berdasarkan rekod Worldometer yang telah mengumpulkan info semasa tentang perkembangan ( jumlah manusia yang masih hidup – TERKINI ) populasi penduduk di dunia mencatat 7.8 bilion pada April 2020

    Lagi ?
    Hee~ Nanti !!
    Ada sambungan fakta dan lagi menarik ianya ada terkait dengan Covid-19.


    LOVE ;
    ATIE ADNAN



    RESEPI SIAKAP TIGA RASA CAMPAK-CAMPAK, SIAP !!

    $
    0
    0
    Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) ni memang kerja kakak keluar masuk dapur je dengan pelbagai jenis masakan try and error dan salah satunya ni lah – Siakap Tiga Rasa Campak-Campak Siap !!


    Siakap Sweet Sour Recipe

    Pada awalnya kakak tak tau lah sedap ke tidak sebab kakak memang tak pandai masak tapi lepas siap je, tak sangka plak – PEHHHHHH dia memang lain macam sampai semua makan bertambah. Menyesal plak buat sekor je.


    SIAKAP TIGA RASA



    Kakak tak pandai lah nak ikut sukatan beriya jadi memang tips kakak adalah masak campak-campak sampai rasa kena kat tekak. Disebabkan tak boleh keluar, kakak pakai je bahan yang ada kat rumah.


    Cara Paling Mudah Masak Siakap Tiga Rasa

    Nah !!
    Bahan-bahan yang kakak guna dan cara kakak masak. Hee~

    • Sekor ikan siakap ( Dilumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit )
    • Bawang besar
    • Bawang putih
    • Halia muda
    • Serai
    • Daun limau purut
    • Daun ketumbar
    • Tomato
    • Bunga kobis
    • Jagung muda
    • Lobak merah
    • Sos tiram
    • Cili kering kisar
    • Cili api
    • Serbuk perasa
    • Perahan lemon
    • Gula perang
    • Minyak masak untuk menumis dan menggoreng

    Resepi Langkah Demi Langkah Masak Siakap Tiga Rasa

    Cara-cara buat kuah yang tiga rasa tu gile ah punya senang gais. Hahahaha~ Disebabkan kakak sekeluarga adalah peminat masakan pedas, memang extra cili api lah kakak letak – tapi kalau korang tak makan pedas, mungkin boleh skip part cili api ataupun gantikan cili kering kisar dengan cili sos, janji kaler dia merah merah gittew--

    • Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih sampai naik bau kemudian masukkan cili kering kisar dan tunggu sampai pecah minyak.

    • Dah ? Hee~ Kemudian masukkan halia muda yang dah dihiris, serai dan daun limau purut sampai naik bau – serius masa ni memang bau wangi gais. Semerbak !!

    • Dah ? Sekarang boleh masukkan sos tiram dan sedikit air supaya berkuah. Biar sampai menggelegak lah gitu.

    • Dah ? Masukkan segala sayur mayur pilihan korang dan kakak memilih untuk menggunakan tomato, lobak merah, pucuk jagung muda dan bunga kobis – sebenarnya ada je nanas dalam tin tu tapi kakak lupa. Dah siap masak waktu mengemas dapur baru perasan nanas tu tak berusik – frust jap !!

    • Dah ? Sekarang boleh masukkan serbuk perasa dan pilihan kakak memang dari dulu adalah Maggi Cukup Rasa sebab kakak tak payah nak tambah garam ataupun serbuk-serbuk lain yang ada dipasaran. Nah !! Ni lah rahsia masakan kakak sedap gais. Hee~

    • Jangan lupa masukkan perahan lemon dan sedikit gula perang untuk efek masam manis tu ya.

    Cara Mudah Goreng Ikan

    Janganlah korang mintak resepi kat kakak cemana cara nak goreng ikan tau. Kakak hempuk korang kang. Hahahaha~ Tapi kalau korang seorang yang memerlukan visual, mungkin link video kat bawah ni boleh membantu. Ye lah. Kakak faham je.



    RESEPI SIAKAP TIGA RASA PALING MUDAH



    Lepas angkat tengah panas rangup rangup tu kan, korang tuang lah kuah yang dah siap tadi. Dia punya PEHHHHHHHHHH cukup rasa masam - manis - pedas tu memang tak de tolok banding gais. Sedap !!

    Cukup ?
    Apa lagi ?????????
    Amik pinggan dengan nasi panas – makanlah. Hee~


    LOVE ;
    ATIE ADNAN


    MUTYARA ; JAMU GUGUSAN SUMATRA DARI WANITA UNTUK WANITA

    $
    0
    0
    Menjadi seorang wanita yang aktif bukan mudah sebenarnya sebab kakak banyak menggunakan tenaga untuk memenuhi kepadatan jadual setiap hari, tapi sejak kakak mencuba MUTYARA – kakak jadi lain.


    Khasiat Jamu Mutyara

    Lain tu bukan lah kakak berbulu atau pun makin tinggi tau. Hahahaha~ Tapi kakak mendapat tenaga dan keperluan lain untuk menampung kesihatan tubuh badan kakak.


    JAMU MUTYARA



    Diasaskan oleh Tya Arifin yang lebih dikenali sebagai menantu Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Tya mula mengusahakan Mutyara sejak dari tahun 2018 dengan menggunakan resepi turun temurun dari keluarga Tya telah diolah rasanya dengan menambah beberapa makanan sunnah seperti Kurma, Delima, Madu, Habatussauda selain campuran pelbagai herba asli seperti Kunyit Hidup, Halia, Manjakani dan banyak lagi bagi menyeimbangi rasa pahit dari herba supaya mudah ditelan tanpa mengurangkan khasiat pada setiap suapan.


    “Aduh, dah masa untuk minum jamu, khasiatnya bagus tapi seksanya nak telan..”
    - Tya Arifin


    Tya yang sememangnya dibesarkan dengan kebiasaan meminum jamu sejak dari kecil kerana keluarganya mempunyai Toko Jamu di Indonesia cuma terlintas dibenaknya – kenapa tidak dia menghasilkan jamu yang mudah untuk ditelan, tidak pahit, khasiat jamu dikekalkan supaya semua wanita dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.


    Testimoni Jamu Mutyara

    Dengan tagline ; BUKAN SEKADAR JAMU, Mutyara fokus untuk membantu para wanita memperbanyakkan susu badan ( bagi ibu menyusu ), merawat masalah dalaman dan luaran wanita, meningkatkan tenaga, mengurangkan kesakitan semasa senggugut, mengembalikan seri wajah dan Mutyara boleh diamalkan seawal usia 16 tahun.

    Sama seperti jamu-jamu lain, sebelum korang menjadi pengguna dan menerima manfaat dari Mutyra – seeloknya korang peka terhadap masalah kesihatan korang sebab tindakbalas Mutyara terhadap sistem badan setiap individu adalah berbeza. Korang TAK BOLEH consume Mutyara sekiranya korang :

    • Hamil
    • Datang bulan ( Period )
    • Pesakit Cyst
    • Pesakit Fibroid
    • Pesakit Darah Tinggi


    TESTIMONI JAMU MUTYARA



    Nah !! Kakak merupakan salah seorang consumer Mutyara dan kesan yang Mutyara bagi kat kakak memang sangat mengejutkan. Hahahahaha~ Kalau kakak cerita kat korang mesti korang gelak dan tak percaya tapi memang itulah yang terjadi kat kakak.

    Semasa kakak menaip ni, kakak sedang 'bercuti' dari consume Mutyara sebab Mutyara mengandungi herba-herba yang boleh mengecutkan rahim – risaulah plak nanti kacau proses haid yang sedang kakak alami. Haa. Sebab tu lah kalau korang datang bulan pun tak boleh consume tau, simpan sekejap nanti dah habis bulan baru sambung balik.

    Rutin pengambilan Mutyara untuk kakak adalah satu sudu sebelum sarapan dan satu sudu sebelum tidur tapi dia bekalkan energy ntah mana datang meresap masuk ke dalam badan kakak tah.


    Gugusan Sumatra

    Ikutkan--
    Jadual tidur kakak memang dah normal, jam 11.00 malam kakak tidur dan jam 4.00 pagi kakak bangun untuk mulakan tugas harian. Biasalah, musim Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) ni busy yakmat sampai nak berehat pun memang tunggu waktu tidur je. Hee~ Tapi sepanjang kakak amalkan Mutyara dalam diet seharian kakak – YA !! KAKAK TAK LETIH, TAK PENAT dan kakak boleh beraktiviti lebih dari biasa.

    Bila usia dah meningkat ni memang macam-macam lah masalah kesihatan yang timbul. Serius – kakak memang ada sakit-sakit badan sebab terlampau aktif, masalah keputihan yang kadang-kadang sehingga mengakibatkan kegatalan, kulit muka kusam sebab stress dengan kerja dan rutin harian yang tak terurus tapi selama kakak consume Mutyara memang kakak dapat rasa kelainan pada tubuh badan kakak lagi-lagi tenaga.

