
EBOOK






![]() |
Goodies. Hee~ Comel je tapi kakak tak makan dan minum semuanya. Tertarik dengan Buku Merah tu je. |
Product | Link | RRP | Discounted Price |
Aukey PB-WL02 18W PD QC 3.0 10000mAh Power Bank With Foldable Stand & Wireless Charging | RM179.00 | RM89.00 | |
Aukey CB-C70 5-in-1 Wireless Charging USB C Hub with 2 USB 3.0 Ports, 4K HDMI and 100W Power Delivery | RM339.00 | RM259.00 | |
Aukey EP-T21 BT 5.0 IPX4 TWS True Wireless Earbuds With Noise Cancellation Mic | RM199.00 | RM149.00 | |
Aukey PB-XN10 USB-C Power Bank (10000mAh) | RM99 | RM59 | |
Aukey CC-01 9.6A 4 Port USB Car Charger with AiPower (48W) | RM119.00 | RM39.00 | |
Aukey PA-Y11 Power Delivery 3.0 USB C Turbo Charger With Quick Charge 3.0 (48W) | RM229.00 | RM79.00 | |
Aukey Power Delivery USB-C Wall Charger PA-Y18 18W | RM129.00 | RM69.00 | |
Aukey Braided Nylon MFI Lightning Cable (1.2m) CB-BAL3 | RM109.00 | RM45.00 |
![]() |
Kegemaran kakak !! Korang suka ayam korang cemana ? |
![]() |
Disertai dengan algorithma AI denoise yang sangat inovatif dan menembusi kegelapan malam. |
Dengan kehidupan serba sibuk menguruskan rumahtangga dan kerjaya, memang terlampau susah untuk kakak curi masa membeli barang kelengkapan rumah tapi tu lah tu – kakak masih mencuba sebaik mungkin sehingga lah kakak kenal dengan laman web PG Mall.
Dah memang kalau suami isteri bekerja, masa yang terluang untuk keluarga akan kami manfaatkan sebaik mungkin tapi membeli-belah bukan lah pilihan yang tepat apatah lagi bila seluruh negara sedang berhati-hati dengan Pandemik Covid-19. Jadi !! Kami katakana tidak untuk membeli-belah di shopping mall.
Walaupun membeli-belah secara online bukan lagi perkara baharu, masih ramai memlih untuk membuat pembelian melalui online termasuklah kakak dan suami yang lebih selesa memanfaatkan teknologi terkini untuk memudahkan aktiviti seharian kami. Hee~ Kalau boleh buat kerja mudah, kenapa nak bersusah-susah. Kan ?
Jimat masa. Jimat tenaga.
Menurut purata trafik yang direkodkan oleh iPrice.my, platform e-dagang telah mencatatkan PG Mall menduduki tempat ketiga dalam senarai laporannya dengan mencatatkan purata jumlah kunjungan sebanyak 1,688,500 sebulan !! wah !! Bukan calang-calang ya. Hee~
Dah alang-alang kena had kan sentuhan, penggunaan e-wallet memang menjadi pilihan kami lah. Hee~ Dengan PG Mall, korang boleh guna C-Wallet untuk membuat pembelian dan tiada pembelian minimum pun.
Tapi !!
Kena ada duit lah dalam C-Wallet dan cara nak topup C-Wallet pun senang sangat :
Bermula dari 1hb Ogos hingga 30hb September 2020, korang juga boleh menggunakan GrabPay dengan diskaun hebat sehingga 31% atau RM 20.00 dengan pembelian minima serendah RM 60.00.
Masukkan promocode ONLINEDEALS untuk nikmati tawaran dengan menggunakan GrabPay ni cumanya korang boleh redeem sebanyak dua kali sahaja ya. Walaupun begitu – rugilah kalau tak manfaatkan.. Hee~ Banyak tu !!
Menariknya, di PG Mall juga menawarkan pelbagai jenama hebat di Malaysia seperti PG Jewel, PG Gold Museum, Aurora, Nestle, Brand’s, PHILIPS, Vivo, Singer dan banyak lagi yang pastinya ASLI 100% dari kedai – turut disertakan dengan pelbagai diskaun menarik. Tidak dilupakan, ada penghantaran PERCUMA dengan pembelian yang minimum. Hee~ Style !!
Apa lagi ?
Lengkapkan ruang tamu, ruang dapur ataupun bilik tidur dengan barangan berkualiti yang dijual di PG Mall dan nikmati pelbagai tawaran menarik setiap hari !!
LAMAN WEB : https://pgmall.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/PGMallofficial
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/pgmall.my
#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Sellnow #Goecommerce #joinusnow #Sellonline #sellonpgmall
LOVE ;
ATIE ADNAN
Zaman serba canggih ni mana ada lagi orang pakai susuk untuk cantik tapi kebanyakan dari kita lebih teruja untuk mendapatkan perkhidmatan pakar estetik bagi mendapatkan hasil yang memberansangkan dan sudah tentunya kenyataan MENGEMBALIKAN KEREMAJAAN KULIT TANPA RASA SAKIT menjadi isu utama.
Hee~ Tidak mengkhususkan isu kecantikan pada wanita sahaja, zaman sekarang ni pun dah ramai lelaki yang maskulin sama-sama rajin menjaga kecantikan dan kesihatan kulit. Nah !! Tampil dengan teknologi terkini, Alice Ageless Medispa menyediakan pelbagai perawatan kecantikan pada harga yang berpatutan.
Menggunakan teknologi terkini, Alice Ageless Medispa merupakan jenama pusat estetik terkenal di Bangsar ini menggunakan kaedah menanam benang APTOS yang terdiri daripada Polycaprolactone ( PCL ) dan boleh bertahan sehingga lima ( 5 ) tahun bagi mengembalikan keremajaan kulit.
Walaupun telah lama berada dipasaran estetik, Aptos Thread Lift masih relevan dan sentiasa mendapat permintaan dari penggiat dunia kecantikan kerana prosedur yang digunakan sangat selamat disamping memberi kesan segera kepada pengguna. Benang Aptos yang ditanam di dalam kulit mampu memberi getaran pembinaan semula sel-sel yang telah rosak dan membina semula sel-sel baharu yang lebih sihat.
Dapat membantu :
Tanpa pembedahan namun ia mampu memberi impak perubahan pada kulit wajah dengan segera.
Nah !!
Benang Aptos yang telah ditanam di dalam lapisan kulit akan dipecahkan secara semulajadi sekaligus memberi tindakbalas kepada kulit untuk menjalankan proses penghasilan kolagen. Melalui tindakbalas tersebut, kolagen tersebut menghasilkan ketegangan dari dalam kulit dan menghasilkan kesan pembentukan bentuk wajah yang lebih runcing. Paling menarik, kulit wajah seakan mendapat nafas baharu apabila menjadi lebih tegang dan awet muda.
Bukan hanya pada muka, teknik Aptos ini boleh dilakukan pada leher, payudara, lengan, perut, punggung, paha, betis dan juga vigina dengan mengekalkan fungsi dan tujuan prosedur dilakukan iaitu – meremajakan kulit.
Prosedur yang berjalan selama hampir dua jam ini menggunakan jarum khas untuk memasukkan benang Aptos yang berukuran antara 25 hingga 60 milimeter ( mm ) pada wajah dan 60 hingga 90 milimeter ( mm ) pada tubuh badan. Untuk prosedur pada muka, sekurang-kurangnya lima batang jarum digunakan pada setiap sisi kiri dan kanan – keseluruhan adalah sepuluh batang jarum.
Jangan risau !!
Sebelum prosedur bermula, krim kebas akan disapukan pada keseluruhan tempat supaya kesakitan semasa tusukan jarum tidak terasa. Kebiasaannya kesan krim bius tersebut berlanjutan sehingga tujuh ke lapan jam.