    Mesti korang tak percaya kan ?
    Kalau tak percaya, korang kena lah try. Kalau setakat baca dan angguk-angguk memang tak kemana sampai lah korang rasa sendiri dan nikmati ke semua khasiat Mutyara meresap masuk ke dalam badan korang. Jam tu korang tau lah apa akibat. Hee~


    Tya Arifin

    Kakak sertakan contact number kawan kakak yang menjadi pengedar tetap Mutyara ni dan dia juga lah yang bekalkan stok kat kakak tapi kalau korang nak tau lebih lanjut tentang Mutyara, boleh tanya dia terus dan dia bersedia melayan segala kerenah korang. Hahahaha~ Sungguh !!






    Kalau korang menghadapi masalah dengan pasangan korang kan, dingin je kan. Kan. Kan. Kan. Sis Gee cakap, kandungan bahan-bahan dalam Mutyara ni boleh bantu korang tau. Sungguh. Sis Gee tu yang cakap cam tu. Kakak tak tau lah ye ke tidak.

    Korang boleh lah try.


    LOVE ;
    ATIE ADNAN


    HUKUM SULAM BEDAK DAN SYARAT-SYARAT YANG MENGHARUSKAN !! WAJIB FAHAM !!

    $
    0
    0
    Kalau sebelum ni kakak dapat beberapa soalan dari kawan-kawan blogger tentang hukum sulam bedak yang pernah kakak lakukan, tapi harini entri kakak diserang oleh seseorang yang menyorok disebalik ANONYMOUS dan menjatuhkan hukum sulam bedak walhal dia confirm tak baca habis entri kakak. Hee~


    Kebaikan Sulam Bedak

    Memang dah jadi lumrah bila bergiat dalam bidan teknologi, ada je yang tak kena pada mata orang lain sedangkan niat kita untuk memberi kesedaran disamping membantu usahawan-usahawan kat luar nun. Tapi tak pe, kakak anggap semua ni salah satu sesi pembelajaran – bukan untuk kakak tapi untuk ANONYMOUS tu jugak.

    Fun tau topik ni.


    HUKUM SULAM BEDAK



    Rawatan kecantikan yang pernah popular dikalangan penggemar kecantikan iaitu SULAM BEDAK merupakan olesan bedak asas separa kekal pada kulit wajah dan ia memberi kesan sama seperti pemakaian bedak disamping dapat memudarkan pigmentasi, bintik-bintik hitam, parut jerawat dan mengatasi masalah tona kulit wajah yang tidak sekata. Nah !! Ibarat pemakaian bedak dan foundation yang mampu menutup cela pada kulit wajah.

    Namun !!
    Ada sesetengah netizen yang tak study langsung tentang benda ni dan menyifatkan perbuatan tersebut sama seperti memakai tatoo pada kulit dan menghalang aliran air untuk berwudhuk.


    Sulam Bedak Haram


    Kakak bagi ringkasan paling mudah untuk korang faham tentang sulam bedak ni tau. Hee~ Tak nak lah nanti korang kata kakak tak bertanggungjawab dengan apa yang kakak dah tulis dan biarkan koang terkontang kanting tanpa jawapan. Tak nice dan itu bukan kakak lah--

    Menurut satu perkongsian dari Pencetus Ummah, Azman Syah Alias yang lebih dikenali sebagai PU Azman telah merungkaikan persoalan tentang amalan kecantikan yang satu ni. Menerusi akaun Instagram miliknya, PU Azman menjelaskan secara ringkas tanpa memetik sebarang dalil yang ada dalam disiplin ilmu fiqh supaya tak membebankan netizen.

    “Siapa saja yang boleh menerima pemakaian bedak serbuk yang mak-mak kita pakai sebelum keluar rumah, sudah pasti menerima tentang bolehnya sulam bedak. Kerana tujuannya sama iaitu untuk menghias diri.”


    BACA SINI --> KONTROVERSI SULAM BEDAK ?

    “Cuma isunya, yang mungkin menjadi perdebatan ialah cara melaksanakan sulam bedak sedikit berbeza dgn pemakaian bedak biasa. Maka untuk menjawabnya, ia mestilah merujuk kepada prinsip asas Islam dalam berhias. Antaranya, mestilah tidak memudaratkan. Dapatkan pencerahan daripada doktor / pakar yang akan menjalankan proses sulam bedak.”


    Hukum Sulam Bedak Dalam Islam

    ”Ada dua benda perlu dilihat di sini. Iaitu objektif dan medium. Objektif sulam bedak sama dengan objektif bedak biasa iaitu berhias. Maka jika terdapat medium yang haram, ia tidak akan mengharamkan objektif secara total. Kerana boleh diusahakan medium lajn yang tidak haram. Contoh mudah. Makan nasi itu harus. Jika seseorang mencuri nasi, hal ini tidak menjadikan makan nasi itu haram secara keseluruhan kerana ada medium lain yang halal selain dengan mencuri iaitu minta izin terlebih dahulu.” 
     
    • Bahan tidak dibuat daripada najis ( hal ini pun dituntut juga dalam pemakaian bedak biasa ).
    • Tidak berlaku penipuan besar ( maksudnya sebelum buat sulam bedak orang kenal dia sebagai Sakinah, tapi lepas buat selam bedak, orang ingat dia Fiona bini Shrek sampaikan orang tertipu dan keliru dalam berurusan dengan dia ). 
    • Tidak menghalang air wuduk dan mandi wajib untuk sampai ke permukaan kulit. . 
    • Sulam bedak tidak sama dengan tatoo kerana ia tidak kekal. Soal penggunaan jarum mikro yang menyakitkan hal ini tidak menjadikan haram secara keseluruhan kerana teknik boleh berubah.


    “Berdasarkan syarat-syarat yang Cik Man nyatakan di atas, yang juga menjadi isi perbincangan sebahagian ilmuan di atas meja mufti, maka sulam bedak adalah HARUS. Pesan Cik Man pada diri sendiri dan semua, berhiaslah atas tuntutan agama dan tidak melampaui batas.”

    Berbalik balik kepada hati dan apa niat kita sebelum mengambil berat tentang sesuatu amalan, tak kiralah dari sudut kecantikan ataupun ilmu yang mahu digunapakai. Hee~

    Jadi !!
    Kalau korang ada soalan lain tentang sulam bedak, korang boleh komen kat bawah dan kakak cuba balas satu persatu mengikut pengetahuan dan juga pengalaman kakak. In shaa Allah. Kalau sesuatu amalan tu menjerumuskan kepada keburukan, kakak akan elakkan sebaik mungkin.

    Tapi kalau untuk kebaikan, apa salahnya kakak berkongsi kat pembaca kakak. Kan ? Mana boleh kakak cantik sorang, korang pun kena cecantik gak. Agittew--


    LOVE ;
    ATIE ADNAN


    MYLARA SKINCARE MENGURANGKAN KESAN CELA PADA KULIT

    $
    0
    0
    Kalau sebelum Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ), kakak sangat sibuk dengan events dan rutin harian sebagai ibu – hikmah lain PKP ni, kakak dapat meluangkan sedikit masa untuk menjaga dan merawat masalah kulit menggunakan produk MYLARA Skincare. Agittew--


    Mylara Skincare

    Setiap kali keluar dari rumah untuk urusan kerja, memang kakak akan mengenakan solekan yang agak tebal mengikut tema dan kehendak client tapi lepas habis event – kakak tak balik rumah terus untuk cuci mekap sebaliknya sibuk dengan pelbagai aktiviti lain. Hahahaha~ Serius memang sibuk.


    MYLARA SKINCARE



    Dan bila menginjak ke usia 34 tahun ( Ya !! Kakak dah berumur tau. Hahahah~ ) dengan rutin harian mengalahkan menteri, memang ada kesan yang tak best kat kulit yang mengganggu keyakinan diri kakak. Mana tak nya, jeragat, jerawat, parut jerawat, kulit muka yang kadang-kadang berminyak kadang-kadang terlampau kering, tona kulit tak sekata, garis halus dan banyakkkkkkkkkkkk lagi !!

    Kakak diperkenalkan dengan MYLARA Skincare melalui seorang kawan yang memang pengguna. Tapi masa tu macam – alahhhhhhhhhhhh. Produk Malaysia ni biasanya syembang je lebih, hasilnya tak seberapa dah tu mahal boleh tahan. Dia punya tsk – tsk – tsk tu macam tak berani lah nak risikokan kulit muka ni ha. Hahahaha~ Tapi suami kakak cakap :



    “Tengok lah dulu kandungan produk dia, testimoni dia. Tak cuba tak tahu kan ?
    Kalau tak serasi, stop lah. Cuba produk lain.”



    Itu yang jadi permulaan cemana kakak terjebak dengan MYLARA nih.


    Testimoni Mylara Skincare

    Perkataan pertama kakak nampak kat kotak MYLARA adalah WHITENING. Tapi kakak taknak whitening, kakak suka warna kulit kakak yang sawo matang ni. Huu~ Nanges lah cam ni kalau muka putih, tapi bahagian lain tak seputih muka. Dah lost dah masa tu. Hahahaha~ Mengadu lagi kat encik suami kakak lalu beliau berkata.



    “Barang dah sampai, cuba dulu.”



    Positif kan beliau ? Hahahaha~
    Baiklah !! Kakak pun cubalah jadi positif seperti beliau dan hari pertama kakak guna, otak kakak masih mengomel bukan-bukan pasal MYLARA. Tak habis situ, nak sedapkan hati – kakak cari lah info pasal MYLARA ni dan kakak jumpa !!


    Mylara Skincare

    Okay lah.
    Sejuk sket hati dan kakak teruskan lah penggunaan MYLARA Skincare ni sampai ke hari ni. Hahahaha~


    APA PERASAAN KAKAK ?



    Perasaan kakak selepas menjadikan MYLARA sebagai kawan baik ; kakak semakin perasan cantik dan awet muda. Hahahaha~

    Sebab kakak tak payah guna banyak produk yang renyah sampai 20 – 30 steps dengan pantang makan apa segala dan sudah tentunya harga berbaloi dengan poket sorang surirumah macam kakak. Walaupun MYLARA ada lebih 40 jenis produk, kakak hanya guna produk untuk menyelesaikan masalah kulit kakak dan juga yang sesuai dengan kulit kakak.



    MASALAH KULIT :
    Tona tidak sekata, parut jerawat, jeragat kecik comel lotey, garisan halus pada kulit

    JENIS KULIT :
    Combination ( Kadang-kadang berminyak teruk, kadang-kadang kering teruk tak de diskaun )



    Cara Hilangkan Parut Jerawat


    Jadi !!
    Kakak dinasihatikan menggunakan SUPER BRIGHTENING & GLOWING SET yang mengandungi :


    1. GLOWING CLEANSER
    • Berfungsi sebagai ejen pembersihan kulit yang mampu menanggalkan sisa solekan, habuk, minyak dan kotoran pada kulit wajah sehingga ke liang pori. Tidak memberi kesan sampingan lain sebaliknya ia membantu proses regenerasi yang menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baharu yang lebih sihat.


    2. PERFECT GLOW SERUM
    • Meratakan warna kulit, memudarkan parut dan jeragat, menganjalkan kulit dan memberi kesan glowing pada kulit wajah. Nah !! Kakak suka sebab serum ni mengecilkan liang pori dan memudarkan garis halus yang ada disekitar mata dan juga tepi bibir.


    3. MIRACLE MATTE CC CREAM
    • Merupakan All – In – One cream yang bertindak sebagai color corrector yang berfungsi sebagai primer, moisturiser, foundation dan juga sunblock sebab Miracle Matte CC Cream mengandungi SPF 30 yang dapat menghalang sehingga 97% sinar jahat UV.
    • Paling elok kalau korang gunakan 15 – 20 minit sebelum korang terdedah kepada sinar matahari dan ulang pakai pada setiap 2 jam.


    4. INSTABRIGHT NIGHT CREAM
    • Krim malam yang mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit atapun kerengsaan pada kulit MYLARA ni bertindak melembabkan kulit sehingga lapan jam ( Waktu yang diunjurkan untuk kita tidur dan berhat ya anak-anak ) disamping membantu mengurangkan kesan parut jerawat dan jeragat disamping meratakan tona kulit yang tidak sekata.
    • Kulit muka korang kusam dan tak berseri ? Ya !! Instabright memainkan peranan penting untuk memberi keserian kembali pada wajah korang.


    5. FIX | GLO MULTITALENT GLOWING
    • Kakak gunakan FIX | GLO ni selepas semua produk kat atas untuk memastikan kulit kakak tak kering dan bahan-bahan yang kakak guna dapat kekal pada kulit dan menyerap lembut ke dalam kulit. Nah !! Rahsia kulit tegang dan mekap tahan lebih lama – Ha’ah !! FIX | GLO juga berfungsi sebagai primer yang memberi kelembapan pada kulit wajah.


    Bila masa kakak sedar kulit kakak semakin cantik dan sihat ?
    Bila suami dan anak-anak tegur kulit muka kakak nampak sentiasa basah dan segar. Parut jerawat pun dah tak de, liang pori dah mula tertutup dan rata. Haa- Jam tu kakak tau lah MYLARA memang serasi dengan kulit kakak. Hee~




    Tapi benda ni try and error lah, tak semestinya elok kat kulit kakak - akan elok juga kat kulit korang dan kalau korang nak tau lebih lanjut tentang masalah kulit korang boleh lah contact mana-mana agent MYLARA Skincare yang diiktiraf. Ha. Kena hati-hati tau sebab produk tengah HOT, takut korang terbeli produk yang cetak rompak. Hee~ Kakak ingatkan je tau, jangan kata kakak takut-takutkan korang plak.

    Macam kakak, kakak memang tak nak tukar warna kulit - rupanya perkataan WHITENING yang kakak takut pada awal tengok packaging MYLARA Skincare ni tak memberikan kesan PUTIH langsung sebaliknya meratakan tona kulit dengan menyingkirkan sel kulit mati dan memperbaharui sel kulit yang lebih sihat. Nah !! Korang dapat tak point kat situ ?

    Dia bukan bagi putih macam PUTIH FAKE tu tau..
    Hahahahaha~

    Em--
    Mana tau link kat bawah ni boleh bantu korang ke kan.


    LAMAN WEB : www.mylaraskincare.com
    FACEBOOK : www.facebook.com/mylaraskincare
    INSTAGRAM : www.instagram.com/mylaraskincare


    Sementara PKP ni memang kakak ajar ramai-ramai kawan kakak jaga dan cantikkan kulit supaya lepas PKP nanti semua dapat bermula dari awal dan lebih SEGAR. Hee~ Kalau korang nak join, jom lah !!


    LOVE ;
    ATIE ADNAN


    6 GREAT RESTAURANTS TO CHECK IN KL SENTRAL

    $
    0
    0
    Orang Kuala Lumpur mesti pernah lepak KL Sentral dan korang mesti mencari-cari restoran terbaik di sekitar KL Sentral untuk lepak-lepak ataupun hilangkan dahaga penat lelah seharian bekerja. Nah !! Kakak kongsikan enam restoran terbaik yang ada di KL Sentral.


    KL Sentral Food

    Kalau korang perasan, KL Sentral menggabungkan beberapa bangunan megah di sekitarnya termasuklah NU Sentral dan juga Hotel Hilton Kuala Lumpur yang menjadikan KL Sentral sebagai pusat rujukan utama lalu lalang atapun landmark penting untuk ke lokasi sekitarnya.


    1. OZEN ZANMAI



    Terletak di pusat membeli-belah NU Sentral yang menyajikan lebih dari 100 jenis sushi dan masakan asli Jepun. Terletak di tingkat 5, Ozen Zanmai sangat mesra keluarga dan restoran ini mudah dikenali kerana hiasan dan tempat duduk yang diperbuat daripada buluh dan kayu-kayu ringan. Korangboleh memilih dari senarai panjang sushi, donburi ( nasi Jepun ), mi, tempura dan juga makanan panggang namun jangan terlepas promosi bulanan yang biasa ditawarkan oleh mereka.

    Buat pencinta salmon, set sahimi Ozen Zanmai sudah pasti menjadi perhatian di mana kalian boleh memilih kepingan salmon segar atapun perut salmon sebagai bahan utama hidangan.

    Waktu operasi : Setiap hari 10.00 pagi – 10.00 malam
    Alamat : L5.2 & L5.3, NU Sentral
    Telefon : +603 2276 2750

    Foodpanda KL City



    2. THE CHICKEN RICE SHOP – HALAL HAINANESE MEAL



    The Best Chicken Rice in town !! Hee~ Jenama nasi ayam terkenal di Malaysia dan semua orang pun suka ni menghidangkan selera authentic Hainan dan juga Malaysia yang sangat sedap menepati selera sesiapa sahaja yang mencuba. Rangkaian restoran keluarga berstatus HALAL ini telah menyenaraikan sajian variasi ayam termasuklah ayam kukus, ayam panggang, ayam madu panggang dan juga ayam kicap sebagai hidangan pilihan pelanggan. Pssttt—Korang kena try ayam kukus dia ; terbaik gais !!

    Waktu operasi : Setiap hari 10.00 pagi – 10.00 malam
    Alamat : L1.2 & 1.3, KL Sentral
    Telefon : +602274 87663


    3. TAJ GARDEN RESTAURANT



    Terletak tidak jauh dari jalan utama Brickfields yang menyajikan masakan authentic India Utara dalam suasana santai dengan persekitaran kehijauna yang menyejukkan mata ini mengambila masa hanya 10 minit berjalan kaki dari KL Sentral. Memberi pelbagai pilihan kepada pengunjung dengan hidangan seperti tandoori, naan ( roti panggang ), matar paneer ( koktel keju dengan kari kacang hijau ), kari chettinad ayam dan juga kari madras yang menggunakan rempah asli dari India untuk menghasilkan sensasi rasa asli.