Walaupun tidak mempunyai pantang yang khusus, namun penjagaan selepas prosedur sangat dititik beratkan supaya rawatan tersebut tidak sia-sia. Ye lah, dah melabur sekian ringgit sepatutnya hasil kena lah tiptop dan untuk mendapatkan hasil tersebut, disiplin sangat penting. Antara perkara yang perlu dielakkan ialah :
Untuk mengelakkan kebarangkalian jangkitan kuman pada tusukan jarum, antibiotik disediakan untuk membantu mengurangkan rasa tidak selesa selepas kehabisan bius. Hee~
![]() |
Tulang belakang Alice Ageless Medispa - Dr. Alice Prethima |
Rundingan dan pendapat dari doktor yang bertauliah sebelum prosedur sangatlah penting agar pengamal memahami dengan jelas kesan dan risiko sebelum ataupun selepas rawatan. Dan setakat ini, promosi Aptos Thread Lift masih berlangsung di Alice Ageless Medispa dan mungkin butiran kat bawah ni boleh membantu.
Dr. Alice Ageless Medispa ( Bangsar )
Dr. Alice Anti Aging ( Bangsar )
LAMAN WEB : https://dralicemd.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/Dr.AlicePrethima
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/dralice_prethima
COME AS YOU ARE, LEAVE AS YOU WISH..
Orang selalu ambil kisah dan letak perhatian lebih kat kesihatan badan tapi selalu lupa untuk jaga kaki walaupun banyak tempaty sediakan perkhidmatan pemeriksaan kaki – bila sampai rasa tak endah tu, memang tidak lah juga. Kan ?
Nak bayar untuk buat pemeriksaan kaki bukan sikit duit – BETUL !! Tapi korang boleh singgah Jenn Ortho yang terletak di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dan boleh buat semakan kesihatan kaki secara PERCUMA !!
Kalau korang perasan, setiap dari kita ada lengkungan ( arch ) pada bahagian tengah tapak kaki dan beberapa tendon di kaki serta bahagian bawah kaki yang bekerjasama untuk membentuk lengkungan tersebut. Bila semua tendon terletak di tempat yang betul, kaki akan membentuk lengkungan yang normal tetapi sekiranya tendon tidak bersama-sama menarik dengan baik – lengkungan yang terbentuk hanya sedikit atau tiada langsung dan membentuk flat feet ( tapak kaki rata ) ataupun “fallen arch”.
Kebiasaan pada mereka yang mempunyai tapak kaki leper kerap mengalami kesakitan pada kaki terutamanya pada kawasan tumit ataupun arch dan boleh menjadi semakin serius sehingga berlakunya pembengkakan pada pergelangan kaki dan juga kesukaran untuk berdiri dengan baik. Antara punca-punca tapak kaki leper ialah :
Simptom tapak kaki leper :
Antara masalah lain yang memungkinkan kesakitan semakin teruk apabila korang salah menyarung kasut atapun terlalu aktif ataupun berat badan yang melebihi ( BMI tidak normal ) sekaligus menyebabkan sakit tulang belakang, sakit lutut, sakit pergelangan kaki dan paling ketara adalah sakit pada bahagian tumit.
Jenn Ortho dipimpin sepenuhnya oleh Dr. Edmund Lee DIMP AMP, PKT, Phd (USA) Bsc (Kepujian) yang merupakan pakar perubatan dalam bidang ortotik dan prostetik telah diiktiraf atas pengalaman beliau mengendalikan pelbagai rawatan berkaitan ortotik dan prostetik terhadap pesakit.
Di Jenn Ortho, pakar mereka menggabungkan teknologi kasut yang betul dengan keperluan individu dengan menghasilkan kasut ortopedik yang selesa dan dapat membantu memberi keseimbangan pada tapak kaki. Jenn Ortho juga menawarkan rawatan sekaligus memberi penyelesaian menyeluruh pada masalah kaki.
Turut menawarkan kaedah penyelesaian 3D Medical Orthotics yang memberi sokongan pada kaki dengan rekaan khas untuk menyokong kaki dengan betul berdasarkan keperluan setiap individu. Ye lah, setiap dari kita mempunyai bentuk kaki yang unik dan berbeza – sudah tentulah kena custom. Hee~
Dengan binaan alas kaki yang sesuai mengikut arch, 3D Medical Orthotics dapat membantu memperbetulkan bentuk tapak kaki mengikut kesesuaian dan keselesaan disamping merawat masalah kesihatan berkaitan kaki. Pelaburan untuk jangka masa panjang ini ternyata telah memberi manfaat kepada ramai pesakit tapak kaki yang tidak normal dan alas kaki tersebut boleh digunakan sehingga lima tahun lamanya.