    Taj Garden Cafe

    Waktu operasi : Setiap hari 11.00 pagi – 11.00 malam
    Alamat : 5, Anexxe Leopad, Jalan Tun Sambanthan
    Telefon : +603 2260 6489


    4. KENTUCKY FRIED CHICKEN ( KFC )



    Siapa tak kenal KFC memang nak kena. Hee~ Salah satu restoran makanan segera yang menghidangkan pelbagai hidangan yang mempu menarik perhatian sesiapa sahaja dari golongan atasan sehinggalah ke kanak-kanak. Nah !! KFC menyajikan ayam dengan rasa-rasa yang enak tanpa henti ; 365 hari setahun dan kini mempunyai lebih 600 cawangan di seluruh negara. Buatlah pilihan samada original ataupun spicy ( kini ada soy sauce jugak !! ) yang pastinya tak menghampakan.

    Singgah di Level 2, KL Sentral ya !!

    Waktu operasi : Setiap hari 10.00 pagi – 10.00 malam
    Alamat : L1 - 18,19,20 Kl Sentral
    Telefon : +603-2276 0701


    5. PAPPARICH



    Rangkaian restoran dengan pelbagai hidangan makanan, minuman dan juga pencuci mulut tradisi Malaysia dengan rekaan hiasan dalaman ringkas dan bergaya. Yang penting aircond kuat dan pekerja semua friendly. Hee~ Lepak lah lama sikit pun tak sebab wifi adalah percuma dan harga makanan pun mampu bayar. Jangan lupa cuba kopi ais dan kuey teow goreng sebab dua-dua hidangan ni adalah kegemaran kakak kalau singgah ke sini.


    What To Eat In KL Sentral

    Rantai santai dengan hiasan yang bergaya, menyediakan makanan, minuman dan pencuci mulut tradisional Malaysia.

    Waktu operasi : Setiap hari 10.00 pagi – 10.00 malam
    Alamat : No. GF.37 & 37AL, Ground Floor, NU Sentral
    Telefon : +603 2276 6633


    6. WARISAN AYAM NASI KUKUS



    Dari Pantai Timur terus ke berhampiran KL Sentral !! Style !! Hee~ Nasi kukul yang terkenal dengan gabungan nasi yang dikukus sederhana dengan gabungan gulai dan ayam goreng sudah tentu menarik sensasi selera perut yang tengah lapar. Hahahaha~ Terletak di NU Sentral, kafe Warisan Ayam Nasi Kukus masih mengekalkan rasa tradisi nasi kukus itu sendiri dan telah mendapat tempat dihati pelanggan.

    Menyediakan variasi nasi iaitu nasi kukus biasa, nasi kukus beras perang, nasi kukus pandan dan nasi santan ( sama macam nasi lemak ) yang sudah tentunya semerbak bau digandingkan pula dengan ayam yang telah diperap dengan 14 jenis rempah dan digoreng sempurna – juicy juicy dengan rempah yang rangup. Peh !! Terliur.

    Wajib try !!

    Waktu operasi : Setiap hari 10.00 pagi – 10.00 malam
    Alamat : No. GF.37 & 37AL, Ground Floor, NU Sentral
    Telefon : +603 2276 6633


    Time Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) ni kalau korang tak boleh keluar, apa kata buat je pesanan melalui Foodpanda. Ye lah. Lebih mudah dan dijamin makanan sampai terus depan pintu rumah korang. Hee~ Style kan ?



    LOVE ;
    ATIE ADNAN


    TUN FATIMAH ; TAAT PADA SULTAN DALAM KEKECEWAAN FITNAH

    $
    0
    0
    Kakak mengambil masa beberapa hari untuk menyelak kembali helaian Sejarah lama Melayu Melaka dan terjumpa satu figura yang sangat menarik perhatian kakak iaitu Tun Fatimah yang dikatakan sangat cantik dan lemah lembut tetapi mampu mengoncang keseluruhan negara naungan Sultan Melaka.


    Srikandi Tun Fatimah

    Tun Fatimah merupakan anakanda bongsu kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang telah berkahwin dengan Sultan Mahmud selepas kesemua ahli keluarga dan suaminya dihukum bunuh kerana fitnah orang.


    TUN FATIMAH



    Kalau zaman kita sekarang, Bendahara tu sama dengan jawatan Perdana Menteri lah.. Hee~ Takut nanti korang keliru plak.


    Tun Fatimah
    Kredit Ilustrasi : Saudara Walid


    Memiliki paras rupa yang cantik, Tun Fatimah telah ditunangkan dan dikahwinkan dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Tun Ali, anakanda kepada Seri Nara Diraja. Namun, pada hari perkahwinan mereka, Sultan Mahmud Syah yang menjadi tetamu kehormat mula berkecil hati dan menanam dendam terhadap Bendahara Seri Maharaja kerana berpendapat Tun Fatimah seharusnya diperkenalkan kepada baginda dan menjadi miliknya.

    Seperti kata sebuah syair :



    Ma yarji’u al-tarfu ‘ainnuhu ‘inda ru’yatihi
    Hatta yu’ ada i-laiya al-tarfa musytaqu

    Sultan Mahmud Syah melihat Tun Fatimah tidak berkelipkan kelopak mata dan bertambah dendamnya terhadap Bendahara Seri Maharaja.



    Berkira-kiralah hati Sultan Mahmud menjadikan setiap tingkah dan perkataan Bendahari Seri Maharaja menjadi punca segala ketidakselesaannya.

    Telah dikisahkan pada suatu hari, Raja Mendaliar datang ke rumah Bendahara bersama Nina Sura Dewana kerana tidak berpuas hati apabila kedainya telah dirobohkan namum mereka diminta pulang kerana hari sudah lewat petang. Tidak berpuas hati dan sedikit bimbang dalam hati, Nina Sura Dewana pergi semula ke rumah Bendahara dengan membawa sepuluh kati emas yang mahu dijadikan hadiah buat Bendahara. Nina Sura Dewana mengatakan bahawa emas tersebut diberikan untuk membeli sireh pinang dan Bendahara menerima dengan baik permbelian tersebut.

    Peristiwa tersebut telah dilihat oleh Kitol lalu dia pergi ke rumah Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana telah memberikan emas kepada Bendahara sebagai upah untuk membunuh Raja Mendeliar. Raja Mendeliar terlampau sakit hati dan mempercayai kata Kitol bulat-bulat tanpa mempersoalkan perkara lain lalu menganggap hutang Kitol telah lunas kerana memberitahunya perkara tersebut.

    Dalam keadaan marah, Raja Mendaliar telah berjumpa dengan Laksamana Khoja Hassan dengan membawa barang perhiasan dan emas yang banyak - menyatakan kononnya Bendahara telah menempah persalinan emas dan sebuah cerek emas kerana mempunyai niat untuk merampas takhta Melaka. Laksamana Khoja Hassan termakan dengan fitnah Raja Mendeliar dan terus menyampaikan perkara tersebut kepada Sultan Mahmud.

    Laksamana Khoja Hassan menghadap Sultan Mahmud dan memberitahu yang Bendahara ingin menderhaka dan mengguling kerajaan sedia ada, Sultan Mahmud murka - dah lah tak kenalkan Tun Fatimah yang cantik kepada baginda, sekarang ni nak derhaka gulingkan kerjaan plak. Panas hati lalu Sultan Mahmud mengarahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara untuk membunuh Bendahara dan ahli keluargnya.

    Redha dengan ketentuan dan terpaksa akur, maka jatuhlah hukuman bunuh sehingga mati terhadap Bendahara, Temenggung Tun Hassan dan Tun Ali - suami kepada Tun Fatimah.

    Dalam filem Tun Fatimah yang telah dilakonkan oleh Dato Maria Menado menceritakan bahawa Tun Fatimah ingin dipikat oleh Raja Zainal iaitu adinda kepada Sultan Mahmud dan perkara tersebut telah dilihat oleh Raja Mendaliar. Tersebarlah kisah sehingga ke pengetahuan Sultan Mahmud bahawa Raja Zainal mahu memikat Tun Fatimah - wanita iadaman baginda sedari kali pertama bertentang mata. Lalu Sultan Mahmud mengarahkan Raja Zainal dibunuh namun tiada sebarang keterangan tentang Raja Zainal mahu memikat Tun Fatimah dan tiada langsung penjelasan tentang arahan bunuh terhadap Raja Zainal di dalam Hikayat Salatus Salatin.


    PERKAHWINAN TUN FATIMAH DAN SULTAN MAHMUD



    Pada mulanya pinangan Sultan Mahmud ditolak mentah oleh Tun Fatimah namun dipujuk oleh Tun Busu iaitu sepupu Tun Fatimah yang telah berjanji untuk membantu Tun Fatimah membalas dendam dan mencari siapa dalang disebalik pembunuhan ahli keluarganya.




    Mencari mana punca akhirnya tupai yang pandai melompat juga tidak pernah lupakan tanah, siasatan demi siasatan dilakukan untuk mencari dalang dan akhirnya Kitol dan Raja Mendaliar telah ditangkap kerana menyebarkan fitnah tanpa usul periksa. Raja Mendaliar dihukum bunuh dan segala harta bendanya dihapuskan manakala Kitol dijatuhkan hukuman sula bersama isteri dan anak-anaknya. Laksamana Khoja Hassan pula dilucutkan jawatan dan segala kesalahannya tidak akan dimaafkan.



    ***


    Tun Fatimah merupakan isteri kelima Sultan Mahmud dan juga wanita Melayu pertama yang memimpin rakyatnya sekaligus menjadikan Tun Fatimah seorang Permaisuri yang berdaulat dan berkarisma. Tun Fatimah juga merupakan Permaisuri Johor yang pertama yang menggunakan gelaran Permaisuri Tun Kudu.

    Kelebihan Tun Fatimah yang sangat handal bermain senjata terutamanya keris dan sering berpakaian seperti lelaki dikatakan pernah membantu Tun Perak ( Bendahara Melaka ) dalam perjuangan mereka melawan Portugis pada awal abad ke-16. Malangnya mereka tewas kerana senjata dan kelengkapan orang-orang Portugis jauh lebih canggih.

    Ketika kejatuhan Melaka ketangan Portugis pada tahun 1511, Tun Fatimah telah pun mengasaskan keajaan Melayu Baru Johor - Riau yang meliputi kawasan Johor dan kepulauan Riau sehingga ke bahagian Sumatera dan Kalimantan. Tun Fatimah mencipta perikatan dengan kerajaan sekeliling dengan mengizinkan anak-anaknya berkahwin dengan keluarga-keluarga kerajaan Acheh, Minangkabau dan Kalimantan.

    Hasil perkongsian hidup Tun Fatimah bersama Sultan Mahmud, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu :


    • Raja Ala'uddin @ Muzzafar Shah @ Kamal Amirul Ar'Rashid ibni Sultan Mahmud Shah 1499 - 1601( Raja Muda Mahkota Melaka )
    • Raja Raden Ali ibni Sultan Mahmud Shah 1513 - 1564 ( Sultan Johor ke-2 )
    • Raja Puteh binti Sultan Mahmud Shah
    • Raja Khadijah binti Sultan Mahmud Shah


    Tiada siapa tahu bila Tun Fatimah mangkat dan di mana pusaranya namun ada catatan sejarawan Melayu Nusantara menunjukkan bahawa batu nisan Tun Fatimah terletak di Kampar, Riau di kepulauan Sumatera, Indonesia.

    Hee~
    Best plak kan baca sejarah lama sampai terleka dibuatnya.

    So !!
    Who's next ?


    LOVE ;
    ATIE ADNAN



    BANGI GOLF RESORT SPEEDMART ; DARI DAPUR CHEF KE DAPUR CONSUMER

    $
    0
    0
    Kalau ikutkan tahun ni kakak masih merupakan salah seorang blogger untuk turun sama sebagai food tester kat Bangi Golf Resort Restaurant – macam tahun sebelum-sebelumnya tapi disebabkan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) tak dapatlah nak menyinggah.


    Bangi Golf Resort, Bangi


    Tapi tak pe lah sebab kakak boleh bawa air tangan chef terus ke dapur kakak yang kelam kabut tu. Hahahaha~


    BGR RESTAURANT



    Menghidangkan lebih dari 25 jenis menu yang dipek dalam plastik makanan yang diperbuat daripada polimer yang dibina daripada unit-unit kecil dipanggil monomer. Gabungan monomer-monomer yang berlainan akan menghasilkan polimer yang berbeza sifat dan ciri.

    Nah !!
    Itu serba sedikit tentang packaging lah ye anak-anak ya. Sekarang kakak nak cerita pasal jenis makanan yang ada dan apa rasanya.


    Tempat Makan Best Bandar Baru Bangi

    Wuu—Bila teringat balik setiap rasa dalam plastik yang dihantar ke kakak, memang terliur sungguh ha. Bukan hanya satu hidangan tapi kakak dibekalkan dengan :

    • Nasi Minyak Basmathi
    • Kurma Daging
    • Ikan Tenggiri Masak Asam Kari
    • Kambing Bakar + Blackpepper Sauce
    • Ayam Masak Varuval
    • Spaghetti + Kuah Karbonara + Kuah Bolognese
    • Sate Atam + Kuah Kacang
    • Kuih Talam
    • Agar-Agar Cokelat
    • Mini Cake In A Jar
    • Serbuk Mocha ( untuk dibancuh dan dijadikan air – letak ice cube memang pehhhhhhhh !! )

    Dan ke semua makanan tersebut dibungkus dalam plastik kedap udara dan dimampatkan supaya ia bertahan lebih lama.

    Cara nak sediakan pun senang sangat :

    • Untuk Kambing Bakar + Sos Lada Hitam, Ayam Masak Varuval, Kurma Daging, Ikan Tenggiri Asam Kari + Nasi Minyak Basmathi + Spaghetti + Kuah Karbonara + Kuah Bolognese - korang boleh masak air dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan makanan tersebut ke dalam air dan biarkan 20 minit.

      Ataupun
      Masukkan ke dalam microwave selama 3 - 5 minit.

    • Sate Ayam + Kuah Kacang - masih menggunakan teknik yang sama seperti di atas tapi untuk sate dan kuah kacang korang cuma perlu 5 minit je dan tadaaaaa-- SIAP !!

      Ataupun
      Masukkan ke dalam microwave selama 1 - 2 minit.

    • Kuih Muih Tradisional - masakkan air dalam periuk sehingga mendidih dan tutup api. Masukkan kuih muih tadi dan tutup periuk tersebut selama 10 minit dan siap !!


    Bandar Baru Bangi

    Untuk pengetahuan korang, setiap plastik yang membungkus makanan ada disertakan PRODUCTION DATE dan juga BEST BEFORE date untuk rujukan consumer. Dan setiap makanan bertempoh satu tahun.

    Kiranya korang boleh simpan makanan dari dapur chef Bangi Golf Resort selama setahun gais !! Tak makan, beku kan. Nak makan nanti keluarkan dan rebus dalam periuk yang ada air mendidih ataupun masuk je dalam microwave.

    Senang kan ?
    Hee~

    Best Food Near Me
    Buffet Ramadhan 2020

    Makanan ni bukan je sesuai untuk bulan puasa tapi sesuai juga untuk korang buat stok sedia makan bila lapar. Dah tak payah nak singgah kedai makan ataupun restoran untuk nikmati hidangan dari tangan chef.

    Kotak makanan BGR Restaurant ni ada tiga jenis yang memang rata-rata portion untuk 4 – 5 orang dewasa dan kesemuanya adalah HALAL dan dijamin bersih sebab setiap penyediaan makanan menggunakan teknologi inovasi Rethermalize & Serve ( R & S ) dan juga Thaw & Serve ( T & S ).
    Kalau korang nak buat stok makanan, boleh lah kot terus ke :




    Hee~ Terasa kat tekak lagi tau kesedapan dan keenakkan dari kotak bahagia BGR ni.

    Jom lah sama-sama rasa best.
    Mana boleh kakak sorang je rasa.
    Kan ?


    LOVE ;
    ATIE ADNAN



    MARRYBROWN BERBALOI PUASA ; RASA SEDAP JIMAT POKET

    $
    0
    0

    Sesekali tutup dapur dan hanya menunggu runner dari syarikat penghantaran membuat penghantaran dah tentu habis segala penat menguruskan rumah tangga sedari pagi dan kali ni kakak memilih untuk mencuba set Berbaloi Puasa dari Marrybrown yang katanya lebih murah dan rasa sama macam sebelum-sebelumnya.


    Marrybrown Set Berbuka Puasa

    Bukan reward untuk kakak je tapi untuk anak-anak yang memang sangat menggemari ayam goreng dari Marrybrown – cukup rasa dengan potongan ayam yang besar. Terliur !! Hee~


    SET BERBUKA PUASA MARRYBROWN



    Kalau alamat rumah kakak, memang outlet IOI Mall, Puchong lah paling dekat – apa lagi, alang-alang dapur tutup kakak order je lah dan sudah tentunya :

    • Nasi untuk Nur Hilmi
    • Ayam goreng untuk Nur Aiman
    • Cheesy Wedges untuk Nur Aina

    Kena utamakan anak tekak dorang sebab dorang yang berusaha untuk berpuasa dengan sempurna. In shaa Allah. Jadi kakak tumpang-tumpang je lah.

    Bagi melengkapkan ke semua permintaan tiga ketul Nur tu, kakak tertarik dengan Set B Promosi Berbaloi Puasa Family Meals yang berharga RM 49.90 ni. Ye lah. Ada :

    • 2 x Nasi Lemak Ayam Goreng
    • 5 x Ayam Goreng ( boleh mix – original + spicy )
    • 12 x Nugget Ayam
    • 1 x Cheesy Wedges
    • 2 x Kentang Goreng
    • 1 x Coca Cola ( botol besar )

    Dari berbuka bawa ke sahur semua ni gais. Hahahaha~ Memang berbaloi lah. Tapi bukan ada set ni je, ada tiga pilihan set lain – kakak letakkan kat bawah ya. Manalah tau korang berkenan juga dan kebetulan dapur korang tutup macam kakak ke kan. Hahahaha~


    BELI 1 PERCUMA 1



    Ni kalau korang tak ramai lah sebab set pun BELI 1 PERCUMA 1 tapi bonusnya kalau korang bujang dan memang nak makan sendiri, boleh lah beli untuk berbuka dan simpan satu set untuk bersahur.