Jimat dan sangat berbaloi !!
Sementara ada promosi best ni, mungkin korang boleh singgah sekejap untuk :
Orang kata, paling susah nak jaga adalah kulit muka sebab senatiasa terdedah dengan pencemaran dan juga penyalahgunaan kosmetik – nah !! Kakak kongsikan 6 Langkah Penjagaan Kulit Wajah Dengan Rangkaian Produk Himalaya.
Konsep cantik bukan sahaja mendapatkan tekstur kulit yang bersih tanpa jerawat dan jeragat tapi dapat menstabilkan pengeluaran minyak pada lapisan kulit sekaligus menghasilkan kulit yang lebih sihat dan bermaya.
Setiap kali mandi, setiap kali itu jugalah kakak akan mencuci muka dengan menggunakan Purifying Neem Face Wash yang dapat membantu menyingkirkan lebihan minyak, meratakan warna kulit, mengembalikan keanjalan tanpa mengeringkan kulit. Didatangkan dengan tekstur gel, pencuci muka Neem tidak mengandungi bahan-bahan kimia terlarang yang merengsakan kulit sebaliknya ia dapat membantu merencatkan pertumbuhan jerawat dan menjadikan kulit lebih bersih, lembut tanpa cela.
Menggabungkan fungsi dan khasiat daun semambu serta kunyit hidup yang kaya dengan sifat anti-bakteria, Purifying Neem Face Wash bertindak mencuci jauh ke dalam liang roma kulit wajah untuk menyingkirkan kotoran secara halus.
Cara nak gunakan pun mudah je, basahkan kulit wajah dan urut secara membulat pada keseluruhan wajah selama satu minit atau sehingga diyakini kulit bersih. Bilas dan keringkan secara semulajadi tanpa tuala muka.
Bila kulit muka dah kering, boleh lah ready untuk pakai mask dan kali ni kakak menggunakan mask tanah liat dari Neem juga. Hee~ Purifying Neem Pack ni mengandungi ekstrak daun semambu, kunyit hidup berfungsi membantu menyerap lebihan minyak pada kulit wajah, membersihkan pori-pori yang tersumbat sekaligus mengelak pertumbuhan jerawat.
Daun semambu bersifat anti-bakteria dan ia dapat mencegah jangkitan bakteria seperti jerawat dan bisul - manakala kunyit hidup bersifat antiseptik yang mampu menjadikan kulit lebih lembut dan tegang. Fuller’s Earth ( Multani Mitti ) merupakan sejenis tanah liat yang digunakan dalam pembuatan Purifying Neem Pack merupakan tanah liat bermutu tinggi yang mampu membersih hingga ke dalam liang pori dan menyingkirkan kotoran yang tersorok di dalam kulit wajah.
Sapu Purifying Neem Pack rata ke kulit wajah dan biarkan sekitar 10 minit – 15 minit. Gunakan span basah atau tuala basah untuk mencuci dan bilas dengan air sejuk. Untuk hasil yang optimum, kakak menggunakan Purifying Neem Pack sekali seminggu pada waktu malam.
MOISTURISER TIME !!
Hee~ Kali ni sedikit berlainan sebab pertama kali kakak guna Nourishing Skin Cream yang dikatakan mampu melembapkan kulit wajah sepanjang hari supaya kulit kekal terhidrasi. Skeptikal kan ? Pelembap merupakan langkah yang sangat penting dalam rutin penjagaan kulit – tak boleh tidak jadi kakak yakin Nourishing Skin Cream ni mampu membantu kakak merawat masalah kulit kering disekitar tulang pipi dan juga meratakan garis-garis halus yang mula terbentuk disekitar mata. Haih--
Nourishing Skin Cream mengandungi ekstrak herba yang dapat mengembalikan kenyamanan pada kulit, bertekstur ringan dan tidak berminyak – ia diperkaya dengan ekstrak lidah buaya yang membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Selain lidah buaya, Nourishing Skin Cream juga mengandungi ekstrak ceri musim sejuk ( winter cherry ) mempunyai agen anti-stress yang dapat menenangkan kulit serta pokok Kino India yang mampu melindungi kulit dari pencemaran dan cuaca kering.