    Menu Berbuka Puasa Jimat
    Terhad kepada tiga kali penebusan untuk satu transaksi !!

    Tapi set Beli 1 Percuma 1 ni untuk takeaway je lah, tak de untuk delivery ya. Yang menariknya ada banyak pilihan rasa seperti Bubur Ayam, Cheesy Wedges, Chicken Sausage Burger, Mushroom Soup dan juga Chicken Nuggets.

    Promosi ini berlangsung dari 27hb April hingga 23hb Mei 2020


    ISTIMEWA RAMADHAN



    Konsep dia sama macam BELI 1 PERCUMA 1 kat atas tu tapi Istimewa Ramadhan boleh dipesan melalui GrabFood ataupun FoodPanda dengan harga bermula dari RM 20.00 je dan antara menu yang ditawarkan adalah :

    • Nasi Lemak MB Combo x 2 = RM 20.00
    • MB Hotouch Burger Combo x 2 = RM 20.00
    • MB Lucky Plate Combo x 2 = RM 22.00

    Set Berbuka Puasa

    Promosi ini berlangsung dari 29hb April 2020 hingga 23hb Mei 2020.


    FAMILY MEALS MARRYBROWN



    Ini kalau ahli keluarga ramai dan semua mempunyai selera anak tekak masing-masing – memang ngam dah wey. Hee~ Sebab dalam satu set ni ada nasi, ayam goreng dan juga kentang.


    Berbuka Puasa Dengan Marrybrown

    Dengan tawaran diskaun sehingga 40%, Marrybrown Malaysia telah menyediakan tiga set yang dijangka menjadi rebutan ramai dan set tersebut adalah :

    • Set Berbaloi A ( 2 – 3 pax ) – Harga dari RM 24.90
    • Set Berbaloi B ( 5 – 6 pax)  – Harga dari RM 49.90
    • Berbaloi C ( 8 – 10 pax ) – Harga dari RM 79.90

    Dan Family Meals ni boleh dipesan melalui aplikasi penghantaran GrabFood dan juga FoodPanda ataupun take away dari mana-mana outlet yang berdekatan.

    Promosi ini berlangsung dari 27hb April hingga 23hb Mei 2020

    Sesekali tu korang yang mak mak ni kena rehat juga kan ? Penat lah memasak setiap hari. Ke korang tak penat ? Hee~ Kakak penat jadi Marrybrown merupakan salah satu pilihan kakak dan keluarga lagi-lagi bila ada tawaran istimewa jimat poket macam ni – memang tak lah kakak nak lepaskan peluang.


    Ayam Goreng Marrybrown
    Cheesy Wedges Marrybrown
    Nasi Lemak Sedap Kuala Lumpur

    Untuk semak kawasan jajahan Marrybrown yang menggunakan perkhidmatan GrabFood dan juga FoodPanda boleh klik :-- https://marrybrown.com/mb-delivery

    Atau mungkin link kat bawah ni boleh membantu korang !!

    LAMAN WEB : https://marrybrown.com
    FACEBOOK : https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia
    INSTAGRAM : https://www.instagram.com/marrybrownmy

    Selamat berbuka puasa semua dan jaga diri ya !!


    LOVE ;
    ATIE ADNAN






    MIOS KITCHEN IN MY KITCHEN – MAKANAN BEKU MUDAH SIMPAN DAN PRAKTIKAL

    $
    0
    0

    Kakak kan kalau tau ada benda baru kat pasaran dan benda tu pulak merupakan makanan yang sedap dan mudah untuk disediakan – memang laju je lah kakak mencuba lagi-lagi kalau dari Mios Kitchen yang memang dah femes dengan hidangan sepinggan besar yang terbaik di Puchong, Putrajaya dan Shah Alam.


    Malaysian Blogger

    Kalau sebelum-sebelum ni, lepak kat Mios Puchong dah jadi rutin kakak sekeluarga tapi dek kekangan masa dan keadaan semasa, kakak memilih untuk bawa hidangan kegemaran kami sekeluarga terus ke rumah. Peh !! Semerbak bau perapan ayam dan daging kambing memenuhi ruang rumah kami.


    MIOS KITCHEN



    Kena dengan cara korang, setiap hidangan hanya memerlukan 15 minit hingga ke 20 minit sahaja dan sangat sesuai lah untuk kakak dan encik suami yang menggemari masakan citarasa barat tapi nak ke restoran mahal selalu memang tak lah kan. Bila ada pilihan lain dari Mios, memang kami suka sangat.

    Dibungkus elok dalam plastik makanan yang berkualiti tinggi supaya setiap perapan pada ayam dan daging serta sos karbonara dan sos bolognese tidak terjejas kualitinya. Cayalah !! Tak sangka kakak ada produk Bumiputera yang sehebat gini.


    Resepi Bujang

    Mengetengahkan produk ‘ready to cook’ sudah tentunya menjadi pilihan mereka yang sibuk macam kakak dan suami tapi masih mahukan hidangan yang menepati selera pada harga berpatutan. Kan BEST jadinya bila penat-penat balik kerja, bukak peti sejuk – defrost kan sekejap dan boleh mula gril / panaskan dalam microwave. Setiap packaging disertakan QR Code untuk pengguna mengetahui cara-cara menyediakan hidangan dan juga tarikh production serta tarikh luput produk.

    Semudah A – B – C – 1 – 2 – 3 !!

    Hidangan chef professional di dapur surirumah bukan lagi mustahil.


    Resepi Kuan Karbonara Mudah
    Spaghetti Carbonara yang menggunakan Sos Carbonara Mios Kitchen

    Nak sediakan pun sangat mudah, korang cuma perlu panaskan sos ke dalam periuk sehingga mendidih dan sedia dituang ke atas mi pilihan korang. Kalau kakak memang Angel Hair je lah sebab tekstur mi yang tak muak dan nipis. Hee~ Semasa panas kan sos tadi, kalau korang nak masukkan hirisan cendawan, sosej ataupun kepingan ayam bakar pun boleh – ikut kreativiti dan selera korang lah.

    Kakak tetap pilih plain terus dari plastic melimpah ke atas spaghetti, nikmat lemak lemak cream dia memang SEMPURNA.


    Resepi Chicken Chop Mudah
    Grilled Chicken Chop dengan Mushroom Gravy + Mash Potato

    Adei !! Ini kalau mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan. Hahahaha~ Tak memasal jadi menantu durhaka kerana Grilled Chicken Chop dari Mios Kitchen ni. Jangan begitu ya. Beli lebih dan ajak mak mertua makan sama sebab tekstur ayam tak liat langsung dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur, gais !!

    Limpahan gravy pun tak pedas walaupun ada sedikit rempah yang dimasukkan sebagai penguat intipati rasa chicken chop tadi. Arggggghhhh—Sedap !! Kalau korang nak tau, dalam satu pek untuk chicken chop ni ada disertakan gravy + smoked BBQ sos dan juga serbuk mash potato. Confirm lengkap sepinggan hidangan sama rasa macam kat restoran Mios.


    Resepi Lamb Chop Sedap Dan Mudah
    Grilled Lamb Chop dengan Mushroom Gravy + Mash Potato

    INI khusus untuk encik suami kakak. Hee~ Pernah sekali beliau nak sangat makan daging kambing bakar tapi mungkin sebab kakak tak berapa pandai masak masa tu, ikut betul-betul resepi kat Youtube pun – tak menjadi jugak dan akhirnya kami kehampaan. Hahahaha~ Pembaziran lagi nyata ya kawan-kawan.

    Kakak taknak ulang lagi.

    Dan kalau kami singgah Mios pun, memang encik suami kakak akan order Grilled Lamb Chop. Sebijik gini lah. Tapi kali ni kakak masak dari paket Mios Kitchen. Hee~ Tersenyum je encik suami kakak sambil mengunyah tadi. Awww—Tahun ni confirm kakak dapat duit raya lebih.

    Set Lamb Chop dari Mios Kitchen ni ada sekeping daging kambing import yang sangat juicy dan lembut, digandingkan dengan mushroom gravy dan juga sos smoked BBQ – ummmpppphhh—Kakak dah boleh nobatkan diri kakak sebagai chef ya. Hahahaha~

    Ni baru tiga jenis hidangan yang kakak cuba, ada lagi hidangan ‘ready to cook’ yang lain dari Mios yang mungkin boleh dijadikan pilihan, antaranya :


    • Chicken Chop Marinate
    • Lamb Chop Marinate
    • Special Beef Burger Patties
    • Carbonara Sauce
    • Special Crunchy Chicken Burger
    • Tomato Sauce
    • Meatball & Mash
    • Grilled Chicken Chop
    • Grilled Lamb Chop

    Ada yang disediakan dalam FAMILY PACK dan juga SINGLE PACK - tak dan lah kakak nak share semua kat sini tapi kalau korang nak tau boleh lah singgah kat link yang kakak sediakan kat bawah ni.


    Mios Kitchen

    LAMAN WEB : https://www.mioskitchen.com/ready-to-cook

    FACEBOOK : https://www.facebook.com/MIOSKITCHENOFFICIAL

    INSTAGRAM : https://www.instagram.com/mioskitchen_official


    Harga dia pun tak mahal, macam Grilled Chicken Chop tu pun baru RM 14.00. Murah kan ?



    LOVE ;

    ATIE ADNAN



    6 TIPS PEMULA MENULIS DI BLOG SENDIRI

    $
    0
    0

    Disebabkan kakak rajin sikit dan kebetulan memang tak de entri baharu kat blog ni, nak lah kakak susun balik artikel yang kakak plan nak post tapi kesudahannya berhabuk kat DRAFT je. Hee~ Antara artikel yang kakak nak share adalah INI - cara nak mula ada blog sendiri.


    Cara Buat Duit Dengan Blog

    Kalau nak bercerita pasal niat menulis ni, memang awalnya kakak tak nampak langsung perjalanan jauh sehingga mampu menjana pendapatan lumayan tapi lepas beberapa tahun - baru blog membuahkan hasil dan ternyata agak lumayan ya anak-anak. Hee~

    Tapi bukan kakak nak share perjalanan kakak lah, cuma kali ni kakak nak bagi pilihan yang mungkin korang boleh gunakan untuk mulakan blog korang sendiri. Dia macam menulis diari je tapi secara online dan orang boleh akses. Begituh !!

    Jom lah kita bergerak ye anak-anak.


    PLATFORM



    Zaman makin canggih dan ada banyak sangat platform yang korang boleh guna secara PERCUMA tapi korang kena bijak memilihlah. Kakak taknak senaraikan banyak-banyak sebab nanti korang pening. Maka, korang boleh gunakan salah satu antara pilihan di bawah :



    Namun, kakak tak boleh nak kata Blogspot lebih mudah dikendalikan ataupun WordPress lebih style dan mesra pengguna sebab kedua-duanya mempunyai kelebihan dan peminat masing-masing. Jangan risau, kedua-dua platform tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang ada email. Tak sampai sejam pun korang nak start buat blog ni – sign up, register dan dah boleh mula menulis.


    NICHE DAN KANDUNGAN BLOG



    Dah ada blog mestilah nak kena menulis kan ? Hee~ Sebelum korang mula menulis mesti terdetik kat hati – “Apa plak aku nak kisahkan kat blog ni ? Boleh tulis hentam keromo ataupun ada tertib menulis ?”

    Ya !!
    Awalnya kakak sendiri pening nak memilih apa yang patut kakak tulis kat blog dah lah tak de hala tuju dan bimbingan maka blog sekadar menjadi diari harian lepas dah dapat ilmu sedikit demi sedikit baru lah kakak faham dan tetapkan apa yang mahu ditulis di blog. Kalau korang tanya kat blogger otai, kebanyakan dorang akan sarankan guna niche yang tinggi carian di enjin carian tapi korang kena faham lah – korang baru lagi dan tak satu level dengan dorang. Tapi tak mustahil korang akan duduk sama tinggi nanti.






    Antara niche yang ramai blogger gunakan dan mungkin boleh jadi salah satu pilihan untuk blog korang :

    • Travel
    • Parenting
    • Makanan / Resepi
    • Fesyen / Kecantikan
    • Kewangan
    • Perniagaan
    • Teknologi
    • Permainan Dalam Talian
    • Pendidikan
    • Kesihatan


    Dalam pemilihan niche ni, pastikan korang faham dan tahu apa yang korang bakal tulis dan mahu tulis untuk menarik minat pembaca.


    PILIH NAMA BLOG



    Ini adalah identiti korang dan jangan sampai salah pilih sebab boleh jadi korang akan gunakan nama ni selama mana blog korang berfungsi.

    Simple je !!
    Apa yang kakak boleh nasihatkan, pilihlah nama blog yang melambangkan diri korang, yang mudah ditaip oleh pembaca, mudah disebut, bersesuaian dengan niche yang korang dah pilih tadi dan paling penting – tidak terlalu panjang dan merepek. Hahahaha~

    Tak pun korang ikut je macam kakak, pakai nama sendiri je lah. Senang.


    DESIGN BLOG YANG MESRA SEO



    Part ni memang part kegemaran kakak sebab kakak boleh design cecantik ikut selera anak tekak kakak. Hee~ Korang pun ada anak tekak korang kan ? Selain penulisan, ini juga boleh jadi identity korang.

    Contoh macam blog kakak lah kan ( Kakak tak nak bagi contoh blog orang lain, kakak pakai blog kakak je lah ye. Hee~ ) Kakak suka sangat warna pink dan kehidupan yang serba ringkas – itu kakak jadikan identity kat blog kakak termasuklah layout blog kakak. Kalau korang tak minat pink, tak pe je sebab ada banyak warna lain untuk korang jadikan pilihan. Kakak suka gunakan template dari SINI dan korang pun boleh juga pilih template yang sesuai dengan korang kat situ.

    Cara pun mudah sangat dan pastikan korang pilih yang MESRA SEO !! Untuk topik akan datang, kakak akan ceritakan pasak SEO ya !! Hee~

    Tapi kalau korang tak pandai, tak pe. Guna je basic template yang sedia ada.


    MULA MENULIS DENGAN KONSISTEN



    Untuk jadikan blog korang mudah dikesan oleh enjin carian, pada permulaan ni memang korang tak de pilihan lain selain rajin menulis dan konsisten mengikut jadual korang. Tak kisah lah satu artikel sehari ataupun tiga empat artikel sehari asalkan korang konsisten dan juga rajin.


    Tips Jana Pendapatan Menggunakan Blog

    Jangan lupa masukkan tajuk dan keyword yang sesuai dengan artikel korang dan pastikan artikel ditulis sepenuh hati – bukan COPY PASTE ya !!


    BELAJAR


    Jangan berhenti belajar dan berkawan lah dengan blogger lain, lapangkan dada untuk menerima teguran dan jangan segan untuk bertanya. Hee~ Tak kira apa level korang, ilmu sangat penting dan tanamkan rasa rendah diri dalam hati.

    Down to earth gittew--
    Ada banyak kumpulan blogger kat Malaysia ni dan mereka semua sangat aktif kat Facebook, korang search je kat Facebook nanti keluarkan senarai group ni. Pergi berkawan dengan niat yang baik sudah tentu kehadiran korang pun akan diterima baik. Kan ?

    Cukup tak ?
    Hahahahaha~

    Sebenarnya terlampau banyak yang kakak nak share tapi nanti jadi entri lima hari lima malam nak habis-habis plak. In shaa Allah, kakak akan tambah entri lagi tentang blog nanti nanti ya. Kalau korang  dah ada blog dan entri baharu, tinggalkan lah link kat ruang komen untuk kakak singgah lawat.


    LOVE ;
    ATIE ADNAN


    IDEA HADIAH KAHWIN BAWAH RM 100.00 YANG BOLEH DIBELI DI SHOPEE

    $
    0
    0
    Kalau ada masa terluang, kakak berani jamin - tak Netflix, Shopee dan itu je lah berulang kali korang buka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni dan timbul idea kakak nak kumpulkan semua barang kelengkapan rumah yang boleh korang beli di Shopee.


    Idea Hadiah Kahwin Untuk Kawan

    Kakak pun dah tak sedar berapa banyak kakak habis kat Shopee sepanjang PKP ni tapi tak pe lah, alang-alang tak dapat masuk shopping mall - Shopee pun okay lah buat lepas gian. Hee~ Kakak sendiri pernah pening kepala sebab tak tau nak beli apa untuk dijadikan hadiah kalau pergi ke majlis kahwin kawan-kawan atau sedara-mara, seganlah kan pergi dengan tangan kosong. Nah !! Kakak kongsikan beberapa idea yang mungkin korang boleh jadikan hadiah untuk mempelai.

    Kalau nak dibandingkan harga memang kat Shopee jauh lebih murah dan berbaloi lah. Dan ini adalah cadangan kakak, kalau korang ada cadangan lain jangan lupa kongsi kat ruang komen ya.



    46PCS TOOL BOX SET = RM 24.90



    Ini memang wajib ada juga kat setiap rumah untuk kerja-kerja bertukang. Hee~ Best nya tool box set ni, pemegang pemutar skru ni dapat digunapakai untuk ke semua jenis mata skru. Nah !! Tak payah nak beli banyak-banyak pemutar skru kan ? Satu box ada banyak mata, puas hati ha..