Jujurnya kakak memang suka lah !! Hee~ Sebab dia tak berminyak dan meresap lembut terus ke dalam kulit. Selama seminggu kakak dah try memang terasa kulit bertambah lembut dan anjal terutamanya pada bahagian leher.
Masalah jerawat nakal yang suka singgah kat kulit muka ni memang kakak dah alami dari zaman belasan tahun dulu, stress dan self confidence jatuh merudum. Lagi-lagi bila ada task kat luar dan kena jumpa ramai orang – koyak gak wey bila ada jerawat sebijik dua. Hahahaha~
Tiub comel Acne-n-Pimple Cream ajaib ni dah membantu kakak mencegah pembentukan jerawat baharu dan lama. Ia juga telah diuji secara klinikal mampu merawat masalah berkaitan jerawat. Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera dan kapas sutera untuk menyembuhkan dan melembutkan kulit disamping merawat masalah acne sehingga ke akar masalah.
Kakak sapu dua kali sehari selepas bersihkan kulit dan hanya sapu pada jerawat sahaja. Jangan memandai sapu sekeliling wajah plak ye. Itu salah tu. Dot sot sikit kat tempat yang naik jerawat tu je tau.
Ibarat dah jadi rutin harian, balsem bibir dari Himalaya ni memang BEST sebab ia mampu memelihara tekstur bibir dan melembutkan bibir sekiranya korang menggunakan secara konsisten dan kerap. Serius !!
Mengandungi Carrot Seed Oil, ekstrak vitamin E dan juga Wheatgerm Oil yang telah menjalani ujian dermatologi bagi memastikan pengguna mendapat kesan yang maksima. Gittew-- Biasanya kakak akan guna sebelum mengoles lipstick bagi memastikan hasil bibir lembap dan mungil lebih ketara. Hee~ Tips tu tau.
Kakak sendiri percaya, kecantikan luaran bermula dari kesihatan dalaman. Ya !! Selain menjaga kecantikan kulit dari luar, kakak juga mengamalkan kapsul Skin Wellness yang diperbuat dari daun semambu untuk penyembuhan kulit dari dalam. Ia juga dapat membantu merawat masalah kulit berkaitan jerawat yang berpunca dari usus kotor dengan menyingkirkan cacing gelang, merawat masalah nanah, memperbaiki tekstur kulit kepala yang sinonim dengan masalah kelemumur dan juga merawat masalah psoriasis.
Bersifat anti-bakteria, anti-kulat dan juga pembersih darah secara menyeluruh – Skin Wellness bertindak lembut terhadap usus dan tidak mengganggu fungsi organ lain. Jangan lupa minum air masak 3 liter sehari dan rajinkan bersenam untuk mendapat kesan yang optimum. Sekiranya tidak pasti samada badan korang boleh terima Skin Wellness ataupun tidak, mungkin korang boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Bila bercakap soal cantik ni, siapa je yang tak nak. Kan ? Tak kira lelaki atau perempuan, bila dapat kulit yang mulus dan tona sekata - seronoknya macam tak ada esok. Hee~ Dan sebagai pengamal media yang kerap berjumpa dengan klien, sudah tentunya penjagaan kulit wajah menjadi keutamaan kakak dan kakak percaya Himalaya dapat membantu masalah kakak yang satu ini.
Dan !!
Kalau korang pun ada masalah berkaitan kulit, apa kata singgah sekejap kat mana-mana kiosk atau kedai Himalaya dan bertanyakan tentang konsultasi khusus untuk masalah yang korang alami. Segan ? Hee~ Tak pe.. Boleh bertanya terus secara online dan membeli-belah juga secara online di www.shophimalaya.my dan jangan lupa baca setiap satu kandungan yang ada pada produk.
Em.
Cantik memang subjektif tapi mendapat kulit yang bersih dan sihat adalah BONUS.
LOVE ;
ATIE ADNAN