    Set Pertukangan Murah

     BELI DI SINI --> https://bit.ly/3bjaS4R


    Satu set ni ada : 21 x screwdriver sockets ( T10, T15, T20, T25, T30, T40, H3, H4, H5, H6, H7, H8, S4, S5.5, S7, PH1, PH2, PH3, PZ1, PZ2, PZ3 ), 13 x 1/4" DR sockets ( 4, 4.5, 5, 5.5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14mm ), 3 x Hex Key wrenches ( 1.5, 2, 2.5mm ), 1 x 1/4" DR universal joint, 1 x 1/4" x 2" extension bar, 1 x 1/4" x4" extenson bar, 1 x 1/4"x6" flexible extension bar, 1 x 1/4" DR sliding bar, 1 x 1/4" quick drop ratchet handle, 1 x 6" spinner handle, 1 x adaptor dan 1 x storage case.



    DOUBLE BURNER GAS STOVE = RM 85.50



    Untuk mempelai baharu memang kena ada lah ni, kalau tak tak berasap lah dapur kan ? Hee~ Jenama Elba ni memang jenama yang diyakini sebab kakak sendiri pakai dapur gas double stove jenama Elba ni, - tahan lama dan harga pun mampu milik.

    Dapur Gas Murah

    BOLEH BELI SI SINI --> https://bit.ly/3cp3qGq


    Diperbuat daripada keluli tahan karat yang tebal, dapur gas ini bersaiz 710mm ( L ) x 370mm ( W ) x 85mm ( H ) ini diberi waranti SATU TAHUN oleh peniaga. Ha !! Berjenama, berbaloi dan ada waranti. Nak apa lagi sis ?



    VEGETABLE SLICER WITH STAINLESS STEEL BLADE = RM 10.80



    Apa lagi kan kalau bukan kelengkapan dapur untuk memasak dan INI wajib ada kat setiap rumah bagi memudahkan kerja masak-memasak. Agittew-- Satu set ni boleh potong pelbagai corak dan gaya - namakan saja kentang, bawang, keju, lobak merah, tomato, timun, halia, bawang putih, buah-buahan. Siap gaes--

    Hadiah Untuk Pengantin


    BOLEH BELI DI SINI --> https://bit.ly/2Wr5V5C


    Dah tak payah beli banyak-banyak pisau lagi, menyemak dapur je sebab dalam satu set ni ada enam bilah pisau keluli tahan karat boleh tukar bersama bekas plastik tebal. Siap !! Nak pening lama-lama cari hadiah kahwin pun tak de point kan ? INI boleh beli lapan belas.


    RICE COOKER = RM 68.00



    Berkapasiti 1.8 liter dan sangat sesuailah untuk pasangan yang baharu kahwin yang baru nak mulakan hidup. Agittew--


    Rice Cooker Murah

    BOLEH BELI DI SINI --> https://bit.ly/3dHJoay

    Confirm dibungkus kemas oleh seller, Midea Rice Cooker warna pink ni didatangkan dengan periuk masakan dengan ketebalan 1.0 mm yang tidak mudah lekat dan sangat senang untuk dibersihkan. Kalau ikut butiran dari iklan ni, memang seller ada bagi FREE GIFT berupa senduk nasi dah lapisan berlubang yang menjadikan rice cooker ini berfungsi sebagai kukus.

    Style gile kan buat siakap kukur limau..
    Sedap !! Hee~


    CERAMIC TABLEWARE =  RM 18.97 - RM 50.24



    Dah jadi trend bila hadiah kahwin measti ada set pinggan mangkuk, kan ? Hee~ Dan ini adalah antara koleksi yang sangat cantik dan esuai untuk dijadikan hadiah buat mempelai yang baharu mula untuk hidup bersama.

    Nah !!
    Kakak pun berkenan sebenarnya dan dah masukkan dalam cart untuk checkout nanti nanti.

    Pinggan Viral Jalan Tengku Abdul Rahman

    Cantikkan dan sudah tentunya harga masih dalam bajet korang. Kakak suka kombinasi warna biru dan putih yang elegant - sesuai untuk dijadikan pemangkin semangat buat penganting baharu. Mesti setiap kali pengantin makan, teringat-ingat kat si pemberi. Agittew--


    BOLEH BELI DI SINI --> https://bit.ly/2Lt9cep


    Sebenarnya banyak lagi idea lain yang korang boleh dapatkan di Shopee mengikut kesesuaian bajet korang. Dari barangan dapur, pakaian, kasut, kelengkapan rumah ataupun barangan dapur - semua ADA gais. Yang penting nak memberi hadiah perkahwinan ni ikut niat korang dan pastikan bukan barang yang merepek supaya tidak mengundang pembaziran. Kalau boleh berilah dengan ikhlas dan barangan tersebut boleh diguna oleh pengantin, tak de lah terperuk kat dalam almari dapur dorang yang akhirnya menjadi tempat berkumpul habuk dan sarang labah-labah.

    Jangan lupa singgah laman web Shopee ataupun install lah aplikasi Shopee untuk membeli-belah.



    LOVE ;



    SIAPA EBIT LEW NI ?

    $
    0
    0

    Bertebaran pelbagai kisah baik buruk tentang beliau tapi netizen hanya mampu bercakap tanpa mengkaji terlebih dahulu – terdetik kat hati kakak mempersoalkan satu sosok yang menjadi perbualan ramai ; Siapa Ebit Lew ni sebenarnya ?


    NGO Ustaz Ebit Lew
    Kredit : https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/

    Sejak berlakunya penularan Covid-19 kat Malaysia ni dan kerajaan Malaysia mengarahkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) lagi lah nama beliau naik di hampir semua platform media sosial yang ada. Nah !! Korek-korek pasal beliau, kakak terus mengangguk laju seraya berkata di dalam hati – “O.. Patutlah—“


    EBIT LEW



    Dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina, Ebit Lew telah memeluk Islam seawal umur 12 tahun dan mula mendalami ajaran Islam dari beberapa orang guru. Beliau yang tidak pernah mengenal erti penat penah juga mengajak ahli keluarganya memeluk agama Islam.


    • Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
    • Tarikh Lahir : 21hb Disember 1984
    • Umur : 36 Tahun
    • Bangsa : Cina
    • Agama : Islam
    • Tempat Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
    • Status : Berkahwin


    Keluarga Ustaz Ebit Lew
    Kredit : https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/

    Beliau mendapat pendidikan formal di :

    • SK Bukit Ridan ( 1991 – 1996 )
    • SMK Muadzam Shah ( 1997 – 1999 )
    • SM Teknik Johor Bahru ( 2000 – 2001 )
    • SMK Abdul Rahman Talib ( 2002 – 2003 )
    • Universiti Putra Malaysia


    Selain itu, antara pencapaian lain beliau sepanjang menjadi moderator dan juga penceramah bebas :

    • Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H / 2015M.
    • Penceramah Motivasi / Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.
    • Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.
    • Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.
    • Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta.
    • Panel jemputan dalam beberapa slot sama ada di TV, radio dan juga turut aktif sebagai pengarang di akhbar dan majalah.


    Kini beliau mempunyai training agency hak miliknya sendiri iaitu Transform Training & Consultancy yang menawarkan khidmat latihan dan perundingan. Antara program yang dianjurkan oleh Transform Training & Consultancy ialah :

    • Keluarga Sunnah
    • Prokids
    • Kids Jelajah Sekolah
    • Kem Prokids
    • Program Pekerja


    Beliau yang tidak pernah lekang dengan senyuman bukan sahaja ringan tulang membantu mereka yang memerlukan sepanjang PKP ni malah telah melahirkan ramai juga penderma untuk sama-sama menanam saham melalui Pertubuhan Kasih Umat Malaysia dan sumbangan yang disalurkan itulah beliau manfaatkan untuk membantu mereka yang memerlukan.



    Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
    CIMB 8603546376



    Walaupun ada sesetengah pihak menyelar tindakan beliau melanggar arahan PKP untuk menghulurkan bantuan bagi mereka yang terjejas sepanjang arahan kerajaan berkuatkuasa sehingga beliau dipanggil untuk membuat kenyataan di Balai Polis Bukit Aman, semangat beliau tidak pernah luntur untuk terus melakukan kebaikan.


    Perniagaan Ustaz Ebit Lew
    Kredit : https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/

    Sebak gak lah kakak tiap kali tengok dan baca setiap caption yang tertulis di laman Instagram beliau. Mana lah beliau dapat kekuatan untuk berhadapan dengan pelbagai cemuhan dan siapalah yang pinjamkan kekuatan untuk beliau terus berdiri membantu ntah siapa-siapa. Kakak terkesan dengan satu quote yang beliau pernah ucapkan :



    “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia.
    Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah.
    Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah.
    Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata.
    Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”



    Semoga kebaikan beliau dibalas Allah SWT dengan kebaikan dunia dan akhirat hendaknya.

    Lagi ?
    Nanti kita sambung mana Ebit Lew ni dapat duit kemain banyak dok nak bantu-bantu orang segala. Bukan sikit duit yang diperlukan, malah mungkin sepanjang PKP ni perbelanjaan dah cecah jutaan RM gais. Hee~ Tapi nanti eh. Kakak kena siapkan kerja sikit.



    LOVE ;
    ATIE ADNAN



    Viewing all 962 articles
    Browse latest View live